Ep 10
Jungwon dan Sori sekarang dalam perjalanan ingin pulang.Mereka hanya berdiam diri sahaja selepas kejadian di rumah Q tadi.Sungguh memalukan.Jungwon melihat pakaiannya yang sudah basa kuyup di sebabkan jus tembikai tertumpah di badannya.Dahlah besar,penuh pula itu.Sori pula,menangis.Merajuk.
-Flashback-
Jungwon dan Q keluar ke halaman rumahnya sambil mereka berborak borak.Lengan lelaki itu dibiarkan dipeluk oleh Q.Q ingin mengajak Jungwon untuk makan bersamanya,Jungwon hanya mengangguk.Mereka sampai di tempat mengambil makanan dan minuman.Minuman di sini banyak yang keras keras,tetapi ada juga minuman seperti jus.Jungwon dan Q mula mengambil makanan mereka.Sesekali Jungwon teringat,dari tadi Sori tidak munculkan diri.Dia melihat sekeliling.Di mana gadis itu sekarang.Q yang sudah mengambil makanan itu menghampiri Jungwon semula.Dia senyum manis.
"Encik,jom kita masuk semula.Kita makan kat sana"
Jungwon menggigit bibir lalu melihat Q.Dia mengelus elus tengkuknya.
"Err Q,saya kena cari Sori ni.Dah lama dah dia tak datang datang"
Q mendengus halus.Dia memeluk lengan Jungwon.
"Ala,encik ni dia ada je kat sini.Tak pergi mana mana pun"
Jungwon menggeleng lalu Jungwon melepaskan pelukan Q secara lembut.Gadis itu berkerut.
"Maaf Q.Saya kena cari dia.Saya pergi dulu"
Jungwon akhirnya berlalu pergi.Q ketawa sinis lalu menghembus nafas berat.Jungwon sekarang tengah mencari Sori.Di bahagian kolam renang tidak ada,di taman bunga tidak ada.Di mana lagi hendak dia cari?Jungwon bergegas pergi ke belakang rumah Q.Jungwon menghembus nafas lega kerana ternyata Sori berada di sini.Dah lah tempat ni sunyi,dia pula berseorangan di sini.Nasib tiada siapa siapa.Gadis itu tengah menikmati makanan yang diambilnya.Jungwon menghampiri Sori lalu duduk di sebelahnya.
Sori menoleh ke kiri.
"Sori,penat aku cari kau.Kat sini rupanya"
Sori senyum gembira lalu memeluk Jungwon.
"Yey Jungwon!"
Gadis itu sambung makan semula.Jungwon ketawa kecil lalu makan bersamanya.Sesekali,lelaki itu melirik ke arah Sori yang diam sahaja memakan makanannya.
"Bila lagi kau kat sini?"
"Lama dah.Tempat ni sunyi,tenang sikit"
Sori senyum comel ke arah Jungwon.Jungwon mencebik lalu mengelap mulut isterinya yang comot itu.
"Selama kau kat sini,takde siapa siapa yang kacau kacau kau?"
Sori menggeleng.Jungwon mengangguk.Tiba masanya Sori bertanya.
"Jungwon pula,pergi mana?Sebenarnya,Sori duduk sini tunggu tunggu Jungwon datang.Tapi tak datang pun"
Jungwon senyum kekok.Tengkuk dielus elus.
"Maaf lah Sori.Aku sibuk berborak dengan orang lain"
Jungwon mengusap kepala Sori.Makanan gadis itu habis juga akhirnya.Dia berdiri lalu ingin mengambil makanan lagi.Jungwon hanya membiarkan gadis itu.Beberapa minit kemudian,Jungwon juga sudah habis makan.Dia berkerut dahi di saat Sori tidak kembali ke sini.Lelaki itu mengambil keputusan untuk pergi ke halaman rumah semula.Langkahnya terhenti di saat dia mendengar seorang gadis menjerit.
'Macam kenal..'
"Orang lain pun nak makan lah!Apa masalah perempuan ni!?"
"Sori nak makan juga!"
Jungwon membulatkan mata.Alamak,Sori buat hal lagi.Jungwon menepuk dahinya lalu bergegas pergi ke halaman rumah.Jungwon terhenti di saat Sori sudah naik gila.Gadis itu menjerit dan menangis kerana semua orang melarangnya untuk makan lagi.Malu malu.
"Sori nak makan!"
"Tak boleh!"
Jungwon lantas berlari ke arah Sori.Dia menggenggam lengan Sori.Sori tersentak lalu menoleh.Gadis itu mula menangis dan merungut.
"Jungwon!Dorang tak bagi Sori makan!"
Jungwon melihat semua orang yang cuba menghalang Sori.Salah satu daripada mereka bersuara.
"Aku dari tadi lagi perhatikan perempuan ni.Asyik asyik dia je yang muncul.Ambil banyak pula tu!Nanti orang lain,nak makan apa?"
"Suka hati lah!"
Sori menjelirkan lidah.Lelaki itu ingin menghampiri Sori tetapi ditahan oleh Jungwon.Jungwon menunduk hormat berkali kali.
"Maaf bro,maaf semua.Dia ni isteri saya"
"Ajar sikit isteri kau tu!"
"Dah tua bongkok perangai macam orang gila"
"Kalau orang gila,dah lama pergi ke hospital sakit mental kan?"
Jungwon memasang wajah kecewa tambahkan pula malu.Habis semua orang mengutuk mereka.Sori masih lagi cuba sedaya upaya untuk pergi menyerang makanan tetapi Jungwon nenahannya.Dia berhenti meronta ronta di saat dia mendapat satu idea.Dengan peluang yang ada,gadis itu berlari dari bawah meja lalu keluar dari bawah meja.Dia menghampiri jus tembikai.Semua orang memandangnya dengan pelik.Mata mereka membulat besar di saat Sori cuba untuk jatuhkan jus tembikai tersebut.
"Weh lari weh!"
"Dah gila ke!?"
"Woi jus tembikai tu!"
Semua orang mula melarikan diri di saat jus tembikai itu sudah pun ingin tumpah.Semua orang sempat melarikan diri kecuali Jungwon.Dialah satu satunya manusia yang ahkhirnya terkena simbahan jus tembikai itu.Satu pakaian Jungwon basah kuyup.Sori membulatkan matanya begitu juga dengan orang lain.Pada masa yang sama,Q juga datang dan terkejut melihat Jungwon yang basah itu.
"Encik Jungwon!"
Bahunya disentuh lalu Q mengelap ngelap air yang mengalir di kepalanya menggunakan pergelangan tangannya.
"Encik kenapa ni?Encik okay?"
Q sesekali melihat Sori.Dia membulatkan mata di saat jus tembikai sudah pun tumpah disebabkan Sori.Q sudah mula naik darah tambahkan pula dengan Jungwon yang basah kuyup.
"Woi kau!"
Sori mengangkat keningnya.
"Kau kenapa tumpahkan semua ni!?Tengok,Jungwon dan basah!Patutnya kau tu,duduk kat rumah je!Tak payah nak ikut Jungwon kalau kerja kau bawah masalah je!"
Sori hanya memasang wajah tidak bersalah.
"Sori nak makan je"
Jungwon juga sudah mula hilang sabar.Dia membuka coat bajunya secara kasar lalu menghampiri Sori.Gadis itu diangkat seperti bridal style.Sori membulatkan matanya.
"Jungwon apa ni!?"
"Balik"
"Tapi Sori nak makan lagi!"
Bahu lelaki itu dipukul pukul.Gadis itu akhirnya menangis semula.Pukulan kuat Sori diabaikan.Kadang,gadis itu teriak.Pipi Jungwon dicubit tanda marah kepadanya.Jungwon hanya mengabaikannya.
-End flashback-
Sori mengesat air mata.Dia berpeluk tubuh.Gadis itu menghentak hentak kaki dengan kuat.Jungwon hanya membiarkannya.Sori cuba untuk bergumam dengan kuat.Ingin perhatian dari Jungwon konon.Tetap lelaki itu mendiamkan diri.Sori menekan kerusi duduk agar boleh dibaringkan lalu gadis itu menegakkan semula.Benda itu dilakukan berkali kali secara ganas.Jungwon sudah mula rasa rimas.Dia melirik ke arah Sori dengan tatapan menjengkelkan.Pada masa yang sama,Sori baringkan kerusi duduk tersebut lalu gadis itu menghentikan pergerakannya.Dia menggigit bibirnya sambil berkerut dahi membalas tatapan Jungwon.Jungwon menjeling dan sambung memandu.Sori juga sambung melakukan benda yang sama.Lelaki di sebelahnya menggaruk garuk kepala rimas.
"Sori jangan buat macam tu,nanti rosak-"
Sori menjerit sekuat hatinya.Jungwon tersentak lalu menatap lagi wajah Sori.Dia menghembus nafas berat.Sori sambung melakukan benda yang sama.
"Sori to-"
Gadis itu sekali lagi menjerit dengan kuat.Jungwon tidak dapat menyambung ayatnya.Sori sambung bermain dengan kerusi duduk itu.
"Sori jangan ma-"
Teriak lagi.
"Berhenti Sori-"
Dan lagi.
"Sori-"
Kali ini Sori menjerit dengan kuat dan lama.Jungwon sudah mula hilang sabar dan menghentikan keretanya di tepi jalan.Lelaki itu menoleh ke Sori.
"Apa masalah kau ni Sori?Boleh tak satu hari janganlah buat macam ni.Kau tu dah besar,dah lah kat rumah Q kau buat benda yang memaluka.Tak pasal pasal kita kena hina.Cubalah sikit ubah perangai kau Sori.Jangan sampai aku naikkan suara kat kau.Buat sekarang aku masih bersabar tau biarpun aku sekarang ni dah naik darah tengok kau menjerit menangis apa semua ni"
Sori hanya mendiamkan diri.Jungwon mula menekan minyak dan menggerakkan stereng.
"Lepas ni aku dah takkan bawa kau keluar dah,buat malu je"
Sori memuncungkan bibirnya.Dia bermain dengan jari jarinya.Beberapa minit kemudian,mereka berdua sampai di rumah.Sori cepat cepat berlari ke atas lalu menuju ke bilik mereka dan mengunci pintu.Jungwon membuka bajunya yang basah kuyup itu.Tuala yang dijemurkan di kerusi itu diambil dan Jungwon menuju ke tandas.Tandas mereka sebenarnya ada dua.Satu di bilik mereka berdua dan satu lagi tandas di ruang tamu.Usai Jungwon membersihkan diri,dia hanya menyarungkan tubuh badannya dengan tuala sahaja.Lelaki itu melangkah naik ke atas.
Pintu diketuk.
"Sori,buka pintu"
Pintu diketuk sekali lagi.
"Sori"
Akhirnya pintu dibuka,ingin lelaki itu memulas dan menolak tetapi ditahan.Jungwon mengerutkan dahi.Dia cuba untuk menolak lagi tetapi gagal.Pintu diketuk.
"Eh Sori,kau tahan pintu dari dalam ke?"
Jungwon cuba menolak lagi.
"Sori jangan tahan,lepaskan Sori.Nanti pintu ni rosak"
Tiada balasan dari Sori.Dengan kekuatan yang ada,Jungwon menolak pintu itu dengan kuat.Akhirnya pintu pun terbuka.Bukan berniat untuk berkasar dengan Sori,tetapi lelaki itu ingin memakai pakaian sahaja,Sori pula yang menghalang.Mestilah tolak dengan kuat kan?Jungwon masuk ke dalam dan menoleh ke Sori yang terduduk itu.
"Kau kenapa tahan pintu tadi?"
Sori berdecit kecil lalu berdiri.Ingin gadis itu keluar tetapi pintu ditutup lalu Jungwon menghalang Sori untuk keluar dengan cara tangannya diletakkan di tepi kiri Sori.Sori membulatkan matanya.Jungwon membongkokkan badannya seperti tinggi Sori.Ingat,Jungwon masih betuala.Dibiarkan rambutnya basah dan menitik sedikit.Sori bersandar di pintu tersebut lalu menunduk.
"Kau masih merajuk?"
Sori hanya mendiamkan diri.Jungwon menegakkan badannya semula.Lelaki itu menyentuh dagu Sori lalu mengangkatnya supaya bisa melihat.Dapat dia nampak pipi gadis itu merona merah.Jungwon hanya senyum tipis.
"Maaf Sori kalau kata kata aku tadi buat kau sedih dan marah"
Sori mendiamkan diri sekali lagi.Jungwon mengerutkan dahi.
"Kau ni,asyik diam je.Bercakap lah sedikit"
Sori mendiamkan diri lagi.Jungwon terfikir sesuatu.Dia senyum sinis.Lelaki itu mendekatkan wajahnya ke Sori seolah olah ingin mencium Sori.Gadis itu membulatkan matanya lalu menampar pipi Jungwon.Tangannya yang menahan pintu itu ditolak dan Sori dengan pantas keluar dari bilik.Jungwon menyentuh pipinya.Agak sakit juga.Dari serius,ke senyuman sinis.Jungwon menguak rambutnya ke belakang.
"Tau takut"
Bersambung...
Ep kali ni panjang sikit HEHE. hope u like it <33333
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro