Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

37


Kim Taehyung: Berjanggut tunggu Hana Cun wujudnya watak aku dalam ni

—————☻☻☻—————


"Jadi kau pertahankan dia lebih dari aku?"

Gadis itu terdiam.

"Kau tahu kan aku dah betul-betul sayangkan kau. Kenapa kau buat aku macam ni?" soal Jungkook dengan pandangan mata redup memandang Chaejun.

"Aku beri semuanya pada kau. Kad kreadit, telefon, duit. Walaupun kau tak pernah minta, tapi sebab sayang aku sanggup."

Chaejun masih lagi terdiam. Terkebil-kebil memandang Jungkook yang terlihat jauh keikhlasannya.

"Aku tahu aku banyak salah dengan kau. Tapi aku cuba untuk tebus kesalahan aku dengan balas cinta kau. Aku selamatkan kau dari Soobin hari tu, aku yang beri semua benda yang kau perlu. Aku juga yang jaga kau. Tapi kenapa kau tak pernah hargai?"

Entah kenapa matanya tiba-tiba terasa berpeluh. Tak sangka Jungkook betul-betul dah sayangkan dia sampai ke tahap ini. Dia tak menipu, dia betul-betul jujur dengan perasaan dia.

"Kalau apa yang aku bagi ni tak cukup, cakap saja apa kau nak. Aku akan beri asal kau setia dengan aku," sambung Jungkook lagi.

"Ju-Jungkook.." Chaejun mengeleng perlahan. Rasa bersalah kerana permainkan perasaan lelaki ini mula menguasai diri.

"Kamu tak perlu berlagak baik depan anak saya lagi. Perempuan macam kamu memang tak tahu beruntung," celah Puan Jeon secara tiba-tiba sebelum dia menapak di situ.

Chaejun memandang Puan Jeon.

"Pu-puan.."

"Betul apa yang saya teka. Kamu tak ada beza langsung dengan mendiang appa kamu. Dua-dua tak tahu beruntung. Pengikis!"

***

"Sebab inilah omma tak nak Jungkook jatuh cinta dengan dia. Like father like daughter, macam ni lah."

Puan Jeon menarik wajah Jungkook sehingga melentok ke bahunya sambil duduk birai katil. Bahu Jungkook dia usap lembut.

Jungkook pula hanya diam dan membiarkan saja Puan Jeon membelai dia sewaktu dia sedang bersedih sebegini.

"Sebenarnya ada banyak benda yang kamu tak tahu, sayang. Ya memang, omma dengan mendiang Tuan La dulu memang pernah ada hubungan sebelum masing-masing kahwin."

Jungkook perlahan mengangkat wajah dan memandang Puan Jeon. Jelas terpapar riak terkejut di wajahnya.

"Apa?"

Puan Jeon tersenyum kecil.

"Tapi dia tinggalkan omma dan lesapkan duit syarikat omma. Sejak hari tu omma mula benci dia dan keturunan dia." Puan Jeon perlahan membuka cerita.

Jungkook hanya terdiam, membiarkan saja Puan Jeon bersuara.

"Kamu ingat omma nak sangat ke cucu omma nanti dari keturunan Tuan La? Kalau kamu nak tahu, omma buat semua ni sebab permintaan terakhir Tuan La sebelum dia meninggal dulu. Dia betul-betul nak keturunan kita bersatu."

Nampaknya banyak salasilah keluarga itu yang Jungkook tidak tahu. Tak sangka pula keluarga Jeon dengan keluarga La dulu ada hubungan rapat.

Puan Jeon perlahan tersenyum manis pula.

"Lupakan. Yang penting sekarang kamu dah sedar kan kenapa omma buat macam ni?"

Jungkook mengangguk perlahan sebelum memandang ke luar beranda bilik. Mungkin betul juga apa yang Puan Jeon katakan. Bercinta bagai nak rak tapi akhirnya kena tinggal. Mungkin Chaejun ada ciri-ciri pengikis, tinggalkan dia selepas dapat kemewahan.

"Kamu masih muda nak kenal semua ini, sayang. Lagipun omma dah serahkan 90% daripada seluruh harta omma kepada kamu dan selebihnya kepada Somi. Tak lama lagi kamu akan ganti tempat appa jadi presiden dalam kumpulan saham kita. Jangan risau, omma akan selalu sokong kamu untuk kenal dunia yang sebenar."

Jungkook terus mengalihkan pandangan kepada Puan Jeon semula sambil mengerutkan dahi.

"Apa maksud omma kenal dunia sebenar?"

Senyuman Puan Jeon mula bertukar sinis.

"Menipu dan ditipu, menindas dan ditindas adalah dunia yang sebenar. Kamu akan perlahan-lahan kenal semua tu. Waktu itu kamu takkan peduli lagi tentang cinta sebaliknya kamu lebih menumpukan kuasa."

Jungkook terdiam lagi. Perlahan Puan Jeon menepuk lembut bahu anak lelakinya itu.

"Omma tak paksa kamu untuk faham sekarang." Puan Jeon menjatuhkan tangan.

"Petang esok appa kamu dah balik Korea. Kita jemput dia sama-sama ye?"

***

"Apa yang berlaku sebenarnya?" soal Somi apabila kini mereka semua berada di ruang menunggu lapangan terbang Incheon, menunggu ketibaan Tuan Jeon.

Chaejun mengeleng perlahan.

"Tak ada apa-apa."

"Sejak dua menjak ni aku tak nampak kau dengan Jungkook macam dulu lagi. Jangan tipu aku," kata Somi dengan nada dingin. Fuh! Dingin sebijik macam abang dia!

Chaejun perlahan memandang Jungkook yang berada di tempat duduk hadapan bersama Puan Jeon. Hari ini mereka berdua langsung tidak bertegur sapa. Sunyi...

"Tak ada apa-apa," jawab Chaejun lagi.

"Suka hati kaulah!" Somi mengeluh kecil sambil menyandarkan belakang di kerusi.

Tidak lama selepas itu, dari jauh mereka berempat melihat Tuan Jeon yang sedang berjalan kearah mereka bersama dua orang bodyguard di sisinya.

"Jeon Bieskook!" Puan Jeon terus menerpa kearah Tuan Jeon lalu memeluk lelaki tua itu buat seketika.

Tuan Jeon tergelak kecil sebelum dia memandang kearah Jungkook, Chaejun dan Somi.

Kemudian dia menuju pula kearah Jungkook.

"Datang juga kamu. Appa ingat kamu tak datang," kata Tuan Jeon sambil tersenyum manis.

Jungkook hanya terdiam tanpa sedikitpun senyuman. Matanya hanya memandang ke bawah saja sejak dari tadi.

Lalu lantas Tuan Jeon memeluk tubuh anak lelakinya itu sambil menepuk perlahan belakangnya.

"Appa sayang kamu. Jadi jangan kecewakan appa, Jeon Jungkook. Dengar apa yang omma kamu cakap," bisik Tuan Jeon perlahan namun Jungkook masih lagi tidak memberi sebarang reaksi.

Chaejun yang berada di sebelah Somi itu hanya memandang mereka. Apa yang dia nampak Jungkook langsung tidak membalas pelukan Tuan Jeon.

Semakin bersalah pula dia rasa. Jungkook betul-betul terkesan dengan tindakan bodoh dia yang mahu berjauhan dengan lelaki itu. Kini Jungkook nampak lain sangat. Dia nampak.. sedih dan kecewa..

"Somi!" Tuan Jeon mendepakan pula tangan kepada Somi lalu gadis itu terus pergi kepadanya.

"Appa!"

Sesekali Tuan Jeon menjeling sinis kepada Chaejun sambil tersenyum.

***

"Eo? Dia dari Itali? Mesti cantikkan?"

"Ahahaha! Bawa dia jumpa aku malam ni."

"Okay.. bye."

Taehyung mematikan panggilan lalu tersenyum puas. Baru saja tadi dia mendapat panggilan dari kawannya bahawa mereka ada perempuan baru. Jadi dia perlu set apa yang patut untuk menarik perhatian perempuan itu dengan cara yang lembut malam ini.

Taehyung memasukkan telefon canggihnya ke dalam poket seluar lalu berjalan menuruni anak tangga rumah mewahnya.

Bila tiba saja di anak tangga terakhir, langkah tiba-tiba terhenti.

"I dah cakap dengan you kan I tak suka budak Taehyung tu tinggal dengan kita! Kenapa you ni tak pernah faham I? I tak nak ada anak! I'm a model and.. macam mana kalau kulit I ni berkedut semata-mata jaga anak you yang liar macam tu?" tengking Puan Kim kepada Tuan Kim di ruang tamu rumah.

"Kim Ba Wang.. Janganlah jerit kuat-kuat nanti Taehyung dengar. Yes I know, awak tak nak anak. Kalau saya nak harapkan awak bagi anak, sampai kiamat pun awak tak nak bagi kan? Saya sunyi, Ba Wang.. Jadi apa salahnya kalau Taehyung tu jadi sebahagian dari keluarga kita? Saya dah anggap dia macam anak kandung saya sendiri," kata Tuan Kim dengan lembut.

"I tak kira! I nak you hantar balik anak kesayangan you tu pada keluarga kandung dia. You ingat I tak tahu yang Taehyung tu ada ramai musuh sebab perdagangkan perempuan? You tak malu ke kalau suatu hari nanti dia masuk lokap and nama you terpapar kat tv? I malu tau.."

Taehyung yang masih berdiri statik di anak tangga terakhir itu terkaku. Perlahan matanya terasa basah.

Jadi selama ini.. dia hanyalah anak angkat?

Patutlah selama ini Puan Kim langsung tak pernah layan dia seperti seorang anak. Tuan Kim saja yang selalu manjakan dia.

"Okay kalau you masih pertahankan anak kesayangan you tu, I tak kesah. Cuma I nak you ceraikan I sebelum nama model terkenal Kim Ba Wang ni masuk tv sebab ada anak durjana ni nanti. Mana I nak letak muka ni?"

Kemudian Puan Kim terus pergi dari situ meninggalkan Tuan Kim sendirian.

Sebelum Puan Kim ternampak Taehyung yang berdiri di tangga ini, Taehyung terus berlari semula naik ke tingkat atas.

Biliknya terus dia tuju dan pintu bilik itu dia kunci rapat setelah dia berada di dalam.

Taehyung menyandarkan tubuh di daun pintu sambil menundukkan wajah. Dia mengetap bibir erat bila terasa air mata mula bergenang.

"Wae?!"

"Ke-kenapa baru sekarang aku tahu aku ni cuma anak angkat?"

"Argh!"

Sesekali dia menendang kasar almari pakaian yang berada di hadapannya.

"Gang!"

Bunyi kuat dari tendangan itu langsung dia tidak hiraukan. Nasib baiklah bilik tidurnya ini kedap udara, orang diluar juga tidak mampu dengar apa-apa bunyi yang datang dari biliknya.

Dia mengetap bibir geram lalu menuju pula ke arah meja solek. Kedua-dua belah tangannya diletakkan di meja itu sambil memandang tajam pantulan wajahnya di cermin.

Memerah saja matanya pada saat ini akibat menahan marah. Dia rasa seperti.. diperbodohkan..

18 tahun hidup bersama keluarga Kim, dia bagai patung yang dianggap permainan. Dia dibelai penuh kasih sayang dari Tuan Kim namun siapa tahu bahawa lelaki tua itu bukanlah ayah kandungnya?

Telefon bimbit tadi dikeluarkan semula dari poket seluar. Nombor telefon Seokjin dia dail.

"Hello, Seokjin. Aku nak kau uruskan penerbangan aku ke Korea nanti."

"Kau nak balik Korea? Tapi rumah lama kau tu Tuan Kim dah jual," kata Seokjin dibalik talian.

"Tch—" Taehyung berdecit sambil mengusutkan rambutnya buat seketika. Lupa pula dia yang rumah lama keluarga Kim di Korea itu telah lama dijual kerana mereka menetap di Shanghai.

"Okay.. Kalau macam tu kau tolong uruskan pembelian apartment di bandar Seoul. Aku nak bila aku balik Korea nanti, semuanya complete."

"Okay. Tapi kenapa terburu-buru sangat nak balik?" soal Seokjin.

"Adalah.."

Taehyung terus mematikan panggilan, malas nak cakap panjang.

Kemudian dia perlahan-lahan tersenyum sinis apabila idea baru mula muncul dalam fikirannya.

Nombor telefon orang lain pula dia dail.

"Hello, Mr. Bae!"

"Yeah it's me, Kim Taehyung."

"Ahahaha kali ni aku tak nak perempuan lagi. Tapi aku ada plan baru untuk kau."

Semakin melebar senyuman sinis Taehyung. Perlahan wajah tegangnya tadi redha sebaliknya bertukar ke riak sinis juga.

"Aku nak kau atur step baik-baik...

dan bunuh omma dan appa aku, Kim Ba Wang dan Kim Taengkurak."









++++

Yeahh kita stop segala keklise-an di sini. Maaf kerana ff ni tersangatlah lembab 🤒

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro