Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

34


"Ku rasakan ku di dalam hatimu—"

"PANG!"

"Waaa~ Hebatnya kamu.. Yakinnya kamu."

————— ☻☻☻—————


Chaejun's pov

Aku mengambil buku-buku yang berada dalam locker dengan mood yang tak berapa nak ada. Bila teringatkan apa yang terjadi semalam, memang betul aku sebenarnya yang patut buat Jungkook bencikan aku.

Tapi sanggup ke kalau Jungkook betul-betul tinggalkan aku?

Huarggh!! Aku benci Puan Jeon ahli sihir! Tapi en, aku tak fahamlah kenapa semua orang sayangkan dia. Kenapa haa korang sayang Puan Jeon?

Nak kata dia ada ura-ura Ustaz Syed Hamadi hmm entahlah..

Aku segera menutup pintu locker. Kemudian terdengar telefon semua pelajar lain yang berada di sini semuanya berbunyi serentak.

"TING!"

"TING!"

"TING!"

"TONG!"

Mereka semua mula membuka telefon masing-masing dengan tergesa-gesa.

Aku pula hanya diam. Noti mereka masuk serentak, mungkin ada update baru dalam buletin sekolah. Maklumlah aku ni dah macam tunggul kayu telefon dah takde kena rampas dengan Puan Jeon. Sampai sekarang tak bagi-bagi balik.

"Eo— apa benda ni?"

"Wey Haerin update!"

"Kenapa dia cakap macam ni? Betul ke ni weyh?"

"Haerin nak pindah sekolah?"

Aku hanya terdiam bila mendengar riuh rendah suara anak ayam mereka yang mula bercakap-cakap tentang Haerin. Apa benda ni?

"Jadi Chaejun bukan GRO?"

"Bukan juga anak haram. Jadi semua ni berita palsu ke?"

"Eo— itu bukan Chaejun?" salah seorang dari mereka mula menundingkan jari kearah aku.

Semua orang yang berada di sini mula memandang ke arah aku yang masih memegang buku di tangan. Eh pebenda ni? Aku ni dah lah lembap bab-bab ni. Sebab tu lah Jungkook selalu kategorikan aku ni noob macam Seungkwan.

Tiba-tiba bahu aku ditepuk lembut seseorang dari belakang. Aku terus memusingkan tubuh ke belakang.

Ouh Hana cun rupanya 🌚

Patutlah tepuk bahu aku pun lembut semacam bak ulat sutera. Tak hairanlah kalau Jungcoat tu suka dia pun.

"Chae.. tengok ni." Hana menghulurkan aku telefon dia.

Aku memandang skrin telefon itu dan membaca artikel rasmi yang ada nama Haerin sebagai penulis.

"Haerin cakap kau kena fitnah kata kau GRO. Dan dia juga ada pm aku semalam. Dia minta maaf sebab tuduh kau macam-macam. Dia dah cuba call kau banyak kali tapi tak dapat. Dia ingat kau tukar nombor," jelas Hana.

Aku mengetap bibir. Kenapa mata aku berpeluh ni? Dahlah aku ni jenis mudah menangis.

"Dan dia juga cakap dia nak pindah ke Amerika hari ni juga," sambungnya lagi.

"Ha? Haerin nak pergi?" soal aku terkejut. Hana mengangguk.

"Mungkin dia dah tengah tunggu kau kat airport. Baik kau sekarang."

Aku memandang ke sekeliling dengan gelisah. Macam mana ni? Aku kena halang Haerin sekarang juga. Kalau Haerin si bodoh tu pergi nanti macam mana? Setan-setan dia pun dia tetap kawan aku.

Ta-tapi macam mana aku nak pergi sana? Minta tolong Jungkook? T-tak boleh! Kalau Puan Jeon ahli sihir kesayangan semua orang tu tahu nanti tak ke mati aku?

Dari jauh aku ternampak Taeyong berjalan keseorangan bersama telefon yang tak pernah lepas dari matanya. Sibuk dengan PUBG dialah tu!

"Taeyongoks!" Aku berlari kearahnya.

Taeyong mengangkat wajah dan memandang aku sambil tersengih.

"Wey anak La Talilat talitaplom!"

Aku menampar bahunya setibanya di depan dia.

"Kau ni, aku tahulah nama bapak aku rare tapi tak payahlah nak sambung 'talitaplom' kat belakang tu."

Taeyong tergelak.

"HAHAHAHA! Nama bapak kau lawa sangat! Berkenan aku nak letak nama kat future son aku nanti."

"Haih dah dah dah! Kau dah tahu pasal Haerin?" soal aku.

"Eo? Kenapa dengan budak lahanat tu? Dah mati ke?"

"Bukanlah! Kau buka buletin sekolah dalam phone kau dan baca."

Inilah Taeyong setiap kali info dalam buletin sekolah masuk, dialah yang paling lambat sekali nak baca sebab terlalu pentingkan PUBG dia. Taksub nak dapat Chicken Dinner!

"Kejap.." Taeyong baru mula nak masuk ke aplikasi buletin sekolah ini.

"Dah nanti-nantilah kau baca! Sekarang tolong aku ke lapangan terbang sekarang. Haerin buat kerja gila nak pindah Amerika pula."

"Ha? Dah kenapa minah tu sewel sangat?" soal Taeyong dengan terkejut.

Belum sempat aku nak menjawab soalan dia, dia terus menarik tangan aku pergi dari situ. Haa eloklah ni kalau Jengkuk nampak !

End of Chaejun's pov

***

Sedang ralit Jungkook berjalan sendirian di kawasan koridor yang sunyi itu sambil bermain dengan telefon di tangannya. Earphone juga tidak lupa disumbatkan ke dalam telinga sambil mendengar lagu.

Sesekali dia mengeluh hampa. Beberapa kali dia mendail nombor telefon Chaejun tetapi tidak berjaya. Whatsapp juga tidak dibalas. Online pun tidak. Takkan Chaejun tidak guna telefon baru yang dia belikan itu?

Dari jauh dia ternampak Taeyong yang sedang menarik tangan Chaejun melalui blok sebelah menuju ke arah tangga yang menjadi penghubung dengan blok yang dia berdiri sekarang.

Jungkook mendengus geram. Dengan kasar dia mencabut earphone yang dia pakai. Berkerut dahinya sewaktu melihat mereka berdua yang berlari dengan tergesa-gesa.

Tanpa melengahkan lagi masa, dia terus berlari kearah mereka berdua. Pantang betul bila melihat Chaejun dengan Taeyong bersama.

"Chae—" dia menghentikan larian apabila betul-betul bertembung dengan mereka berdua. Sebelah lagi tangan gadis itu pantas dia capai.

"Ju-Jungkook?" Chaejun memandangnya tak percaya.

Kemudian, pandangan Jungkook jatuh pada Taeyong yang masih memegang tangan gadis itu.

"Kau lepas."

Taeyong mengeluh kecil.

"Sorry bro, aku tak nak cari gaduh dengan kau. Aku takde masa. Ada benda yang lebih penting perlu kitaorang buat daripada layan kau. Dah jom Chae—" kata Taeyong dengan acah berani lalu menarik tangan Chaejun lagi.

Tetapi yang sadisnya bila Jungkook langsung tidak melepaskan sebelah lagi tangan gadis itu, dah seperti main tarik tali pula.

"Hey apa ni?!" terpinga-pinga Chaejun dibuatnya bila Taeyong mahu menarik dia pergi tetapi Jungkook pula yang langsung tak mahu melepaskan sebelah lagi tangannya.

"Aku cakap lepas, kau lepas. Kau siapa nak sentuh dia?" soal Jungkook dengan tegas.

"Dia kawan aku. Suka hati akulah nak buat apa pun," jawab Taeyong sambil meninggikan dada dengan beraninya. Ewah ewah! Dulu kemain lagi menyorok bawah meja bila nampak Jungkook. Sekarang dah berani ye sejak Jungkook ada hubungan dengan kawan baiknya?

"Tapi dia bini aku." Jungkook juga turut berlagak angkuh.

"Waa~ Hebatnya kamu.. Yakinnya kamu.. Sejak bila kau kahwin ha?"

"Sejak aku cop dia milik aku."

Jungkook terus menarik tangan gadis itu sehingga pegangan tangan Taeyong tadi terlucut. Dengan tak semena-mena wajah Chaejun terhantuk kuat di dada bidang Jungkook.

"DEBUK!"

"Adoi penyet hidung!" Chaejun menggosok-gosok hidungnya. Bapak dada keras macam kayu! Berapa kali sehari kau buat workout haa anak Jeon?!

"Eh hengko! Aku dah cakap aku takde masa nak layan kau kan? Kau nak gaduh ke?" Taeyong merengus geram sambil menyinsing lengan pendek bajunya hingga ke paras bahu. Cari pasal betul!

Chaejun perlahan mendongak dan memandang Jungkook.

"Ju-Jungkook.. Tolong lepaskan saya. Saya nak cepat. Haerin dah nak bertolak Amerika jadi kena halang dia," jelasnya.

"Kenapa tak bagitahu aku? Nak juga pergi dengan budak ni?" Jungkook mengeratkan lagi tangan di pinggang gadis itu seperti langsung tidak mahu lepaskan dia.

"Eii dia suruh lepas tu lepaslah!" Taeyong cuba menarik lagi sebelah tangan gadis itu.

"Kau ni memang tak faham bahasa kan?" Jungkook terus melepaskan Chaejun sebelum menolak kasar tubuh Taeyong ke dinding. Kolar baju lelaki itu juga dicengkam kemas.

"Wey apa ni? Aku gurau je nak gaduh tadi." Taeyong cuba menepis tangan Jungkook berkali-kali.

"Jangan sentuh dia.." tajam saja mata Jungkook memandang dia pada waktu ini.

"Jungkook!" Chaejun menarik lengannya supaya tidak bertindak lebih lanjut. Susahlah main dengan malaun gengster ni. Tahu nak pukul orang saja!

"Okay.. Saya minta maaf tak bagitahu awak. Saya cuma tak nak menyusahkan awak je."

Jungkook mengeluh kecil. Kolar baju Taeyong perlahan dilepaskan. Nasib baik ada Chaejun, kalau tak dah lama lunyai muka Taeyong kerana berani sentuh gadis itu di depan dia.

"Sekali lagi, jangan sentuh dia." Dia memberi amaran kepada Taeyong namun Taeyong pula hanya menggulingkan mata. Acah lebih!

Jungkook memandang pula kepada Chaejun.

"Ikut aku."

Lantas tangan gadis itu ditariknya pergi dari situ.

"Wey malaun! Aku nak ikut jugak! Kau ni bukannya boleh percaya tahu maksiat je." Taeyong berlari mengejar mereka dari belakang.

"Tch—" Jungkook berdecit bila Taeyong datang menyelit di tengah-tengah antara mereka. Menyibuk betul!

***

Dari jauh Jungkook melihat Chaejun, Haerin dan Taeyong berpelukan di airport ini. Sempat dia menggulingkan mata sewaktu Taeyong yang juga turut tergedik-gedik nak peluk-peluk bagai. Menyibuk betul dia ni!

Dia memasukkan kedua-dua belah tangan ke dalam poket seluar dan berjalan kearah mereka bertiga.

"Chae— aku minta maaf. Aku tahu kau akan datang hiks.. Aku banyak salah dengan kau." Haerin menangis tersedu-sedu di bahu Chaejun.

"Alolololo kitaorang dah lama maafkan kau. Takpe takpe lepas ni kita jadi geng keparat semula nak?" soal Taeyong.

"Alaa tak apa. Aku tahu kau akan tahu juga tentang ni. Aku memang dari awal dah maafkan kau, Haerin." Chaejun menggosok perlahan bekalang Haerin.

Jungkook yang berada di situ tadi sudahpun menyilangkan tangan ke dada.

"Klisenya drama," rungutnya perlahan namun tetap dapat didengari mereka bertiga.

Chaejun perlahan mengangkat wajah dan memandang Jungkook.

"Kalau awak nak balik sekolah dulu awak baliklah. Saya, Haerin dan Taeyong boleh naik teksi."

"Tak payah!"

Tangan Chaejun terus dia tarik.

"Balik dengan aku."

***

Setelah enjin kereta dihidupkan, Jungkook memandang Chaejun yang sedang menunduk sambil bermain dengan jari-jemarinya di sebelah dia.

"Kenapa tutup phone?"

Dengan teragak-agak Chaejun mengangkat wajah. Takkanlah dia nak beritahu bahawa telefon itu dah kena rampas dengan Puan Jeon? Kan tak pepasal Jungkook serang Puan Jeon dan Puan Jeon serang dia balik. Kena hina lagilah jawabnya lepas ni.

"Sa-saya tertinggal. Ha tertinggal ehee—"

"Betul?"

"Betullah takkan nak tipu pula?"

Jungkook menyentuh lembut pipinya dan menilik rapi wajah gadis itu.

"Ke-kenapa?" soal Chaejun bersama pipinya yang mula membahang merah. Malu pula bila dipandang dekat-dekat sebegini. Ditambah lagi dalam kereta ini cuma ada mereka berdua saja, Haerin dan Taeyong balik naik teksi.

"Kau menangis lagi ke?" soal Jungkook bila mendapati mata gadis itu yang kelihatan agak bengkak seperti baru lepas menangis.

Chaejun terus menunduk. Bila teringatkan Puan Jeon yang menentang hubungan mereka, mahu saja dia menangis teresak-esak lagi sekarang..

Cuma dia saja yang tidak mahu tunjuk di hadapan Jungkook.

Tapi..

Setitik,

Dua titik,

Okay.. Air mata dah mula mengalir.

Terus kedua-dua belah tapak tangan diangkat dan menutup muka.

"Huarghh! Hiks hiks—" dia menangis tersedu-sedu.

Dengan perlahan rambutnya yang terjuntal ke hadapan itu Jungkook selitkan di belakang telinga. Kemudian dia menarik tubuh Chaejun ke dalam pelukannya sambil mengusap lembut bahu gadis itu.

"Janganlah menangis.."

"Ta-tapi.. Omma awak tak pernah sukakan saya. Saya dah penat kena hina, Jungkook. Cukuplah saya kena hina teruk di sekolah sebab awak dulu. Saya tahu.. saya sebenarnya perempuan tak tahu malu sebab masih nakkan awak sedangkan saya tahu saya tak layak untuk awak tsk.."

Jungkook mengeluh kecil sambil memandang belas kepadanya. Omma.. Omma.. Bilalah nak berubah. Jangan jadi macam Ustaz Hamadi tak sempat bertaubat tu sudah.

"Kau sedar tak apa kau cakap? Jangan ambil hati dengan omma boleh tak? Percayakan aku please.. Dia hina kau macam mana sekalipun aku tetap nak kau." Jungkook mencium lembut ubun gadis itu.

"Ta-tapi Jungkook... Saya nak minta sesuatu boleh?"

"Apa?"

"Tolong lepaskan saya.. Boleh?"












++++

Hambar teruk chapt ni

Aku ni ann, tak sabo sabo nak munculkan watak Taehyung tapi tu lah, Taehyung ni pulak yang lari dari shooting.

Insyaa Allah dalam 2,3 chapt lagi aku try keluarkan Taehyung dan Tuan Jeon kesayangan anda secara serentak.. di bulan Ramadhan ini MUAHAHAHAHAHAHA

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro