Ep 15
Malam.Sori cuba menahan sakit perutnya itu.Di urut urutnya perut kecil itu.Biasalah,perempuan datang bulan memang macam tu.Senggugut.Beberapa minit kemudian,sakitnya menghilang.Sori akhirnya rasa tenang.Telefonnya dibuka.Tiba tiba sahaja kawannya menghantarkan satu video ini.Air liur ditelan kesat.Corn dog cheese mozarella itu hanya ditonton.Sori sudah mula rasa terliur.Sori bangun dari katil lalu menuju ke bilik kerja Jungwon.
"Jungwon Jungwon Jungwon"
Jungwon hanya bergumam.Sori mendekati lelaki tersebut.
"Jungwon..boleh tak Sori nak ni?Takpe Jungwon,tempat tu tak jauh.Dekat sini sini je"
"Masih buka lagi ke kau rasa?"
Sori terdiam seketika.
"Err...kawan Sori tadi datang sana pagi pagi.."
Jungwon mengangkat kening kanannya.
"Jadi?"
Sori memuncungkan bibirnya.Bahu lelaki itu digoncang goncangkan.
"Ala Jungwon..boleh lah.."
"Aku banyak kerja lah Sori.Besok je lah aku belikan"
Sori mula rasa jengkel.Dia menghentak kakinya.Tangan disilangkan.
"Beli atau Sori nangis"
Jungwon hanya fokus pada kerjanya.Bibir gadis itu sudah mula bergegar gegar.Air mata kian keluar.Akhirnya gadis itu menangis jua.Sori menghentak hentakkan lagi kakinya.
"Jungwon!Belikanlah!"
Jungwon tidak kisah.Sori menjerit kuat.Masih memaksa Jungwon untuk membelikannya.Lelaki itu hanya tenang.
"Jungwon!"
Kening lelaki itu sudah berkerut di saat benda yang sama dilakukan lagi.Bahunya dipukul pukul.Pipinya dicubit kuat.Rambutnya di tarik tarik.Jungwon cuba untuk bersabar.Sori menjerit lagi,kali ini lebih kuat.Tidak henti henti gadis itu menjerit.Sori ternampak plug charger laptop Jungwon.Ditariknya plug tersebut dan automatik laptop Jungwon tertutup.Jungwon mengeras.Dia melihat Sori yang memegang plug yang baru sahaja dicabut tadi.
"Kenapa kau.."
"Kenapa kau cabut...!"
Jungwon meraup wajahnya kasar.Dia bersandar di belakang kerusinya.
"Aku belum save lagi nota tu,itu penting Sori untuk besok.Untuk mesyuarat aku"
Sori mengembungkan pipinya.Jungwon berdiri lalu menuju ke arah gadis itu.Plug tadi dirampaa lalu Jungwon memasang semula.Sori mendengus geram.Sori mendekati pula Jungwon yang sudah duduk itu.Lengannya dipeluk.
"Jungwon...jomlah"
"Takde takde,aku busy"
Tanpa basa basi,Sori terus sahaja menolak kasar kerusi Jungwon dan membuatkan lelaki itu terjatuh.Jungwon membulatkan matanya.Dia meraung kesakitan.Pinggang Sori dicekak.Jungwon duduk sambil lengannnya diletak di lutut.Kaki sebelahnya pula diluruskan.
"Apa masalah kau?"
Jungwon berdiri semula.Kerusi diambil.Sori masih lagi memasang wajah marahnya.
"Kau nak aku masuk hospital ke?Sakit punggung aku lah"
Sori menolak bahu Jungwon.
"Sori nak corn dog!"
Jungwon menatap tajam ke anak mata Sori.Sori hanya membalasnya.Akhirnya Jungwon akur juga.Laptopnya ditutup.Sori senyum kemenangan.
"Makin liar kau ye"
Sori hanya menguak rambutnya ke belakang.Mereka berdua akhirnya keluar.
-
Sesampainya mereka di Kedai Corn Dog tersebut,mata Sori bersinar sinar.Sori memasang wajah mengejek.
"Sori dah cakap,masih buka"
Jungwon hanya melihatnya tanpa reaksi apa apa sambil berpeluk tubuh.Sori menjelirkan lidah.Jungwon menggaruk lehernya.
"Cepatlah pilih,lepastu kita balik"
Sori menggigit bibir.Susah baginya untuk memilih,semua nampak sedap.Jungwon hanya menunggu sambil bermain telefon.Sungguh lama gadis itu berfikir sehingga membuatkam pekerja itu bersuara.
"Err cik,tolong cepat pilih ya.Kami dah nak tutup kedai ni"
Sori panik.
"Ala,kejap jangan lah tutup dulu"
Jungwon yang mendengar perbualan mereka itu terus berkerut.Dia menghampiri Sori.
"Aik,belum habis pilih lagi?"
Sori menggaruk kepalanya.
"Susahlah...semua nampak sedap"
"Tolong cepat ya,kami dah nak tutup kedai"
Jungwon mengangguk sambil senyum kecil.Siku isterinya di pukul lembut.
"Cepat sikit,pilih je mana mana"
Sori menggigit bibir sekali lagi.
"Yang ni lah,tapi...ni pun nampak sedap.."
"Haa yang ni!Eh kejap,wah yang ni sedap juga"
"Okay kali ni betul betul,haaa ni!"
"Eh tapi.."
Pekerja pekerja itu agak stres dengan Sori.Mereka sudah pun bersedia untuk bungkuskan corn dog yang dia mahu tetapi gadis itu menukar menunya.Jungwon mengurut urut dahinya.Jam tangan dilihat.
"Err....ish susahnya!"
Tiba tiba,seseorang menepuk tangan.
"Okay,masa dah habis.Tutup kedai sekarang"
Sori membulatkan matanya.
"Hah?Dah nak tutup ke?"
Pekerja itu memeberikan senyuman.
"Maaf ye cik,cik boleh datang lain kali ye.Kami dah nak tutup dah ni"
Sori menggeleng.
"Eh tunggu lah dulu,okay saya nak yang ni!Yang ni!"
Pekerja itu hanya menggeleng.Sori mengetap bibir.Bos kedai akhirnya membantu mereka.
"Encik!"
Lelaki tua itu mengerutkan dahi.
"Boleh lah...saya nak yang n-"
"Ah takde takde.Kami dah nak tutup kedai.Maaf"
Sori memaksa lagi,Jungwon menyuruhnya untuk berhenti tetapi gadis itu tidak mau.Akhirnya Sori menangis.Bos kedai ditahan olehnya.Semua pekerja termasuk Jungwon terkejut.
"Boleh lah boleh lah!"
Bos itu cuba untuk melepaskan dirinya.
"Eh apa masalah perempuan ni!?"
Apron miliknya ditarik tarik.Jungwon sudah mula rasa risau.Jungwon cuba menarik Sori supaya menjauh.
"Sori dah dah,besok lagi kita singgah sini"
"Tak nak!Sori nak malam ni juga!"
Bos pekerja itu cuba menarik apron daripada ditarik oleh Sori terus menerus.Jungwon juga cuba sedaya upaya untuk menarik Sori.
"Eh lepaslah!Orang dah nak balik!"
"Tak nak!Sori nak corn dog!"
Pekerja pekerja semua juga membantu bos mereka.Jungwon dengan kekuatan yang ada menarik Sori.Akhirnya terlepas jua.Semua menghembus nafas lega.Bos pekerja itu sudah mula naik angin.
"Eh perempuan!Kau paksa paksa kami,macam takde hari esok kan!?Besok kan ada lagi,apa yang susahnya!"
Mereka semua akhirnya pulang.Pekerja pekerja bos tersebut cuba untuk menenangkannya.Sori mengetap bibir.Gadis itu menangis.Jungwon mengatur nafasnya.
"Tak pasal pasal kita kena marah lagi"
Jungwon yang duduk sambil terkangkang sedikit itu berdiri.Kotoran yang ada dibersihkan.Jungwon menolong Sori untuk berdiri.Mereka akhirnya pulanh kerumah.Sori masih lagi menangis.
-
Sesampainya mereka di rumah Sori berhenti melangkah.Jungwon yang baru sahaja menutup pintu rumah hairan di saat Sori menoleh ke arahnya dengan perasaan geram.Jungwon mengangkat kening kanannya.
"Kenapa?"
Dada gadis itu turun naik turun naik menahan marah.
"Ini semua....
salah Jungwon!"
Jungwon mengerutkan dahi.Dia menunjukkan dirinya sendiri.
"Lah,aku?"
Sori mengangguk.
"Kalau Jungwon tak buat Sori paksa paksa Jungwon tadi,benda ni takkan berlaku!"
Dada lelaki itu ditolak kuat.Sori menangis lagi.Jungwon ketawa sinis.Tangan disilangkan di dada.
"Jadi kau nak ni semua salah aku?Dah kau yang fikir lama sangat sampai dorang pun nak tutup kedai.Takkan masih salah aku?"
Sori menjelirkan lagi lidahnya ke Jungwon.
"Memang.Memang semua yang Jungwon buat memang Jungwon yang tetap salah!Salah Jungwon semua,ni semua salah Jungwon!"
Dada lelaki itu ditolak sekali lagi.Sori akhirnya naik ke atas.Jungwon ketawa sinis.Rambut dikuak kebelakang.Pipi ditolak menggunakan lidah lalu lelaki itu bercekak pinggang.
"Lelaki semua salah.Perempuan selalu betul"
Jungwon menggeleng gelengkan kepalanya.
-
Jungwon yang baru sahaja dari tandas itu menuju ke bilik tidur.Dapat lelaki itu mendengar suara Sori.Sepertinya gadis itu menahan sakit.Jungwon perlahan lahan mengintip dalam bilik tersebut.Jungwon mengerutkan dahi di saat Sori mengerang kesakitan dan gadis itu menyentuh perutnya.Jungwon majukan diri ke Sori.Lelaki itu menyengetkan kepalanya sambil membongkok.
"Sori?Kau kenapa?"
Selepas sahaja melihat wajah Jungwon,terus Sori memasang wajah dingin.
"Tak payah nak tau lah"
Sori mengiring ke sebelah.Jungwon duduk di birai katil.
"Marah aku lagi ke?"
Tiada jawapan dari Sori.Jungwon menghembus nafas berat.
"Rilek lah Sori,besok kan ada"
Sori hanya buat buat pekak.Jungwon menggeleng perlahan kepalanya.Tetapi Jungwon tetap ingin ambil tahu,mengapa dengan Sori.
"Sori,kau sakit perut ke?"
Sori masih lagi diam.Jungwon cuba menolehkan badan Sori menghadapnya tetapi Sori menepis kasar.
"Tak payah ganggu Sori lah Jungwon!"
"Aik,aku nak ambil berat pasal kau takkan kau tak nak?Aku nak tau,sama ada kau okay ke tak ni?"
Sori berdian diri lagi.
"Sori,pandang sini kejap"
Sori mengerang kesakitan lagi.Kali ini agak lebih sakit dari yang tadi.Jungwon mula rasa risau.Bahu gadis itu disentuh.
"Sori?Kenapa ni?Kau okay?"
Sori mengangguk.
"Dah lah,keluar lah Jungwon.Sori okay je ni"
"Kau nampak macam tak okay je"
"Sori okaylah!"
Jungwon masih lagi memaksa Sori.
"Kalau macam tu mari sini aku tengok sama ada betul ke kau okay atau tak"
Sori menggeleng.Jungwon mendekati Sori.Sekali lagi lelaki itu cuba untuk menolehkan badan Sori.Gadis itu masih menepis kasar.Berkali kali dicuba tetap gagal.
"Sori,tolong dengar dulu cakap aku"
"Ihhh tak nak!Sori okay je ni!"
Akhirnya kesabaran Jungwon mula hilang,Sori yang baru sahaja ingin menepis itu terhenti di saat Jungwon memegang kakinya dan belakang tubuhnya lalu gadis itu diletakkan di peha Jungwon.Sori ditahan.Gadis itu cuba meronta tetapi Jungwon tetap menghalang.
"Jungwon apa ni!Lepaslah!Sakit!"
"Bagitau aku dulu,kenapa kau macam tahan sakit ni?Kau sakit apa?"
"Sori tak sakit lah!"
Jungwon mengangkat keningnya.
"Habis tu?"
"Sori senggugut lah Jungwon.Perut ni sakit"
Jungwon akhirnya faham.
"Patutlah kau dok pegang pegang je perut kau ye?"
Sori mengangguk.Perut gadis itu masih lagi dipegang sambil diurut.Jungwon melihat sahaja pergerakan Sori.Perut yang diurut oleh dirinya sendiri itu dilihat.
"Kali ni sakit dia tak hilang hilang..macam mana ni.."
Jungwon membaringkan Sori perlahan lahan di katil semula.Lelaki itu menghampiri meja lalu mengambil minyak panas di laci.Sori dihampiri lagi.Minyak itu tadi dibuka lalu ditadahkan sedikit di tangan milik Jungwon.Tangan Sori dijauhkan dari perutnya.Sori mengerutkan dahi.Jungwon melihat wajah gadis cantik milik Sori.
"Boleh aku urut?"
Sori menelan air liurnya.Tetapi gadis itu mengangguk jua.Perlahan lahan Jungwon menyentuh perut kecil Sori lalu menyapukan minyak tadi di sekeliling perutnya.Tangannya mula mengurut urut perut Sori.Sori mula agak rasa selesa.Jungwon akhirnya baring dengan tangannya yang masih mengurut perut Sori.
"Dah okay dah?"
Sori mengangguk.
"Terima kasih Jungwon"
Jungwon senyum.Dia berhenti mengurut perut Sori.Lampu ditutup.Gadis itu dipeluk.
"Tidur ye"
Sori ketawa kecil.
Mereka berdua akhirnya dibuai mimpi.
Bersambung...
HELLO GUYSS HEHE sorry tau late upd hshs and sorry gok kalau ep kali ni agak hambarr ughhh hshs
but hope u like it lah yerr bye bye !!!!!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro