Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Ep 11

Jungwon masuk ke dalam bilik.Bisa dia melihat Sori yang sedang menggeligat itu.Gadis itu menguap kecil.Jungwon tersengih.Lantas dia menutup pintu lalu baring di sebelah Sori.Sori menoleh ke arahnya dan senyum comel.Jungwon yang meletakkan lengannya sebagai bantal,menoleh juga ke arah Sori.Kening kanan diangkat.

"Kenapa?Senyum senyum"

Sori senyum lagi.Gadis itu bermain dengan jejarinya.Dia menggigit bibir sebelum mula bercakap.

"Jungwon,kan tadi kan Sori tengok satu video ni.Dia cakap,masa malam malam suami dia selalu peluk dan cium dia"

Jungwon mengangguk.Lelaki itu berkerut di saat Sori berhenti bercakap lalu senyum lagi ke dia.

"Lepastu?"

Sori tersipu malu.Bahu Jungwon diusap usap menggunakan jari telunjuk.

"Faham faham lah Jungwon~"

Jungwon menggeleng laju.

"Aku tak faham"

Sori memasang wajah yang menjengkelkan.Dia mendengus geram lalu bersuara semula.

"Perempuan ni cakap,setiap malam kalau nak tidur suami dia akan peluk dan cium dia.Itu pun tak faham ke"

Jungwon mengangguk tanda faham.Sori menggerakkan matanya ke atas.

"Faham faham.Dah,tidur"

Jungwon mengiring ke kanan.Sori membulatkan matanya kecewa.Dia memukul mukul bahu Jungwon.Lelaki itu tersentak.

"Dah kenapa?"

Sori mengetap bibir.

"Yang pasal video tu lah!"

Jungwon mengerut lagi.

"Dah kau kasi jelas tadi kan.Aku dah faham,sekarang ni aku nak tidur"

Sori menggaruk kepalanya rimas.Dia duduk lalu memasang wajah geram ke arah Jungwon.

"Bukan tu maksud Sori"

Jungwon juga duduk.

"Tak sekarang ni,kau nak apa sebenarnya.Cuba bagitau aku"

Sori mendiamkan diri.Jungwon pasrah.

"Orang suruh jawab tak nak pula"

"Jungwon pandai pandai lah tangkap!Perempuan tu cakap-"

Jungwon memotong.

"Ya aku tau semua tu,dia cakap yang suami dia selalu peluk dan cium dia kan?Aku dah faham semuanya dah,aku dah dapat tangkap dah.Apa lagi yang kurang?"

Sori memukul bahu Jungwon kuat.Gadis itu baring lalu mengiring ke kiri.Jungwon juga pelik dengan isterinya sendiri.Dia cuba berfikir lagi.Jungwon bercakap sendiri.

"Setiap malam...peluk dan cium...ah,tak lah aku tau"

Lelaki itu juga akhirnya baring dan ingin tidur.Sori pula masih memasang wajah cemberut.Dia menarik selimutnya dengan kasar lalu menyarungkan dirinya.

"Tak lah pandai faham..!"

"Orang cakap cium dan peluk"

"Dah terang terang dah Sori cakap macam tu,apa lagi yang dia tak faham..!?"

Sori mendengus kasar.Dia menggaruk kepalanya rimas.Sori menutup matanya,tidak ingin lagi bersemuka dengan Jungwon.Baru sahaja gadis itu ingin dibuai mimpi,tiba tiba satu tangan perlahan lahan melingkari di pinggangnya.Sori membuka matanya semula.Bebola matanya melihat ke kanan.Selimut yang menyelimuti dirinya hingga ke kepala itu dibuka sedikit sehingga wajah Sori terlihat.Satu ciuman di pipi diberikan.Sori membulatkan matanya.Kepala gadis itu menoleh ke kanan.Betapa terkejutnya di saat Jungwon berada di sebelahnya begitu dekat.Lelaki itu senyum sinis lalu mengangkat kening kanannya.

"Ini ke yang kau nak?"

Sori kian membahang.Jungwon akhirnya mengusap usap pipi gadis itu menggunakan jari telunjuknya.Sori memejamkan mata.Cuba untuk tenangkan diri.Ingin gadis itu melepaskan pelukan tetapi Jungwon mendekatkan lagi badan mereka berdua dan memeluk Sori seerat eratnya.Sori membeku.

"Dah,tidur"

Jungwon memejamkan mata manakala Sori masih lagi membeku.Tidak mampu bergerak.Gadis itu akhirnya cuba untuk tidur.

-

Jungwon sekarang berada di Cafeteria bersama Puan Min dan ibunya.Lelaki itu ingin berjumpa dengan mereka untuk menceritakan hal yang dia hadapi selama hidup dengan Sori,isterinya.

Puan Min dan Puan Yang ketawa terbahak bahak mendengar cerita Jungwon.Yang kelakarnya,Jungwon konon berkata ingin sahaja dia menghantar Sori ke pengasuh bayi.Jungwon meminta nasihat dan cara cara untuk mengubah sikap Sori ini daripada kedua dua orang ibunya.

Puan Min bersuara.

"Jungwon,perempuan ni kamu kena banyak beri perhatian dengan dia.Sentiasa dengar penjelasan dia,sentiasa kosentrat.Jangan kamu abaikan dia jangan kamu tak dengar apa yang dia cakap.Nanti,bila kamu buat begitu dia akan rasa yang kamu ni tak sayang dia lah,kamu ni tak hargai dia dan end up dia akan menangis.Memang,perempuan ni kita boleh samakan dia dengan bayi,budak budak.Jadi,kamu sebagai suami kenalah bersabar.Tak boleh kasar kasar.Perempuan,hanya nak satu je daripada suami mereka.Iaitu,kasih sayang.Itu je"

Jungwon mengangguk.

"Ye mama,Jungwon tau semua tu.Tapi,Jungwon dan sayang dia dah bela dia dah buat macam macam.Tapi,dia masih lagi macam entah lah nak cakap macam mana dah mama.Banyak sangat ragaman dia tu.Jadi Jungwon ni cuma nak dia kurangkan je perangai dia yang kebudak budakkan ni.Biarpun mama sendiri yang cakap perempuan ni macam budak budak tapi kalau ye pun,sedar lah sikit umur tu dah berapa.Jungwon,tak boleh lah mama,Jungwon penat nak kena layan kerja lagi nak layan karenah si Sori tu lagi.Ni bahu ni,pipi ni rambut ni,selalu jadi mangsa ma.Atleast bagi lah sikit Jungwon rehat,ni tak.Balik je dari kerja,hambek ko terus minta itu ini.Jungwon pun sedaya upaya nak ubah sikap Sori.Dah lah dia pernah buat benda yang memalukan,Jungwon tak nak kena hina ma.Dan Jungwon pun tak nak Sori kena hina sekali"

Puan Yang mengangguk tanda faham.Dia menggenggam tangan anaknya.

"Betul juga cakap Jungwon tu.Kita yang dah tua ni pun,masa masa muda takde nya kita merungut,merengek apa semua.Kalau ye pun nak itu nak ini,tapi tak kena bagi kita tak paksa paksa pun.Hari lain boleh minta"

Puan Min juga ikut mengangguk setuju.

"Betul juga tu.Kalau macam tu Yang Jungwon,kamu cuba ubah sikap dia ya.Mama ni pun sebenarnya,tak kuay tengok perangai Sori ni.Mama harap,kamu boleh ubah sikap dia"

Jungwon senyum dan mengangguk.

"Terima kasih kerana faham Jungwon ibu,mama"

-

Jungwon sedang fokus membuat kerjanya.Tiba tiba sahaja pintunya di ketuk kuat oleh seseorang dari luar membuatkan lelaki itu terkejut.Boleh dia mendengar suara suara di luar itu.Jungwon berdecit kecil lalu berdiri.Jungwon menghampiri pintu tersebut lalu dibuka.Alangkah terkejutnya lelaki itu apabila melihat Youngbin yang ingin masuk ke dalam officenya,tetapi lelaki itu memegang sebotol arak dan berjalan terhuyung hayang.Mukanya sudah merah habis.Youngbin yang hampir ingin tumbang itu disambut oleh Jungwon.

"Kau kenapa mabuk mabuk pagi pagi ni?"

Jungwon meletakkan Youngbin di sofanya.Youngbin menyandarkan tubuhnya sofa tersebut.Lelaki itu sendawa panjang membuatkan bau yang kuat itu menyapa rongga hidung Jungwon.Jungwon berkerut lalu menutupi hidungnya.

"Berapa botol juga kau minum ni?"

Youngbin tidak menjawab.Lelaki itu baring sambil memeluk botol araknya.Jungwon menggelengkan kepalanya.Pada masa yang sama,Q muncul bersama beberapa kertas yang Jungwon suruh untuk print.Langkah Q terhenti di saat dia menghidu bau yang sangat kuat dan busuk.Dia menoleh ke arah Youngbin.Dia membulatkan matanya.

"Dia buat apa kat sini?Dah lah mabuk"

Selepas sahaja mendengar suara Q,Youngbin membuka matanya.Dia menoleh ke arah Q.Senyuman gembira diukir lalu lelaki itu duduk.Dia mendepakan tangannya.

"Q sayang"

Q memasang wajah jijik.Jungwon hanya menutup wajahnya.Kawan siapa lah ni.Youngbin berdiri lalu ingin maju ke arah Q,lantas sahaja gadis itu melarikan diri bersembunyi di belakang Jungwon.Kedua dua lengan lelaki itu dipeluk.Jungwon tidak tahu hendak berbuat apa.Youngbin memuncungkan bibirnya sambil berpeluk tubuh.

"Kenapa pergi kat sana,sinilah dengan saya"

Sekali lagi Youngbin mendekat.Jungwon menghalangnya.Q lalu memeluk erat pinggang Jungwon.Lelaki itu menahan dada Youngbin.

"Youngbin,baik kau pergi ambil air putih"

Youngbin menggeleng laju.Dia lalu menarik tangan Jungwon.Jungwon membulatkan matanya.Q hanya melihat mereka dengan badan yang mengeras.Tangan Youngbin melingkari di sekeliling Jungwon.Jungwon melihat ke bawah.Dia membulatkan matanya.Q menekup mulutnya.Youngbin memasang wajah menggoda.

"Oh sayang"

Pipi Jungwon diusap lalu ditekup.Lelaki itu senyum manis.Jungwon yang jijik itu terus sahaja menumbuk muka Youngbin.Lelaki itu membulatkan matanya.Dia meraung kesakitan.Q juga terkejut.Jungwon lalu menolak Youngbin keluar dan menutup pintu officenya.Dadanya turun naik.Jungwon menggerak gerakkan tangannya yang baru sahaja menumbuk Youngbin.Lengan baju dilipat sehingga ke siku,rambut dikuak.Jungwon berpeluk tubuh.

"Gila juga Youngbin ni"

Bersambung...

Hehe sorry late upd. hope u like it <3333

Byeeee !!!! sorry kalau ep kali ni agak pelik HUHU!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro