42
Bunnykook: You know what about meh? I'm the best u know? 🌚
Pada chapt lepas, mungkin ramai yang dah faham tapi mungkin juga ramai yang lupa. Yes, Jung Hobie ialah Puan Jung, mak sedara Haerin. So, Taehyung lah anak Puan Jung dengan Tuan Jeon yang kena jual dulu. Tapi jangan risau aku still guna Kim Taehyung, bukan Jeon Taehyung 😂 apak pelik duh Jeon Taehyung hahaha
————— ☻☻☻—————
Sebelah tangan Chaejun yang telah dilepaskan itu memukul lemah dada Jungkook supaya menghentikan semua ini.
Teruk! Jungkook memang teruk!
Jungkook perlahan melepaskan ciuman. Dia memandang wajah Chaejun seketika.
"Jungkook.. Tolong lepaskan saya.. Sa-saya tahu awak takkan apa-apakan saya kan?" rayu gadis itu sambil menahan tangannya pada bahu Jungkook.
Jungkook menghela nafas sinis.
"No.." Jungkook mengeleng perlahan
lalu mencebik. Kemudian, bibir Chaejun lantas diragutnya lagi.
Chaejun menipiskan bibir sehabis mungkin. Air mata semakin mencurah laju. Dia tidak tahu apa akan berlaku seterusnya sekiranya dia sendiri yang tidak menghalang Jungkook sekarang.
Terus tangannya menolak dada Jungkook sekuat hati yang boleh sehingga ciuman terlepas. Dan..,
"PANG!"
Satu tamparan padu sedap saja melekap di pipi lelaki itu. Biadap sangat!
Jungkook terkedu. Dia memandang Chaejun dengan pandangan tidak percaya.
"Sudah lah Jungkook! Saya betul-betul tak tahan lagi dengan awak! Dari awal kita kenal lagi awak tak pernah hormat saya! Dulu saya tahan saja apa awak buat dekat saya. Awak cuba sentuh saya sampai Haerin fikir bukan-bukan pasal saya sebab leher ni yang lebam. Semuanya sebab awak!"
Chaejun menarik nafas seketika. Tidak lupa juga dengan air matanya yang mengalir itu dia seka.
"Saya tahu awak ada segalanya, Jungkook. Awak ada keluarga. Awak ada harta. Awak ada kuasa. Saya tahu semua yang awak ada tu memang boleh bayar kehormatan saya. Murahnya saya kan?"
Jungkook terdiam mendengar kata-katanya. Hatinya tersentuh ditambah lagi dengan air mata gadis itu yang menangis kerana dia.
Kejam sangat ke dia?
"Saya tahu saya tak layak untuk awak. Saya cuma anak yatim piatu. Tak ada keluarga. Tak ada harta dan kuasa macam awak. Mendiang appa saya juga musuh ketat omma awak. Memang senangkan awak nak hancurkan diri saya tanpa rasa bersalah? Saya memang murah, Jungkook.. Saya tahu saya memang perempuan murahan dan tak ada harga diri pun depan mata awak.."
"Tapi murah mana pun saya, saya bukan senang nak serahkan diri saya pada orang lain. Terutama pada orang macam awak, lelaki yang saya percaya dan cinta. Awak sebenarnya yang hancurkan cinta saya. Cuba awak bayangkan kalau ada orang lain buat macam ni pada Somi, adik awak sendiri. Apa perasaan awak?"
Jungkook masih lagi terdiam. Rasa menyesal perlahan timbul. Mungkin betul dia sebenarnya yang kejam.
"Saya tahu awak sakit hati dengan saya sebab awak ingat saya yang tinggalkan awak. Tapi percayalah.. saya buat semua tu sebab omma awak yang suruh saya tinggalkan awak. Saya dengan Taeyong sebenarnya tak ada apa-apapun. Kami cuma kawan. Awak tu yang mudah sangat cemburu!"
Terus dia menolak Jungkook membuatkan lelaki itu terjatuh ke sebelahnya.
"Chae—"
Belum sempat Jungkook menahan Chaejun, dia terus berlari keluar dari bilik ini. Nampaknya kali ini menjadi lebih teruk.
***
"Tsk—" air mata yang masih mengalir laju dia kesat dengan kasar. Kakinya terus melangkah di tengah-tengah bandar Seoul yang masih bercahaya.
Walaupun sekarang sudah lewat malam, namun disini masih lagi ramai orang yang berkeliaran.
Chaejun hanya berjalan di kaki lima tanpa hala tuju. Tengok bandar ini pun dah buat dia pening, entah kemana dia nak pergi sekarang. Telefon tak ada, duit pun tak ada.
"Jungkook kejam! Hiks— benci! Benci! Benci!" dia memberontak seorang diri di depan orang ramai.
Beberapa orang yang sedang lalu-lalang di sini memandangnya pelik. Dari hospital manalah agaknya budak ni terlepas.
Tiba-tiba, sebuah kereta berwarna putih yang amat dia kenali berhenti di pinggir jalan.
Siapa lagi kalau bukan kereta Jungkook?
Chaejun mula berjalan laju untuk mengelakkan diri darinya namun Jungkook terlebih dahulu menarik pergelangan tangan gadis itu membuatkan dia terjatuh dalam pelukan.
Jungkook menyembankan wajah di bahu Chaejun membuatkan Chaejun terdongak sedikit meletakkan dagu di bahu Jungkook.
"Maaf—"
Chaejun hanya terdiam.
"Aku terlalu sayangkan kau. Aku cuma nak kau jadi milik aku."
Pelukan dieratkan lagi.
"Tolong jangan tinggalkan aku. Aku betul-betul sayang kau.."
Chaejun memejamkan mata apabila air matanya semakin laju mengalir. Perasaannya bercelaru. Dia juga masih sayangkan Jungkook tetapi pada waktu yang sama dia geram.
Perlahan tangannya menolak Jungkook sehingga pelukan terlerai. Dia menunduk seketika sambil menyeka air mata.
"Bagi saya masa.. Jangan cari saya lagi.."
Chaejun perlahan memusingkan tubuh dan mula berjalan pergi.
"Chaejun!" panggil Jungkook membuatkan langkah Chaejun terhenti.
Jungkook terus mendekati dia. Lantas tangan gadis itu dia capai kemudian telefon miliknya diletakkan di atas telapak tangan Chaejun.
"Jaga diri. Aku tunggu kau."
Chaejun mengangguk perlahan.
"Terima kasih.."
***
•
•
•
Jimin menggaru kepalanya yang tidak gatal apabila melihat Jungkook yang sekejap melompat, sekejap berlari keliling rumah.
Sudahlah tadi dia dikejutkan dengan bunyi loceng rumah tepat pukul 2.30 pagi. Ragu-ragu juga Jimin nak buka takut-takut hantu yang tekan loceng rumahnya. Kang buka pintu keluar hantu bungkus ikat tepi macam mana?
"Kau ni kan tak boleh duduk diam ke?" soal Jimin dengan dahi berkerut sebelum menyuakan snek ke dalam mulut. Remote tv dicapai dan menekan suis on.
Jungkook terus meneguk coke yang berada di depannya dengan wajah berkerut. Dia betul-betul rasa gelisah dan tak senang duduk. Sesekali dia memukul pahanya berkali-kali dengan kasar.
"Aku— erghhh! Aku pun lelaki biasa jugak! Tolonglah faham!"
Jimin tergelak kecil. Macamlah dia tak tahu apa yang terjadi tadi. Jungkook baru saja menceritakan semuanya pada dia.
"Kalau ye pun, kenapa kau lepaskan dia macam tu je?"
Jungkook menarik nafas dalam seketika sebelum memandang Jimin semula.
"Aku tak sampai hati.."
"Hahaha!!! Nasib kaulah, Mangkook!"
"Tch—"
Jimin mula tergelak besar manakala Jungkook sudahpun menggulingkan mata menyampah. Bahu Jungkook ditepuk seketika.
"Aku faham sangat apa kau rasa. Don't worreh bro! Tapi kau pun salah juga. Kalau kau nak dia jadi milik kau sekalipun pun ni bukan cara dia. Kau buat macam ni boleh buat Chaejun makin benci pada kau tau."
Jungkook menaikkan sebelah keningnya. Betul juga apa Jimin kata itu.
"Kau jangan jadi selfish sangat, Jungkook. Jangan ikut sangat perangai mak bapak kau. Kau tengok Somi tu haa, suweg je aku tengok dia. Tak adalah pulak dia nak ikut perangai mak bapak dia yang lahanat tu," sempat Jimin memuji Somi dan mengutuk ibu bapa Jungkook.
"Kau kena faham jugak yang Chaejun tu bukannya budak bijak. Bodoh adalah. Kalau kat apartment tadi kau berjaya buat dia hancur, dia tu takkan teragak-agak nak bunuh diri ke apa. Kau juga yang menyesal nanti."
Jungkook hanya terdiam. Jujur apa yang dikatakan Jimin itu memang betul. Chaejun bukannya bijak. Sekali dia rasa kecewa, dia mesti senang buat benda bukan-bukan.
"Sekarang dia kat mana?" soal Jimin lagi. Jungkook mengeleng perlahan.
"Dia tak nak aku cari dia."
Jimin mengangguk faham.
"Kau jangan risau, nak tak nak dia mesti balik rumah Haerin punya."
Jungkook hanya menaikkan sebelah kening seolah sudah tahu dimana perempuan itu akan pergi selepas ini.
Tiba-tiba,
"Jeon Jungcoat dari kumpulan Bangtan Senandung disahkan akan berkahwin dengan penyanyi popular Barat, Ariana Grande pada bulan depan. Sekian berita di Tv3."
Seorang wartawan menyatakan laporan terkini di televisyen.
Jimin yang sedang kusyuk menonton berita itu mula menepuk tangan dan tergelak besar.
"HAHAHAHAHAHAHA!!! Padan muka Hanacun! Boypren yang dia sanjung sangat tu nak kahwin dengan orang lain hahaha!"
Tidak puas dengan itu, dia menepuk pula paha Jungkook yang berada di sebelahnya.
"Hahaha aduu— sakit perut! Balik sekolah tadi je baru lepas buat mukbang makan belacan dengan Haerin. Tengok malam eh kapal Hanacoat dah karam laa hahahaha sempoi!" Jimin memegang perutnya yang terasa sakit akibat kuat sangat gelak.
Tetapi tak sama pula dengan Jungkook yang hanya mengeluh kecil.
"Kau kenapa tak gelak, Kook? Putus wayar ke?"
"Sekurangnya Hana sempat dengan Jungcoat dulu. Nak banding dengan kau pernah kena reject dengan dia."
"Sial!"
***
•
•
•
"Haerin.. Hiks—" Chaejun lantas memeluk Haerin dan menangis teresak-esak di bahunya.
"Kenapa ni?"
Haerin turut risau. Tiba-tiba saja tadi dia mendapat panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Bila angkat rupanya Chaejun. Terus dia datang ke bandar Seoul semata-mata nak ambil perempuan itu pulang ke rumahnya.
"Jungkook..."
"Kenapa dengan dia?"
Semakin gelisah Haerin dibuatnya. Sejak dalam kereta tadi lagi Chaejun menangis tak henti-henti. Sampai ke rumah pun dia masih lagi menangis.
"Jungkook.. dia sentuh aku.."
"Bwoh?!!"
++++
Maaf lambat hapdet. Aku ada masalah sakit otak dua tiga hari ni 😂
Sorry jugak kalau chapt ni agak rushing and cam vangang je. Korang faham-fahamlah yang Hanacun ada masalah sakit otak teramat sejak break dengan Jungcoat. Abe Jungcoat nak kawen dengan Ariana huarghh😭
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro