Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

40

Jeon Jongket: I love you 😘❤

————— ☻☻☻—————


Taehyung terus berlari ke wad Tuan Kim bersama Seokjin di belakangnya. Bila tiba saja di hadapan wad, dia terus menerpa kearah Tuan Han, peguam peribadi Tuan Kim yang turut berada di situ.

"Tuan Han.. Macam mana keadaan appa dengan omma saya?" Kedua-dua belah bahu Tuan Han dia cengkam bersama air mata palsu yang mengalir di pipi.

"Tuan Kim koma. Doktor tak benarkan siapa-siapa masuk buat masa sekarang. Cuma Puan Kim saja—" kata-kata Tuan Han terhenti.

"Kenapa dengan omma?"

"Dia.. Tak dapat diselamatkan.."

Taehyung mengetap bibir. Air matanya semakin laju mengalir. Namun lantas tubuhnya dipeluk Seokjin yang masih berada di sebelahnya.

"Kau tabah ye, Tae?"

"Hmnn.." Taehyung mengangguk perlahan. Namun perlahan juga dia tersenyum puas membelakangi Seokjin dan Tuan Han.

Dari awal lagi dia membenci Puan Kim. Tak sangka sekarang mati juga wanita tua perasan cantik tu.

Tak sama pula dengan Tuan Kim. Kemalangan yang berlaku ini memanglah rancangan dia. Tetapi pada waktu yang sama juga dia perlu tahu sesuatu yang penting dengan Tuan Kim dan lelaki tua itu pastinya akan menyalin semua harta kepada Taehyung.

Bagus Mr. Bae buat kerja.

"Saya akan cuba bantu pihak polis siasat kes kemalangan ni. Mengikut rakaman cctv, kemalangan ini berlaku sebab ada kereta yang hilang kawalan merempuh masuk jalan yang dilalui Tuan Kim hingga Tuan Kim terbabas. Saya syak mungkin pemandu itu tengah mabuk dan cuba melarikan diri selepas kemalangan berlaku." Tuan Han bersuara.

Okay, ini tak bagus.

Taehyung terus melepaskan pelukannya dengan Seokjin. Sempat tangannya menyeka air mata palsu yang mengalir sebelum dia memandang Tuan Han.

Taehyung mengangguk perlahan.

"Tolong saya, Tuan Han. Cari mereka sampai jumpa. Appa saya tak patut diperlakukan macam ni," ujar Taehyung dengan nada terdesak.

Tuan Han mengangguk.

"Saya cuba."

***

Taehyung meregangkan urat tangannya lalu menyilangkan kaki. Setelah Seokjin dan Tuan Han pergi dari situ, dia hanya mengambil tempat di ruang menunggu memandangkan doktor masih tidak benarkan sesiapa masuk ke wad Tuan Kim lagi.

Telefon dikeluarkan dan cepat-cepat dia memasukkan password. Tak sangka pula dia yang Tuan Han ini bukannya sebarang peguam. Mungkin sebelum ini dia sangat rapat dengan Tuan Kim sampai kes ini pun dia mahu uruskan.

Kemudian nombor telefon Tuan Bae terus dia dail.

"Hello?"

"Mr. Bae! Aku nak kau bertindak cepat. Kita tengah bahaya sekarang."

"Hapuskan bukti. Tolong bakar kereta kau tu hari ini juga. Jangan sampai polis dapat kesan."

***

"Jungkook tolong arr— Jadi partner mukbang aku je..," Jimin menarik tangan Jungkook yang sedang membuka tin Coca Cola.

"Pergi mampus!" Jungkook tidak menghiraukan dia lalu terus berjalan ke hadapan, meninggalkan Jimin.

"Tch—" Jimin berdecit. Skrin telefon dia pandang.

Dia mengeluh kecil. Eyy ni mesti Hana Cun yang dislike semua video dia!

"Jap fikir— Okay.. Sekarang nak buat macam mana?" Jimin memejam mata buat seketika. Tidak lama selepas itu, matanya dibuka semula.

Dari jauh dia ternampak Hana dan Haerin sedang berjalan bersama menuju ke kelas. Jimin mencebik geram. Nampaknya dia kena settle masalah ni hari ini juga! Nak kena Hana Cun ni!

Baru selangkah dia menapak, kelihatannya Hana terlebih dahulu pergi dari situ setelah Cikgu Vernon yang tiba-tiba saja muncul, memanggil dia.

Hmmn.. Skendel baru ke ni?

Report Jungcoat! Report Jungcoat! 🌚

Jimin terdiam seketika. Nampaknya sekarang tinggal Haerin sendirian yang berjalan menuju ke kelas. Chaejun pula entah ke mana. Dating dengan Taeyong kat rooftop agaknya. Tak pun dengan Cikgu Baekhyun.

Jimin berfikir sejenak. Bermacam-macam idea muncul dalam fikirannya. Dia mula mendekati Haerin.

Belum sempat Haerin melangkah masuk ke dalam kelas, tangannya lantas ditarik Jimin hingga ke belakang pintu.

"Eo— sunbae kenapa ni?" soal Haerin terkejut bercampur pelik.

Jimin menarik nafas panjang. Sudah lama dia tidak bertegur sapa dengan perempuan ini sejak dia dapat tahu yang Haerin memerangkap Chaejun tempoh hari. Tetapi sekarang dia betul-betul terpaksa.

"Tolong aku.."

"Huh? Tolong apa?"

"Jadi partner mukbang aku lepas ni. Aku kena kalahkan viewers Hana Cun dengan Jungcoat jungkek tu," kata Jimin dengan serius.

"Huh?" Haerin memandangnya hairan.

Haih! Lembab betul budak ni!

"Macam ni. Semua video aku kat Youtube kena dislike. Aku pasti sangat ni kerja Hana dengan Jungcoat tu. Mentang-mentanglah Yeontan dislike video mukbang dia pakai telefon aku semalam, ada hati dia nak berdendam dengan aku! Haih! Anjing aku pun menyampah dengan depa dua ekoq tu!" terang Jimin bersungguh-sungguh.

Haerin tersengih.

"Sunbae jealous ehk?" Keningnya diangkat berkali-kali. Lantas Jimin mengeleng.

"Tak lapaq!"

"Hahaha!" Haerin tergelak besar. Nampaknya Jimin masih sukakan Hana. Tu lah Hana! Cun sangat Jimin pun melekat!

Tetapi dalam gelakan Haerin itu tetap ada nada palsu. Maklumlah Haerin suka Jimin tapi Jimin suka Hana. Dan Hana pula suka Jungcoat.

Konflik apa ni?

"Okay.. Kalau saya setuju jadi partner sunbae dalam mukbang sunbae nanti, sunbae nak bagi apa dekat saya?" soal Haerin yang semestinya mahukan ganjaran. Cis, tak ikhlas langsung!

Jimin menarik nafas dalam sekali lagi. Terpaksa okay terpaksa!

"Aku akan jadi kekasih kau buat selama-lamanya," jawab Jimin. Haerin terkaku.

Sebelum ini pun dia pernah dipinta untuk menjadi partner Jimin pada hari Valentines lalu memandangkan Jimin tahu bahawa Haerin sukakan dia. Ditambah lagi pada hari itu Taehyung pun tak ada dan Jungkook juga sudah ada Chaejun, lagilah menyepi hidup Jimin. Tak pasal-pasal kan nanti dia kena ambil borang untuk daftar masuk ke skuad forever-alone.

Dan sekarang Jimin betul-betul tekad untuk bercinta dengan Haerin walaupun hatinya masih untuk Hana. Dia buat semua ini pun kerana mahu tunjuk pada Hana bahawa dia bukanlah sesendu yang disangka.

Lek arhh kena reject sekali je. Tapi beribu yang sedang menunggu!

"Deal?" soal Jimin inginkan kepastian.

Haerin masih terkaku. Betul ke apa yang dia dengar? Jimin betul-betul sukakan dia?

Oleh kerana hatinya yang sedang melonjak kegirangan sekarang, terus saja dia mengangguk berkali-kali.

"Deal! Deal! Deal!"

"Okay lepas tamat sekolah jumpa aku kat bilik penyiaran. Kita buat mukbang makan belacan."

"Ha?!!"

***

Tepat pukul 1 pagi, tekaknya tiba-tiba terasa haus. Dengan langkah berat Chaejun bangun dari katil dan berjalan menuju ke dapur yang terletak di tingkat bawah.

Apabila tiba di dapur, dia mula mengisi air kosong ke dalam mug kosong.

Sunyi saja waktu ini. Gelap pula tu. Mungkin semua orang sudah tidur. Kalau tak pun masing-masing tengah buat kerja sendiri. Setelah Chaejun siap meminum air, dia mula berjalan untuk ke tingkat atas semula.

Namun belum sempat dia mendaki tangga, mulutnya tiba-tiba ditekup dari belakang dan tubuhnya ditarik.

Dia hanya mampu menjerit kecil tatkala mulutnya ditekup rapat. Tubuhnya dilepaskan seusai dia tiba di dalam sebuah bilik tidur kosong.

Dia memandang kearah orang yang menariknya tadi. Berkerut dahinya memandang lelaki ini.

"Tuan Jeon?"

Tuan Jeon tersenyum sinis.

"Kadang saya hairan. Macam mana kamu boleh setuju tinggal di sini sedangkan dulu kamu pernah kena jual dengan anak saya?" soalnya.

"Ta-tapi saya tak pernah setuju pun tinggal kat sini. Puan Jeon yang paksa saya."

Sebab Tuan Jeon menarik dia ke sini tadi terus dilupakan. Malahan dia dapat rasakan inilah peluang dia untuk keluar dari rumah ini. Dia tahu Tuan Jeon mungkin lebih baik dari Puan Jeon memandangkan Tuan Jeon pernah menyelamatkan dia tempoh hari. Jadi dia perlu gunakan peluang ini untuk pujuk Tuan Jeon supaya dia dapat keluar dari rumah itu.

"Uncle.. Tolong saya.. Tolong bawa saya keluar dari sini. Se-sebenarnya Puan Jeon yang paksa saya tinggal di sini. Saya tahu dia tak suka saya dan Jungkook pun tak suka saya. Sa-saya tak tahu nak minta tolong siapa lagi selain uncle," rayu gadis itu.

Tuan Jeon mengangguk faham.

"Jadi semua ni rancangan isteri uncle lah?"

Chaejun mengangguk laju sambil mencebik sedih. Dia betul-betul berharap agar Tuan Jeon dapat membantu dia lagi kali ini.

"Boleh.. Tapi dengan satu syarat."

Chaejun memandangnya hairan.

"Apa syaratnya?"

Tuan Jeon sekali lagi tersenyum sinis.

"Ingat tak hari tu saya selamatkan kamu. Saya bayar empat kali ganda tau. Jadi kalau kamu nak saya tolong kamu keluar dari sini, kamu kena bayar balik semua duit saya dulu."

Chaejun tergamam. Dia dapat merasakan aura yang tidak baik dalam diri Tuan Jeon. Jadi selama ini dia tak ikhlas?

"Tapi.. saya mana ada duit sebanyak tu."

"Kalau kamu tak boleh bayar dengan duit.."

Bertambah sinis senyuman Tuan Jeon kali ini.

"Kamu boleh bayar dengan diri kamu sendiri."

Chaejun membulatkan mata terkejut.

"Apa uncle cakap ni?"

Kemudian dia mula berjalan pergi dari situ, malas nak melayan perangai Tuan Jeon. Betullah apa yang Taeyong katakan hari itu. Tuan Jeon memang jenis tak cukup satu. Dasar Jeon Aziz!

Namun langkahnya terus terhenti apabila tangannya ditahan Tuan Jeon.

"Degil punya budak!"

Terus tubuh Chaejun dihempaskan di dinding. Chaejun sekali lagi membulatkan mata apabila Tuan Jeon mula memegang kedua-dua belah tangannya.

"Uncle lepaslah!" Chaejun mula meronta untuk dilepaskan namun Tuan Jeon langsung tidak mengendah.

"Daripada kamu layan Jungkook, baik kamu layan saya kan?"

"Tuan Jeon tolong jangan buat saya macam ni! Tolon—" baru saja dia hendak menjerit namun Tuan Jeon terlebih dahulu menekup mulutnya.

Air mata mula mengalir. Dia berharap sangat supaya ada orang yang datang selamatkan dia waktu ini.

Oleh kerana pintu bilik itu sedikit terbuka, dari jauh dia ternampak Jungkook sedang berjalan melintasi pintu bilik itu.

Tanpa berfikir panjang, dia terus menggigit jari Tuan Jeon yang sedang menekup mulutnya tadi.

"Auu!" Jerit Tuan Jeon kesakitan lalu terus melepaskan gadis itu.

"Jungkook!" jerit Chaejun dengan kuat membuatkan langkah Jungkook terhenti. Dia memandang ke dalam bilik ini.

Baru saja Chaejun hendak melarikan diri, namun Tuan Jeon terus menolaknya ke dinding semula.

Tetapi tidak sama pula dengan Jungkook yang hanya memandang mereka berdua tanpa perasaan. Tidak lama selepas itu, Jungkook mula mengajukan langkah dan berlalu pergi dari situ.

Chaejun terdiam kaku. Jungkook tinggalkan dia lagi disaat dia dalam kesusahan sebegini?

Tuan Jeon kembali tersenyum sinis.

"See? Jungkook sendiri pun tak nak tolong kamu. Nampak sangat dia jijik dengan perempuan macam kamu," katanya.

Air mata gadis itu semakin laju mengalir. Dia mengeleng tidak percaya. Terasa murah dia bila berada dalam keluarga ini. Keluarga Jeon memang kejam! Tuan Jeon, Puan Jeon dan Jeon Jungkook semuanya malaun!









++++

Okay ini last chapt sebelum hari raya. So aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin 🌴🌴🌴

Sorry aku takde sticker ketupat jadi aku letak sticker kelapa 😂

Btw, get ready untuk next chapt. Act dah lama nak update next chapt ni tapi rasanya macam tak elok kalau nak update di bulan Ramadhan. So sebab tu aku lambatkan update biar lepas bulan Ramadhan baru update hee— 🌚 maaf bikin anda tertunggu

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro