27
Aku type part ni sambil dengar lagu hindustan 🌚 maaflah kalau chapt ni nanti ala-ala bollywood sikit 😂
#fanskeling2k19
————— ☻☻☻—————
Beg kertas berwarna biru laut itu diletakkan di atas mejanya. Chaejun tersenyum bahagia melihat hadiah yang akan dia berikan kepada Haerin nanti. Kini dia hanya seorang diri saja di dalam kelas itu memandangkan ramai murid lain berkeliaran di luar kelas.
Mentang-mentanglah hari ini Valentine's day dan belajar pun tak, seronoklah pelajar-pelajar lain tak mahu masuk kelas. Mereka kebanyakkannya sedang bersama dengan pasangan masing-masing di luar kelas.
Dan pada waktu ini jugalah skuad forever alone, skuad kunyit dan skuad serai sedang aktif kepada mereka yang kesunyian.
Chaejun hanya termenung dan menunggu di tempat duduknya. Dia betul-betul berharap agar Haerin berbaik semula dengan dia.
Tidak lama selepas itu, lamunan Chaejun dikejutkan dengan Haerin yang baru tiba di kelas itu. Gadis itu berjalan masuk dan meletakkan beg sekolahnya yang bersaiz lebih kecil daripada kebiasaan di tempat duduknya. Kemudian, dia mula melangkah untuk keluar dari kelas itu semula.
"Haerin, tunggu!" jerit Chaejun membuatkan langkah Haerin terhenti. Dia memusingkan tubuh dan memandang Chaejun. Keluhan kecil dilepaskan.
"Kau nak apa lagi?"
Chaejun tersenyum kecil. Beg kertas berwarna biru laut tadi dia pegang erat dan berjalan mendekati Haerin.
"Nah." Beg itu dihulurkan dan Haerin hanya memandang hairan.
"Apa ni?"
"Untuk kau, sempena Valentines. Ingat dulu kan kita selalu menyerai waktu Valentines huhuhu!" Chaejun tertawa kecil.
Haerin terus menyambut huluran beg tadi dan lantas beg itu dibuka untuk melihat isi di dalam. Kemudian beg itu terus dia campak ke lantai bersama-sama dengan isinya.
Terus gelak tawa Chaejun tadi hilang begitu saja. Dia mula memandang serius kearah Haerin.
"Kenapa kau buang?"
Gadis itu tersenyum sinis.
"Kenapa kau tanya? Eii perempuan! Sedar sikit diri kau tu siapa. Setiap malam kau pergi melacur lepas tu belikan aku hadiah? Kau ingat aku nak ambil hadiah yang kau beli guna duit haram ni?"
Chaejun mengetap bibir bila hatinya mula terasa sakit yang amat. Begitu juga dengan air matanya yang terasa hendak keluar saja sekarang. Dia fikir Haerin akan terima dia semula selepas kejadian hari itu berlaku, tetapi tidak! Dia tetap dibenci.
"Aku pun tak faham macam manalah Jungkook boleh mengaku kau ni girl dia. Look at yourself. Murah! Kalau jual dengan harga seringgit pun dah cukup. Ke.. Jungkook memang dah pernah sentuh kau? Patutlah leher kau lebam pun hari tu pun."
"Haerin!"
"PANG!"
Satu tamparan hinggap di pipi gadis itu. Chaejun mengetap bibir geram. Haerin betul-betul melampau.
Haerin memegang pipinya yang sudah kemerahan. Matanya tajam saja memandang Chaejun. Berani dia tampar.
"Cukuplah kau hina aku! Ye memang! Jungkook yang buat dekat leher aku hari tu. Tapi dia tak pernah sentuh aku.. Dan kalau kau fikir aku ni kerja melacur tengah malam dan beli hadiah untuk kau dengan hasil tu, kau salah! Kau memang salah teruk, Haerin!"
Haerin mendengus geram. Dia terus berdiri tegak semula.
"Sudahlah, Chae. Aku dah penat percayakan kau! Mulai hari ni, jangan anggap aku ni pernah jadi kawan kau lagi. Aku benci kau!" tengking Haerin lalu terus keluar dari kelas itu.
Chaejun mengetap bibir dengan kuat bila air matanya mula mengalir. Adakah hubungan dia dengan Haerin akan berbaik semula atau terus begini sampai bila-bila?
***
•
•
•
Chaejun hanya berjalan sendirian di kawasan koridor sekolah ini. Setiap laluan yang dilalui, mesti dia akan ternampak pasangan yang sedang bemesra-mesraan.
Dia cepat-cepat mengalihkan pandangan kearah lain. Rindu dia pada Haerin yang dulu semakin membuak-buak walaupun Haerin itu hanyalah seorang kawan. Gadis itu betul-betul sudah berubah.
Sekeping kad ucapan yang dia tulis itu dia pegang. Dia berjalan menuju ke blok kelas Jungkook. Nampak macam budak-budakkan bila kirim kad ucapan pada crush?
Bila tiba saja di pintu hadapan kelas Jungkook, langkahnya terhenti bila melihat Jungkook kini dikerumuni oleh ramai pelajar perempuan.
Chaejun melepaskan keluhan kecil. Siapa saja yang tak kenal Jungkook? Dialah satu-satunya lelaki yang paling terkenal di sekolah ini kerana merupakan anak pemilik sekolah dan tak lupa juga dengan perangai malaunnya.
Nasib baiklah hari ini hari Valentines, pelajar perempuan lain pun berani saja nak beri hadiah kepada Jungkook secara depan-depan memandangkan Jungkook biasanya takkan menjadi malaun bila di hari Valentines sebegini. Biasalah hari bahagia kan? 🌚
Chaejun memandang kad di tangannya itu. Kemudian dia memandang pula hadiah dari pelajar-pelajar perempuan lain. Semuanya berupa jam tangan mahal, pakaian mahal, kasut mahal dan semuanya barang mahal. Sedangkan dia? Hanya sekeping kad manila yang dibeli di koperasi saja.
Dia mencebik hampa lalu memusingkan tubuh ke belakang. Kad tadi dimasukkan ke dalam poket uniform dan langkahnya mula diajukan untuk pergi dari situ.
"Bosannya.. Haerin dah tak ada. Jungkook sunbae pun kena kerumun dengan peminat. Susahlah orang pemes ni. Bilalah aku nak pemes macam Jungkook sunbae tu jugak hmnn..."
Dia mencebik sedih. Ramai pasangan yang berada di sini pun langsung dia tidak pandang lagi. Saja tak nak simpan rasa cemburu ni lagi.
"Oitt La Chaejun anak La Talilat talitaplom!"
"Warghh!"
Terkejut Chaejun dibuatnya lalu lantas menghentikan langkah. Kelihatannya Taeyong berdiri di hadapan dia. Dia melurut dada perlahan.
"Kau ni kan! Terkejut aku!"
"Hahaha! Maaf! Maaf! Eh kau tengah podeber alone ke sekarang ni?" soal Taeyong.
"Hmn.. Kau nampak aku ada partner ke?"
"Biasanya kau menyerai dengan Haerin je haha! Meh date dengan aku je lah. Aku pun tengah sunyi juga ni."
"Date dengan kau?" soal Chaejun dengan terkejut.
"Ye lah. Takkan date dengan anak labi-labi dalam longkang tu pulak?"
Chaejun mula ketawa.
"Tapi kau pun takde beza je dengan labi-labi tu hahaha!"
"Eii eii budak ni! Dah jom rooftop!" baru saja Taeyong hendak melingkarkan tangan di bahu perempuan itu, tiba-tiba saja ada orang lain terlebih dahulu meletakkan tangan di bahu Chaejun.
"Hai sayang.." pipi Chaejun sekilas dicium lembut.
Chaejun perlahan-lahan memandang orang yang melingkarkan tangan di bahunya.
"Su-sunbae..?"
Senyuman bad boy Jungkook terserlah lalu dia mengalihkan pandangan kepada Taeyong yang masih berada di hadapan mereka berdua itu pula.
"Sorry, bro. Aku dah cop dia awal-awal. So, dia aku punya. Kau.. sila berambus."
Jungkook mula berjalan pergi dari situ seiringan dengan Chaejun. Sempat bahu Taeyong dia langgar sambil tersenyum sinis lagi.
"Tch—" Taeyong berdecit.
Setelah mereka berdua telah jauh pergi, Taeyong meletakkan jari telujuknya di hidung lalu menariknya hingga ke atas.
"Haa blah blah! Kau yang patut berambus! Malaun buwekk! Sedap dia je cium anak dara orang!" dia menjelirkan lidah pula.
***
"Kalau aku tak ada memang kau akan menggedik dengan dia kan?" soal Jungkook dengan serius. Tegang saja wajahnya sewaktu berjalan seiringan dengan Chaejun. Tangan yang melingkar di bahu gadis itu juga dijatuhkan.
"Apa awak cakap ni? Saya dengan Taeyong tu kawan je." Chaejun mencebik geram.
"Kau yakin ke dia rasa benda yang sama?"
Chaejun menghentikan langkah. Begitu juga dengan Jungkook turut menghentikan langkah.
"Apa maksud awak?"
"Aku tak rasa dia anggap kau kawan. Sebab aku tahu dia suka kau."
Chaejun terdiam. Takkanlah Taeyong sukakan dia? Sedangkan mereka berdua sudah lama berkawan.
"Bila aku cakap aku suka kau, maknanya kau aku punya. Jangan fikir senang aku nak lepaskan kau. Sebab aku takkan lepaskan kau sampai bila-bilapun."
Chaejun terkedu. Tak sangka pula Jungkook akan menjadi sebegini bila dia dah mula sayang. Benar, dia takkan lepaskan sesuatu yang dia sayang.
Tiba-tiba, mereka berdua dikejutkan dengan pasangan yang amat mereka kenal, sedang berjalan ke arah mereka.
"Ha-Haerin?" Chaejun memandang mereka dengan terkejut.
"Jimin?" Jungkook juga turut tidak percaya. Sejak bila mereka berdua bercinta?
Haerin dan Jimin hanya berjalan berduaan sehingga berselisihan dengan mereka berdua. Sempat Haerin melibaskan rambut panjangnya sehingga terkena Chaejun.
Chaejun hanya tergamam. Baru pagi tadi saja Haerin menghina dia, sekarang perempuan itu sudahpun jumpa pasangannya sendiri. Penampilan dia juga semakin berubah sekarang. Dulu noob saja seperti Chaejun tetapi sekarang, bukan main lagi bergaya.
"Chae.." tegur Jungkook yang masih berada di sebelahnya.
Chaejun masih lagi terdiam. Bibir diketap erat bila teringatkan kata-kata Haerin pagi tadi. Haerin betul-betul tidak perlukan dia lagi. Mungkin persahabatan yang mereka bina lama itu hancur lunyai begitu saja hanya disebabkan sebuah kepercayaan.
"La Chaejun. Pandang aku," kata Jungkook namun Chaejun tetap tidak mengendah. Sebaliknya dia hanya menunduk pula.
"Jeon Chaejun!"
Chaejun sekali lagi tergamam. Perlahan-lahan dia mengangkat wajah dan memandang Jungkook.
"Berapa kali aku perlu cakap yang kau tak perlukan dia lagi?" soal Jungkook dengan nada tak puas hati.
"Se-sebab.. dia kawan saya.."
"Macam tu kau anggap kawan? Orang yang khianati kau sendiri macam tu kau anggap kawan?"
Chaejun sekali lagi menunduk.
"Ta-tapi.." kata-katanya terputus apabila Jungkook terus memegang sebelah tangannya dan mula menarik dia pergi dari situ.
"Eii awak nak bawa saya pergi mana ni? Lepaslah!" Chaejun cuba menepis tangannya tetapi tidak berjaya. Nak tak nak, dia terpaksa mengikuti juga langkah Jungkook.
***
Tangannya ditarik sehinggalah mereka berdua tiba di dalam dewan.
"Jungkook awak nak buat apa ni?" soal Chaejun dengan gelisah.
Jungkook tidak menjawab sebaliknya menarik saja tangannya sehingga mereka menaiki tangga pentas. Tangan Chaejun lantas dilepaskan setibanya mereka berdua di atas pentas.
Microphone yang berada di lantai terus Jungkook capai dan menekan suis on.
"Attention!" katanya menggunakan pembesar suara.
Semua murid yang sedang berkeliaran di sini memandang kearah mereka berdua dengan pelik. Dah kenapa malaun Jungkook ni?
Jungkook yang berada di atas pentas itu menarik nafas buat seketika dan memandang redup kearah Chaejun yang sedang berdiri segan dihadapannya.
"La Chaejun, kau suka aku kan?"
Chaejun tergamam. Begitu juga dengan pelajar-pelajar lain yang berada di bawah. Ada yang terkejut, ada yang membawang, ada yang sokong, ada yang tak puas hati dan ada juga yang broken dan cemburu.
"Aku tak pernah bercinta dengan mana-mana perempuan sebelum ni dan aku juga tak pernah jatuh cinta. Tapi dengan kau aku kalah. Aku tak pernah terima mana-mana perempuan yang berani dekat dengan aku sebelum ni tetapi dengan kau kalah."
"Atau.. aku sebenarnya yang dah jatuh cinta dengan kau?"
Chaejun terkaku tak berkutik. Tubuhnya seakan seperti patung sekarang.
"Ya.. Aku memang cintakan kau."
Mic itu dia campak ke bawah dan lantas dia menarik Chaejun sehingga jatuh ke dalam dakapannya. Dengan pantas juga bibir gadis itu dia sambar. Chaejun membulatkan mata dek terkejut. Lelaki itu betul-betul mencium dia di hadapan semua pelajar sekolah ini. Berani sungguh!
"Wey crush aku dah kena rembat wey!"
"Huarghhh Jungkook oppa! Kenapa buat saya macam ni?! Saya brokeun!"
"Aku dah pedap! Dah pedap! Menyesal aku hadiahkan baju Gucci dekat dia tadi."
"I'm brokeun. I kennot. Sorry I kennot.."
"I don't wanna die. But.. But.. But.. Huarghh!"
Ramai pelajar perempuan yang sedang menangis di bawah.
Jungkook perlahan-lahan meleraikan ciuman. Chaejun masih lagi terkaku dan hanya memandangnya tidak percaya.
"Kau tak perlukan Haerin pun. Aku ada untuk kau.. kau takkan kesunyian, sayang." Jungkook tersenyum kecil.
Jiwon yang turut berada di bawah itu hanya terdiam memandang mereka. Bibir diketap erat sambil mempamerkan reaksi wajah dingin dan geram.
"Jiwon, kau okay tak?" tegur rakannya yang bernama Kim Jah Nam.
Jiwon tidak menjawab sebaliknya dia terus berlari keluar dari dewan itu.
++++
Adakah anda sedang merindui ibu mertua kesayangan anda, Puan Jeon? 🌚
Abe jungcoat jatuh 😢😢😢
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro