17
Jungkook: Sape nak gocoh? Haa mai laa aku nak serang pakai kuda ni 🌚
First time buat double update ff ni 😂
—————☻☻☻ —————
Badan Chaejun dihempas kasar di atas katil. Kelihatannya dia kini sangat lemah. Mungkin effects dari wine yang sudah hampir tujuh gelas dia dipaksa minum itu yang membuatkan dia mabuk teruk sebegini. Sekejap menangis, sekejap tergelak.
Kini mereka bertiga berada di dalam sebuah hotel yang berada di tingkat atas dengan kelab tadi.
Taehyung dan Jimin tersenyum sinis. Camera berjenama Canon dari beg Jimin keluarkan lalu mengambil beberapa keping gambar gadis itu sebelum membuat membuat high five dengan Taehyung.
"So? Siapa nak start dulu?" soal Jimin.
"Main kawi bawi bo."
"Okay."
"Kawi bawi bo!"
***
•
•
•
Jungkook memegang kemas stereng keretanya. Matanya tajam saja memandang ke hadapan walaupun keretanya itu langsung tidak bergerak. Entah kenapa kaki dia terasa kaku untuk menekan minyak dan meninggalkan kelab ini sekarang. Fikirannya betul-betul bercelaru. Betul ke apa yang dia telah buat?
"Argh!" Dia memukul kasar stereng kereta itu.
"Kenapa dengan aku ni?"
Dia cuba melupakan Chaejun tetapi tetap tidak boleh. Rasa kesian dan tidak rela Chaejun diperlakukan seperti itu semakin menjadi-jadi. Nak ambil Chaejun balik? Bukan senang bila dia sendiri yang buat perjanjian bodoh dengan Taehyung. Macamlah dia tak kenal Taehyung tu macam mana? Bab jual beli perempuan ni memang dah bawah kuasa dia. Kadang-kadang Jungkook sendiri pun terikut-ikut dengan kerja haram dia itu.
Belum sempat dia menekan pedal minyak untuk menggerakkan kereta itu, tiba-tiba,
"TING!"
"TING!"
Beberapa chat dari Whatsapp masuk melalui telefon bimbitnya. Lantas Jungkook mengambil telefon itu yang berada dalam poket seluarnya.
2 messages from Jeon Somi
Jeon Somi:
[video]
Jeon Somi:
Tu rakaman video dari cctv orang yang curi kereta tu. Kita buat report polis je lah nak?
Jungkook terus menekan video yang dihantar Somi tadi. Video rakaman cctv itu mula dia tonton.
Dia mengetap bibir geram bila memandang seorang lelaki yang memakai hoodie bercorak tengkorak, sedang mencungkil pintu keretanya dengan ganas di dalam sebuah mall. Dan yang menyakitkan lagi bila dia amat kenal dengan hoodie yang dipakai lelaki itu.
"Shit! Jimin?"
Lalu Jungkook membalas chat kepada Somi.
Me:
Tak payah report. Aku kenal orang tu
Telefon tadi terus dia campak ke tempat duduk sebelah. Dia terus mematikan enjin kereta dan berjalan keluar dari situ.
Kalau dah kereta baru dia itu kena curi dengan Jimin, takkan sesenang hati dia nak lepaskan Chaejun kepada mereka?
***
•
•
•
"Apa ni, Jimin? Mana ada kawi bawi bo bentuk ular.. Haduih.." Taehyung melepaskan keluhan kecil. Noob betul Jimin ni!
"Ye ke? Haha! Aku tak pernah main pula game ni."
"Okay again. Kawi bawi bo!"
"Yes I win!" Taehyung tersenyum bahagia bila dia yang menang dalam perlawanan kawi bawi bo kali ini.
"Haih!" Jimin mengeluh kecil.
Taehyung memandang pula Chaejun yang sedang berbaring lemah di atas katil itu. Dia perlahan-lahan mengukir senyuman sinis. Dia juga perlahan-lahan mula merangkak naik ke atas katil itu dan betul-betul berada di atas Chaejun.
Wajah gadis itu ditenung sehabis baik lalu menyelak lembut rambutnya yang kini menutupi dahi.
"Tae sunbae apa ni? Mana Jungkook saya?" Chaejun memukul lemah dada Taehyung yang semakin mendekatkan wajahnya dengan dia.
"Jungkook kau? Jungkook sendiri yang sanggup tukar kau dengan kereta. Kesian kau kan?" Taehyung mengusap pula pipi gadis itu.
"Wey, Tae! Cepatlah! Drama pulak!" kata Jimin yang berada di belakang itu dengan geram. Taehyung memandang Chaejun semula sambil tersenyum sinis dan kini lebih sinis dari tadi.
"You will like this game, baby."
Baru saja dia mahu mencium bibir gadis itu, tiba-tiba,
"GANG!"
Taehyung dan Jimin terus memandang kearah pintu hotel yang ditendang kasar oleh seseorang. Kelihatan wajah Jungkook yang terpancul di situ. Taehyung terus bangun dari katil dan mendepakan tangan kearah Jungkook yang sedang berjalan mendekati mereka.
"Hey, bro! Kau nak join kitaorang juga ke? Hahaha! Kalau ye pun, tak payahlah nak tendang pintu kasar-kasar," kata Taehyung sambil tergelak.
"Kau diam!" tubuh Taehyung terus Jungkook tolak ke tepi. Dia mula mencempung tubuh Chaejun untuk dibawa keluar dari situ.
"Hey kenapa ni? Kau nak bawa dia pergi mana?" soal Taehyung tak puas hati. Jungkook memberhentikan langkah dan memandang Jimin.
"Kau kan jantan yang pakai hoddie tengkorang tu? Lepas tu kau curi kereta aku?"
"Ha?" Jimin membulatkan mata, bengang dengan kata-kata Jungkook. Kemudian, Jungkook memandang Taehyung pula.
"Kau ni memang bijak kan, Tae? Kau bagi aku kereta lepas tu Jimin curi balik then bagi dekat kau balik? Macam tu?"
Taehyung mencebikkan mata hairan. Sungguh dia tak faham.
"Heh? Apa kau cakap ni? Aku tak tahu apa-apa pun pasal kereta tu kena curi. Sumpah!" Taehyung mengangkat sebelah tangannya seperti mengangkat sumpah.
"Pergi mampuslah dengan sumpah kau! Kau dah ambil balik kereta tu dan aku pun nak ambil balik Chaejun. Perjanjian ni juga dah batal. Dah stop aku nak balik rumah!"
Jungkook terus pergi dari situ bersama Chaejun yang masih selamat bersama dengan dia. Taehyung pula memandang Jimin apabila kelibat Jungkook dan Chaejun mula hilang dari situ.
"Kau buat apa ni, Jimin? Betul ke kau yang curi kereta dia?" soal Taehyung dengan kening yang berkerut-kerut.
Sejujurnya kes curi kereta Hyundai Palisade itu bukanlah rancangan dia. Dia betul-betul berikan kereta itu sepenuhnya kepada Jungkook asalkan dia akan dapat Chaejun.
"Eh tak lah! Aku dengan kau dari siang tadi lagi kan? Bila masa pula aku nak keluar pergi curi kereta dia?" protes Jimin.
"Lepas tu? Kenapa dia cakap kau?"
Jimin terdiam seketika. Kata-kata Jungkook tadi terngiang-ngiang di minda. Hoodie tengkorak? Rasanya dah lama dia hadiahkan hoodie itu kepada Seungkwan.
Atau..,
Seungkwan sebenarnya yang curi kereta Jungkook?
"Jungkook tunggu!" Jimin terus berlari mengejar Jungkook. Kini hanya tinggal Taehyung saja yang masih terkial-kial seperti orang bengang di sini.
"Tch— sialnya..." Taehyung berdecit geram. Senang-senang saja Jungkook mengambil Chaejun semula selepas itu menuduh dia pula yang mengambil kembali kereta itu?
"Argh!" Taehyung menendang kasar katil hotel lalu jatuh terduduk di atas katil itu. Dia menyerabutkan rambutnya, bengang.
"Nanti kau, Jungkook. Bukan senang aku nak lepaskan Chaejun selepas semua duit aku habis untuk kau."
Matanya terpandang pula kamera Canon yang berada di atas sebuah meja kecil di hadapannya. Taehyung menaikkan sebelah keningnya dan perlahan-lahan dia mengukir senyuman sinis. Nampaknya dia sudah mendapat idea untuk menghuru-harakan lagi keadaan ini.
"Boleh tahan susah juga nak dapatkan budak mentah tu." Taehyung tersengih sinis.
***
•
•
•
Jungkook membaringkan tubuh Chaejun ke atas katil setibanya mereka di apartment mewah milik keluarganya itu. Dia sengaja tidak mahu balik ke rumah sekarang. Bukan apa, nanti apa pula kata Puan Jeon? Nanti tak pasal-pasal pula dia sangka lain.
Baru saja Jungkook hendak keluar dari bilik itu, tangannya lantas ditahan Chaejun dan ditariknya sehingga dia terjatuh di atas Chaejun. Jungkook tergamam seketika. Sekarang dia pula yang terasa gugup.
"Jungkook sunbae.." panggilnya lembut namun kedengaran agak manja. Hujung jarinya menekan lembut dada Jungkook dengan manja.
"Nak kiss.." Chaejun memuncungkam bibir kearah Jungkook. Entah mengapa Jungkook tergelak kecil memandang tingkah laku Chaejun semasa dia sedang mabuk sebegini.
Jungkook menyelak lembut rambut gadis itu yang kini menutupi matanya. Dia memandang wajah Chaejun yang kelihatan sangat pucat dan penat. Mungkin dia dipaksa minum terlalu banyak tadi menyebabkan dia menjadi mabuk sebegini.
"Kau simpan sajalah first kiss kau tu untuk orang yang kau betul-betul cinta," kata Jungkook sambil tersenyum manis. Nasib baiklah dia sempat menyelamatkan Chaejun tadi. Kalau tak, tahulah apa yang akan terjadi pada gadis itu selepas ini.
Jungkook perlahan-lahan melepaskan tangannya yang masih dipegang Chaejun tadi. Belum sempat dia bangun,
"Tapi.. saya cintakan sunbae."
Jungkook terkaku mendengar ayat yang keluar dari Chaejun. Betul ke apa yang dia dengar? Chaejun cintakan dia?
"Tapi.. Awak jahat! Awak jahat sangat! Saya benci sunbae! Tapi.. Saya sukakan sunbae juga hahaha!" Chaejun tergelak pula.
Rasa bersalah dan menyesal semakin menjadi-jadi pula dalam diri Jungkook. Dia tak sepatutnya buat begini kepada Chaejun. Tak sangkalah pula yang Chaejun tu sukakan dia.
"Kau sukakan aku?" soal Jungkook dengan teragak-agak. Pada waktu inilah dia perlu mengorek apa-apa rahsia dari Chaejun memandangkan perempuan itu sedang mabuk sekarang.
"Saya dah lama sukakan Kook sunbae. Sejak tahun satu lagi tau? Sebab dia handsome, cute, ada sixpacs agagagasfhj! Yang penting dia ada gigi arnab. Dia cute sangat. Cekci pula tu.. Aum.."
Jungkook sekali lagi tergelak kecil. Jadi selama ini gambar-gambar dia yang berada dalam telefon Chaejun tempoh hari adalah betul? Chaejun bukan stalker odo-odo dia? Tapi gambar-gambar itu diambil sebab dia betul-betul sudah jatuh hati pada Jungkook?
"Tapi Jungkook sunbae jahat!"
"Dah dua kali dia jual Chaejun. Dia jahat! Dia selalu hina saya. Dia sama saja dengan omma dia. Dua-dua jahat. Dua-dua kejam."
Chaejun memukul manja lagi dada Jungkook. Jungkook pula hanya terdiam dan menatap saja wajahnya. Adakah dia terlalu kejam dengan perempuan ini?
"Sunbae.. Nak kiss?" Chaejun memuncungkan bibirnya sekali lagi. Tak senonoh betul!
Jungkook mula mengusap lembut bibir gadis itu sambil tersenyum. Lucu pun ada Chaejun ni bila dia mabuk sebegini.
"Kau tak kisah kalau bibir kau dinodai?"
"Tak! Tapi.. Kook sunbae je boleh. Orang lain tak boleh. Iyeahhhh."
Jungkook tergelak kecil lagi. Terserlah kegedikkan Chaejun dihadapan dia sekarang. Tetapi gedik itulah yang membuatkan dia semakin sayang. Entah kenapa perasaan ini tiba-tiba saja muncul.
"Gatal!" Jungkook mencuit lembut hidung gadis itu.
"Hmnn.. Kisslah saya, sunbae.." kata Chaejun dengan lemah sebelum matanya terlelap. Jungkook kembali tersenyum memandang wajah polos gadis itu. Comel tapi gedik!
"Good night, baby. Sweet dream." Dia mula mencium pipi Chaejun dengan agak lama.
"Cheeks only, not lips. Sebab kau tengah mabuk."
++++
Malaun Jungkook or Sweet Jungkookie? 🌚
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro