dua
Turun saja dari motosikal Salma, sesudah menanggalkan topi keledar, kononnya tadi mahu lepaskan keluhan seberat beban di bahu, semuanya terus sirna hanya kerana ternampak sosok berbulu melintasi kami di tempat parkir motosikal.
"Woi, Sarimah! Eksen kau ek? Aku belanja kau wetfood tau dua hari lepas! Kau boleh buat tak nampak pulak aku eh?" Bebelku sambil memandang kucing betina berbulu coklat lembut itu.
Sarimah hanya memandang sekilas dek kerana suaraku yang lantang lalu kembali berjalan tiada arah tuju.
Haish! Aku ni pantang nampak kucing bersenang-lenang. Bersyukurlah tak kena stres belajar, tak perlu bangun awal pagi pergi ke kelas. Yang dia tahu, dekat sini semua orang sayang dia. Selalu dapat makan free pulak tu. Siap orang suapkan! Mengada!
Tak puas hati, laju aku pamit mendekati Sarimah. Ada sesuatu yang aku perlu beritahu dia.
"Sarimah! Kejaplah. Aku nak borak dengan kau ni." Aku menyekat laluan dia. Lalu duduk mencangkung berhadapan Sarimah sambil mengusap kepalanya lembut.
"Meow..." Meleret bunyinya. Nak bermanja dia ni.
Terus aku dukung dia sambil berjalan ke arah Salma yang sedang mengunci motosikalnya.
"Dia dah bosan la dengan kau." Salma tetiba ingin mematikan semangat hidup aku yang baru bersinar setelah jumpak Sarimah tadi.
"Taklah! Tengok ni! Dia diam aje aku dukung dia. Itu maknanya dia suka. Kan Sarimah kan?" Aku gosok-gosok bawah dagu Sarimah dengan jemariku buatkan dia memanjangkan lehernya sambil memejam mata.
Tahu, itu tempat kegemaran kucing kalau ingin diusap.
"Ikut suka kaulah, Mel. Jangan sampai dia membuang di bilik sudahlah."
Aku dan Salma kini berjalan menuju ke bilik kami.
"Kejap je aku nak main dengan dia. Rindu semacam!" Makin kuat aku tekap pelukan Sarimah ke dada.
"Meow..."
"Ya, kenapa Sarimah? Ada jantan nak try kau hari ni?"
"Meow..."
"Ada? Uish! Boleh tahan jugak kau eh? Lepas tu kau dengan dia buat projek la?"
"Meow..." Aku usap-usap kepala Sarimah.
Salma di sebelah dah menggeleng kepala. Mesti dia nak mengata aku tak ada benda lain nak dibualkan dengan makhluk berbulu ni.
"Habislah! Lepas ni kau bunting lagi! Lepas tu, anak-anak kau biar merata."
Sebelum ni, ada dah anak-anak Sarimah. Tiga ekor kalau tak silap. Tapi, semuanya dah besar dan pergi entah ke mana. Awal dia orang berdikari.
Tiba saja depan pintu bilik, aku menunggu Salma membuka kunci pintu bilik. Sebaik sahaja pintu dikuak, laju saja Sarimah menerpa masuk ke dalam.
Tak menyabar.
Dan aku terus melabuh duduk di katil sambil mengeluh.
"Penatnya. Aku lapar. Dapat nasi goreng daging merah pun jadilah!"
"Solat asar dulu. Nanti lepas maghrib kita beli makan luar." Suruh Salma. Risau aku tertidur agaknya memandangkan aku sudah merebahkan badan membaringkan diri.
Aku renung siling putih. Terkenangkan arahan pensyarah sewaktu kelas tadi mengarah supaya kami berkumpulan campur lelaki dan perempuan untuk tugasan assignment.
Tanpa sedar aku mengeluh lagi.
Macam mana ya nak berbincang nanti? Sudahlah kena buat pembentangan bila dah siap nanti. Aduh, tak suka betul bila kena buat kerja berkait dengan lain jantina ni.
Bukan apa, aku cuma tak selesa.
Argh! Dengan aku tak faham satu habuk apa yang aku belajar selama ni! Bukan aku tak cuba fokus, Madam Ariana tu yang patut tukar cara dia mengajar. Mengantuk gila bila kelas dia. Tak kira kelas pagi ke petang, aku punya mengantuk sampaikan kalau kau jentik dahi aku pun boleh jatuh tergolek.
"Sarimah! Mana kau?"
Diam semacam budak ni. Risau kalau dia membuang. Susah kerja aku nak menyuci pulak nanti.
"Sarimah!"
Salma pun dah menghilang. Pergi mandi mungkin. Aku pun tak sedar bila masa dia keluar bilik tadi.
Dalam malas, aku gagahkan diri mencari Sarimah. Sedar-sedar budak ni tertidur bawah katil Salma. Sedap la dia tidur sebab lantai sejuk. Bersandar elok dia dekat tiang besi katil.
"Punyalah besar lagi ruang dekat katil aku, bawah katil Salma juga kau tidur. Aish, susah tahu tak nak ambil kau di bawah ni."
Dapat je budak ni, aku terus baringkan dia di katil sambil aku baring di sebelah.
Suka tengok Sarimah tidur. Comel! Bulu dia lembut. Rasa nak buat bantal busuk. Pipi dia aku usap perlahan.
Tak sempat nak borak dengan dia, dia dah tidur. Penat betul dia. Buat projek dengan jantan manalah tadi. Haih.
Hailaa tak buat apa pun comel. Tidur pun comel kau ni. Cuba kalau aku tengah tidur petang macam ni, kau yang tengok. Mesti meleleh air liur basi aku. Silap-silap, bertetes-tetes terlukis peta di sarung bantal.
Baru saja aku meralit beberapa detik, mata rasa lali bagai nak layu, tika itulah Salma muncul sambil tuala dililit di kepalanya. Nampak sangat mandi basah rambut.
"Hoi! Kau bangun sekarang! Aku suruh apa tadi?"
Aku menguap besar. Lalu mengiring peluk Sarimah.
"Alah, kejap je. Bagilah chance aku nak menempel dengan Sarimah." Dalam pejam mata aku bercakap.
"Tak eloklah tidur petang macam ni. Kau bangun sekarang. Pukul berapa dah ni. Nanti lambat asar kau."
Dia mula dah.
"Kejap ah." Sikit saja lagi aku bakal masuk fasa tidur lena.
"Cuba kalau aku jadi kau hari ni, mesti kau bebel-bebel aku non stop. Itu tak baguslah, ini tak baiklah. Ini kau buat tak apa pulak!"
"Penatlah." Gumamku dalam sedar tak sedar.
"Dengan Sarimah dibiarnya atas katil. Budak tu buang merata nanti sisa dia."
Dan leteran Salma terdengar bagai angin lalu setelah itu.
Tanpa sedar, aku kini berada di tepi jalan dalam keadaan terlantar. Dan tika itu, langit gelap menandakan waktu malam saat mata aku tercelik, langit adalah perkara pertama yang aku lihat.
Aku kaku dalam kedudukan itu buat beberapa minit. Sehingga perlahan-lahan rasa ngilu hinggap dan menyerbu seluruh belakang tubuhku terutama sekali di bahagian kepala.
Ya Allah, sakitnya.
Aku meraba perlahan bahagian kepalaku dan deria sentuhku seakan memberitahu ada cecair di sekitar kepalaku.
Berdarah? Kepala aku sakit sampai berdarah?
Macam mana?
Aku alih sisi kepala merenung sekelilingku.
Aku di tepi jalan raya yang sunyi dan hanya diterangi dengan lampu jalan. Tak jauh dari tempatku terbaring, ada satu sosok sedang terbaring di tengah jalan sana. Juga ada motosikal yang terbalik kedudukannya di antara kami.
Aku kemalangankah?
Dengan orang yang turut terdampar tubuhnya yang aku tak pasti siapa?
Dalam payah, aku cuba bangun duduk. Duniaku berpusing-pusing. Kepalaku pening. Aku tekap kuat tangan ke kepala. Cuba menstabilkan duniaku saat itu. Perlahan-lahan aku tegakkan kaki tampung tubuh.
Terhuyung-hayang aku menghampiri gerangan tadi. Kepalanya dipakai topi keledar menyukarkan aku untuk mengenal pasti siapakah dia.
Dek pening yang amat, aku jatuh terduduk di hadapannya. Tangan membuka cermin visor topi keledarnya.
Rupanya yang sedikit calar dan lebam sedikit sebanyak membantu aku mengecam pemilik wajah ini. Pastinya lelaki. Cumanya aku kurang pasti di mana aku pernah lihat dia. Mukanya familiar seseorang yang aku pernah lihat sebelum ini.
Tiba-tiba dia tersedar.
"Mel." Sebutnya dalam perit menahan sakit.
Dia tahu nama aku? Dan nama singkatan aku?
Apa kaitan antara kami selama ni? Jujur, aku kelu tentang lelaki ini. Siapa dia?
"Macam m—"
"Aku cintakan kau, Mel. Sepenuh jiwa raga aku."
Bicaraku dipintas saat dia melafazkan kalimah keramat itu.
Tangannya sedaya upaya ingin menanggalkan topi keledar itu. Aku membantunya sambil menahan rasa pening yang menyengat dengan pengakuan dia tadi.
"Kau siapa?"
"Demi Allah aku sayang kau."
Aku tak mampu bertahan lagi. Kepalaku berpusing hebat dan sakit mencucuk berdenyut-denyut. Hinggakan aku terbaring menghadap lelaki tadi. Yang belum ku kenal pasti identitinya. Perlahan-lahan mataku melayu sambil tanganku digenggam erat oleh si dia.
Dalam keadaan sedar tak sedar, gegendang telingaku terdengar ada seruan yang terus-terusan memanggil namaku. Mungkin aku sedang dikejarkan ke hospital atau sudah ditempatkan di dalam wad khas. Aku hanya mampu mencipta andaian itu memandangkan mataku terlalu berat untuk dicelik.
Aku begitu yakin, lelaki tadi yang sering menyeru namaku ini.
Tunggu hingga aku sedar, aku akan soal apa hubungan kita.
"Mel! Ya Allah Mel! Bangunlah, gila! Kau nak solat pukul berapa?"
Badanku yang begitu lenguh digoncang seseorang. Bila mataku terbuka, aku sangka lelaki tadi malangnya Salma dengan mimik muka mak tiri.
Benda pertama yang aku lakukan saat sedar dari lena sekejap petang ini adalah dengan meraba kepalaku yang masih terngiang jelas rasanya berdarah membasahi seluruh rambutku.
"Kepala aku berdarah."
"Hah? Berdarah apanya kau ni? Aku solat tepi kau dari tadi, kau cuma tidur berdengkur tak ingat dunia dengan Sarimah je dari tadi. Bila masa pulak kau hentuk kepala sampai berdarah?"
"Eh?"
Aku dihurung rasa aneh pabila aku rasakan kepalaku dan rambutku hanya kering cuma sedikit basah dengan keringat kecil di kepala.
"Itulah aku cakap jangan tidur tadi kau degil. Sekarang dah pukul tujuh tahu tak?"
"Aku accident, Salma."
Tak sampai beberapa saat aku meluahkan itu, hatiku diserbu rasa sebak. Mataku mula bergenang dengan air mata.
Takutkah aku?
Sebab mimpi kemalangan? Dengan seorang lelaki yang tak berapa aku kenal?
Sampai menangis?
Tapi kenapa?
"Mel, kau okey tak? Kau kenapa ni? Bila kau accident? Teruk ke?"
Sekonyong-konyong aku telah merisaukan Salma.
Aku tak tahu. Kenapa aku rasa sedih teramat dek mimpi kemalangan tu. Sehingga aku menangis teresak-esak begini. Adakah kemalangan itu memberi impak besar dalam hidup aku dalam mimpi tu?
Jika tidak, kenapa aku perlu seresah ini? Kenapa hatiku kurang enak?
Ya Tuhan, petanda apakah ini?
"Aku takut weh..."
Bagai hujan yang lebat, air mataku membasahi segenap wajah. Tanpa aba-aba, Salma laju memeluk tubuhku dengan bertelekungnya.
Orang cakap mimpi mainan tidur. Tapi, kalau sampai hati rasa tak tenang, adakah itu boleh dikira mainan? Mimpi tadi, masih segar. Seakan realiti. Bagai memberi aku satu petanda. Dan aku tak pasti petandanya apa.
"Istighfar, Mel. Astaghfirullahalazim." Salma menggosok perlahan belakang badanku. Kepalaku dilentokkan di bahunya.
"Aku mimpi. Tapi, rasa tu real sangat. Ada maksud apa-apa ke, Salma? Maksud baik ke tak? Kalau baik, kenapa aku takut?"
"Istighfar dulu, Mel. Tenangkan diri dulu. Kau mamai lagi ni. Mestilah rasa efek mimpi tu lagi."
Astaghfirullahalazim. Tarik nafas. Hembus. Tarik nafas. Hembus.
"Ada seorang lelaki dalam mimpi aku."
"Siapa dia? Kau kenal?"
Gelengku laju.
"Dia accident dengan aku. Rasanya kami menaiki motosikal sekali dan kemalangan."
"Teruk ke kau orang accident?"
"Aku tak pasti, tapi rasanya ya. Sebab aku dapat rasa sakit tercampak dari motosikal tu. Banyak darah dekat kepala aku weh."
"Haih. Risau aku tau. Lain kali, aku cakap tu ikut. Ni tak, tidur jugak dalam aku dah tegah."
"Sorry la aku dah buat kau risau. Tak sangka aku dapat mimpi buruk macam ni. Aku takut."
Sisa air mata aku seka dengan tapak tangan. Sudah sedikit reda. Namun, hati semakin tak tenang ingin tahu siapa lelaki dalam mimpi aku tadi.
"Dah, pergi solat dulu. Betul-betul hujung waktu dah ni. Baik kau cepat."
Gara-gara ketakutan akan mimpi tadi, Sarimah yang tadi tidur bersebelahan dengan aku pun entah ke mana hilang. Mungkin sudah keluar dari bilik.
Tak tunggu lama, segera aku menuju ke tandas untuk mengambil wuduk.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro