41
Sebelum baca chapt ni, pastikan anda tidak menghidap sebarang sakit jantung, demam denggi, demam kura-kura, demam arnab dan seangkatan dengannya.
Warning! Chapt ni juga agak matang.. Tutup mata gaiss 😭😭😭
————— ☻☻☻—————
Jungkook hanya berselindung di balik dinding bilik dan mendengar semua pertengkaran antara Tuan Jeon dengan Chaejun.
Memang tadi dia cuba untuk pergi, tetapi sebenarnya dia memang sengaja berbuat demikian kerana ingin tahu apa tindakan Tuan Jeon yang seterusnya. Jungkook juga bukanlah seteruk yang disangka untuk tinggalkan Chaejun macam itu saja.
Dia mengintai sedikit di balik celahan pintu.
"Uncle sakitlah!" Chaejun cuba melepaskan genggaman tangannya.
"Kamu nak keluar dari rumah ni sangatkan? Jadi ikut saja apa uncle suruh."
"Uncle.. Saya rela buat apa saja asal bukan dengan cara ni," rayu Chaejun sambil menangis-nangis.
Senyuman sinis Tuan Jeon semakin menjadi-jadi. Tanpa mendengar rayuan gadis itu, dia terus menolak kasar Chaejun ke atas katil.
Jungkook yang masih mengintai di luar pintu bilik itu mula mencebik geram. Tangannya sudahpun mengepal penumbuk. Ini dah melampau! Berani Tuan Jeon cuba buat benda bukan-bukan dalam rumah dia sendiri? Tak takut kalau tertangkap dengan Puan Jeon?
Terus Jungkook menolak kasar pintu yang separa terbuka itu dan menerjah masuk ke dalam bilik.
Dia segera menarik Tuan Jeon dan menghempaskan tubuh lelaki tua itu ke dinding. Kolar baju Tuan Jeon juga dicengkam kemas. Tajam saja anak mata Jungkook menikam mata Tuan Jeon.
"Appa memang tak pernah serikkan? Bila appa nak berubah?" soal Jungkook dengan serius tetapi terselit kesedihan.
Tuan Jeon tak pernah setia kepada ibunya. Dari dulu lagi. Cuma dia saja yang tak mahu memperbesarkan hal ini memandangkan dia tidak mahu Puan Jeon sedih. Tapi itulah Tuan Jeon pula yang tak pernah hargai. Dah ada isteri pun, masih lagi cari perempuan lain.
Dan yang lebih menyakitkan lagi bila Tuan Jeon cuba mengapa-apakan Chaejun, orang yang sudah lama dia cop milik dia.
"Ju-Jungkook—"
"Appa memang teruk!"
Tuan Jeon terdiam.
"Jungkook dah lama diam bila tengok appa dengan perempuan lain. Jungkook buat semua ni sebab Jungkook tak nak omma kecewa. Dan Jungkook juga tak nak rumah tangga omma dengan appa hancur sampai omma terpaksa halau appa dari rumah ni. Ingat appa, appa takkan dapat satu sen pun dari harta omma sebab omma dah salinkan 90% dari harta dia pada Jungkook dan selebihnya pada Somi. Appa sebenarnya papa kedana!" jelas Jungkook panjang lebar.
Tuan Jeon mengerutkan kening, terkejut. Apa? Dia tak dapat sesen pun?
"Kalau appa masih tak nak berubah.."
Jungkook tersenyum sinis.
"Kita tengok siapa yang lebih berkuasa. Appa atau Jungkook?"
Perlahan kolar baju Tuan Jeon dilepaskan. Kalau diikutkan hati, memang dah lama dia tumbuk wajah Tuan Jeon hingga pecah. Tetapi dia masih sedar bahawa Tuan Jeon itu masih lagi appa kandungnya. Jadi dia lebih memilih untuk mengugut dari mencederakan Tuan Jeon.
Jungkook memandang pula Chaejun yang sedang memeluk lutut ketakutan di atas katil. Segera tangan gadis itu dia tarik dan keluar dari sini.
***
"Awak nak bawa saya ke mana ni?" Chaejun turut berlari anak mengikuti langkah Jungkook yang sedang berjalan laju untuk keluar dari rumah ini. Tangannya masih lagi tidak dilepaskan.
Bila tiba saja di taman rumah, pintu kereta Jungkook yang diparkir di kawasan itu lantas Jungkook buka dan menolak Chaejun masuk ke tempat sebelah pemandu.
"Masuk."
"Jung—"
"PAP!"
Pintu kereta ditutup kasar. Kemudiannya Jungkook berjalan pula ke tempat pemandu lalu segera dia buka pintu kereta dan masuk.
"Awak nak bawa saya ke mana?" soal Chaejun sekali lagi memandangkan soalan tadi dibiarkan Jungkook begitu saja.
"Diam," arahnya dengan serius.
Chaejun mencebik. Sudahlah dia tak biasa sangat keluar tengah-tengah malam. Ditambah lagi dengan lelaki.
Jungkook mula menggerakkan kereta itu dan melolos keluar dari perkarangan rumahnya.
***
•
•
•
"Encik.. Encik.."
Perlahan Taehyung membuka mata. Kelihatannya seorang jururawat perempuan sedang berdiri di hadapan dia sekarang.
Terus saja Taehyung menegakkan badan. Terlelap pula dia kerana dari pagi lagi dia di hospital ini.
"Encik ni mesti anak Tuan Kim Taengkurak kan?"
Taehyung mengangguk.
"Ye saya. Kenapa?"
Jururawat itu tersenyum manis.
"Tuan Kim dah sedar. Kalau encik nak melawat dia pun dibenarkan. Tapi seorang saja yang boleh."
Taehyung tersenyum bahagia. Air mata palsu yang kian bergenang itu lantas dia seka.
"Be-betul? Appa dah sedar?"
Jururawat itu mengangguk perlahan.
"Tapi kalau boleh encik jangan beritahu lagi tentang kematian Puan Kim. Kerana keadaan Tuan Kim pun masih belum stabil," pesan jururawat itu.
"Okay.. Saya masuk dulu ye?"
"Silakan," pelawa jururawat itu dengan ramah. Mentang-mentanglah anak Tuan Kim ini kacak orangnya, mulalah dia nak tunjuk baik. Itu belum tahu lagi perangai sebenar Taehyung macam mana.
Taehyung segera berjalan menuju ke arah wad Tuan Kim. Sempat dia tersenyum sinis setelah melepasi jururawat tadi. Nampaknya rancangan dia semakin berjalan lancar. Sekarang dia perlu tahu sesuatu dari Tuan Kim sebelum lelaki tua itu dimangkatkan.
Pintu wad Tuan Kim dikuak perlahan. Perlahan Taehyung masuk. Dia berjalan mendekati Tuan Kim yang memang sedia menanti kehadirannya.
"Taehyung.." Tuan Kim mendepakan tangan kepada Taehyung.
Walaupun Tuan Kim sudah nampak sikap sebenar Taehyung di belakang dia, dia tetap sayangkan Taehyung. Kerana Taehyung lah yang dia jaga sejak dari bayi hinggalah saat ini. Semua itu membuatkan dia menganggap Taehyung tak ubah seperti anak kandung yang lahir dari darah dagingnya sendiri.
Taehyung hanya diam tanpa berbuat apa-apa. Dia hanya membiarkan saja Tuan Kim yang sedang menanti dia untuk membalas pelukan. Taehyung terus menyeka kasar air mata palsu yang mengalir tadi sehingga kering. Wajah serius dan dingin saja yang dipamerkan.
Tuan Kim tergamam. Perlahan tangannya tadi dijatuhkan.
"Kenapa appa tipu Tae?" soal Taehyung dengan dingin. Tidak kisah waktu ini adalah masa yang sesuai ataupun tidak, yang penting dia perlu tahu perkara ini dulu.
Tuan Kim mengerutkan dahi pelik.
"Ap-apa maksud kamu, Taehyung?"
Taehyung mengeluh sinis.
"Sejauh mana appa nak rahsiakan semua ni dari Tae? Kenapa appa tak pernah bagitahu yang Taehyung ni sebenarnya anak angkat appa?"
Tuan Kim sekali lagi tergamam. Macam mana Taehyung boleh tahu semua ni?
"Ap-apa yang ka-kamu merepek ni?" Tuan Kim cuba berdalih.
"Appa sebenarnya yang merepek!" tengking Taehyung membuatkan Tuan Kim terdiam.
"Selama ni appa tipu Taehyung. Cakap Tae ni anak appa lah apalah. Tapi sebenarnya bukan kan? Wae appa wae?"
Sesekali air matanya bergenang memenuhi kelopak mata. Kali ini bukan air mata palsu lagi. Tapi dia benar-benar maksudkannya.
Tuan Kim mengetap bibir sedih buat seketika.
"Appa minta maaf.. Appa cuma tak nak kamu tinggalkan appa," kata Tuan Kim dengan ikhlas.
Taehyung mengeluh kecil.
"Appa dah tahu yang omma dah meninggal?"
Tuan Kim membulatkan mata.
"Ha? Dah meninggal?" soalnya tidak percaya. Taehyung mengangguk kecil.
"Tae yang bunuh."
"Bwoh?" Tuan Kim mengeleng perlahan tidak percaya. Apa semua ni?
"Wae? Appa terkekut? Kalau appa nak tahu, kemalangan appa dengan omma ni sebenarnya rancangan Taehyung."
Giliran Tuan Kim pula yang mengalirkan air mata. Anak yang amat dia sayang dan sanjung selama ini sendiri yang khianati dia. Sampai hati..
"Apa kamu dah buat ni, Taehyung? Kamu memang kejam!"
Taehyung tersenyum sinis.
"Hasil didikan appa. Maaf kalau Tae terbuat salah," kata Taehyung dengan selamba.
"Kurang ajar! Kau memang anak tak guna! Anak tak sedar diri! Patutlah mak kau tak nak jaga kau dulu sebab kau ni sebenarnya anak tak guna! Kamu patut sedar Taehyung yang omma kandung kamu datang menyembah depan kaki appa minta appa jagakan kamu dan beri dia wang. Kamu patut sedar yang mak kandung kamu sendiri yang jual kamu dulu!" tengking Tuan Kim habis-habisan.
Biarlah ini kali pertama dia memarahi Taehyung. Dia sudah tidak tahan lagi dengan sikap Taehyung!
"Apa?" soal Taehyung tidak percaya.
"Kamu patut bersyukur sebab appa jaga kamu dengan baik. Appa beri saja apa yang kamu nak sebab anak appa cuma kamu seorang... Kalau kamu nak tahu, kamu tu cuma anak luar nikah yang dibuang dari keluarga kandung kamu sendiri! Sebab itu Kim Ba Wang bencikan kamu sangat!"
Taehyung mencebikkan mata. Dia betul-betul tak percaya dengan apa yang dia dengar hari ini. Kenapa dia tak pernah tahu yang dia sebenarnya datang dari keluarga yang begitu teruk?
"Appa sebenar kamu tu dah ada isteri. Tapi dia curang dengan omma kamu sampai omma kamu mengandung dan lahirkan kamu. Dan lepas tu dia tinggalkan omma kamu macam tu saja. Omma kamu tak ada duit waktu tu. Jadi dia datang merayu pada appa minta appa jagakan kamu dan beri dia duit. Sebab dia tak ada kerja dan tempat tinggal pun masa tu. Dia baru saja kena halau dengan tuan rumah sewa dia sebab dah lama tak bayar sewa rumah. Kebetulan waktu tu appa memang inginkan anak. Jadi appa ambil kamu jadi anak appa."
Cerita Tuan Kim. Taehyung jatuh terduduk di atas kerusi yang sedia berada di sebelah katil Tuan Kim. Dia mengetap bibir rapat tatkala air mata perlahan mengalir. Dia rasa.. Terhina..
Namun cepat-cepat fikirannya memotong. Dia tak boleh berdiam diri.
Terus saja dia bangun semula dari duduk dan mencengkam erat kolar baju hospital yang dipakai Tuan Kim. Bengis saja wajahnya pada waktu sekarang.
"Siapa keluarga Tae? Dan mana mereka sekarang?"
"Appa tak tahu siapa ayah sebenar kamu. Appa cuma kenal omma kamu. Nama dia Jung Hobie. Tapi appa tak tahu mana dia sekarang. Lepas dia berikan kamu, dia terus hilangkan diri macam tu je," jelas Tuan Kim.
"Sial!"
Terus kolar baju Tuan Kim dilepaskan. Kemudian bantal yang ditiduri Tuan Kim itu pula lantas Taehyung capai dan ditekupnya wajah lelaki tua itu dengan kemas.
Rontaan Tuan Kim yang minta dilepaskan itu langsung dia tidak dihiraukan. Yang penting dia puas. Ingat senang ke dia nak terima semua ni secara mengejut?
Akhirnya tubuh Tuan Kim terkulai lemah. Bantal yang digunakan tadi dialihkan ke tepi.
Taehyung tiba-tiba terkaku. Kedua-dua belah tanngannya dia lihat. Dia membunuh Tuan Kim dengan tangannya sendiri? Apa dia dah buat?
***
•
•
•
Pintu apartment mewahnya ditutup. Chaejun memandang Jungkook hairan.
"Kenapa awak bawa saya ke sini?"
Jungkook tidak menjawab soalan dia sebaliknya menarik tangan Chaejun masuk ke dalam sebuah bilik utama ataupun bilik yang paling besar dalam apartment itu.
"KLERK!"
Pintu bilik itu ditutup setibanya mereka berdua di dalam. Tangannya dilepaskan. Chaejun memandang ke sekeliling bilik ini. Luas dan cantik.
Kemewahan dari segi perabot dan cahaya berwarna oren dari lampu yang menggunakan kuasa tinggi ini memang menyerikan lagi ruang bilik ini. Wow~
Perlahan Chaejun mendekati tingkap kaca besar yang berada di hujung bilik. Tangannya mula menyentuh tingkap yang sememangnya menampakkan seluruh bandar Seoul di waktu malam ini itu.
Indah sungguh!
Namun yang tak indahnya bila tiba-tiba saja dia dapat rasa tangan seseorang mula melingkar erat di pinggangnya.
"Ju-Jungkook—" Chaejun cuba melepaskan tangannya apabila merasa tidak selesa. Mungkin disebabkan mereka cuma berdua di dalam bilik sunyi ini.
Jungkook tersenyum sinis lalu segera merehatkan dagu di atas bahu Chaejun.
"Sayang.." dia mencium pipi gadis itu dari belakang.
"Ju-Jungkook— apa ni?"
Chaejun cuba melepaskan diri namun Jungkook terlebih dahulu merebahkan tubuh mereka berdua ke atas katil.
Pelukan tadi terlepas lalu segera Jungkook menindihnya. Terus kedua-dua belah tangan Chaejun dia pegang erat. Kakinya juga berjaya dia kunci.
"Jungkook apa awak nak buat ni? Arhh!!" dia menjerit sekuat hati dan meronta.
Tapi sayangnya tidak berjaya. Jungkook tergelak kecil.
"Kau jerit kuat manapun tak ada siapa akan dengar. Kita cuma berdua saja.." kata Jungkook dengan sinis.
"Kenapa dengan awak ni, Jungkook? Aish lepaslah!" sekali lagi dia cuba melepaskan diri tetapi tetap tidak berjaya.
"Kau nak sangat keluar dari rumah aku kan? Jadi kau kena bagi keluarga aku keturunan Jeon dulu dan lepas tu baru kau boleh berambus.."
Chaejun terdiam dari terus meronta. Dia mengeleng tidak percaya. Perlahan air matanya mengalir. Terhinanya dia rasa..
Sebelah tangannya dilepas Jungkook lalu Jungkook mula mengelap lembut air matanya. Wajah juga didekatkan.
"Aku dah penat nak layan semua ni. Aku sayang kau tapi kau khianat aku. Jadi lebih baik aku jadikan kau milik aku secara rasmi. Sebab nanti kau tetap akan cari aku untuk bertanggungjawab. Betulkan?"
Semakin lama semakin laju air mata gadis itu mengalir. Sebelum ini kalau dia dalam kesusahan, pasti Jungkook saja yang akan selamatkan dia. Tapi sekarang, Jungkook sendiri yang menghanat.
"Ju-Jungkook.. Tolong jangan buat saya macam ni. Saya cuma harapkan awak yang selalu tolong saya, tapi—" kata-kata terhenti saat Jungkook mengeleng perlahan sambil tersenyum sinis lagi.
"No.. Because I love you, baby.." bibirnya dicium lembut seiring dengan tangannya yang menarik lagi wajah gadis itu untuk mendalamkan ciuman. Esakan tangisan perempuan itu langsung tidak dihiraukan.
Jungkook betul-betul menunjukkan telinga arnabnya.
++++
Maaf gais kalau ch ni kejam namatey 😭 aku fikir seratus kali nak update ke tak
Btw, ch ni hampir mencecah 2k words. Aku dah cuba pendekkan tapi tak boleh 😭😭😭
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro