tiga
"Nasi goreng daging merah satu, ya."
Tersenyum-senyum aku memesan oder. Satu, sebab bau wangi masakan dari dapur kedai makan menusuk rongga hidung. Kedua, aku terbayangkan nasi goreng panas dengan daging berkuah merah pekat rasanya manis tu.
Ya Allah, kecur liur dah ni!
"Makan ke bungkus?"
Erk! Salma nak makan sini ke nak makan bawa balik? Kalau aku cakap makan sini, tiba-tiba dia oder bungkus nasi ayam dari kedai sebelah, macam mana?
Kalau aku oder bungkus, nak makan sini atau bawa balik pun tak ada hal. Aduh, menyesal pula tak tanya Salma tadi.
"Erm bungkuslah."
"Tujuh ringgit, dik."
"Nasi goreng daging merah satu!"
Usai makcik cashier melaung menu pesananku, sekeping not bernilai RM10 aku hulur.
Setelah menerima baki, aku menghampiri meja kosong di situ lalu melabuh duduk. Dalam menunggu menahan lapar, aku hanyut dibawa lamunan mengenai mimpi tadi.
Patutkah aku terus mencari tahu atau abaikan?
Mimpi adalah mainan tidur. Lagi mainan bila tidur selepas waktu asar apalagi waktu subuh. Kalau mimpi yang perlu diambil kisah adalah pada waktu sepertiga malam tu. Itu baru ada logik.
Bila mimpi accident motosikal, kau rasa lepas ni aku ada hati nak ambil lesen? Heh, minta simpang! Kena pulak terseret jalan tar, patah tulang sana sini dengan darah keluar tak henti, uhh... Ngeri!
Dan mungkin lepas ni, aku dah jarang membonceng dengan Salma.
Secara tak sengaja aku teringatkan janjiku pada Salma. Dia menggesaku untuk belajar menunggang motosikal hujung minggu ni!
Awalnya aku terpujuk untuk belajar walau hati cukup berat, dan bila mimpi kemalangan motosikal, kau rasa relevankah alasan tu untuk aku beri pada Salma?
Untuk dapat lesen kereta pun dah cukup semput, inikan dia suruh aku belajar moto?
Nehihe!
Argh! Suka hati akulah. Salma tak boleh paksa-paksa aku. Dia bukannya mak aku atau adik beradik aku ke, jadi dia tak boleh suruh aku sesuka suki hati dia. Lagipula, memang dari awal aku tak berkenan nak belajar, Salma aje yang beria nak aku bonceng dia pulak.
Hugh!
Aku pandang keliling. Ramai juga orang makan di kedai makan ni hari ni. Kebanyakan pelajar dari satu universiti aku juga. Mungkin sebab dekat dan murah menunya.
Hidupkan telefon, aku memilih membuka aplikasi TikTok. Tak sampai tiga saat video yang terlayar di ruang suapan, hampir kesemuanya bosan-bosan. Video yang lawak pun, aku tonton dengan muka tak berperasaan.
Sudahlah hari aku tak berapa berwarna hari ni, fyp TikTok pun tak rancak, memang sendulah hidup aku ni.
Tak senang duduk, aku buka pula Instagram.
Feed kali ni buatkan aku sedikit bersemangat. Mana taknya, lelaki misteri idaman posing atas superbike.
Padahal mukanya sekalipun tak pernah reveal, tapi aku dah tersengih-sengih macam kerang busuk.
Lama ya dia tak post, kali ni aku buka Instagram, dia post. Sibuk agaknya. Biasalah, lelaki mahal. Selalu sibuk berurusan hal penting. Bukan pasang niat mencurang! Tiber!
Sejurus double tap pada gambar lelaki itu, Salma muncul di depan mata. Bersama bungkusan plastik putih. Cepat pula nasi ayam dia siap bungkus kali ni.
"Cepat pula ayam kau kena tetak hari ni!"
"Yalah, kau pulak yang lambat. Senyum-senyum apa tadi?"
"Hah? Senyum? Bila masa?" Tekupkan skrin telefon ke meja, aku cuba fokus dengan pernyataan Salma.
"Kaulah. Tengok phone tersengih-sengih. Tengok mamat gym?"
"Hoi!" Refleks.
Berani dia sebut di tempat awam? Pecah rahsia aku minat lelaki sado. Kalau suara Salma macam bunyi alarm aku tak apalah juga. Ini suara macam telan speaker masjid!
Hurgh!
Salma tarik kerusi duduk hadapan bertentangan. Isyarat senyap dengan telunjuk ku buat. Mata menjegil lagak cikgu disiplin. Dikebil lambat-lambat.
"Tahu takut?" Salma mengugut.
"Eleh! Mana ada." Menjeling lalu memeluk tubuh. Divanya aku.
"Alah! Orang tak dengar pun la!"
"Kalau ada, macam mana?"
"Alah, baru je kau ambil pengalaman tadi."
Salma ni satu hal. IQ otak kena tinggi setinggi gunung ledang baru kau boleh faham.
"Pengalaman apa pulak kau ni senah?"
"Ros! Angkat mangkuk jemuran, hayun nak turun~"
Hah!
Kau faham? Aku dah kabur kelabu asap, dia menggelapkan lagi pemikiran aku.
Ayat pun salah! Sepatutnya 'Ros! Angkat kain hujan, jemuran nak tu—'
Eh?
"Ngekngok betul! Perli aku eh?"
Memang taklah aku nak ulang ayat yang sama! Kalau ya sekalipun, takkan aku nak balik jalan kaki. Datang pun membonceng dengan Salma.
"Siapa makan cili, dia rasa pedas." Dengan nada lagu Altimet, Salma berkata.
"Maleh aku dia ni!" Kutukku.
Tak lama setelah tu, kedengaran makcik cashier tadi menyeru menu pesananku yang telah siap. Itu tandanya aku dah boleh ambil di meja cashier dan bawa pulang makan.
Ada lagi satu menu pesanan bungkus yang disebutnya, yang pasti itu bukanlah urusan aku. Yang penting, aku mahu cepat-cepat ambil nasi goreng tu dan bergegas pulang dengan Salma segera. Perut dah berkeroncong sakan, mana boleh sabar lagi.
"Ha pergi ambil cepat!"
"Sabarlah!"
Baru saja aku panggung punggung, Salma sengaja mencabar aku, padahal dia tahu aku sedang bingkas dari kerusi. Ada saja kerenah dia mahu ajak gaduh.
Sampai di meja cashier, aku lihat ada dua bungkusan plastik biru atas meja.
Hurmm... Mana satu yang aku punya eh?
Dari rupa luar bekas makanan ni, aku dapat agak plastik sebelah kanan adalah makanan aku. Bagi mensahihkan, aku selam hidungku sedikit ke dalam plastik dengan gaya plastik itu dipegang tinggi.
Ahh! Bau nasi goreng! Betul dah.
"Salma, jom!"
Tak berhenti, aku terus melintasi Salma yang masih duduk dan terus mendekati motosikal kapcainya yang terparkir depan kedai makan. Topi keledar pink glitter yang sudah calar dan warna memudar itu aku capai lalu dipakai cekap. Nasi goreng tadi diletakkan ke dalam raga motosikal.
"Semangat lain macam nak balik ni, kau nak bawak moto ke?"
Criminal bombastic side eye.
Aku melirik sinis wajahnya beberapa kali. Tak semua perkara kau perlu jawab dengan mulut bila dengan Salma ni. Kelakunya selalu buat aku rimas dan naik darah. Ada saja hal yang bakal kami bertekak.
Tapi, rimas-rimas juga. Kalau dia tak ada, sepi jugalah dunia aku.
"Marah ke cik kak?" Salma mula memakai topi keledarnya dan sudah berura untuk menghidupkan enjin dan menaiki motosikalnya.
"Sebab aku sukalah kan sebab tu kau selalu tanya soalan yang macam tu!"
Salma, jangan sampai aku naik angin. Perut aku dah meletup-letup angin ni. Protes minta makanan untuk diproses.
Salma dah keluarkan motosikalnya dari kotak parkir. Sekarang, dia hanya menanti aku melabuh duduk di belakang untuk membonceng.
Malang sekali, Salma memang bagi aku baran hari ni.
Aku baru kuak kaki nak meletak punggung, dia dah pulas minyak.
"SALMA!" Jeritku.
Mendadak dia berhenti kemudian menoleh belakang.
"Apa—?" Terbantut katanya.
Bingung reaksi Salma melihat aku masih berdiri di tempat parkir motosikal tadi
"Aku belum naik lagi apasal kau dah jalan?"
"Hah? Mana aku tahu kau belum naik!"
Cepat-cepat aku naik duduk atas motosikal belakang Salma.
"Tunggu apa lagi? Jalanlah!" arahku. Keras.
Bila aku dah naik, lama pula dia tunggu. Padahal, masa aku nak naik tadi boleh saja dia tunggu lama macam ni sebelum pulas minyak tu.
Risaulah. Sebab aku dapat rasa penerimaan daripada ramai mata yang memandang di kedai makan tu.
Pasti. Pasti kami menjadi tontonan para pelanggan di kedai tadi. Gaya aku menjerit pun dah macam komander. Mana tidaknya orang tak perasan?
Paling penting, kepala dan muka dah bersarung topi keledar, moga orang tak perasanlah aku yang hampir ditinggalkan Salma tadi.
Tipulah kalau tak malu. Sebab ada geng satu universiti aku juga di situ. Haruslah aku. Buat masa sekarang, aku lebih kepada marah. Sebab lapar sangat.
Dingin sepanjang perjalanan kami pulang ke kolej. Mungkin Salma sedar aku sedang menahan marah.
Tapi, aku ni tak reti nak marah lama-lama. Kena pulak dengan orang yang macam Salma. Kepala yang dah lemas gara-gara masuk air.
Dan entah bagaimana, kami berdua serentak melepaskan ledakan tawa. Baru aku sedar, sebenarnya situasi kami tadi kelakar.
Nasib baik tahu aku tak kejar nak naik belakang Salma dengan kaki terkuak sebelah tu. Kalau tidak, ah pandai-pandailah kau sambung.
Sedar-sedar, kami dah sampai kawasan kolej sambil ketawa tak berhenti.
"Sorry do, Mel! Sumpah sengaja!" Permohonan maaf tak ikhlas daripada Salma. Minta maaf pun sambil tahan ketawa. Ah, dasar! Kawan siapa ni? Meh sini kutip.
"Kau buat lagi sekali, aku tak nak kawan! Majok!"
Mulut muncung persis Khawla merajuk aku pamerkan. Sengaja menggedik.
"Ingat aku heran? Hah? Tapi, sumpah kau dah layak masuk Malaysia Core."
Mata dikecilkan. Kecil besar saja aku perhati Senah ni.
"Lu shut up! Ada ubi ada batas, ada hari aku balas!" bidasku. Geram.
Masuk saja dalam bilik, laju saja aku mencapai sudu di dalam loker dan duduk di meja belajar dalam bilik. Tudung dan cardigan yang tersarung tadi aku sangkut di kepala katil. Sekejap lagilah sangkut di penyangkut.
Sedang Salma tidak sekalut aku. Tenang saja dia melabuh duduk di kerusi bersebelahan denganku memandangkan meja belajarnya di sebelah aku saja. Lagipun, hanya kami berdua penghuni dalam bilik ni dek penetapan blok ini hanya dua orang satu bilik.
Sesudah menanggalkan gelang getah yang terikat bekas polisterin makananku ini ditanggalkan, maka secara automatiknya bekas polisterin ini terbuka. Menyebarkan lagi aroma nasi goreng yang aku pesan tadi.
Meski perut galak berdansa lagak speaker berdentum di kelab malam, sebelum aku merasmikan suapan pertama haruslah penuh dengan etika.
Dengan mata terpejam aku menyedut kuat aroma nasi goreng ini.
First impression? Tak usah. Ini bukan kali pertama aku beli di kedai tu menu yang sama. Rasanya makcik cashier tu setiap kali nampak aku menapak saja di kedainya pasti muka aku ni dah sebiji rupa nasi goreng daging merah.
Ceh! Perasan saja aku. Padahal makcik tu pun tak ingat aku ni siapa. Aku ni Melissa kaklong kawasan tahu! Bukan sembarangan orang boleh bercakap dengan aku.
Mengenangkan perut yang kembali berbunyi, aku mula rapatkan pergelangan tangan menadah doa sebelum makan.
Baru saja aku mencapai sudu ingin mencedok nasi goreng, terus terbantut niat makanku. Air mukaku terus berubah seratus peratus. Tadinya ceria, kini seperti bom yang menanti masa bakal meletus.
"Ini bukan nasi goreng daging merah!"
"Hah?"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro