20
jaeha pov.
" terima kasih pakcik " ucapku seraya menggalas beg, mahu turun dari teksi. usai menutup pintu teksi, aku mengurut dahi.
kuatkan diri mun jaeha.
lupakan masalah semalam dan jangan terlalu lemah untuk seorang lelaki innocent macam dia.
aku atur nafas, kemudian berjalan memasuki perkarangan rumah.
tidak usah ditanya kemana aku pergi semalam sampai tak reti balik rumah sendiri. aku pergi healing, lepastu bila dah okay, rasa nak balik, tiba tiba hujan lebat.
memang cari tempat terdekat yang boleh berteduh lah jawabnya. nasib baik cuti sekolah.
aku menguap besar.
sudahla tak tidur semalaman, mata bengkak. sekilas tengok dekat camera henfon, dah macam anak cina takde tempat perlindungan.
" hm? "
langkahku terhenti apabila terpandang sesuatu.
serta merta bulu romaku menegak. tanpa sedar, aku undurkan beberapa langkah ke belakang.
omg...
siapa pula yang tengah duduk depan pintu rumah aku tu...
duduk sambil peluk lutut pula tu. tak dapat aku nak cam mukanya.
gulp.
terasa seram pula. dahlah baru jam 7.00 pagi. langit pun tak terang lagi, masih gelap. macam mana kalau itu hantu? stalker? atau psikopat?
macam macam aku fikir sekarang. gelisah betul tengok figura tersebut.
patut ke aku call polis? argh apaa aku nak buat. pandanganku masih melekat pada figura tersebut, masih tidak bergerak.
patung ke?
untuk kali kedua, aku menelan air liur. jujur aku kata, seram. sekarang kat luar ni dah lah sunyi, orang pun kebanyakan belum bangun.
dengan keberanian yang aku kumpul, langkahku maju beberapa inci ke hadapan semula. perlahan lahan aku mendekati figura yang sedang duduk memeluk lutut itu.
tak mahu mengeluarkan sebarang bunyi, aku berjalan perlahan kemudian bersiap sedia mengangkat tangan, mahu menyentuhnya.
" jdksbdjsdbsh jebal... " kataku perlahan, dengan penuh ketakutan.
dalam kiraan tiga, tangan kananku menyentuh 'figura' tersebut. refleks, 'figura' tersebut memberi reaksi dengan sentuhanku.
aku tergamam, melihat 'figura' ini mendongak. sepasang mata membalas pandanganku.
" doy— hah! "
tindakan dia yang seterusnya membuatkan aku terkejut dan terdiam seribu bahasa. hampir sahaja badan aku nak terjatuh ke belakang tatkala dia laju memelukku.
aku sudah seperti mannequin, tidak bergerak walaupun seinci dari tempat aku berdiri. jantungku terasa mahu cabut sekarang.
" j-jaeha... " bisiknya lembut. nafasnya juga kedengaran di cuping telingaku.
pelukannya tidak dibalas, malah dibiarkan sahaja. entah mengapa, perasaan marah seperti mahu muncul semula.
" yah. lepaskan aku " balasku dingin. badannya aku cuba tolak, namun gagal. doyoung memelukku dengan sangat erat.
" lepas. " kataku lagi, seakan akan memberi amaran padanya.
selang beberapa saat, doyoung lepaskan aku dari pelukannya.
sedikit terpana melihat keadaan dia saat ini. bibir yang sangat pucat, mata sayu, muka merah, rambut dan baju basah. aku mengeluh kesal. jangan kesiankan dia, mun jaeha.
drama '))
" jaeha "
" apa lagi doyoung? pergi la balik. aku taknak dengar apa apa, tolong la "
" jaeha, dengar– "
" HAISH AKU DAH KATA– "
BUK!
sempat aku menangkap tubuhnya dari jatuh ke tanah.
" yah. doyoung. bangun. jangan buat lawak. aku serius. "
tubuhnya aku pukul perlahan. tiada balasan darinya, langsung. aku amati wajahnya. tiba tiba rasa risau menyelubungi diri.
" kim doyoung. bangun la cepat. main main la dia ni "
aku diam ditempat sambil menunggunya bangun namun hampa, dia tidak bergerak walau sedikitpun. tanganku naik menyentuh dahinya.
panas.
" kim doyoung! bangun! jangan buat aku macamni! yahh! "
aku mula gelabah tak tentu pasal. dia kenapa?! dengan fikiran yang buntu, aku cuba memapahnya untuk dibawa masuk ke dalam rumah tetapi dengan aku aku sekali jatuhnya.
dengan segera aku cuba cari pertolongan. laju aku mendail nombor jaeyong.
normal - jaeha
normal - jaeyong
" eum... jaeha-ya. ada apa call pagi pagi ni... hoam... "
" jaeyong... tolong aku, doyoung tsk... "
" haaa? kenapaa ni "
" doyoung pengsan. datang rumah aku sekarang, cepat! "
.
.
.
.
.
jaeha pov.
aku merenung lantai hospital lama. situasi yang tak pernah berlaku, berlaku depan mata. keluhan dilepaskan, cuba untuk menenangkan diri.
selang beberapa saat, dapat aku rasakan kerusi dekat sebelah diduduki seseorang.
" dia akan okay " tegur jaeyong.
sekilas aku melihatnya, kemudian meraup wajahku.
" akan... " omelku lalu tersenyum pahit.
risau yang teramat dengan keadaan doyoung. tak pernah aku berada dalam situasi macamni. bahu terasa berat selagi tiada khabar dari doktor.
" macam mana dia boleh ada dekat sana? " soal jaeyong, memulakan perbualan. aku dah dapat agak, dia sengaja nak buat aku calm down sikit.
aku ubah posisi dengan cara duduk bersila sambil menghadapnya.
" aku taktahu. jam 7 tadi, aku baru sampai rumah. aku nampak dia duduk dekat depan pintu rumah aku "
" dan kau? kau ke mana? jam 7 baru balik "
" biasa lah. cari ketenangan, dapatnya lain hshshs "
serta merta dahiku dijentik olehnya. aku tak marah, sebaliknya tergelak kecil. sah sah lah dia yang patut marah, aku tak balik rumah dan tak bagitau dia pun aku ke mana.
kawan yang baik semestinya akan risaukan kawan dia setiap masa, right? :)
" kau tahu tak, semalam doyoung tanya aku macam macam pasal kau? kenapa kau tiba tiba nak balik, kenapa tiba tiba mood kau berubah. dia sampai tak balik dari studio, fikirkan kau. dia siap kata kat aku, dia risaukan kau. semalaman, dia sibuk call aku. dia nak tahu khabar kau tapi kau pun takde inform aku yang kau ke mana. jadi dia cakap dia nak cari kau sendiri. mungkin sebab tu... dia ada depan rumah kau "
aku hanya diam sambil dengar setiap bait perkataan yang keluar dari mulut jaeyong. rasa bersalah menyelubungi diri.
" hati aku kuat mengatakan dari malam tadi sampai lah pagi ni, doyoung tunggu kau bukak pintu rumah. tapi kau? takde. malam tadi pulak hujan lebat. dia tu dah lah degil. selagi tak dapat apa yang dia nak, selagi tu dia takkan giveup "
kepalaku tertunduk. serisau itukah dia dengan aku? sejujurnya aku takde niat langsung nak tarik perhatian sesiapa untuk risau dan kisahkan aku.
tanpa sedar, aku menangis lagi di situ.
berat...
semua yang jadi, salah aku...
grep
" jangan macamni. kalau kau sedih, aku pun sedih, doyoung lagi sedih. kita sama sama tunggu, mana tahu kejap lagi dia sedar. okay? shhh dah dah. aku ada. aku teman kau kat sini "
aku membalas pelukan jaeyong, erat. buat masa sekarang, aku memang perlukan seseorang.
" terima kasih jae, selalu ada dengan aku "
" eoh... sama sama "
ぅ་ ᳝◝𖥻
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro