Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Ep 14

Jungwon menuju ke office Youngbin.Tanpa mengetuk,lelaki itu terus masuk.Youngbin yang bermain dengan pennya menoleh ke arah Jungwon.Jungwon menatap dingin ke arahnya sambil kedua dua tangan dimasukkan ke dalam poket seluar.Youngbin meletakkan pennya di meja semula lalu dia menyatukan tangannya.Dagu ditongkatkan.

"Ada apa apa yang saya boleh bantu?"

Jungwon meniup rambut depannya.Dia melihat sekeliling seketika lalu melihat Youngbin semula.

"Apa masalah kau,datang datang kat bilik mesyuarat tiba tiba buat kecoh.Orang tengah berkerja lah"

Youngbin memejamkan matanya.Lelaki itu bangun lalu menghampiri Jungwon.Youngbin juga menatap dingin ke arah Jungwon.

"Takde adab ke?Ketuk pintu pun tak"

Jungwon menguak rambutnya ke belakang.

"Kau jangan nak tukar topik.Kau nak apa sebenarnya?Dah lah tak datang mesyuarat,lepastu datang datang buat orang semua gelisah.Kau kena ingat,biarpun kita kawan aku ni boss kau.Kau kena hormat"

Youngbin ketawa sinis.

"Hormat..hormat..!"

Youngbin menatap lagi wajah Jungwon.

"Baiklah encik Yang Jungwon.Saya minta maaf"

Lelaki itu dijeling lalu Youngbin duduk semula.Jungwon berdehem kecil dan menghulurkannya sehelai kertas.Youngbin berkerut.

"Apa ni?"

"Borang ni kau baca,lepastu kau tick sama ada setuju atau tak"

Youngbin hanya membaca.Tanpa berfikir panjang lelaki itu terus menadan setuju.

"Kalau bak bak macam ni,aku nak.Ramai gadis aku boleh ambil"

Jungwon menggerakkan bebola matanya ke atas.Borang itu sebenarnya ialah borang Majlis Cemerlang.Syarikat Jungwon diasuruh untuk datang ke sana.Katanya ada makan makan di sana,dan mereka bisa menyaksikan banyak pertandingan dan juga majlis pemberian sijil.Youngbin senyum yakin dengan jawapannya.Lantas sahaja lelaki itu menanda tangan.Kertas tadi di berikan semula kepada Jungwon.Jungwon berlalu pergi.

Jungwon menuju kembali ke biliknya.Tiba tiba telefonnya berbunyi.Jungwon segera mengangkat panggilan.

"Ya ibu kenapa?"

"Jungwon.."

Jungwon berkerut di saat dia mendengar tangisan seseorang.Sepertinya dia sudah mula tebak.Itu ialah tangisan Min Sori.Puan Yang dan Puan Min datang ke rumah mereka untuk melawat Sori.Tetapi lain pula jadinya,sekarang ini Sori inginkan sesuatu.Macam macam benda mereka bagi ke Sori tetapi gadis itu menepis.

"Ibu,kenapa tu?Sori nangis ke"

"Ya Jungwon,cepat balik nak.Ibu dengan mama tak larat ni..Kami pun tak tau dia nak apa sebenarnya"

Jungwon menepuk dahinya.Dia bercekak pinggang.

"Tak nak!"

Teriakan Sori itu membuatkan Jungwon tersentak.Jungwon lalu mematikan panggilan.Lelaki itu mengemas barang barangnya lalu melantas pergi.

-

Jungwon mengparkingkan keretanya di luar rumah.Kereta dikunci lalu Jungwon membuka pagar pintu.Dapat dia mendengar tangisan dan jeritan Sori.Jungwon membuka pintu lalu masuk.Mereka bertiga menoleh ke arah Jungwon.Puan Min sedang cuba memujuk Sori.Jungwon melihat Sori.

"Kenapa dengan Sori?"

Sori lalu berdiri dan berlari ke arah Jungwon.

"Jungwon!"

Lelaki itu dipeluk.Jungwon masih rasa hairan tetapi gadis itu dipeluk juga.Kepalanya diangkat supaya bisa melihat wajah cantik Sori.Air mata masih lagi mengalir.Pada masa yang sama,Puan Min berkerut dahi di saat dia melihat cecair merah di seluar Sori.

"Tadi Sori pakai seluar,lepastu Sori rasa ada benda melekit lekit dan Sori tak suka.Lagi satu perut Sori sakit!"

Sori memeluk lagi Jungwon.Lelaki itu buntuh.Apa maksudnya.

"Maksud kau?"

"Manalah Sori tau!"

Puan Min bersuara.

"Sori,datang bulan"

Serentak Sori dan Jungwon melihat Puan Min.Puan Min tersenyum.

"Dia tembus"

Sori melihat seluarnya.Ada cecair berwarna merah.Mata gadis itu membulat besar.Kedua dua tangan Puan Min digenggam.

"M-mama..macam mana ni? Sori mana ada tuala wanita.."

Jungwon cuba tidak untuk melihat seluar Sori yang sudah berdarah itu.Dia berdehem kecil.

"Takpe,biar Jungwon belikan"

Sori menggeleng.Gadia itu memeluk Jungwon semula.

"Tak nak Jungwon pergi..."

"Habis siapa lagi nak beli tuala mandi kau kalau bukan aku?"

"Takpe,biar ibu pergi beli"

Puan Yang berdiri.Jungwon menghembus nafas berat.Dia hanya setuju.Puan Yang akhirnya berlalu pergi.Puan Min menyuruh Sori untuk membuka seluarnya di bilik lalu mencucinya dan memakai tuala sementara menunggu Puan Yang untuk kembali ke rumah.Jungwon meraup kasar wajahnya.Lelaki itu duduk di ataa sofa.Puan Min senyum ke arah Jungwon.Wanita itu duduk di sebelah anak menantunya.

"Macam mana kerja,okay?"

Jungwon ketawa kecil.

"Semua okay je ma.Jungwon boleh uruskan semuanya"

"Bagus lah kalau macam tu"

Bahu lekaki itu diurut urut.Puan Min bertanya lagi.

"Kamu dah dapat ubah Sori?"

Jungwon ketawa sinis.

"Mama tak nampak ke apa yang baru terjadi?Maksudnya,dia masih sama.Tapi sekarang ni dia lebih kuat menangis lah ma.Jungwon rimaa dengar tangisan sama teriakan dia"

Puan Min tersengih.

"Redha je lah Jungwon~"

-

Beberapa minit kemudian,Puan Yang akhirnya datang juga.Tuala wanita itu diberikan segera pada Sori lalu gadis itu memakainya.Selepas hal ini telah selesai,akhirnya Sori sudah mula rasa tenang.Dia senyum gembira.Gadis itu menuju ke ruang tamu.

"Sori nak masak ni,kamu tunggu sini tau!"

Sori akhirnya berlalu pergi ke dapur.Puan Yang tersenyum melihatnya.Dia menoleh ke arah Jungwon.

"Jungwon"

"Hm?"

"Pergi tolong Sori"

Jungwon berdecit kecil.

"Nak tolong apa?Biar lah dia buat sendiri"

Pinggang lelaki itu dicubit membuatkan Jungwon mengadu sakit.

"Ibu..!"

"Pergi tolong dia"

Jungwon menggaruk kepalanya.Lelaki itu akur jua.Jungwon menuju ke arah dapur.Dapat dia melihat Sori sedang mencuci sayur.Jungwon mendekat gadis itu.

"Woi"

Sori tersentak.Dia menoleh ke arah Jungwon.

"Ya Jungwon nak apa?"

Jungwon menggaruk kepalanya.

"Err aku nak tolong kau"

Mata Sori bersinar sinar.Gadis itu mengangguk lalu memberikan Jungwon dua ulas bawang merah dan bawang putih.Sori senyum.

"Buka kulit dia dan hiris tau"

Jungwon mengangguk lalu mula membuka kulit bawang tersebut.Sori sekarang cuba untuk menghidupkan api tetapi balik balik tidak menyala.Jungwon mula rasa rimas dengan bunyi gas yang tidak menyala nyala apinya itu.Lelaki itu berdiri,menyuruh Sori untuk menjauh.Sekali cuba sahaja terus menyala api.Sori agak kagum.Jungwon duduk semula dan sambung kerjanya.Sori meletakkan minyak lalu memanaskannya.Lepas sahaja minyak sudah panas,ingin Sori masukkan bawang yang Jungwon sudah potong tadi.Pada masa yang sama,Jungwon baru sahaja selesai mencuci piring dan pisau yang digunakannya tadi.Tangannya digerak gerakkan supaya air itu memercik.Tiba tiba,air yang terpercik itu tidak sengaja terkena di minyak dan membuatkan minyak itu terpercik sekali.Sori cuba mengelak.Jungwon pula hanya berdiri tegak lalu minyak panas itu terkena lelaki tersebut.Jungwon meringis sakit.Sori membulatkan matanya.

"Jungwon okay?"

Jungwon mengangguk.

"Tulah,lain kali jangan kenakan air dekat minyak.Kan dah memercik"

Leher serta lengan Jungwon kini merah disebabkan percikan minyak panas tadi.Sori sambung menggaul nasinya.

-

Usai makan,Puan Yang dan Puan Min balik ke rumah.Jungwon yang baru sahaja habis mandi itu duduk di katil sambil mengelap kepalanya.Sori masuk ke dalam bilik bersama ubat untuk tangan melecur lelaki tersebut.Sori menarik kerusi dekat ke Jungwon lalu duduk dihadapannya.Sori mengeluh.

"Lain kali hati hati tau,ni Sori nak letak ubat ni kat lengan Jungwon"

Krim itu diambil sedikit lalu Sori menyapu krim tersebut di sekeliling lengan Jungwon yang terkena minyak panas tadi.Jungwon hanya mendiamkam diri.Tiba masanya untuk menyapu ubat di leher Jungwon pula.Gadis itu mengambil sedikit krim lalu menyapu di leher Jungwon.Lelaki itu menatap wajah Sori yang sedang fokus itu.Air liur ditelan kesat.Automatik,lengan Sori digenggam oleh Jungwon.Sori melihat Jungwon sambil kening diangkat.

"Kenapa Jungwon?"

Jungwon secara tiba tiba memegang dagu Sori.Gadis itu tersentak.

"Jungwon kenapa..?"

Jungwon menayangkan senyuman manis sambil menggeleng.

"Takde lah,aku saja"

Sori menepis tangan Jungwon secara lembut lalu sambung menyapu ubat di leher Jungwon.Kali ini,Jungwon memegang pinggang Sori.Gadis itu berdecit kecil.

"Jungwon,kenapa ni?"

Gadis itu didudukkan di atas peha lelaki tersebut.Sori lantas menyentuh bahu Jungwon.Pipi gadis itu membahang.Dia melihat ke tempat lain.

"Bilalah...aku nak rasa bibir kau tu?"

Sori membeku.Gadis itu melihat Jungwon.Jungwon senyum sinis.Lelaki itu menekup pipinya.

"Bagitau aku kalau kau dah bersedia ya?Aku sentiasa bersedia kalau kau nak tau"

Sori membulatkan matanya.Gadis itu berdiri.Sori mengundurkan diri.Jari dimain mainkan.

"Err..S-Sori,pergi dulu"

Sori akhirnya berlalu pergi.Jungwon tersengih.Krim yang belum rata di lehernya itu diratakan.

"Kau tengok je lah nanti Min Sori"

Bersambung...

soryy guyss late upd hshs srry juga kalau ep kali ni agak hambar hurmm

but hope u like it <3333

Byeeeeeee !!!




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro