Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

45

Maaf sekiranya Hanacun selalu kelewatan dalam update dan reply comments korang . Aku tak leh desc lagi busy aku yang kecoh sangat nak masuk uni minggu depan 😭😭😭😭

Sorry gaiss...

————— ☻☻☻—————



Chaejun's pov

Telefon milik Jungkook ini aku pegang. Sudah berapa hari telefon ini berada dengan aku memandangkan aku masih belum memulangkannya.

Bila bercakap saja tentang telefon, telefon lama aku yang kena campak dalam kolam dengan Jungkook hari itu sampai hari ini tak hidup-hidup. Huhuhu sedihnya..

Nasib baiklah petang tadi aku dah beritahu Haerin yang aku berada di rumah Jungkook. Tak adalah dia nak risau sangat.

Aku memandang telefon Jungkook yang berada di tangan. Kalau telefon ni berada dengan aku, maknanya Jungkook tak ada telefonlah sekarang kan? Hmnn.. tak bosan ke?

Kini aku pula yang rasa bersalah. Dia sanggup buat apa-apa saja demi aku. Sedangkan aku? Penyebab dia kena kecam di sekolah adalah. Nampaknya aku perlu bersihkan semula nama baik Jungkook.

Telefon ini aku buka. Nasib baiklah Jungkook tidak meletakkan apa-apa password. Tak leceh nak buka.

Setelah slide ke tepi skrin telefon ini, terpapar terus gambar aku yang dijadikan sebagai wallpaper telefon ini.

Terharu.. terharu! Jungkook terlalu sayangkan aku tapi kenapa aku senang sangat kecut perut dengan amaran Puan Jeon dan bertindak meninggalkan Jungkook semudah ABC begitu je?

Hmnn.. Terasa bodoh..

Instagram Jungkook aku tuju. Kelihatan followers dia dah hampir mencecah Millions. Apak femes! Kalau nak dibandingkan dengan aku memang bagai ubi dengan kentanglah jawabnya.

Oleh kerana Jungkook ramai followers, terdetik satu idea di minda aku. Aku tersenyum comel. Harap idea ini bukannya idea bodoh.

Bahagian live aku tekan. Okay sekarang kita buat live guna ig Jungkook ye. Hee—

Baru sesaat aku buat live, dah sampai bilangan k orang yang menonton. Untung jadi pemes ni, terkenal sangat!

"Annyeong!" Aku melambai tangan di hadapan telefon sambil membuat peace.

"Hari ni saya nak buat sesi soal jawab dengan semua. Haa korang tanyalah apa-apa pun saya jawab," kata aku dengan ceria.

Sambil-sambil itu aku membaca komen dan menjawab soalan mereka yang sedang menonton live ini.

"Eh ni bukan Chaejun girlfriend Jungkook ke? Haa sayalah La Chaejun tu. Tapi saya bukan girlfriend Jungkook sunbae. Tapi saya bakal isteri dia hee—"

"Kenapa Chaejun buat live guna ig Jungkook? Haa suka hati sayalah nak guna ig siapapun awak apa masalah? Kalau cemburu kita jumpa kat gelanggang taekwondo esok ye? Huhu!"

"Chaejun, betul ke Jungkook apa-apakan kau? Hmmn.. Macam ni sebenarnya. Semua tu cuma salah faham saja. Jungkook tak pernah sentuh saya dan saya pun tak pernah sentuh Jungkook. Cuma baru ni kitaorang berdua ada gado-gado sikit sampai berita ni tersebar luas. Sebenarnya Jungkook tak salah pun. Tapi saya pun tak salah jugak hohoho!"

"Kau bila nak break dengan Jungkook haa sundal? Kau langsung tak sesuai dengan dia! Kalau macam tu awak sesuai ke dengan Jungkook?"

Aku menarik nafas seketika. Okay, Chaejun! Kau kena yakin yang kecomelan kau sesungguhnya sesuai dengan Jungkook malaun. Mereka semua itu hanyalah kecamers yang berhasrat dengki saja!

Aku sambung membaca lagi komen-komen dari mereka.

"Jadi tuduhan Jungkook perverts tu palsu ke? Ishh kesian Jungkook oppa. Ya tuduhan tu palsu. Saya sebagai tuan punya badan mengaku yang Jungkook tak buat apa-apa dekat saya."

"Kenapa awak buat live dekat ig Jungkook bukan ig awak sendiri? Haa ni sebab ig Jungkook ramai followers. Senang nanti semua orang nak tahu pasal ni kan?"

"Macam mana kau boleh buka ig Jungkook sunbae? Sebab Jungkook sunbae bagi telefon dia dekat saya. Hado Jungkook buat macam tu dekat kau? Tak dookk HAHAHAHA !"

"Chaejun unnie ni comellah. Saya tahu saya comel huhuhu!"

"Comel apanya noob macam potato adalah. Noob potato ni jugaklah yang Jungkook suka. Bukan macam awak Diva Lavida tapi takde siapa suka huhuhu!"

"Okaylah.. Disini saja live saya hari ni. Lain hari kita jumpa lagi. Bye muah!" sempat aku menghadiahkan flying kiss sebelum menutup live.

Aku melepaskan keluhan kecil. Haish.. Ada yang suka, ada juga yang kecam! Dunia.. Dunia..

Tiba-tiba,

"Ting!"

Dm melalui Instagram ini masuk. Aku terus membuka ruangan chat.

"Cha Jiwon?"

Aku mengerutkan dahi tidak sedap hati. Dah lama perempuan ni menghilangkan diri begitu saja. Jangan kata dia nak jadi orang ketiga balik antara aku dengan Jungkook sudahlah. Cukuplah Cikgu Baekhyun saja yang menjadi orang ketiga.

ChaJiwon
Ini Chaejun kan?

Aku memandang chat ini dengan pandangan menyampah. Huh!

JkJeon_
Haa kenapa?

ChaJiwon
Tahniah
Sebab berjaya buat Jungkook sukakan kau. Semoga berbahagia

Aku terdiam seketika. Biar betul Jiwon ni?

Dia menyambung lagi mesej dia tadi.

ChaJiwon
Aku janji takkan rampas Jungkook lagi. Dia cuma suka kau

JkJeon_
Jiwon-aah..

ChaJiwon
Tak payah nak berbelas sangat dengan aku
Jungkook tak pernah suka aku sebab aku yang takde effort nak hancurkan hubungan korang berdua.
So...
Jaga dia bebaik. Jangan sampai aku berubah fikiran pulak nanti

Entah kenapa aku rasa terharu pula dengan Jiwon. Walaupun cara dia bercakap macam hanjenk tetapi dia bukanlah tipikal orang ketiga yang terus berjuang hingga ke liang lahad.

JkJeon_
Jiwon..
Janganlah buat aku rasa bersalah hikshukshokss
Sebab kalau aku rasa bersalah tahap mana sekalipun aku takkan lepaskan Jungkook
Huwaaaa!

Aku melepaskan keluhan kecil sambil mengelap air mata yang hampir-hampir mengalir keluar.

Tiba-tiba,

"Ting!"

Ada chat lain pula yang masuk. Alahai siapa pulak ni? Pemes pulak rasa.

Aku terus menekan aplikasi Whatsapp memandangkan yang ini masuk melalui Whatsapp pula. Kelihatan nama 'omma' yang naik.

Memandangkan ini telefon Jungkook, adakah omma itu Puan Jeon? Haih! Nak bukak ke tak nak ni?

Okaylah aku buka! Ruangan chat antara Jungkook dengan Puan Jeon ini aku buka.

Omma:
Ini La Chaejun kan?

Eh macam mana Puan Jeon boleh tahu ni aku? Dia ada tengok live dekat Instagram tadi juga ke?

Me:
Ye, puan. Ini saya

Omma:
Saya tak nak banyak soal dengan kamu kali ni. Saya cuma nak tahu sesuatu dari kamu. Tolong jawab soalan saya dengan jujur

Omma:
Betul ke apa semua yang Jungkook bagitahu saya petang tadi? Dia betul-betul sentuh kamu?

Me:
Ani— Dia tak sempat sentuh saya. Dia cuma cuba nak sentuh saya tapi tak sempat pun

Omma:
Kalau macam tu kenapa kamu tak goda dia saja?

Aku terdiam seketika dari terus menaip. Puan Jeon... Kejam!

Omma:
Kamu ingat saya nak sangat tengok muka kamu? Lagi cepat saya dapat cucu, lagi cepat kamu boleh berambus. Faham?

Aku mengetap bibir bila terasa air mata mula bergenang lagi. Yang pastinya air mata kali ini lebih bermakna berbanding tadi.

Kalau aku betul-betul buat apa yang Puan Jeon minta, dia akan buang aku mentah-mentah setelah beri dia cucu. Waktu itu aku bukan saja tiada duit, malahan juga tiada maruah. Dan semestinya aku takkan dapat berjumpa dengan Jungkook dan anak aku lagi. Kejamnya..

Omma:
Okay lagi satu soalan saya. Betul ke suami saya cuba nak apa-apakan kamu malam tu?

End of Chaejun's pov

***

Jungkook membaca semula notes yang tertulis di skrin Iphone yang dipulangkan Chaejun tempoh hari di dalam biliknya. Dia mengerutkan kening seketika.

Betul ke Chaejun yang mengembalikan semula telefon ini hari itu? Atau.. Puan Jeon yang sengaja mengatur jalan cerita untuk memutuskan hubungan mereka?

Jungkook mengeluh kecil. Kalau betul ini Chaejun, mesti Puan Jeon yang memaksanya. Tetapi kalau bukan Chaejun, tak lain dan tak bukan ini memang kerja Puan Jeon sendiri. Haih! Omma Jeon tak pernah berubah!

Tiba-tiba matanya terpandang sebuah buku usang yang diletakkan di atas meja belajarnya. Perlahan telefon tadi diletakkan dan buku itu dia capai.

"Jeon Secrets?"

Baru-baru ini Somi ada menelefon dia yang Makcik Yoonji, pembantu rumah mendiang halmeoni mereka ada datang dan bawakan dia sebuah buku peninggalan mendiang halmeoni. Katanya nampak penting.

Jungkook menaikkan sebelah keningnya buat seketika. Apa yang penting sangat?

Muka surat pertama dia selak..

***

"It's okay, biar saya saja yang gantikan pasu ni. Encik tak perlu potong gaji dia," kata Taehyung kepada lelaki yang bersut hitam itu.

"Betul ni?"

"Yes.."

"Okaylah kalau macam tu. Jung Hobie! Hari ni aku lepaskan kau. Nasib baik ada Encik Kim ni haa yang tolong. Kalau tak, takde gaji kau bulan ni!" kata lelaki itu kepada Puan Jung pula. Manakala Puan Jung hanya menunduk bersalah.

"Dah lama mana makcik kerja dekat sini?" soal Taehyung kepada Puan Jung di apartment yang semestinya milik Taehyung.

Setelah Taehyung membawa masuk Puan Jung ke dalam apartment dia ini, dua orang bodyguard yang mengiringinya tadi terus meninggalkan mereka berdua di sini.

"Baru je.. Lepas makcik kena halau dengan anak sedara makcik," jawab Puan Jung dengan penuh belas. Manalah tahu dia kemungkinan akan mendapat simpati dari Taehyung selepas ini.

Taehyung mengangguk faham.

"Kalau makcik nak tinggal di sini dengan saya, makcik boleh tinggal. Tapi kalau makcik nak pergi juga, saya tak boleh halang."

Bersinar-sinar mata Puan Jung tatkala Taehyung seolah-olah memberi peluang keemasan kepada dia. Tinggal di apartment mewah sebegini? Huh! Inilah yang dia idamkan sejak dari dulu.

Padan muka Haerin halau dia sangat! Lihat sekarang, dia boleh hidup dengan orang yang jauh lebih kaya kan?

Sesekali dia menyisip secawan teh wangi dari Cameron Highland yang dihidangkan oleh Taehyung. Baik sungguh anak muda ini.

"Terima kasih, Encik Kim. Makcik tak tahu nak cakap apa lagi. Terima kasih banyak-banyak sebab bagi makcik tinggal di rumah mewah ni."

Taehyung tersenyum kecil lalu membetulkan kedudukannya buat seketika.

"Baguslah kalau makcik pandai menghargai. Ingat tak pandai menghargai bila ada anak pun jual dekat orang lain."

Puan Jung yang baru saja meminum teh itu terus meletakkan semula cawan di atas meja. Dia memandang Taehyung dengan terkejut. Macam mana Taehyung boleh tahu yang dia pernah menjual anaknya dulu?

"Encik Kim—"

"Makcik tak cam muka saya?" Taehyung menghalakan jari telunjuk pada wajahnya.

"Saya Kim Taehyung, seorang budak yang malang kerana kena tipu dengan mak bapak angkat dia, Tuan Kim Taengkurak dengan Puan Kim Ba Wang. Mereka merahsiakan kisah sebenar saya iaitu mak kandung saya telah jual saya sewaktu saya masih kecil. Makcik rasa makcik kenal tak siapa omma kandung saya?" soal Taehyung dengan serius.

Puan Jung tergamam. Kim Taengkurak? Kim Ba Wang? Jangan kata yang.. Taehyung adalah anak kandung dia yang dia telah jual dulu..

"Kamu—"

"Sekarang omma mesti sukakan dapat tinggal dalam rumah mewah tanpa fikirkan anak omma yang kena jual ni kan? Saya tak sangka saya dapat ibu yang teruk macam ni," kata Taehyung lagi.

"Taehyung.."

"Okay sekarang Taehyung tak nak cakap banyak lagi. Takde masa! Tae cuma nak tahu siapa appa kandung Taehyung."

Puan Jung terdiam seketika. Jadi betullah Taehyung ini anak kandung dia yang dia jual dulu? Yang Tuan Jeon cari sampai hari ini?

Tak sangka anaknya dah besar panjang macam ni sekali. Kaya pula tu. Semakin senang hidupnya selepas ini kalau dia terus berpura-pura menjadi ibu yang baik kepada Taehyung.

Otaknya ligat berfikir jika dia memberitahu Taehyung siapa appa kandungnya yang sebenar.

Tuan Jeon itu kaya. Lagipun kerap kali Tuan Jeon mencari anak mereka yang kena jual ini. Kalau dia beritahu Taehyung tentang ini, tak hairanlah Taehyung pun akan mendapat sebahagian atau keseluruhan harta Tuan Jeon dan dia juga mesti akan dapat hidup dengan lebih senang dengan anak kandungnya sendiri.

Puan Jung mengangkat wajah dan memandang Taehyung semula dengan yakin. Dia yakin dengan adanya Taehyung ini hidup dia semakin berkuasa dan senang saja dia dapat merasa kehidupan yang kaya-raya memandangkan Taehyung juga semestinya akan mendapat hak dari harta Tuan Jeon.

"Appa kandung kamu.. Tuan Jeon Bieskook."

"Bwoh?" Taehyung mengerutkan kening terkejut.

Tuan Jeon Bieskook? Itu bukan.. Appa Jungkook?

"Tuan Jeon Bieskook? Betul?" soal Taehyung dengan terkejut. Puan Jung mengangguk.

Jadi selama ini...

Taehyung dan Jungkook adalah adik beradik?

Repeat..

ADIK BERADIK?

Terus saja Taehyung bangun dari duduknya dan berlari menuju ke tandas. Pintu tandas dia kuak kasar dan menerpa kearah sinki.

"BUWEKK!"







++++

Kalau aku sempat check next ch, insyaa Allah ada update minggu ni sebelum aku menamatkan zaman mereput di rumah ❤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro