Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

28


Siapa kat sini layan drama The Inheritors? 🌚

————— ☻☻☻ —————






Chaejun masih lagi memandang Jungkook tidak percaya. Tubuhnya juga masih lagi terkaku.

"J..Jungkook.."

Tidak lama selepas itu, terdengar sorakan kuat dari pelajar lain di bawah. Ada yang sokong, ada yang mengutuk.

"Woo!! Sunbae malaun dah ada girlprend!"

"Wey first time tengok dia bercinta weyh!"

"Very unexpected!"

"Menghitung menunggu mati,
Agar kau jumpa yang dinanti~
Huargh! Kenapa buat saya macam ni Jungkook oppa?"

"Tak padan langsung! Macam mana Jungkook sunbae boleh tersangkut dengan GRO?"

Pada waktu yang sama juga, Seungkwan yang turut berada di situ mula aktif dalam penangkapan gambar untuk dimasukkan ke dalam buletin sekolah. Jangan risau, gaji menanti.

"Cun banget!" sempat dia membuat thumbs up kepada Jungkook dan Chaejun.

Chaejun pula hanya mengetap bibir. Tak percaya pun ada. Jungkook cintakan dia? Jungkook cium dia di hadapan semua pelajar? Berapa lama lagi dia akan tersedar dari mimpi ini?

Jungkook tersenyum kecil sambil menatap dalam mata gadis itu. Tangannya masih lagi memeluk erat pinggang Chaejun.

Tiba-tiba,

"Apa kamu berdua buat ni?"

Dengan segera Jungkook melepaskan pinggang gadis itu. Mereka berdua memandang kearah Cikgu Baekhyun yang sedang mencekak pinggang.

***

Sekeping fail dihempaskan di atas meja.

"Jeon Jungkook, Jeon Jungkook, Jeon Jungkook, Jeon Jungkook, Jeon Jungkook! Dah berapa banyak hal kamu dah buat dekat sekolah ha? Kamu dah betul-betul famous dengan ketua malaun. Dulu buli orang, sekarang? Dah pandai bercinta ye?" kata Cikgu Baekhyun selaku guru disiplin.

Jungkook hanya mengeluh berat dan menggulingkan mata.

"Ye saya tahu kamu ni anak pemilik sekolah. Hitam manapun rekod kamu, semuanya boleh padam semula. Tapi cikgu lihat kamu ni kadang-kadang dah melampau. Kamu nak cikgu report pada mak kamu?"

Jungkook pula hanya diam dan mempamerkan muka selambanya. Bebelan Cikgu Baekhyun tadi langsung dia tidak endah. Report pada Puan Jeon sekalipun bukannya boleh buat apa pun.

"Kamu pun sama, La Chaejun. Layankankan saja cinta cintun monyet ni. Tahulah dia tu handsome tapi saya lagi handsome. Daripada kamu pilih dia, baik kamu pilih saya. Lagipun anak saya, Baecon tu pun perlukan kasih sayang seorang ibu. Takkan kamu tak tahu yang saya ni duda terlajak hots dan laris?"

Jungkook mengetap bibir geram. Tangannya mula menggenggam penumbuk. Kali ini dia betul-betul marah. Pantang bila ada orang lain cakap sebegitu kerana Chaejun hanya milik dia.

Nyaris-nyaris saja dia hendak menumbuk muka Cikgu Baekhyun sekarang tetapi lantas tangannya ditahan Chaejun. Chaejun mengeleng perlahan supaya dia tidak bertindak lebih.

Cikgu Baekhyun membetulkan ribbon di kolar bajunya. Sempat dia mengusap janggut panjangnya hingga ke paras dada itu. Dia menarik nafas seketika sebelum menyambung semula kata-katanya.

"Kamu berdua tahu tak ini kawasan sekolah? Kamu berdua sebagai senior ni sepatutnya tunjuk contoh yang elok-elok kepada pelajar lain terutama sekali pelajar junior. Kalau nanti ramai pelajar sekolah ni mengandung macam mana? Saya salahkan kamu berdua."

Jungkook sekali lagi mengeluh.

"Okay. Saya minta maaf. Saya tahu cikgu penat membebel," kata Jungkook boleh tahan biadap sebelum dia menarik tangan Chaejun dan keluar dari situ.

"Eh eh eh budak Jungkook ni! Dari dulu biadap sampai sekarang pun tak berubah. Haih!"

Dia mula mengeluarkan telefon bimbitnya. Nombor telefon Puan Jeon dia dail.

"Hello, Puan Jeon!"

"Yeah! Ini saya, Byun Baekhyun!"

Cikgu Baekhyun mengusap lagi janggut panjangnya buat seketika.

"Haa.. Ni haa saya ada berita. Tentang anak lelaki kesayangan puan ni lah."

"Tu lah puan. Dulu saya nak jaga Jungkook tapi puan tak bagi. Kalau saya jaga dia, ni pun dah jadi ustaz budak tu. Puan tu dah lah tak pandai jaga anak hahaha!"

"Kamu jangan nak melampau, Baekhyun!"

***

"Betul kau nak balik dengan Somi?" soal Jungkook setibanya mereka berdua di tempat letak kereta.

Chaejun mengangguk.

"Okay."

Belum sempat Jungkook meloloskan diri ke dalam keretanya, Chaejun terus menghalang.

"Ermm sunbae! Sa-saya nak tanya sesuatu.."

Jungkook menaikkan sebelah keningnya bagi mengiyakan saja.

"Tadi awak cakap awak cintakan saya. Se-serius ke?" soal Chaejun bersama wajah polosnya membuatkan Jungkook tergelak kecil. Maklumlah sebelum ini Jungkook hanya memberitahu dia suka saja bukannya cintakan dia pun.

"Jadi selama ini aku peluk kau, aku cium kau aku tak maksudkan apa-apa?"

"T-tak.. Sa-saya cuma takut saya terlalu berharap. Itu je.."

"Never, baby. I really love you."

Chaejun hanya tersenyum malu. Dalam hati dia kini bukan main lagi melonjak seperti zarah-zarah gas. Crush balas cinta weyh agafshbjb!

Kemudian, pandangan Jungkook jatuh pada dada gadis itu. Terus Chaejun menutupnya dengan kedua-dua belah. Habis memerah pipinya menahan malu, lelaki itu memandang tempat tidak sepatutnya.

"Su-sunbae pandang apa?"

Jungkook menepis lembut tangan gadis itu dan menyeluk poket uniform  yang dipakainya. Sekeping kad ucapan yang bersaiz kecil itu dia keluarkan sebelum memandang wajah Chaejun semula.

"Kau ingat aku pandang... tempat itu?"

Bertambah merah wajah Chaejun dibuatnya. Tetapi tidak sama pula dengan Jungkook yang sudahpun tersenyum sinis.

Jungkook membuka kad tadi.

"To Jungkook Sunbae. Saya dah lama nak bagitahu yang sunbae sebenarnya comel. Macam arnab."

"Eii jangan bacalah!" Chaejun cuba mendapatkannya semula tetapi tidak berjaya bila Jungkook mengangkatnya tinggi-tinggi.

"Sunbae dengan arnab takde beza. Dua-dua comel sebab gigi panjang. Tapi yang bezanya arnab suka gigit lobak tapi sunbae suka gigit oran— pfftt!"

Terus meletus tawa Jungkook. Kad tadi juga berjaya Chaejun ambil bila lelaki itu sudahpun tergelak. Hijau terus wajahnya kerana ayat kebudak-budakkan dia itu.

"By the way, aku gigit kau je. Siapa suruh comel sangat?" Jungkook mencuit hidungnya.

Jungkook ni tak payahlah nak berlagak sweet sangat! Tak ada orang nak cair pun!

"Thanks.."

Jungkook memegang wajah gadis itu. Matanya betul-betul tertumpu pada bibir lalu perlahan-lahan dia mendekatkan wajah dengan Chaejun. Namun dengan pantas gadis itu menutup bibirnya dengan kad kecil tadi.

"Awak jangan curi kiss saya lagi!"

Jungkook tergelak kecil.

"Tak boleh?"

"Mana boleh! Awak dah banyak kali kiss saya. Bukan kali pertama, kedua, ketiga, keempat tapi dah kelima, keenam dah! Lagipun ni kawasan sekolah, kawasan larangan!"

Jungkook masih lagi tergelak kecil.

"Okay, sayang. Simpan kiss kau untuk aku saja. Jangan bagi pada orang lain tau? You're mine," kata Jungkook lembut lalu mengusutkan rambut gadis itu.

Sempat Jungkook menghadiahkan senyuman kecil sebelum meloloskan diri ke dalam kereta.

"Bye, sunbae!" Chaejun melambai-lambai tangannya dengan bahagia setelah melihat Jungkook mula mengundurkan kereta. Jungkook yang berada di dalam itu hanya tersenyum kepadanya.

"Aishh crush balas cinta! Agagagvhafgh!"

***

Puan Jeon membelek beberapa keping gambar di tangannya. Bibirnya diketap geram. Selepas dia mendapat khabar dari Cikgu Baekhyun tadi, dia terus mengupah Tuan Jung Hoseok untuk menyelidik lebih lanjut apa yang Jungkook lakukan di belakang dia.

Dimana gambar Jungkook yang menarik Chaejun hingga pentas dewan dan mencium gadis itu betul-betul membuatkan hati dia berdarah.

"Dia juga buat pengumuman yang dia cintakan budak perempuan tu. Saya rasa Jungkook dah betul-betul sukakan budak tu," kata Hoseok.

"Hairan saya! Selama saya jadi ibu dia, saya tak pernah nampak dia dengan mana-mana perempuan sebelum ni. Perempuan lain yang datang rumah dan berlagak baik sebab nak jadi menantu saya adalah. Tapi semuanya dia tolak. Tapi dengan budak perempuan selekeh ni, boleh pula dia tersangkut. Pelik sungguh!"

"Apa kata puan kahwinkan saja mereka berdua. Saya pun rasa mereka berdua ni dah suka sama suka."

Puan Jeon memandang Tuan Jung Hoseok tak puas hati

"Never! Awak jangan nak tambah api saya boleh tak?" Puan Jeon meninggikan suara membuatkan Hoseok terus menikus mencari tikus.

Tiba-tiba, pintu rumah mewahnya itu dikuak dari luar. Kelihatannya figura Jungkook yang sedang melangkah masuk ke dalam rumah itu.

"Jeon Jungkook!" panggil Puan Jeon dengan wajah dingin bercampur geramnya.

Sempat Jungkook menggulingkan mata seketika sebelum memusingkan tubuh ke arah Puan Jeon.

"Yes.. Omma nak apa?"

"Mari sini kejap."

Dengan malasnya Jungkook berjalan mendekatinya. Hoseok yang sedang berdiri di sebelah Puan Jeon itu pula meminta diri dan pergi dari situ.

"Ini apa?" terus saja gambar-gambar tadi dihempaskan atas muka Jungkook. Jungkook mengetap bibir dan memejam mata seerat mungkin menahan geram.

"Berapa kali omma cakap jangan jatuh cinta ataupun suka dengan budak tu tapi kenapa kamu buat juga? Omma bawa dia ke sini sebab omma percaya kamu ni bukannya senang jatuh cinta. Tapi kenapa kamu boleh tersangkut dengan perempuan ni? Siap confess depan pelajar lain lagi. Apa ni Jeon Jungkook?"

Jungkook menarik nafas dalam buat seketika. Terasa tubir mata mula bergenang tatkala menahan geram yang amat kepada Puan Jeon.

"Jungkook cintakan dia dan Jungkook sayangkan dia."

Dia memusingkan tubuh kembali. Baru saja dia hendak melangkah pergi dari situ, namun langkahnya terhenti.

"Kamu cintakan dia sehebat mana sekalipun, kamu berdua takkan bersama. Omma takkan benarkan. Omma bawa dia ke sini ada sebab. Kamu dah tahu kan sebabnya apa?"

Jungkook memejamkan mata menahan geram sekali lagi. Lalu lantas dia berpaling semula kepada Puan Jeon.

"Omma bencikan dia tapi omma nak cucu anak Jungkook dengan dia? Omma tak sedar ke yang cucu omma nanti adalah dari keturunan Tuan La juga, orang yang paling omma benci? Omma nak apa sebenarnya?" soal Jungkook dengan serius.

Puan Jeon tersenyum sinis.

"Yes, omma tahu semua tu. But for your information, Tuan La sendiri yang mahu cucu dari keturunan Jeon dan La sebelum dia meninggal dulu. Itu permintaan terakhir dia dan omma pula hanya menurut perintah," jawab Puan Jeon.

"Bwoh?" Jungkook memandangnya tidak percaya.

***

"Somi.."

"Stop it, Jiwon! Jungkook cuma nak Chaejun, bukan kau. Dah berapa kali aku ceritakan dia pasal kau sebelum ni tapi dia tetap tak bagi apa-apa respons. Aku rasa lebih baik kau undur diri dan biarkan saja Jungkook bahagia dengan pilihan dia sendiri."

"Bwoh?"

"Lagipun kau belum kenal lagi keluarga aku macam mana. Keluarga aku tak sebahagia seperti yang orang lain anggap. Lebih baik kau lupakan saja Jungkook dan cari orang lain. Aku pasti kau boleh jumpa orang yang jauh lebih baik dari dia."

Somi terus berdiri dari tempat duduk cafe itu dan melangkah pergi meninggalkan Jiwon keseorangan di sini. Jiwon mengeluh kecil.

"Are you sure?"

Dia mengeluarkan telefon canggihnya dari beg tangan. Nombor telefon Haerin dia dail.

"Hello, Haerin."

"Aku nak kau tolong aku juga. Kali ni aku serius."

"Hapuskan perempuan murahan tu. Aku tak nak dia terus dekat dengan Jungkook."

"Aku nak Soobin apa-apakan dia sebelum hubungan mereka jadi lebih serius."










++++

Rindukan Taehyung? 🌚

Dun worreh, semua ini akan tamat tak lama lagi dan Taehyung akan muncul sebagai pemusnah seterusnya 🌚

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro