21
Malaun manapun dia, percayalah dia seorang yang setia 🌚
————— ☻☻☻—————
Beberapa keping gambar dihempaskan di atas meja. Berkerut-kerut dahi Puan Jeon melihat gambar-gambar dimana anaknya, Jungkook, kelihatan mesra dengan Chaejun di jalan lapang sekolah itu.
Sudahlah dia dikejutkan dengan berita tentang Chaejun yang dituduh GRO di sekolahnya. Inikan pula anaknya sendiri yang buat hal?
"5k, Puan Jeon."
Puan Jeon memandang remaja lelaki yang berada di hadapannya ini. Dialah yang memberi dia gambar-gambar tadi. Kelihatannya dia seperti masih budak sekolah.
"5k? Kamu gila ke ambil gambar ni saja pun nak minta 5 ribu? Awak tu bukannya orang suruhan saya pun!"
"Kalau puan tak bagi saya duit, saya yang bernama Seungkwan ini akan sebarkan gambar-gambar ni di sekolah dan puan pun akan dapat malu sebab anak puan ada hubungan dengan GRO. Puan nak ke?" ugut Seungkwan, lelaki yang mengambil gambar tadi tanpa disedari Jungkook dan Chaejun.
"Haish! Ye lah ye lah!" Puan Jeon mendengus geram. Dia terus bangun dari duduknya dan pergi pergi dari situ.
Seungkwan tersenyum puas.
"Yesss.. Seungkwan bijak! Memang bijak! Hahaha! Senang betul cari duit ni."
Tidak lama selepas itu, Puan Jeon datang semula ke ruang tamu itu bersama sekeping kertas di tangannya.
"Nah 5k!" kertas berupa cek tadi dihulurkan kepada Seungkwan.
"Wohooo terima kasih, puan! Kalau puan perlukan perkhidmatan Seungkwan bijak ni, seru saja nama saya tiga kali, saya akan datang."
Puan Jeon menyilang tangan ke dada.
"Tak nak! Perkhidmatan kamu mahal! Kamu ingat orang kaya ni tak pokai ke?"
***
•
•
•
Kereta BMW berwarna putih itu diberhentikan di hadapan rumah agam mewah milik keluarga Jeon.
"Turun."
Jungkook membuka seatbelt yang berbelit di tubuhnya. Namun Chaejun yang berada di sebelahnya itu masih lagi terkaku. Perkara tadi dimana Jungkook mencium dia itu betul-betul membuatkan dia tergamam. Tidak berkelip matanya memandang ke hadapan tanpa langsung mendengar arahan Jungkook.
"Hey kau dengar tak?" Jungkook melambai tangannya di hadapan wajah Chaejun. Dia tersedar dan memandang Jungkook.
"Ermm.. T-tak.. Eh dengar dengar! Ehe—"
Dia terus menunduk ke bawah bila terasa pipinya mula membahang merah. Argh! Malunya nak tengok muka Jungkook!
"Dah cepat turun," kata Jungkook dengan dingin seperti tiada apa-apa yang berlaku. Dia kemudiannya turun dari kereta itu.
"Tch—"
***
Dari jauh Puan Jeon melihat anaknya berjalan masuk ke dalam rumah itu diikuti dengan orang yang paling dia benci itu dari belakang.
Puan Jeon meletakkan cawan teh wangi dari Cameron Highland di atas meja. Dia bangun dari sofa dan berdiri. Tangan disilangkan di dada.
"Jeon Jungkook!"
Langkah Jungkook terus mati bila nama penuhnya dipanggil Puan Jeon. Begitu juga dengan Chaejun yang berada di belakangnya itu turut menghentikan langkah.
Ketat saja wajah Puan Jeon memandang dua orang ini secara silih berganti.
Namun cepat-cepat Jungkook memberi isyarat kepada Chaejun supaya gadis itu pergi dari situ. Setelah Chaejun pergi, Jungkook mendekati Puan Jeon dengan wajah dinginnya seperti tadi.
"Yes, omma. Waeyo?"
"Ini apa?"
Beberapa keping gambar tadi dihempaskan di hadapan Jungkook dengan geram.
"Kamu dah sukakan budak tak guna tu ke? Kamu ingat omma tak tahu yang nama budak tu dah tersebar sebab dia tu GRO?"
Jungkook menghela nafas buat seketika sambil membelek gambar-gambar tadi. Semua gambar itu ialah sewaktu dia menarik Chaejun sehinggalah dia meragut ciuman pertama gadis itu. Tak sangkalah pula ada yang mengintip mereka berdua tadi. Dia sendiripun tidak sedar.
"Semuanya salah omma," kata Jungkook dengan nada yang masih tenang.
"Kenapa salah omma pula?" soal Puan Jeon dengan pelik.
"Sebab omma bawa dia ke sini. Omma tahu tak apa yang omma buat ni semakin merapatkan dia dengan Jungkook walaupun Jungkook tak suka dia sebelum ni?"
"Jadi kamu dah sukakan budak tu?"
"Kalau ye kenapa?"
Puan Jeon sudah mula mencekak pinggang.
"Okay.. Kalau macam tu, biar omma hantar dia balik kepada Puan Jung. Omma pun tak nak nanti dapat keturunan yang ada HIV sebab perempuan tu pun dah GRO murahan. Dengan kamu sekali boleh terkena penyakit tu tahu tak?"
Wajah tenang Jungkook tadi tiba-tiba bertukar serius.
"No!"
"Huh kenapa tak nak?"
"Chaejun bukan GRO! Kook tahu semuanya." Jungkook mula meninggikan suara. Kisah apa dia walaupun dia tahu Puan Jeon ini merupakan ibu kandung dia sekalipun.
"Kalau tak, kenapa berita ni tersebar?"
"Semuanya salah Jungkook bawa dia ke sana. Dan berita tu semuanya palsu. Omma jangan nak tuduh dia macam-macam. Dan.. omma jangan senang-senang nak hantar dia balik dengan Puan Jung."
Puan Jeon tersenyum sinis.
"Baiklah. Kalau kamu tak nak omma hantar dia balik, kamu kena buat apa yang omma nak. Omma cuma nak cucu nanti. Tapi kamu dan dia langsung tak boleh jatuh cinta. Suka pun tak boleh! Kamu langgar apa omma suruh, kamu tengoklah apa yang omma akan buat dengan budak tu."
Puan Jeon menjatuhkan kedua-dua belah tangannya dan mula berlalu pergi dari situ.
Jungkook melepaskan keluhan berat. Puan Jeon tak habis-habis dengan perangai ahli sihir dia itu.
Bukan niatnya untuk Chaejun terus tinggal di sini. Dia sendiri pun tahu Chaejun tidak pernah rasa selesa semenjak dia di sini. Tetapi sekiranya gadis itu balik ke rumah Haerin, mungkin dia akan dilayan lebih teruk daripada ini memandangkan hubungan dia dengan Haerin itu sedang bergelora sekarang. Itu tidak ditambah lagi dengan Puan Jung yang tak pernah menyukai dia.
Lagipun, jarak dia dengan Chaejun juga mungkin semakin jauh sekiranya mereka tidak serumah seperti ini lagi.
***
•
•
•
Chaejun duduk mencangkung di hadapan kolam mewah dalam rumah itu lalu menghantar beberapa chats dihantar kepada Haerin.
Niatnya betul-betul mahu memperbaiki hubungannya dengan perempuan itu. Sejak kecil lagi mereka berkawan takkan sesenang itu hubungan mereka hancur?
Me:
Haerin..
Me:
Kau masih marahkan aku ke?
Seen ✔✔
Chaejun mengeluh. Baca saja, balasnya tak!
Me:
Haerin.. Takkan kau tak percaya aku? Kita kawan sejak kecil lagi kan? Takkan kau tak kenal aku macam mana?
Me:
Sebelum ni ada ke aku keluar dengan mana-mana lelaki? Tak ada kan? Takkan sebab berita tu kau langsung tak percayakan aku lagi?
Seen ✔✔
Bluetick lagi. Haerin betul-betul tidak perlukan dia lagi. Sia-sia saja dia menantikan balasan dari gadis itu.
Dia mula bangun dari cangkungan. Baru saja dia mahu berganjak dari situ, tiba-tiba,
"Ting!"
"Ting!"
Telefonnya berbunyi. Lantas Chaejun menekan aplikasi Whatsapp.
3 messages from HaerinBabiBoo❤
HaerinBabiBoo❤:
Kau tak faham-faham lagi ke yang aku tak nak kawan dengan kau? Kau cerminlah diri kau sikit
HaerinBabiBoo❤:
Selama ni aku anggap kau baik. Aku sanggup protect kau dari Auntie Jung. Tapi macam ni perangai kau yang belakang aku ye?
HaerinBabiBoo❤:
Dulu aku percaya kau, Chaejun. Bila aku dapat tahu yang kau sebenarnya anak haram pun aku masih percayakan kau. Tapi bila perbuatan sebenar kau tersebar, aku rasa aku ni orang bodoh sebab pernah percayakan kau. Kau ni sebenarnya murahan, munafik pulak tu! Dah lah! Aku tak perlukan kau lagi. Aku dah ada kawan baru yang jauh lebih baik dari kau!
Chaejun mengetap bibir bila air mata mula bergenang. Sampai hati Haerin menghina dia sampai setahap itu. Anak haram, murahan, munafik! Semua itu betul-betul menyakitkan hati.
Mana dia dengar semua ini? Sampai sudah merebak jadi anak haram pula? Fitnah apa ni?
Chaejun lantas jatuh terduduk semula. Dia menekup wajah di kedua-dua lutut lalu menangis sepuasnya. Dia betul-betul tidak dapat menerima bila Haerin sendiri yang mengutuk dia sebegini.
Esakan tangisan juga semakin kuat kedengaran. Dia.. betul-betul kecewa. Kehilangan Haerin membuatkan dia rasa seperti hilang orang yang betul-betul dia percaya. Dia sudah tiada siapa-siapa lagi selain,
"Chaejun.."
Suara garau seseorang memecahkan kesunyian di kawasan. Chaejun terus mengangkat wajah. Air mata diseka dengan pantas.
Wajah Jungkook terpancul di situ dengan pandangan simpati. Lantas Chaejun bangun dari duduknya dan berlari kearah lelaki itu. Tubuh Jungkook lantas dia peluk erat dan menyembankan wajah di dadanya.
"Jungkook.."
Air mata semakin laju mengalir. Dia betul-betul perlukan seseorang buat masa sekarang walaupun kepercayaan dia pada Jungkook masih lagi dalam ragu-ragu.
Jungkook tergamam. Tak pernah-pernah Chaejun datang memeluknya begini. Biasanya dia saja yang selalu menarik gadis ini.
Dengan teragak-agak dia dia melingkarkan sebelah tangan di pinggang gadis itu dan sebelah lagi mengusap rambut lurusnya.
"Kenapa ni?" soal Jungkook dengan lembut.
Chaejun tidak menjawab sebaliknya mencebik dan menangis teresak-esak dalam pelukan Jungkook. Telefon yang masih berada di tangannya itu betul-betul menarik perhatian Jumgkook. Perlahan-lahan dia mengambil telefon itu.
Ruangan chat Chaejun dengan Haerin dia baca satu persatu. Dia melepaskan keluhan kecil.
"Lupakan dia. Dia tak layak jadi kawan kau."
"Ta-tapi.."
"Selagi aku ada, aku akan jaga kau."
Chaejun melepaskan pelukan perlahan-lahan dan memandang wajah Jungkook. Air matanya tadi lantas diseka lembut oleh lelaki itu.
"Stop crying.. Kau tak perlukan semua orang yang tengah mencaci dan menghina kau sekarang. Diaorang takkan berani apa-apakan kau selagi kau dengan aku."
Chaejun perlahan menundukkan wajah. Adakah Jungkook sudah betul-betul berubah?
Atau tak?
Dia masih lagi ragu-ragu. Bukannya mudah untuk dia meletakkan kepercayaan pada malaun.
Dari jauh Jungkook ternampak Puan Jeon yang sedang memerhati mereka dengan wajah yang ketat. Namun cepat-cepat Jungkook mengalihkan pandangan dan melepaskan pinggang Chaejun.
"Aku pergi dulu."
Dia mula berlalu pergi dari situ dan meninggalkan Chaejun yang sedang terkebil-kebil memandangnya hairan.
***
•
•
•
"Taeyong! Layanlah aku.." Seungkwan menarik lengan Taeyong berkali-kali.
"Lepaslah gedik! Aku nak main PUBG pun tak senang!" Taeyong menepis tangan Seungkwan lalu menyambung main PUBG di telefonnya.
Seungkwan mencebik sedih. Ingat dapat 5k dari Puan Jeon petang tadi bolehlah luangkan masa dengan Taeyong tetapi Taeyong ni pula sibuk nak main PUBG lah apalah.
Seungkwan membuka gallery dalam telefonnya. Gambar-gambar Jungkook dan Chaejun di kereta tadi masih berkilat di dalam telefon. Senyuman jahat terukir.
Dia lantas membuka aplikasi Whatsapp dan membuka ruangan chat dengan Chaejun.
"Fuh! Online!"
Masa kenakan Chaejun. Ngehehe 😈
Me:
[photo]
[photo]
[photo]
Me:
Chaejun.. Kau masih ada hutang dengan aku 😈
Tidak lama selepas itu, telefonnya berbunyi menandakan ada pesanan masuk.
Chaejun Anak La Talilat 💩:
Weyh! Bila masa kau ambil gambar ni ha?
Chaejun Anak La Talilat 💩:
Hutang apa benda pulak ni? Aku ada pinjam duit dengan kau ke?
Me:
HAHAHAHAHA! Hutang dare dululah!
Me:
Kitaorang suruh kau kiss Jungkook bukannya Jungkook kiss kau 😝
Me:
Aku nak kau kiss Jungkook kalau tak.. Hmm.. Tapi aku tak naklah sebar video bobo dimana tu
Me:
Tapi aku nak sebarkan gambar ni. Biar semua orang tahu kau girlpren Jungkook muahahaha!
Chaejun Anak La Talilat 💩:
Kau jangan gurau bodo Seungkwan bahenol! Aku dengan Jungkook tak ada apa-apa pun
Me:
Tak ada hubungan ye? Lepas tu siang tadi drama apa? Pujaan Hati Kanda?
Chaejun Anak La Talilat 💩:
Tapi ni drama Pujaan Crush Malaun 😓
Me:
Arr tak kiralah drama apa! Pujaan Crush Malaun ke Lafaz Ijab Kabulmu ke Attention From Mr. Jeon Bieskook ke! Yang penting kau kena kiss Jungkook atau kau nak kena malu lagi?
Me:
HAHAHAHAHAHA!!!!
Chaejun Anak La Talilat 💩:
Tak sangka rupanya aku kawan dengan malaun selama ni :'(
Kiss Jungkook wey! Mana nak letak muka ni? Tadi pun dah malu tahap gaban, inikan pula nak selesaikan dare bodo yang setelah lama tergantung sepi itu?
Rip Chaejun 2k19!
++++
Allahu boringnya chapt ni 😪
Maaf ye sebab chapt ni tersangatlah busan nak mampus sampai aku pun berapa kali fikir nak update ke tak sebab bosan gila nak mampus ch kali ni. Sungguh bosan aku tahu tu. Maaf sangat-sangat
Kalau sempat type, aku buat double update hari ni. Harap chapt nanti tak sebusan chapt ni
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro