20
Dekah aku bila ada orang cakap Tae akan jadi psiko kat chapt lepas 😂
————— ☻☻☻ —————
Haerin yang berada di tingkat atas bangunan sekolah itu hanya memaparkan riak wajah kosong sewaktu memandang kawan baiknya bersama Jungkook itu sudah tertangkap dengan Cikgu Baekhyun.
Dia kemudiannya mencebik sedih. Dulu bukan main lagi dia percayakan Chaejun. Sehinggakan gadis itu berada di rumah Jungkook pun dia masih percayakan Chaejun. Mungkin betul selama ini yang Puan Jung beritahu dia bahawa Chaejun itu bukannya anak Tuan La dan semestinya dia adalah anak haram Puan La dengan entah jantan mana.
"T..tak mungkin.."
Tiba-tiba, ada seseorang yang mengambil tempat dan berdiri di sebelahnya.
Haerin mengalihkan pandangan.
"Cha Jiwon?"
Jiwon tersenyum kecil.
"Aku tahu, kau mesti lonely sekarang kan? Ye lah, dulu kau kan rapat dengan GRO murahan tu tapi haih! Bila dah namanya murah, dengan Jungkook sunbae pun dia nak juga."
Haerin mengerutkan dahi. Dah kenapa perempuan ni nak mengutuk Chaejun di depan dia pula?
"Kalau tak keberatan, kau boleh je join geng aku. Kesian juga aku bila tengok kau lonely saja. Baik aku jadi kawan kau kan okay? Lagipun kawan baik kau tu dah plan nak tackle Jungkook dah pun. Takkan dia nak pandang kau lagi?"
Haerin mengetap bibir buat seketika.
"Boleh ke?"
"Kenapa tak bolehnya? Lagipun aku tahu kau pun dah tak sukakan Chaejun kan?"
Haerin hanya mengangguk perlahan manakala Jiwon pula tersenyum sinis.
"Okay.. Kalau macam tu tolong aku."
"Tolong apa?"
"Jauhkan perempuan murahan tu dengan Jungkook sunbae. Sebab Jungkook sunbae aku punya!"
***
•
•
•
Segelas per segelas wine dia teguk bila berada dalam sebuah bar. Maklumlah sekarang di London waktu malam, tak sama pula dengan waktu di Korea.
"Tuan Jeon, sudahlah tu minum. Tuan dah minum banyak ni," kata Tuan Min, personal assistant Tuan Jeon. Tuan Jeon pula sudahpun tergelak sinis.
"Kau tahu apa Min Yoongay? Kau tak apalah ada anak Min Yoongi seorang tu je. Aku ni ada tiga tapi sekarang? Ada dua saja. Seorang lagi tu entah mana Jung Hobie tu jual!"
Tuan Jeon meneguk lagi wine di tangannya.
"Sudahlah tu, Tuan Jeon Bieskook! Nanti tuan mabuk macam mana? Saya ni dah lah tak kenal sangat dengan tempat kat London ni. Nak guna waze pun data Maxis ni pula yang lembab. Nantilah minggu depan saya nak tukar pakai internet burung hantu pula. Dengar kata orang laju tenet tu."
Kesian Tuan Min. Jalan pun dia tak kenal. Harap Tuan Jeon saja yang kenal sekitar bandar London ni. Tapi sekarang Tuan Jeon pula yang dah separa mabuk. Macam mana mereka berdua nak balik apartment nanti?
"Kau nak tahu satu benda tak, Min Yoongay?" soal Tuan Jeon kepada Tuan Min.
"Apa dia, tuan?"
Sempat Tuan Jeon tersedu-sedu memandangkan dia sudah semakin kuat mabuknya. Fikirannya juga sudah banyak yang melayan.
"Kalau kau nak tahu, mendiang Tuan La meninggal dulu sebab aku hahaha!"
Tuan Min terkaku. Dia hanya terdiam, kini dia tidak tahu apa perlu dia suarakan.
"Tuan La dengan isteri dia. Sama juga dengan peguam Oh dan isteri dia. Semuanya mati dalam kemalangan. Sebenarnya aku punya kemalangan diaorang hahaha!" dia tergelak lagi.
Tuan Min meneguk liur. Macamlah dia tak kenal siapa Tuan La. Tuan La Talilat itu adalah salah seorang pekerja di syarikat Puan Jeon dulu. Dengar-dengar cerita Tuan La ni ialah ex Puan Jeon dulu.
"Kenapa tuan buat macam tu?" soal Tuan Min.
"Sebab? Semuanya sebab Jung Hobie lah! Kalau kau nak tahu, orang yang lenyapkan duit company dulu adalah aku. Semuanya sebab Jung Hobie! Dia kata dia nak guna duit tu untuk bayar balik anak aku yang dia jual. Huh! sampai hari ni dia tak bawa-bawa balik anak aku. So? aku tuduhlah Tuan La yang lesapkan duit tu. Hah simple kan?"
"Lepas tu?" soal Tuan Min lagi. Haih! Dah macam detektif!
"Peguam Oh bijak. Dia berjaya dapat bukti yang aku sebenarnya yang curi duit syarikat. Dia dan Tuan La berpakat nak bawa kes ni ke mahkamah. Sebab itulah aku bunuh mereka semua dulu sebelum ada yang tahu tentang ni. Terutama sekali isteri aku."
Tuan Min terdiam.
***
•
•
•
Chaejun's pov
Setelah tamat waktu persekolahan, aku segera keluar dari kelas. Malas nak melayan orang yang nak mengutuk nanti. Makin dilayan, makin sakit hati pula.
"Ting!"
Tiba-tiba telefon aku berbunyi. Lantas telefon dikeluarkan dari beg dan terpapar pesanan ringkas dari Somi.
Somi💕:
Aku ada extra class dengan Cikgu Namjoon petang ni. Aku dah bagitahu Jungkook biar kau balik dengan dia. Lagipun dia tak ada latihan bola sepak hari ni.
"Bwoh? Apa benda ni?"
Terus riak wajah aku bertukar kecewa. Nak kena balik dengan malaun tu? Kegilaan apa ni? Tadi pun dah kena tangkap dengan Cikgu Baekhyun. Lepas ni nak tangkap dengan budak sekolah ni pula? Sudahlah Jungkook itu senior famous, nak banding dengan aku yang dianggap GRO murahan di sekolah ni. Nak suruh nama aku naik buletin lagi?
Dari jauh aku ternampak Jungkook sedang berbual tentang apa entahlah dengan Jimin di hadapan keretanya setibanya aku di tempat letak kereta.
Aku mengalihkan pandangan ke hadapan semula dan meneruskan perjalanan. Balik jalan kaki pun okay juga kan? Tapi.. rumah Jungkook tu jauh juga dari sini.
"Chaejun!"
Aku menghentikan langkah. Suara macam kenal. Aku memusingkan tubuh.
Kelihatan Jungkook menghentikan langkahnya depan aku.
"Awak kenapa?"
"Balik dengan aku." Dia terus menarik tangan aku.
"Tak nak!" aku menepis tangannya sehingga terlepas.
"Kau ni sehari kalau tak degil boleh tak? Dah cepat ikut aku!" Dia menarik lagi tanganku.
"Eh eh tu bukan Chaejun GRO murahan tu kan?"
"Kenapa dia ada dengan Jungkook sunbae?"
"Haih! Nak tackle Jungkook sunbae pulak lah tu."
"Dah lah! Jom-jom pergi.. Meluat pula aku tengok orang murahan ni."
Aku dan Jungkook hanya memandang kearah beberapa orang perempuan yang mula berlalu pergi dari sini. Aku kembali memandang Jungkook.
"Lepas! Saya tak nak masuk buletin sekolah lagi.."
Aku menepis lagi tangannya sebelum pergi dari sini. Budak-budak di sekolah ini kebanyakan merupakan ahli persatuan bawang sebab itulah kerja mereka membawang dan mengutuk orang saja. Daripada ada yang buat cerita tentang aku lagi, lebih baik aku pergi dulu.
End of Chaejun's pov
***
•
•
•
Chaejun hanya berjalan sendirian sambil menyepak batu-batu kecil. Sudahlah rumah keluarga Jeon itu boleh tahan jauh dari sekolah.
Rasa seram sejuk pun ada bila berjalan di jalan ini. Maklumlah jalan ini memang kebiasaannya selalu lapang. Jarang ada orang lalu sini.
Tiba-tiba, datang sebuah kereta berwarna putih, berhenti di sebelahnya. Chaejun menghentikan langkah dengan wajah yang berkerut-kerut. Macamlah dia tidak kenal kereta ini ialah milik Jungkook.
Kemudian cermin di sebelah pemandu kereta diturunkan. Wajah Jungkook terpancul di situ.
"Naiklah. Dah tak ada orang nak tengok."
Chaejun mengeleng perlahan.
"Tak apalah. Saya nak jalan."
Jungkook melepaskan keluhan keluhan berat.
"Kau ni apa masalah tak nak balik dengan aku? Kat sini dah tak ada orang kan? Tak ada siapa pun yang akan masuk dalam buletin sekolah lah."
"Saya tetap tak nak!"
Chaejun mula berjalan semula tanpa hiraukan Jungkook. Jungkook mengeluh kecil lalu menekan minyak kereta itu dengan perlahan sehingga kereta itu bergerak seiringan dengan langkah Chaejun.
Dia meletakkan lengan kirinya di tingkap kereta sambil memerhati Chaejun yang masih berjalan tanpa memandang dia. Sesekali dia memandang ke hadapan kang-kang terlanggar anak ayam kan tak pepasal cacat pula anak ayam tu.
"Pergi baliklah, sunbae! Biar saya k jalan kaki je hari ni," kata Chaejun.
"Kau nak jalan kaki seorang kau sedar tak jalan ni sunyi? Kau tu dah lah perempuan. Kalau ada yang culik nanti siapa yang susah?"
"Tak suruh pun sunbae susah."
Jungkook menampar dahinya dengan hampa.
"Menjawab? Jangan sampai aku turun kereta angkat kau masuk."
"Saya lebih rela kalau orang nak culik daripada naik dengan awak lepastu jual saya lagi!"
Chaejun mula memperlajukan lagi langkahnya, malas nak layan malaun ni lama-lama.
"Degil sungguh!"
Jungkook terus menghentikan keretanya. Pintu kereta dibuka dan dia melangkah keluar dari situ. Setelah pintu kereta itu dia tutup dengan kasar, dia segera menarik tangan Chaejun dan menghempaskan tubuh gadis itu di pintu kereta.
Chaejun hanya terjerit kecil lalu membulatkan mata apabila Jungkook mula meletakkan sebelah tangannya di atas bumbung kereta. Wajah mereka juga didekatkan.
"Ju-Jungkook.."
"Kau memang dah tak percayakan aku ke?" soal Jungkook dengan wajah yang serius. Matanya menikam tajam dalam mata Chaejun.
"Kalau aku suruh kau jangan degil boleh tak?"
Chaejun mengetap bibir geram buat seketika sebelum bersuara,
"Macam mana saya tak degil kalau sunbae ni bukannya boleh percaya!"
Jungkook menggulingkan mata sebelum menyelak rambut panjang gadis itu sehingga menampakkan kesan lebam kecil tempoh hari. Ianya juga sudah semakin pudar dan tidak berapa kelihatan lagi berbanding hari itu.
Kemudian dia kembali memandang wajah Chaejun semula sambil tersenyum sinis.
"Kau lupa siapa yang buat dekat leher kau?"
Chaejun hanya terdiam. Bila teringatkan kejadian tempoh hari, perlahan-lahan pipinya berona merah.
"Kau degil dengan aku sekarang atau aku buat yang lebih teruk dari tu?"
Chaejun hanya terdiam. Ini bukan kali pertama dia diugut lelaki ini. Teringat lagi sewaktu dia diugut ketika mereka berdua berada di tandas hari itu. Tak pasal-pasal dia kena jual sekali lagi dengan Jungkook.
Baru saja dia hendak membuka mulut untuk bersuara, namun dengan pantas Jungkook menarik wajahnya dan mencium lembut bibir gadis itu.
Chaejun membulatkan mata. Tangannya juga seakan terkaku untuk menolak Jungkook. Betul ke semua ni? Katakan ianya mimpi!
Jungkook mendalamkan lagi ciumannya di bibir gadis itu lalu dengan perlahan dia memejam mata. Sebelah tangannya menarik lagi wajah Chaejun untuk mengeratkan lagi ciuman. Chaejun pula hanya terkaku sambil sedaya upaya mengetap dan menipiskan bibirnya.
Tidak lama selepas itu, Jungkook perlahan-lahan meleraikan ciuman. Matanya redup saja memandang wajah Chaejun.
"Aku tak suka bila tengok kau rapat dengan lelaki lain. Aku juga tak suka bila kau cuba mengelak dari aku macam sekarang."
Chaejun hanya terkebil-kebil memandang Jungkook. Tubuhnya masih lagi terkaku kerana tadi. Jungkook betul-betul mencium dia kali ini. Dia seakan tidak boleh menilai samaada ini mimpi ataupun realiti.
"Atau.. aku sebenarnya yang sukakan kau?"
++++
Ship ChaeKook or HanaCoat? 🌚
Fyi, sebenarnya anak Tuan Jeon dan Puan Jung yang kena jual tu dah lama wujud dalam ff ni. Sejak di chapter prolog lagi dia dah ada cuma takde siapa yang perasan. Kesian.. 😌
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro