Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

36

Jeman: Do you love me? 🌚

————— ☻☻☻—————


Kereta berwarna hitam berkilat-kilau itu dia ikut dari belakang sehinggalah kereta itu berhenti betul-betul di hadapan sebuah kedai gunting rambut lelaki.

Jungkook hanya memerhati kereta itu di belakang sambil mengetuk jari di stereng keretanya. Kelihatan pintu kereta di hadapannya itu dibuka lalu keluarlah seseorang yang tak lain dan tak bukan, siapa lagi kalau bukan Lee Taeyong?

Setelah memastikan Taeyong masuk ke dalam kedai itu, Jungkook memandang Seungkwan yang berada di tempat duduk di sebelahnya.

"Keluar."

"Ha?" terkejut Seungkwan.

Tanpa berlengah, Jungkook terus keluar dari kereta itu tanpa menghiraukan Seungkwan. Dia menuju ke arah bonet belakang. Bonet itu dia buka memandangkan jalan sedang lapang sekarang.

Seungkwan yang masih berada di dalam kereta tadi mula keluar dan mendekati Jungkook.

"Kita nak buat apa ni, idola?"

Jungkook terus mengeluarkan satu tin cat dan dihulurkan kepada Seungkwan.

"Eh apa ni?" Seungkwan memandang tin cat itu.

"Jahanamkan kereta dia."

"Ta-tapi saya tak nak, idola! Taeyong tu kawan saya. Lagipun tu kereta ayah dia bukannya kereta dia pun." Seungkwan mengeleng berkali-kali, tidak mahu.

Jungkook tersenyum sinis.

"Ikut cakap aku atau kawan kau mati?" ugut Jungkook membuatkan Seungkwan meneguk liur.

"Kalau kau ikut cakap aku, aku boleh tanggung kos anjing kau dan kawan kau pun takkan cedera."

Terkebil-kebil mata Seungkwan memandangnya. Nak tak nak dia kena lakukan juga kerja gila ini. Kalau tak, Taeyong akan mati hiks—

Kemudian Jungkook mengeluarkan sesuatu pula dari bonet itu. Membulat mata Seungkwan melihat apa yang dipegang Jungkook itu.

Kayu besbol?

Wey nak pukul siapa ni, idola?

"Pergi," arah Jungkook dingin lalu dia terus menuju kearah kereta Taeyong.

Dengan teragak-agak dan penuh rasa bersalah Seungkwan turut mendekati kereta itu dan membuka penutup tin cat tadi.

"Idola.. Sa-saya tak sampai hatilaaa."

"Buat!" tengkingan Jungkook membuatkan dia menikus mencari tikus.

Jungkook tersenyum sinis lagi melihat kereta berwarna hitam yang dibawa Taeyong itu masih lagi baru. Plastik di tayar pun masih belum dibuang.

Dia menyeluk poket seluarnya lalu mengeluarkan duit syiling 50 sen. Setelah dia melihat Seungkwan yang mula mencurahkan cat berwarna hijau muda di kereta ayah Taeyong itu, dia mula mengguriskan duit syiling di pintu kereta.

"Krek!"

Tajam saja bunyi bila duit syiling itu berlaga di kereta.

Setelah itu, Jungkook terus melompat keatas bonet hadapan kereta itu pula.

"Buk!"

"Warghh idola! Apa ni main kasar sangat?" Seungkwan menggigit jari ketakutan. Jungkook hanya tersenyum sinis.

Kayu besbol yang masih berada di tangannya itu dicengkam kemas dan,

"DUM! DUM! DUM!"

Kedengaran kuat kayu besbol yang berlaga kuat di cermin hadapan kereta itu.

"Arghh! Takut!" Seungkwan sudahpun menutup muka tatkala takut dan seram yang teramat.

Jungkook tidak menghiraukan sebaliknya memukul lagi cermin kereta itu hingga,

"PING !"

Habis kaca bertaburan di atas tar jalan raya.

***

"I fell in love with you, mollayo it is true,
Geunyang love you so love you so love you so, bulleo jweoyo nareul,
Senorita~ Senorita!~"

Taeyong memperbetulkan rambutnya yang terpacak tinggi itu sambil berjalan menuju ke arah kereta. Bangga betul dia dengan gaya rambutnya ini terutama sekali warna mint yang baru diwarnakan tadi.

"Senorita!"

Sempat dia menari ala-ala Michele Jackson sebelum dia menapak di hadapan kereta.

Langkahnya diberhentikan sewaktu melihat kereta ayahnya yang dia bawa ke sini tadi. Ternganga dia apabila kereta itu bagai tiada rupa lagi.

"Kereta aku ke ni? Bukan besi buruk?"

Warna hitam berkilat kereta itu tidak kelihatan lagi sebaliknya menjadi warna hijau muda. Tidak lupa juga dengan keempat-empat tayar kereta itu pancit dan siap tercabut lagi. Sadis apabila kedua-dua belah side mirror kereta itu pecah berkecai-kecai.

Dan yang lebih kejam serta sedihnya apabila cermin depan kereta itu turut pecah berderai.

Siap ada kertas lagi sebagai notis yang diletakkan di wiper. Dia terus mengambilnya.

Jangan dekat dengan Jeon Chaejun

Taeyong mengetap bibir erat. Geram pun ada, nak menangis pun ada.

"ARFGGGGGGHHHHH!!!!"

***

"Weyy Hana gilos baru 12 jam upload video mukbang makan budu tu dah dapat 103M views. Perghh! 10M likes tapi... kenapa 1 dislike? Hahahaha!" gelak Mingyu dalam kelas itu.

Haerin yang berada di tempat duduknya itu terus menarik kerusi mendekati Chaejun.

"Kau dah tengok mukbang Hana semalam? Perghh sweet gila dia dengan Jungcoat! Padan betul diaorang berdua. Sorang cun, seorang lagi handsome namatey!" Haerin mula mengeluarkan telefonnya.

"Eo ye ke? Aku ermm.. belum tengok. Ehee— telefon aku dah takde."

Haerin mengerutkan dahi.

"Dah kemana telefon kau?"

Chaejun menggaru-garu kepalanya yang tak gatal.

"Ermm.. Jungkook buang dalam kolam."

"Ha?!" terkejut Haerin sambil menghentakkan tangan di meja.

"Hang kenapa, Rin?" soal Mingyu yang berada di hujung sana.

"Aah takde pape hui.." Haerin mengalihkan pandangan kepada Chaejun semula sambil sedaya upaya mengawal nada suaranya.

"Kenapa budak arnab tu sial sangat buang telefon orang?"

Chaejun menunduk seketika.

"Ta-tapi dia dah ganti dengan yang baru. Cuma..." Chaejun mula menunduk.

"Cuma apa?"

Chaejun mengangkat wajah dan memandang Haerin semula.

***

"Siapa yang dislike video kau ni Hana?" soal Rose yang berada berada di sebelah Hana.

Hana hanya terdiam sambil mendengus geram. Weyy sape dislike mukbang Hana Cun feat Jungcoat ni? Nak kena santau ni!

"Aku rasa Jimin sunbae lah. Dia kan dulu pernah confess dekat kau tapi kau reject dia. Haa mana tahu dia taruk dendam dengan kau," kata Mingyu sambil memusingkan tangannya lembut ala Usop Wilcha.

"Ye tak ye jugak. Ni mesti kerja Jimin an."

Hana mengangkat wajah dan memandang mereka berdua.

"Bak sini youtube channel dia aku nak dislike semua video dia!"

***

"Taeyong tunggulah!" jerit Seungkwan apabila Taeyong hanya berjalan ke hadapan tanpa sedikitpun menoleh belakang.

Rambut mint dia yang baru diwarnakan semalam bagai tiada rupa lagi bila warna itu sudah bertukar menjadi kelabu pula. Entah syampu apa dia guna pagi tadi hingga warna rambut pun boleh luntur.

"Taeyongoks! Weyy kau ni memang ngoks lah!" Seungkwan menghalang jalannya membuatkan Taeyong berhenti berjalan.

Dia mengeluh kecil buat seketika.

"Kau nak apa lagi? Sorry, aku tak ada mood," kata Taeyong dengan nada mengendur.

"Pasal kereta kau semalam."

Taeyong mengerutkan kening.

"Macam mana kau tahu?"

"Aku.. minta maaf. Sebenarnya.. aku dengan Jungkook yang buat semua tu."

"Mwo?" soal Taeyong terkejut.

"A-aku minta maaf sangat. Aku betul-betul tak sangka yang plan Jungkook macam tu sekali. Ta-tapi percayalah sebenarnya aku cuba selamatkan kau."

Taeyong tersengih hambar.

"Selamat? Macam ni kau balas kat aku kan? Sanggup kau buat macam ni pada kawan baik kau kan? Berapa banyak dia bayar kau?" Taeyong mengeleng perlahan tidak percaya. Sampai hati Seungkwan!

Seungkwan menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Dia tanggung semua kos Yeontan dan keluarkan Yeontan dengan segera. Ta-tapi—"

"Dah dah dah cukup! Inilah kawan. Persahabatan pun boleh hancur sebab duit. Kawan 2k19 memang tak boleh percaya! Jenis kawan makan kawan haa lagu ni laa!"

Taeyong menyambung langkah pergi dari situ.

"Taeyong tunggu!" jerit Seungkwan sekali lagi namun Taeyong langsung tidak menghentikan perjalanan.

"Dia ugut aku. Kalau aku tak ikut arahan dia, dia nak bunuh kau.!"

Taeyong terus menghentikan langkah.

***

"Mana boleh ni, Puan Jeon! Anak Puan Jeon tu dah buat salah. Saya nak Jungkook minta maaf dengan anak saya dan ganti rugi atas kereta baru saya yang dia rosakkan tu!" kata Tuan Lee dengan tegas kepada Puan Jeon.

"Awak sabarlaa.." pujuk Puan Lee Lofa, ibu Taeyong kepada suaminya tadi, Lee Chong Wei.

Puan Jeon masih lagi dengan wajah tenangnya. Sesekali dia menghirup teh wangi Cameron Highland di hadapannya sambil menyilangkan kaki.

Kemudian dia memberi isyarat dengan tangan kepada beberapa orang pembantu rumahnya yang turut berada di situ supaya pergi.

"Kamu pasti anak saya yang buat semua ni?" soal Puan Jeon dengan riak wajah dan nada suara yang dikawal.

"Anak saya dah cakap yang anak puan dengan Seungkwan tu yang buat semua ni. Kalau puan tak percaya lagi, ni haa," Tuan Lee menghulurkan Puan Jeon kertas yang diletakkan di atas keretanya semalam.

Di kertas itu jelas tertulis 'Jeon Chaejun'. Nampak sangat ini memang betul kerja Jungkook.

Puan Jeon masih lagi mengawal riak wajahnya dan tersenyum kepada pasangan ini.

"Saya omma Jeon Jungkook. Saya yang lahirkan dia dan jaga dia sampai hari ini. Saya tak kenal anak Tuan Lee tapi saya dapat rasa yang anak saya lebih kacak dari anak Tuan Lee. Saya kenal sangat Jungkook. Dia takkan buat jahat pada orang lain kalau bukan orang lain tu sendiri yang cari masalah dengan dia," kata Puan Jeon panjang lebar.

Tuan Lee mencebik geram. Puan Lee yang berada di sebelahnya pula tidak habis-habis melurut belakang Tuan Lee supaya bertenang.

Dari tingkat atas Chaejun memandang kearah mereka bertiga. Satu-persatu perbualan mereka dapat dia dengar.

Berkerut keningnya menahan geram. Ini mesti kes Jungkook yang melihat dia dan Taeyong di rooftop sekolah semalam. Tak sangka pula yang Jungkook bertindak sampai macam ini sekali.

Dia mula menuju ke bilik tidur. Setibanya dia di hadapan bilik, tangannya yang hendak memulas tombol pintu itu terhenti sewaktu melihat Jungkook yang berada di bilik bersebelahan dengan biliknya itu mula membuka pintu untuk keluar.

"Jungkook!"

Chaejun terus menghalang laluan Jungkook membuatkan lelaki itu menghentikan langkah.

"Kenapa dengan awak ni hah? Kalau ye pun awak marahkan saya, tak payahlah buat macam tu sekali dekat kereta ayah Taeyong. Awak ni memang tak pernah berubah kan? Teruk sangat ke salah dia sampai awak buat macam ni sekali?" Chaejun mendengus geram.

Tetapi Jungkook masih lagi dengan riak wajah dinginnya.

"Jadi kau pertahankan dia lebih dari aku?"

Gadis itu terdiam.










++++

Jangan kecam Jungkook yaa guys.. Dia buat semua tu sebab dia sayang ahafsgvhgyb!!

Btw, rindukan Taehyung dan Tuan Jeon tak guys?

Aku tak pasti ni berita baik ke berita buruk tapi next chapt mereka berdua memang akan muncul 🌚

Insyaa Allah esok aku update lagi ❤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro