18
Dah mula sayangkan Jungkook? 🌚
————— ☻☻☻—————
Sudu yang berisi kokocrush yang sedap lemak berkrim disuakan ke dalam mulut sambil tangannya bermain-main dengan telefon pintar. Nasib baiklah hari ini hari minggu, sekolah pun cuti.
Berjuta-juta chat dari Jimin masuk melalui aplikasi Whatsapp. Jungkook menggulingkan mata. Dari semalam lagi Jimin tak habis-habis menghantar chat kepada dia untuk meminta maaf.
Tapi yang peliknya, Taehyung tak ada pula hantar apa-apa mesej kepada dia bahawa dia sedang marah ke apa. Huh! Suka hati dialah!
Tiba-tiba,
"Buwek!"
Jungkook meletakkan telefonnya tadi di atas meja bila mendengar bunyi yang kurang enak itu. Dia terus menuju ke bilik Chaejun.
***
"Keluar!"
"Chaejun, kau okay tak?" soal Jungkook dengan gelisah di luar pintu tandas. Pintu tandas itu juga diketuk beberapa kali dari luar.
"Saya cakap keluar!"
"Tak nak!"
"Eii degillah dia ni!"
"Kau lagi degil! Aku tanya tu jawablah!"
Chaejun mengeluh berat dari dalam. Menjawab betul anak Jeon ni! Dia memandang wajahnya yang kelihatan pucat yang teramat di cermin. Tubuhnya juga masih tersarung dress hitam semalam. Apa yang berlaku semalam?
Apa yang dia ingat, Jungkook meninggalkan dia di kelab bersama Taehyung dan Jimin. Apa yang terjadi selepas itu langsung dia tidak dapat ingat.
"Tch— jantan tak guna.." katanya sambil mengetap gigi. Kedua-dua belah tangan memegang erat sinki sambil memandang tajam ke arah cermin.
Setelah siap membasuh muka dan sebagainya, dia terus keluar dari tandas itu. Matanya menjeling tajam kearah Jungkook yang setia menunggu dia di situ.
"Chaejun.." tangannya lantas dipegang lembut oleh Jungkook namun cepat-cepat Chaejun menepis.
"Chaejun, jangan laa macam ni.." Jungkook memegang lagi tangannya. Chaejun memandang tajam wajah lelaki itu.
"Awak nak apa lagi? Awak jual saya. Dah dua kali dah, Jungkook! Awak memang nak tengok saya hancur ke macam mana? Kalau ye, haa hancurkan saya sekarang! Biar cepat-cepat omma awak dapat cucu dan lepaskan saya. Saya pun tak hingin nak hadap muka awak tiap-tiap hari!"
Jungkook terdiam seketika. Chaejun kelihatan sangat kecewa dengan perangai dia sampai dia boleh kata begitu.
"I'm sorry.." tangan gadis itu terus dia tarik sehingga wajah Chaejun tersemban di dada bidangnya. Tangannya melingkar erat di pinggang Chaejun lalu menyembankan wajahnya di bahu gadis itu.
"Diaorang tak sempat buat apa-apa pun dekat kau.."
"Lepaslah!" Chaejun menolak kasar Jungkook tetapi Jungkook sedikitpun tidak mahu berganjak sebaliknya mengeratkan lagi pelukan adalah.
"Tak nak selagi kau tak maafkan aku.."
"Tch—" sekali lagi Chaejun berdecit.
"Aku tahu aku salah."
"Haa kalau dah tahu awak salah kenapa munculkan diri awak depan mata saya lagi?"
"Sebab kau cintakan aku."
Chaejun terkaku. Bibirnya diketap erat. Macam mana Jungkook tahu?
Jungkook mengangkat wajah dan memandang wajah gadis itu. Dia tersenyum sinis. Senyum sinis lagi!
"A-awak.."
"Aku dah tahu semuanya."
Chaejun meneguk liur. Apa yang terjadi? Macam mana dia boleh tahu? Haa sudah.. Alaa malunya! Malunya! Huhuhu..
"Kau mabuk teruk semalam. Kau cakap kau cintakan aku. Kau yang dah jatuh cinta dengan aku sejak tahun satu lagi. Sebab aku handsome, cute, hot, sexy—"
"Eii jangan perasanlah!"
Chaejun terus menolak lagi dada Jungkook sehingga pelukan terlepas. Hiks.. Malunya.. Dia terus pergi dari situ manakala Jungkook pula sudahpun mengekek ketawa.
***
•
•
•
"Kau okay tak ni? Kau pergi mana semalam?" Somi memusing berkali-kali tubuh Chaejun yang kini lengkap berbaju kemeja putih milik Jungkook memandangkan tiada pakaian lain untuk Chaejun di apartment tadi.
Chaejun hanya terdiam dan memandang kearah Jungkook yang berada di sebelahnya, menanti lelaki itu supaya memberi jawapan.
"Dia sesat dalam hutan semalam. Jadi aku bawa dia balik apartment," jawab Jungkook selamba.
Chaejun memandang Jungkook dengan geram. Sejak bila pula dia masuk hutan? Jungkook ni auta saja lebih.
"Kamu berdua baru balik? Dah pukul berapa sekarang?" soal Puan Jeon yang baru tiba di situ dengan dingin.
Chaejun terus menunduk. Bukannya dia takut dengan Puan Jeon, tapi manalah tahu Puan Jeon akan menyihir dia melalui mata kita tak tahu kan?
"Pukul 9 pagi. Kenapa omma?" jawab Jungkook dengan tenang. Senang saja dia jawab soalan Puan Jeon.
"Haih! Kamu berdua pergi mana semalam? Langsung tak ada khabar berita. Ingat omma ni tugu batu ke? Kaku tak risaukan kamu?" kata Puan Jeon dengan tegas sambil mencekak pinggang. Geram pula dia dengan Jungkook yang suka menjawab ni!
Tetapi yang peliknya, Jungkook ini pula yang tersenyum manis dengan penuh makna kemudian memandang Chaejun yang masih berada di sebelahnya. Tangannya mula melingkar di pinggang gadis itu dan ditariknya sehingga rapat dengannya. Chaejun membulatkan mata. Dah kenapa Jungkookie hyung ni?
"Omma kan nak cucu? Kami berdua sedang buatlah semalam kan, sayang?" Jungkook mengenyitkan sebelah matanya kepada Chaejun membuatkan kedua-dua belah pipi gadis itu berona merah. Sah Jungkook dah gila! Gila! Gila! Gila!
Puan Jeon dan Somi terdiam dan hanya memandang Jungkook dan Chaejun yang mula berjalan untuk ke tingkat atas rumah itu.
***
•
•
•
"Bye, Chaejun!" Somi mengangkat sebelah tangannya dan melambai kepada Chaejun setibanya mereka berdua di sekolah.
"Bye!" Chaejun turut melambai tangan dan berjalan menuju masuk ke dalam kelasnya memandangkan dia tidak sekelas dengan Somi.
Baru saja dia melangkah masuk ke kelasnya, semua pelajar dalam kelas itu memandang kearah dia. Ada yang berbisik-bisik, ada yang pandang dia dengan pandangan jijik. Hairan pun ada. Dah kenapa dengan budak kelas ni hari ini? Namun dia langsung tidak hiraukan.
Chaejun mula mengambil tempat duduknya iaitu bersebelahan dengan meja Haerin. Dia memandang pula Haerin yang berada di sebelah. Kelihatannya gadis itu hanya terdiam dan fokus memandang skrin telefon sampai tidak perasan dengan kehadiran Chaejun di sini.
"Haerin.." Panggil Chaejun membuatkan Haerin tersedar. Dia terus memandang Chaejun dengan riak wajah yang kosong.
"Kau okay tak?"
Haerin tidak menjawab sebaliknya terus berdiri. Dia mula melangkah keluar dari kelas itu. Berkerut-kerut dahi Chaejun memandang tingkah laku pelik Haerin hari ini. Biasanya dia tak pernah macam ni.
Eii kenapa semua orang pelik hari ni?!
Dia memandang pula meja Taeyong yang berada di hadapan. Kosong. Ponteng kelas lagilah tu. Macamlah dia tak kenal dengan Taeyong yang suka ponteng kelas. Begitu juga dengan Seungkwan pun turut tiada di tempatnya. Kena tahan datang lambatlah tu.
"Chaejun.." panggil Hana yang berada dengan beberapa orang pelajar di hujung tingkap.
Chaejun hanya menaikkan sebelah keningnya hairan apabila Hana mula berjalan mendekati dia. Telefon dihulurkan kepada Chaejun setibanya dia di situ.
"Betul ke kau ni sebenarnya GRO, Chaejun?" soal Hana dengan agak segan.
"Ha?!" Terkejut Chaejun dengan kening yang berkerut-kerut. GRO pale otak mu!
Dia mula mencapai telefon yang dihulur oleh Hana itu. Terpapar jelas beberapa keping gambarnya sewaktu dia berada di dalam sebuah club. Dimana dia sedang mabuk-mabuk dan menari dengan beberapa orang lelaki yang dia tidak kenal. Kemudian, gambar-gambar dimana dia sedang mabuk teruk di atas katil dalam sebuah hotel.
Chaejun menekup mulut tidak percaya. Apa benda ni? Semua gambar ini sudah tersebar ke dalam buletin online sekolah mereka. Mana dia nak letak muka lepas ni?
"Aku fikir kau ni baik. Muka nampak innocent je tapi GRO murahan rupanya. Acah baik saja lebih!" kata Mingyu yang berada di depan sana bersama beberapa orang pelajar lain.
"Perempuan murahan betul!" kata Rose yang turut berada di situ.
"Kalau kau ni terdesak sekalipun tak payahlah nak buat kerja haram. Memalukan betul!" Daniel pula turut menyampuk.
Chaejun mengetap bibir dan mengeleng perlahan. Apa semua ni? Gambar-gambar malam itu dah tersebar luas. Jungkook ke yang rancang semua ni?
"Tak hairanlah kalau Haerin tinggalkan kau tadi pun. Kalau aku jadi dia pun aku tak nak kawan dengan perempuan murahan macam kau!" kata Suho pula. Nak sebok juga anak manja Cikgu Baejin ni!
Maka kedengaranlah sorakan yang memalukan kepada Chaejun. Chaejun pula hanya terdiam. Terasa air matanya juga hampir mengalir. Semua ni semuanya punca dari Jungkook!
Baru saja dia mahu melarikan diri dari situ kerana terasa amat malu, tiba-tiba,
"Hey apa ni bising-bising?!" pintu jelas itu dipukul kuat dengan penyapu bulu ayam oleh Cikgu Baekhyun.
Semua pelajar dalam kelas ini mula duduk ke tempat masing-masing dengan takut-takut. Cikgu Baekhyun mula berjalan masuk ke dalam kelas itu lalu meletakkan beberapa buah buku di atas meja guru.
"Hari ni saya akan ajar Biology, ganti Cikgu Vernon sebab bini dia beranak kat rumah. Jadi saya tak nak kamu semua buat hal semasa masa saya. Faham?!!" kata Cikgu Baekhyun dengan tegas.
"Faham, cikgu.."
++++
Kalau aku cakap Taehyung jadi antagonis dalam ff ni korang boleh terima and still nak baca ff ni lagi tak? 😭
Btw, jangan ingat malaun Jungkook sudah hilang 🌚
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro