Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

26

Maaf lambat update guys 😭 guwe busy teramat

—————☻☻☻ —————


Seungkwan keluar dari kedai gambar bersama beberapa keping gambar di tangannya. Dia tersenyum puas.

"Misi 10k. Huhuhu!"

Tiba-tiba, tangannya dipegang kemas oleh seseorang.

"Arghh omma! Peragut ragut Seungkwan bijak!" Seungkwan menjerit kuat sambil meronta-ronta untuk dilepaskan.

"Hey diam! Ni akulah!"

Seungkwan berhenti meronta dan memandang kepada si pemegang tangannya.

"Hyung! Kenapa buat aku terkejut ha? Nasib baik aku ni sihat wal'afiat kalau aku ni ada serangan jantung, dah lama mampus kejung dekat sini!"

Jimin mengeluh kecil buat seketika. Sejak dari rumah lagi dia hanya mengikut saja langkah Seungkwan dari belakang kerana curiga. Waktu adiknya itu masuk ke dalam kedai gambar tadi dia hanya perhati dari luar.

"Kau nak minta 10k dengan siapa pula? Hmn?"

"A-aku.. a-aku—" tergagap-gagap Seungkwan sewaktu menjawab soalan Jimin itu.

Terus gambar-gambar yang berada di tangannya tadi Jimin ambil dengan kasar. Dia membelek-belek gambar itu sambil mengeluh lagi.

"Kau tak penat ke buat kerja haram, Seungkwan? Cukuplah aku yang buat kerja haram peras ugut budak junior dekat sekolah, kau jangan nak jadi malaun macam aku. Tugas kau belajar betul-betul, jangan jadi macam aku."

Seungkwan menunduk.

"Tapi.. Aku perlukan duit. Yeontan sakit.." Seungkwan mencebik sedih. Sesekali terasa seperti air matanya hendak mengalir pun ada bila teringatkan Yeontan yang masih terlantar di atas katil hospital sekarang.

"Kau ni Yeontan yang sakit macam kau pula yang sakit. Biar je lah anjing tu nak mampus bukannya kau yang mampus!"

"Hyung! Sampai hati kau cakap macam tu dekat Yeontan. Dia tu dah macam saudara kembar aku tau? Makan bersama, tidur bersama, berak bersama." Seungkwan mengesat hingus di hujung bajunya.

"Haih ye lah! Ye lah! Kalau kau nak duit sangat, mari sini ikut aku. Jangan berani buat kerja gila macam ni lagi. Kau belum tahu lagi Jungkook tu macam mana kalau dia tengok semua gambar ni."

"Tahulah! Mesti dia marah."

"Masalahnya kau tak tahu cara dia marah tu macam mana! Silap-silap hari bulan dengan kau-kau sekali dia semban dalam loji tepi rumah Hana cun tu. Kau tu dah lah lembik!"

Seungkwan mencebik sedih sekali lagi. Sampai hati Jimin kata dia lembik. Sobs—

***

Kereta dipandu laju melalui jalan bukit tinggi seperti jalan di Cameron Highland. Laju sungguh anak Jeon ini memandu kereta. Nasib baik rambut Chaejun yang berada di sebelahnya ini rambut asli, kalau tak dah lama terbang. Maklumlah bumbung kereta mewah ini sedang dibuka sekarang.

"Awak nak bawa saya ke mana ni?!" soal Chaejun dengan suara yang ditinggikan memandangkan bunyi angin yang kuat betul-betul membuat suaranya tenggelam timbul. Nasib baik dia kini sudah membuang mask, senang untuk dia bercakap.

"Mana-mana!" Jungkook turut meninggikan suara.

"Tch—" Chaejun berdecit. Lain kali jangan tanya Jungkook nak pergi mana kerana jawapannya ialah 'mana-mana'. Itu saja!

Sejak pulang dari sekolah tadi, laju saja Jungkook menarik dia balik bersama. Tapi masalahnya sekarang, ini bukan jalan untuk pulang ke rumah. Entahlah sekarang ini jalan apa sampai nak kena panjat bukit tinggi pula.

Sesekali Chaejun mencuri-curi pandang Jungkook yang sedang memandu itu.

Kerana angin menerpa terlalu kuat, rambut dia kini tidak tersusun lagi sebaliknya berterbangan. Pada waktu yang sama juga, Jungkook menyelak kuat rambutnya. Hotlah seton!

Chaejun menggigit bibir sambil tersenyum gedik. Dia lantas memalingkan wajah kearah lain takut-takut Jungkook perasan.

"Kalau kau suka aku juga cakap je lah," kata Jungkook.

Lantas gadis itu berpaling kearahnya semula. Kelihatannya Jungkook sedang tersenyum sinis sambil tangannya memegang erat stereng kereta.

Auchh! Kenapa dia begitu membuatkan hatiku ini bergetar trak tak tak?!

Chaejun menunduk sambil tersenyum malu. Jungkook ni suka betul buat dia blushing. Huhuhu!

"Kat atas bukit sana ada shopping mall. Kita dating kat sana?" soal Jungkook.

Chaejun terus mengangkat wajah kembali. Dating? Agagadfhhhg!!

"Dating?"

"Yes.. Kenapa? Kau tak sudi dating dengan aku?"

"Alaalaaa apa awak ni...? Mestilah sudi ehee—  sweetlah sunbae ni.." Chaejun mencubit lembut paha dengan penuh gedik sambil tersenyum malu.

Wey crush ajak dating weyh! Kau ghase tak apa yang aku ghase? 🌚

Jungkook pula hanya tergelak kecil melihat kegedikkan Chaejun. Luar saja tampak naif, tapi bila dah kenal betul-betul, dialah yang paling gedik! Harapkan gedik dia nampak comel saja. Kalau tak, memang taklah Jungkook masih nak layan dia seperti ini.

***

"Aku yang dulu bukanlah yang sekarang,
Dulu disayang sekarang ku ditendang,
Dudu dulu duluku bahagia, sekarang aku menderita.
Cita-citaku menjadi anak tan sri,
Duluku senang sekarang dah kena buli. Huarghh! Omma! Seungkwan kena buli dengan hyung!"

"HAHAHAHAHAHAHA!"

Jimin yang berada di dalam kereta itu tergelak besar melihat Seungkwan yang sedang menyanyi di kaki lima. Tak puas dengan itu, dia menepuk pula pahanya berkali-kali seakan ketawa sampai nak mati.

"Aduu sakit perut! Hahaha!" dia memegang perutnya yang terasa sakit kerana sisa tawa yang tak habis-habis.

Mana tak gelaknya dia bila melihat Seungkwan yang memakai topi hitam dan kaca mata hitam, sedang menyanyi di kaki lima bersama sebuah bekas plastik di hadapannya. Ramai orang yang lalu di situ memasukkan beberapa not dan syiling di dalam bekas plastik itu.

Semuanya arahan Jimin. Katanya nak cari rezeki demi Yeontan kenalah berkorban sikit.

Jimin tergelak lagi di dalam kereta. Agaknya berapa wang yang dapat Seungkwan kutip hari ni?

Tiba-tiba,

"Ayayai bang jali makan petai!"

Telefonnya berdering. Jimin sedaya upaya berhenti ketawa lalu menyeluk poket seluarnya. Telefon bimbitnya dikeluarkan dan nama pemanggil yang tertera dia pandang terdahulu.

"Warghh!!"

Terpelanting terus telefon itu ke bawah kusyen kereta bila melihat nama ibunya, Puan Park Se Rai yang tertera di skrin telefon.

Telefon tadi masih lagi berdering. Jimin meneguk liur buat seketika sebelum mencapai semula telefon tadi.

Perlahan saja dia slide butang hijau di skrin telefon itu. Dan dengan perlahan juga Jimin mendekatkan telefon bimbit di telinga.

"He...hello omma?"

"PARK JIMIN! KAMU KAT MANA?!!!!!"

Jimin menjauhkan sedikit telefon itu dari telinga. Mahu pekak dia dibuatnya bila Puan Park menjerit kuat di hujung talian. Kemudian dia merapatkan semula telefon itu di telinga.

"Ermm.. Jimin tengah buat study group dengan Jungkook kat rumah dia ni. Omma call lepas ni boleh?"

"Kamu jangan nak tipu omma! Jungkook tu baru saja upload gambar dia dengan entah perempuan manalah dekat ig tu! Tang celah mananya study group yang korang buat?"

Jimin meneguk liur sekali lagi. Sudahlah.. Kena marah dah lah lepas ni dekat Puan Park.

"Omma nak kamu balik sekarang! Ni haa siapa nak basuh baju, basuh pinggan, sapu lantai, kemas rumah lagi kalau bukan kamu? Takkan kamu tak tahu yang Makcik Yoonji tu dah lama berhenti kerja dengan kita? Sekarang semua ni tugas kamu memandangkan kamu dapat 0% markah dalam maths hari tu. Ni denda dari omma!"

"PAP!"

Panggilan dimatikan Puan Park.

Jimin menepuk dahi lalu mengeluh hampa.

"Kena jadi orang gaji lagilah jawabnya."

***

Kereta mewah itu diberhentikan di tempat parking kereta di bawah tanah mall itu. Jungkook membuka telefonnya seketika. Beberapa missed call dari Puan Jeon yang tertera di ruangan notification dia slide ke tepi sehingga hilang.

Dia memandang pula Chaejun yang sedang membuka seatbelt di sebelahnya.

"Kau tahu tak lusa ni hari apa?"

"Hari jumaat."

"Bodoh."

Chaejun mencebik geram. Ada juga muka Jungkook kena lempang nanti. Suka sangat cakap dia bodoh.

"Haa betullah esok lusa hari Jumaat! Takkan hari perkahwinan kita pulak eh—opps.." Chaejun terus menutup mulut.

Jungkook tergelak kecil.

"Kau nak kahwin dengan aku ke?"

Chaejun terus menuduk malu. Bodoh amat kau Chaejun! Patutlah dia kata kau bodoh pun. Kau memang bodoh abadi pun! Bodoh! Bodoh! Bodoh!

Jungkook turut membuka tali pinggang yang berbelit di tubuhnya. Kemudian dia memandang Chaejun semula.

"Esok lusa Valentine's Day. Aku nak hadiah," kata Jungkook dengan selamba sebelum keluar dari perut kereta itu.

***

Beberapa helai T-shirt yang tergantung itu Chaejun belek. Nampak simple tapi boleh tahan cantik. Dia kemudiannya terdiam. Kalau dia hadiahkan T-shirt ini kepada Haerin nanti macam mana agaknya?

Sebelum ini, setiap tahun hari Valentine berlalu, dia hanya menyerai dengan Haerin saja memandangkan mereka berdua ini single mingle sejak dari azali lagi. Maklumlah crush masing-masing tidak pernah notice mereka berdua sebelum ini.

Walaupun Haerin dah jauh berubah sekarang, namun hubungan persahabatan dalam diri Chaejun tak pernah hilang. Dia tetap menganggap Haerin lebih dari seorang kawan walaupun gadis itu kini hanya menganggap dia sampah sekalipun.

"Kau nak aku beli?" soal Jungkook dengan tiba-tiba dari belakang membuatkan Chaejun terhinjut ke hadapan sedikit kerana terkejut. Lantas dia mengeleng laju.

"T-tak apa. Saya boleh beli sendiri."

Jungkook turut membelek T-shirt tadi.

"Kalau kau nak cakap sajalah. Duit yang aku bagi tu simpan untuk diri kau nanti."

Chaejun menunduk segan.

"Ta-tapi.. saya dah banyak menyusahkan awak. Dah lah saya tinggal dekat rumah awak, makan minum pun keluarga awak tanggung. Takkan duit poket dan pakaian ni pun awak nak kena tolong beri lagi?"

Jungkook mengeluh kecil.

"Yang kau naif sangat ni kenapa? Orang nak belanja tu ambil sajalah."

Chaejun terdiam seketika lalu mengambil T-shirt tadi dan disangkut di lengannya. Dia tersenyum manis.

"Terima kasih, sunbae."

Nampaknya Jungkook ini tak adalah teruk manapun kalau kenal dia betul-betul. Tak sangka pula dia boleh menjadi manis sebegini, langsung tak sama dengan malaun yang pernah dia kenal dulu.

Ni yang membuatkan dia semakin jatuh cinta ni!






++++

Dun woyi, ecop aii update lagi 🌝






Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro