Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

30

Aku nak recommend lagu rancak-rancak cam lagu Dionysus bila baca chapt ni 🌚

————— ☻☻☻—————

Satu tumbukan padu dihadiahkan di wajah kacak Soobin. Jimin mendengus geram. Marah betul dia dengan Soobin ni. Tak kira Soobin ni galah ke kentot yang penting dia belasah dulu!

Soobin tertunduk lalu menyentuh bibirnya. Dan.. Darah? Ganas juga Jimin ni walaupun Soobin itu jauh lebih tinggi darinya.

"Bangsat!" Soobin terus bangun lalu menumbuk kembali muka Jimin.

"Ergh! Kurang haja!"

"DUSH!"

Jimin menumbuk wajahnya kembali. Maka bermulalah sesi tumbuk-menumbuk di antara si galah dengan si comel.

Manakala Jungkook pula mendekati salah seorang dari mereka berempat yang lain. Terus dia menendang dada lelaki itu hingga dia menjunam ke dalam mangkuk jamban.

Datang pula seorang lagi dari belakang, cuba menarik kolar baju Jungkook dan menumbuk wajah lelaki itu dengan kasar.

Jungkook menunduk seketika sambil mengerutkan wajah dengan geram. Sempat jarinya menyentuh bibir yang kini mula mengalir sedikit cecair merah pekat. Damn shitteu!

Matanya terpandang baldi yang dipenuhi dengan air sabun berada di kaki. Lantas dia mengambil baldi itu dan,

"Zruff!"

Dia menyimbah air sabun itu kepada lelaki yang menumbuknya tadi.

"Ayoyoyo ayoyoyoi licin!" lelaki itu sedaya upaya berlari di atas air sabun. Namun nasib baik tidak menyebelahi dia kali ini bila,

"GEDEBUK !"

Dia jatuh tersemban betul-betul di hadapak Chaejun. Chaejun yang hanya mampu diam itu memandangnya terkejut.

"Ayoyoyoi sakit kepala jambulku~"

Tetapi datang pula yang lagi seekor syaiton dari belakang Jungkook dan mencuit belakangnya itu dengan mop lantai. Jungkook memusingkan badan dan memandang lelaki itu atas bawah.

"Kau nak main benda ni?"

Dia mengangguk dengan penuh yakin.

"Okay.." Lantas Jungkook memegang hujung penyapu mop itu dan memusingkannya sehingga terlepas dari tangan lelaki tadi. Terus Jungkook menggenggam kasar kolar bajunya.

"Bodoh."

Dia terus menolak tubuh budak itu sehingga jatuh ke lantai. Penyapu mop tadi juga dia sumbat ke dalam mulut budak itu.

"Uhuk uhuk!" tercekik budak itu dibuatnya di hadapan mata Chaejun sekali lagi. Tak terkata Chaejun dibuatnya.

Jungkook memandang pula kearah Jimin dan Soobin yang masih lagi bertumbuk. Jimin tumbuk muka Soobin dan Soobin tumbuk muka Jimin. Dari tadi lagi tak habis-habis. Kelihatan wajah mereka berdua juga sudah habis dengan kesan lebam.

"Kau tumbuk muka aku kau sedar tak yang kau tu pendek? Kentot? Terbantut?"

"Kau ingat kau tinggi macam zirafah ni hebat sangat? Pendek-pendek aku pun muka kau lagi banyak lebam!"

"Bana kau!"

Jungkook mendekati mereka berdua. Baru saja Soobin mahu mengangkat tangan untuk menumbuk Jimin namun Jungkook lebih pantas menolak bahunya dengan kasar.

"Kau ni memang tak guna kan?"

Dengan kasar Jungkook menendang dadanya sehingga lelaki itu tersemban ke pintu tandas.

"GANG!"

Tercabut terus pintu tandas itu dibuatnya. Jimin dan Chaejun tidak berkelip memandang keganasan Jeon Jungkook. Dah lama dia tidak mengganas, kang mati Soobin itu dibuatnya nanti.

Jungkook mendekati Soobin yang sudah terlantar lemah. Tangannya menggenggam kemas kolar baju lelaki itu dan memandangnya dengan perasaan yang penuh diselubungi amarah.

"Kau ganggu girl aku. Kau belasah kawan aku. Kau nak jadi malaun juga?"

"Sorry, skuad kami tak perlukan ahli baru."

"Dush!"

Dan sekali lagi, wajah Soobin ditumbuk. Tetapi bukan lagi ditumbuk oleh Jimin, tapi Jungkook.

"J-Jungkook.." Chaejun mengeleng tidak percaya. Walaupun dia tahu Jungkook itu malaun, tapi tak pernah pula dia nampak Jungkook bertindak ganas macam ini sekali. Longlai terus tubuh Soobin dibuatnya!

"Kau memang tak guna!"

"Dush!"

Dia menumbuk lagi wajah Soobin.

"Hey heh Jungkook! Sudahlah tu! Mati anak orang aku tak nak masuk lokap!" Jimin cepat-cepat menghalang Jungkook. Kang dibelasah dia mati budak Soobin tu nanti. Menangis habis skuad bini-bini Soobin gamaknya tak lama lagi.

Jungkook menghela nafas berat bila melihat wajah Soobin menjadi jauh lebih teruk dari tadi. Amarah Jungkook tadi perlahan diganti dengan reaksi dingin apabila dia mula berasa puas hati.

"Kau kenal aku siapa kan? Jadi jangan cari pasal dengan malaun," kata Jungkook dingin sebelum mendekati pula Chaejun yang berada di hujung sana.

Dia mencangkung di hadapan gadis itu.

"Kau tak apa-apa?" soal Jungkook. Lantas Chaejun mengeleng laju sambil menunduk.

Kemudian pandangan Jungkook jatuh pada pakaian gadis itu. Skirt carik dan butang uniform atas juga terputus. Jungkook meneguk liur tatkala melihat banyak bahagian di badan gadis itu yang terdedah. Lantas dia mengalihkan pandangan kearah lain.

Blazer yang dipakainya itu dibuka. Kemudian dia sarungkan kepada Chaejun tanpa sedikitpun memandang gadis itu.

Setelah memastikan blazer itu selamat dipakai Chaejun, Jungkook perlahan memandangnya semula.

"Balik." Jungkook lantas mendukung tubuh kecil gadis itu membuatkan Chaejun membulatkan mata dek terkejut.

"J-Jungkook.."

Jungkook mula bangun dari cangkungannya dan mula berjalan pergi dari situ. Dengan teragak-agak Chaejun melingkarkan tangan di leher lelaki itu. Dia terpandang pula wajah Jungkook yang agak lebam kerana dipukul salah seorang dari geng Soobin tadi. Rasa terharu kerana selamatkan dia pun ada, rasa bersalah pun ada.

Bila tiba saja di muka pintu utama tandas itu, langkah Jungkook diberhentikan buat seketika apabila melihat Haerin dan Seungkwan yang berada berdiri di situ. Seungkwan terus masuk ke dalam untuk melihat keadaan abangnya tetapi Haerin pula hanya menunduk bersalah kepada mereka berdua.

Jungkook menjelingnya tajam sebelum pergi dari situ. Malas dia nak melayan perempuan pengkhianat ini.

***

"Waaw! Sweetlah diaorang! Agagasfggy!"

"Ni baru sweet couple!"

"Huhuhu terlepas juga aku Jungkook sunbae ni. Hmm takde jodoh. Takpelah, dengar kata Taehyung sunbae tu single lagi."

"Tak padan langsung! Sorry, I don't like Chaekook!"

Terdengar banyak suara merdu serta sumbang mula bercakap-cakap tentang mereka berdua sepanjang mereka lalu di kawasan locker ini.

Namun itu semua tidak memberi apa-apa kesan kepada Jungkook untuk membawa Chaejun menuju ke car parks. Manakala Chaejun pula hanya memandangnya tidak berkelip.

"Auuu sweetlah Chaekook! Eh eh tapi Hanacoat lagi sweet!" Hana cun yang turut berada di situ menepuk manja bahu Rose yang merupakan ketua dalam skuad bawang di sekolah itu.

"Dua-dua teruk!" cemberut saja wajah Rose sebelum pergi dari situ. Jealouslah tu Jungkook tak pernah notice dia.

***

Chaejun's pov

Bila tiba saja di hadapan kereta Jungkook, dia terus meletakkan aku di tempat duduk sebelah pemandu. Yeay ponteng sekolah lagi!

Tapi kalau hitam nanti rekod aku macam mana? Dia tak apalah boleh putihkan balik rekod dia, tapi aku? Bila dah hitam, seratus tahun pun berkulat situlah jawabnya.

Setelah pintu kereta ini dia tutup, dia menuju pula ke tempat pemandu dan terus masuk ke dalam. Dia melepaskan keluhan berat buat seketika sambil tangannya menutup pintu kereta. Aku hanya memandangnya dengan rasa bersalah. Kesian Jungkook sanggup kena tumbuk semata-mata nak selamatkan aku.

"Ju-Jungkook.. Terima kasih selamatkan saya ye..," kata aku sambil menunduk.

Aku dapat rasa dia sedang memandang aku sekarang. Kemudian dia mencampakkan aku sehelai jersi bola yang berwarna merah miliknya. Aku mengangkat wajah, pelik.

"Letak atas peha kau," arahnya.

"Ha? Kenapa? Rimaslah!"

Aku menghulurkan semula jersi merahnya tadi. Apa bendalah suruh letak jersi dia atas paha aku? Tahulah skirt aku nampak buruk sebab carik situ carik sini.

Dia memandang aku dengan serius.

"Letak."

"Tak nak! Rimas!"

Jungkook merampas kembali jersi tadi dari tangan aku dan dia meletakkan sendiri di atas peha aku.

"Kenapa dengan awak ni? Panas tahu tak?" aku cuba menepis namun lantas tangannya memegang lembut pergelangan tangan aku. Dia terus mendekatkan wajahnya dengan wajah aku membuatkan aku membulatkan mata.

"Kau nak goda aku ke?"

Aku terdiam kaku. Pada waktu yang sama juga jari-jemari Jungkook mula merayap di atas kulit peha aku yang agak terdedah itu. Jungkook mula tersenyum sinis.

Huh apasal kau lembab sangat, Chaejun? Paha sendiri terdedah pun tak perasan. Dengan pantas aku menepis tangannya dan mengambil semula jersi tadi. Paha aku yang terdedah itu aku tutup dengan jersi. Habis memerah wajah aku menahan malu atas kebodohan sendiri. Huargh apalah Jungkook tengah fikir tu agaknya?

"Tahu pun takut. Lain kali godalah aku lagi kalau rasa diri tu berani sangat. I'm a man too and I can do anything," kata Jungkook dengan ayatnya yang penuh dengan makna tersirat.

Aku memejamkan mata serapat mungkin menahan malu yang teramat. Okay Chaejun memang bodoh!

End of Chaejun's pov

***

KmTaehyg
location — Shanghai, China

Liked by SyafiqKyle, CarParkJimin and 13347692 others

KmTaehyg #shanghairomance

Views 95671886 comments

CarParkJimin setan setan perangai kau pun, aku tetap sayang kau brook Tae 👊

DatoSriNajib Well, I'm also in China. I would like to meet you, bossku 😁

LegendJackieChan 你好 😃

JetLi._ 我们什么时候见面?如果我能见到一个蓝色头发的男人,那将是很好

CarParkJimin @LegendJackieChan @JetLi._ mende sia? 👊

HanaCun_01 sunbae encem rambut biyu tu agagashushushugshbdfhvg 😘😘😘

JeonJungcoat replied to HanaCun_01 break 💔

HanaCun_01 replied to JeonJungcoat saya gurau je takkan itu pun nak jealous? 😭😭😢😩😭😭😭🤒😧😱😲🤕😢😢😭😭😭

NurSajat02 He's so hot! Dato' Alif please help me! I really want him to be my boyfriend 😭

Seokjin memasukkan telefon Taehyung itu ke dalam poket seluarnya. Dia mendekati pintu bilik karokae di dalam mall itu. Perlahan dia mengeleng bila melihat Taehyung yang sedang menghabiskan masa di tempat ini bersama beberapa orang perempuan China.

"Sekolah dahlah tak pergi, seronok karokae adalah. Ni kalau Tuan Kim tahu naya aku," rungut Seokjin.

Perlahan pintu bilik karokae itu dia buka. Dia mendekati Taehyung yang sedang asyik berkarokae sambil meletakkan kedua-dua belah lengannya di bahu dua orang perempuan China. Microphone ditangan masih tidak dilepaskan sebaliknya dia hanya sambung menyanyi dan berseronok.

"Isteri tua merajuk balik kerumah isteri muda,
Kalau dua-dua merajuk,
Ana kahwin tiga
Mesti pandai pembohong,
Mesti pandai temberang,
Tetapi jangan sampai hai pecah tembelang!"

Seokjin mengeluh kecil lalu mendekati Taehyung.

"Tae, tadi dah berapa puluh kali appa kau call aku tanya kau. Tinggallah dulu semua ni, cakap dengan appa kau ni dulu."

Taehyung menggulingkan mata menyampah. Microphone tadi dia letak di atas meja dan dia juga turut menjatuhkan tangan dari bahu kedua-dua orang gadis China tadi. Dia bangun dari duduknya.

"Orang tua tu nak apa lagi?"

"Dia tak nak apa pun. Dia cuma nak kau jawab call dia. Itu saja."

Taehyung sekali lagi menggulingkam mata dengan menyampah.

"Luar."

Mereka berdua mula menuju ke pintu untuk keluar dari tempat karokae ini.
Baru saja dia memulas tombol pintu, tiba-tiba muncul seorang lelaki China di hadapan mereka. Lantas lelaki China itu menggenggam kolar baju Taehyung dengan kasar.

"Mana adik aku? Kenapa kau jual dia?" soal lelaki China itu dalam Bahasa Korea. Nasib baiklah dia juga boleh berbahasa Korea.

Taehyung tergelak kecil.

"Adik kau yang mana satu ni? Sejak aku tinggal kat sini, rasanya dah hampir 20 orang perempuan aku jual," kata Taehyung dengan sinis.

"Syaitan!"

"Dush!"

Wajah Taehyung ditumbuk kasar oleh lelaki China itu. Hampir saja Taehyung jatuh terlentang ke lantai namun nasib baik Seokjin sempat menahannya dari belakang.

Taehyung menyentuh bibir yang sedikit mengalirkan darah. Dia tergelak kecil sekali lagi sebelum mengangkat wajah dan memandang semula lelaki China tadi.

"Kau memang cari pasal dengan malaun. Kau belum kenal aku ni siapa."

Lalu dengan kasar Taehyung menendang dada lelaki China itu dengan kasar sehingga dia jatuh terlentang di lantai.

"Taehyung!" jerit Seokjin namun tidak diendah Taehyung.

Beberapa orang yang berada di sini pula hanya terdiam dek teramat terkejut melihat mereka berdua. Taehyung mendekati lelaki China tadi yang sedang mengerang kesakitan. Dia kemudiannya mencangkung di hadapannya.

"For your information, perempuan memang sumber kewangan aku selain appa. So say hi bye bye to your little sis. Dia yang bodoh sangat ikut aku dulu tu kenapa?"

Lelaki China itu tidak menjawab sebaliknya memegang dadanya yang terasa sakit yang amat. Tidak sama pula dengan Taehyung yang masih tersenyum sinis.

Dia mula menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan sebatang lolipop. Pembalut lolipop itu dibuang dan terus dia menyumbat lolipop itu ke dalak mulut lelaki China tadi.

"Makan!"

Taehyung bangun dari cangkungan dan memandang Seokjin.

"Senangkan? Kau rasa boleh tak aku buat benda yang sama pada Jungkook kalau dia masih pertahankan budak mentah tu?"







++++

Aku bagi clue sikit ye. Pesaing sebenar Jungkook ialah Taehyung, bukannya Soobin mahupun Taeyong

Btw, jangan lupakan anak Tuan Jeon dengan Puan Jung dulu tu ye 🌚

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro