Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

38


"Jadi macam mana kamu boleh tinggal dengan keluarga uncle?" soal Tuan Jeon setelah seorang pelayan hotel menuangkan air kosong ke dalam setiap gelas kaca mereka.

Maklumlah selepas menjemput Tuan Jeon di lapangan terbang tadi, lelaki tua itu terus mengajak mereka sekeluarga makan malam di sebuah hotel mewah yang bernama hotel Cong Codei.

"Sa-saya—"

"Saya yang jadikan dia anak angkat kita," cantas Puan Jeon.

"Ouh anak angkat." Tuan Jeon mengangguk perlahan sambil tersenyum, sengaja berlakon tidak tahu apa-apa.

Begitu juga dengan Puan Jeon yang turut berlakon baik walaupun dia tahu yang Tuan Jeon sudah tahu semuanya tentang ini. Semuanya kerana tidak mahu Chaejun dan Jungkook syak sesuatu tentang Tuan Jeon.

"Uncle tak sangka pula orang yang anak saya jual dulu ni boleh jadi anak angkat uncle. Macam mana hubungan kamu dengan Jungkook? Okay? Tak bertengkar?" soal Tuan Jeon pada Chaejun.

"Ermm—"

"Diaorang saling mencintai," cantas Somi yang berada di sebelah Chaejun itu pula. Chaejun memandang terkejut kearah gadis itu namun Somi tetap memberi reaksi dingin.

"Dah memang betulkan?"

"Ouh ye ke? Baguslah kalau macam tu. Uncle pun tak sabar nak kahwinkan Jungkook dengan seseorang lepas sekolah nanti. Bukan apa, uncle nak anak uncle berubah je," ujar Tuan Jeon dengan ramah membuatkan Chaejun hanya senyum kecil dan menunduk.

Namun tak sama pula dengan Jungkook yang berada di sebelah Somi itu. Dia hanya memandang skrin telefonnya tanpa apa-apa suara.

"Eh jemputlah makan. Kan berbual sampai esok pun tak habis," pelawa Puan Jeon.

Chaejun hanya tersenyum lalu mencapai gelas yang berisi air kosong tadi.

"Hello?" Jungkook tiba-tiba melekapkan telefon di telinganya lalu terus bangun dari duduk. Dia mula berjalan keluar dari dewan makan itu.

Chaejun pula hanya terkebil-kebil memandang lelaki itu. Dia bercakap dengan siapa? Lelaki ke perempuan?

***

"Yes, baby. Okay nanti I tak busy kita spend time together as our first date."

"Okay sweet dream, baby. Muah!"

Chaejun yang baru saja menolak pintu dewan makan itu memandang Jungkook yang sedang berbual mesra dengan seseorang di talian.

Ramah saja Jungkook berbicara. Sakit pula hati dia!

Anak mata Jungkook menjeling seketika kearah Chaejun dan kemudiannya dia memandang hadapan semula.

"Yes of course I love you."

"Ahaa okay bye, baby."

Chaejun yang mendengar perbualan Jungkook itu mengepal kedua-dua belah tangannya. Erghh sakitnya hati! Rasa nak tumbuk-tumbuk!

Macam ini ke yang Jungkook rasa sewaktu dia bersama Taeyong hari itu?

Chaejun terus berlalu pergi dari situ sebelum Jungkook ternampak dia. Pabo Jungkook! Argh nak mencarut!

Setelah gadis itu pergi, Jungkook terus memusingkan tubuh ke belakang. Dia mengeluh nafas kecil bila melihat Chaejun yang sedang berlari pergi.

Kemudian dia tersenyum sinis pula. Tahu pun sakit hati!

Jungkook memandang semula telefonnya tadi. Gelap saja skrin telefon itu memandangkan sudah hampir setengah jam telefon itu mati kerana kehabisan bateri.

***

"Kau tak pernat ke buat kerja haram, Tae?" soal Seokjin seusai menghentikan kereta mewah itu di hadapan sebuah bar.

Taehyung tersenyum sinis.

"Well, malam ni girl dari Itali. Tak hairanlah aku boleh dapat around 200k. Mr. Xi janji nak bagi lebih dari sebelum ni. I'll be rich, Kim Seokjin hahaha!" Taehyung tergelak kuat.

"Tch—" Seokjin berdecit. Perangai langsung tak berubah! Memang ini ke yang kita panggil syaitan terlepas dalam bulan Ramadhan?

"Nanti kalau appa aku call kau tanya aku, haa pandai-pandailah cakap aku tidur rumah Jimin."

Seokjin mengerutkan dahi hairan.

"Jimin? Dia duduk Korea bukan?"

"Ha'ah kan? Hahahaha lupa pulak aku kat Shanghai!" Taehyung menepuk dahinya lalu tergelak besar lagi.

Bahagia betul mentang-mentang dia ditawar bayaran yang lumayan atas gadis dari Itali itu. Lagipun kerjanya untuk hapuskan Tuan Kim dan Puan Kim pun telah diserahkan sepenuhnya kepada Tuan Bae.

"Okay bye! Cau dulu! Jangan lupa whatsapp Jungkook. Cakap aku rindu dia sangat-sangat. Kalau boleh aku nak peluk dia ketat-ketat sampai mati lemas sekarang juga."

Seokjin mengeleng perlahan.

"Bilalah kau nak bertaubat, Tae?"

Taehyung tersenyum sinis.

"Aku boleh berubah lepas aku dapat apa yang aku nak."

Dia memandang Seokjin.

"Aku nak jadi lebih kaya dan.. ambil balik hak aku dari Jungkook."

Kemudian dia terus membuka pintu kereta dan keluar. Seokjin mengeluh kecil melihat sikap Taehyung yang semakin menjadi-jadi.

Inilah Taehyung! Apa yang dia tahu duit duit duit duit duit duit duit! Nanti mati agaknya tanam sekali dengan duit dalam keranda, seperti zaman Firaun dulu.

Seokjin mula memasuk gear kereta untuk pergi. Sesekali dia terpandang cermin kereta itu. Dia mengerutkan dahi apabila ternampak kereta yang berada di belakangnya sekarang.

Dari nombor plat depan kereta itu, dia kenal sangat.

"Tuan Kim?"

***

Chaejun's pov

"Tsk.. Jungkook jahat!" Aku menangis teresak-esak sambil meniarap dan menyembankan muka di bantal.

Tangan menghempuk-hempuk tilam kerana geram teramat. Nak hempuk Jungkook kang aku yang mati satgi.

"Hikss—"

Aku bangun dari meniarap. Air mata yang mengalir aku seka laju. Terus aku mencapai beg sekolah yang berada di bawah katil.

Sebuah buku nota berwarna pastel pink aku keluarkan. Aku membuka terus ke muka surat tengah dan mengeluarkan sekeping gambar Jungkook yang sempat aku cuci dulu.

Aku tersenyum kecil melihat gambar dimana Jungkook sedang tersenyum hingga menampakkan gigi arnabnya bersama Taehyung dan Jimin dulu.

Aku betul-betul rindu dia. Mungkin dia sebenarnya terkesan dengan sikap aku hingga dia buat macam tu.

Aku termenung seketika. Kan lebih bagus kalau aku ada telefon? Bolehlah juga tilik gambar-gambar Jungkook yang lain.

"Eo? Telefon aku!"

Tiba-tiba teringatkan telefon aku yang kena buang dengan Jungkook dalam kolam tempoh hari.

Lupa pula yang air kolam itu biasanya akan ditukar seminggu sekali. Mungkin telefon tu masih ada. Lagipun kad sim dan memori masih lagi ada dengan aku.

Aku terus bangun dari katil. Lampu suluh yang berada dalam laci meja aku ambil.

Masa mendapatkan balik telefon itu! Harap-harap masih boleh digunakan.

Nak harapkan Iphone Xs Max yang dia beli dulu sampai mampus pun Puan Jeon takkan bagi balik. Daripada aku mereput nak usha gambar-gambar Jungkook pun tak boleh, baik aku dapatkan semula telefon buruk tu.

Buruk-buruk pun, lima tahun guna pun masih elok. Tak macam orang lain guna setahun pun dan pecah skrin huihuihui.

***

Aku menyuluh lampu suluh ke dalam kolam. Penat aku berpusing di sekelilingnya, akhirnya aku ternampak objek berwarna hitam berada di tengah-tengah kolam itu.

Aku syak itu memang telefon aku. Masa Jungkook buang hari itu, telefon buruk itu langsung tidak memakai casing.

Tapi.. Macam mana nak ambil?

Aku mencangkung seketika di situ.

"Macam mana ehk? Kalau aku pro berenang takpelah juga."

"Tapi.. kalau tak ambil mereputlah pula. Susah pun susah."

Nak tak nak aku kena turun juga ke dalam kolam itu walaupun sekarang dah waktu malam.

Aku menuju ke tangga kolam dan turun dengan perlahan.

"Fuh! Dalamnya!"

Aras kolam inipun dah mencecah paras leher. Dibuatnya aku lemas lepas ni, memang ke kuburlah pagi esok.

Aku perlahan berjalan dalam air menuju ke tengah-tengah kolam itu. Bila tiba saja di tengah-tengah kolam, aku menarik nafas dalam dan menundukkan tubuh hingga terselam ke dalam air. Telefon itu aku gapai dan terus berdiri tegak semula.

Aku tercungap-cungap mencari nafas seketika sebelum telefon itu diangkat ke udara.

"Nasib baik masih okay."

Nanti seminggu juga aku kena biarkan ia betul-betul kering. Harap-haraplah masih boleh digunakan lagi.

Aku mula berjalan perlahan untuk ke pinggir kolam semula. Tapi entah kenapa kaki aku tiba-tiba jadi kejang.

"Ah sakit!" Aku mula meronta.

Aku dapat rasa yang aku tidak mampu berdiri seperti tadi lagi. Sesekali tubuh aku tenggelam ke dalam air namun cepat-cepat tangan menggapai permukaan air.

"To-tolong!"

Aku meronta lagi dan berusaha mencari nafas setelah tertelan banyak air.

"Tolong!" aku menjerit lagi.

Dari jauh kelihatan Jungkook bersama telefon dan powerbank di tangannya, sedang berjalan di sebalik pintu sliding hujung sana.

Dia menghentikan langkah apabila ternampak salah satu pintu itu terbuka. Dia memandang ke arah kolam ini.

Aku mengangkat tangan setinggi yang mampu supaya dia nampak. Aku betul-betul perlukan pertolongan seseorang sekarang.

Tak kiralah dia Jungkook yang sebenar ataupun setan yang menyerupai Jungkook. Asalkan dia dapat selamatkan aku sekarang sudah!

"Ju-jungkook! Gulp! Tolong! Gulp gulp gulp!" aku tertelan air lagi.

Dapat aku lihat dia hanya memandang kearah sini tanpa perasaan.

Tidak lama selepas itu, dia tegus pergi tanpa langsung hiraukan aku. Aku terkedu.

Jungkook..

Sampai hati..

Aku sudahpun merasa penat untuk meronta lagi. Dengan perlahan aku jatuh tenggelam ke dasar kolam ini.









End of Chaejun's pov

++++

Kim Taehyung or Jeon Jungkook? 🌚

Btw, kita seeloknya perlu elakkan diri dari mencarut di bulan Ramadhan ini 😃
#salamtazkirahdariHanaCunMelecunmeletopstopstops

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro