Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

13

Hati-hati! Kerana dia akan menembak hati anda dengan peluru cinta yang hebat sehingga hati anda menjadi lunyai! ❤

————— ☻☻☻—————

Chaejun's pov

Seperti biasa, aku berjalan menuju ke kelas sambil termenung. Kedua-dua belah tali beg sekolah yang berada di belakang aku pegang.

Tak pasal-pasal aku kena beritahu Haerin yang aku tak dapat balik ke rumah dia semalam. Sebab aku takut.. Puan Jeon akan apa-apakan dia.

Takkan kau tak tahu Puan Jeon ahli sihir yang bawak penyapu terbang tu macam mana?

Dari jauh aku sudah dapat lihat papan yang tertulis nama kelas aku, 4-B2. Aku tersenyum kecil. Nasib baiklah umur aku tak sama dengan Jungkook dan tidak sekelas dengan dia. Kalau tak, dah lama jadi gila aku dibuatnya.

"Chaejun! Tunggu!"

Langkah diberhenti dan aku memandang ke belakang.

"Hey Taeyongongongongoks!" aku tersengih memandang Taeyong yang berlari ke sini.

Taeyong mula meletakkan sebelah tangannya di bahu aku setibanya dia sini.

"Petang nanti kau balik lewat pula tak?" soal Taeyong.

"Erm.. Kenapa?"

"Mak aku ambil aku lewat lagi hari ni. Kau kan selalu merayap dengan Haerin sampai petang. Bolehlah aku join korang juga," kata Taeyong.

Aku terdiam seketika. Dulu memang betul aku dengan Haerin buat macam tu. Walaupun sekolah tamat pukul 3 petang, tapi pukul 6.30 kami berdua baru balik rumah.

Maklumlah dulu aku masih crushing dengan Jungkook dan Haerin pun crushing dengan Jimin. Kitaorang selalu balik lambat sebab nak usha-usha mereka berlatih bola sepak. Tapi kadang-kadang kami berdua juga buat kerja jahat macam menjahanamkan kereta Cikgu Baejin dulu. Hahaha! Tak sangka pula sejak tu aku telah dinotice Jungkook dan sampailah aku tinggal serumah dengan dia. Jauh bebenor!

Aku memandang Taeyong semula.

"Sorry, Taeyong. Aku dah tak balik lewat lagi dah sekarang."

"Dah kenapa? Buang tebiat ke?"

"Tak lah.. Aku nak tumpukan pelajaran lah pula. Malas nak on on crushing dekat orang lagi. Lagipun kau tahu kan Jungkook tu perangai macam mana?"

Iye lah tu Chaejun nak fokus study. Kerja rumah pun tak pernah siap!

"Eh? Kau dah tak suka Jungkook ke? Dulu bukan main gedik lagi hahaha!" Taeyong tergelak besar namun aku hanya tersenyum kecil saja.

Gedik? It's okay, aku mengaku aku memang gedik macam duh aduh aduh, aduh aduh sayang~

"Kan aku dah cakap aku nak belajar? Haa nanti kalau dah belajar betul-betul, bolehlah kita sambung belajar sama-sama dan jadi bestie keparat macam ni lagi," aku tergelak kecil lalu Taeyong menampar lembut bahu aku. Gedik betul!

End of Chaejun's pov

***

Dari jauh Jungkook hanya memerhati mereka berdua bergelak mesra sambil berjalan menuju ke kelas. Dia menggulingkan mata menyampah.

Dia datang ke blok ini pun atas sebab Somi yang mahu dia menghantar botol air milik Chaejun yang tertinggal dalam kereta pemandu Puan Jeon pagi tadi. Somi pula perlu ke makmal sekarang. Kalau tak, tak jadi gila Jungkook datang ke sini hanya untuk berjumpa dengan perempuan itu.

Jungkook terus mencampak botol air tadi dengan kasar ke dalam tong sampah yang sedia ada di situ. Kemudian, dia mula berjalan pergi dengan penuh rasa menyampah.

"Datang sekolah bukannya nak belajar betul-betul, nak bercinta pula," rungutnya perlahan namun masih kedengaran agak kasar.

***

"Kau okay tak ni? Diaorang ada cederakan kau tak?" Haerin memusing bahu Chaejun berkali-kali di kantin. Risau pula dia dengan Chaejun ni yang merayu mahu dia datang semalam.

Chaejun tergelak kecil lalu menepis perlahan kedua-dua belah tangan Haerin.

"Aku okaylah!"

"Betul?"

"Kau nampak aku tipu ke?"

"Dah tu.., ni apa?"

Haerin menyentuh lehernya yang kelihatan sedikit lebam. Chaejun segera menjatuhkan tangan gadis itu dengan. Haerin ni kuat betul menilik dia takut-takut keluarga Jeon menganiyai Chaejun. Padahal kesan lebam itu kecil saja dan dia juga sengaja tidak mengikat rambut hari ini. Tapi tak sangka pula Haerin ni boleh nampak.

"Ahaahaa.. Kena gigit nyamuk je," jawab Chaejun sambil tergelak hambar.

"Betul ni? Bukan kena gigit dengan Jungkook?"

"Eh taklah! Apa kau merepek ni!" sekali lagi Chaejun tergelak hambar.

"Hmn.. Okaylah.. Jaga diri tau? Aku tak sangka pula mendiang appa kau tu sanggup buat kau macam ni. Aku ingat dia baik," kata Haerin.

Chaejun terdiam seketika. Haerin juga salahkan mendiang Tuan La? Sedangkan dia, anak Tuan La sendiri pun dia lebih percaya kepada Tuan La berbanding Puan Jeon. Entahlah, hati dia jauh mengatakan yang Tuan La langsung tak bersalah.

"Okay.." jawab Chaejun sambil tersenyum kelat.

"Kau jangan risau.. Aku takkan bagitahu orang lain pasal ni walaupun appa kau kejam tahap mana sekalipun. Aku tetap ada dengan kau." Haerin tersenyum manis lalu Chaejun lantas memeluk gadis itu.

"Thanks, Haerin. Kau banyak tolong aku. Aku tak tahu nak balas jasa kau macam mana lagi."

Matanya mula berkaca. Dia rindu sangat Haerin yang mengambil berat tentang dia seperti ini. Haerin terlalu baik. Dia sama saja dengan mendiang Tuan Oh yang banyak menolong Tuan La dahulu. Dan tak sangka, persahabatan mereka turun kepada Chaejun dan Haerin.

Haerin perlahan-lahan melepaskan pelukan.

"Dah dah jangan nak buat drama Melayu menangis kat kantin ni pula. Malu orang tengok!"

Chaejun tergelak kecil lalu mengesat matanya yang hampir menangis.

"Kau pula dah okay ke?" soal Chaejun pula.

"Okay apa?"

"Ye lah.. Semalam kan kau nampak lain je. Aku tegur pun kau nampak gitu je. Kau ada masalah?"

Kini Haerin pula yang terdiam. Memang semalam dia kelihatan berubah sejak dapat tahu bahawa Chaejun sebenarnya anak haram oleh Puan Jung. Tetapi dia masih ragu-ragu untuk percaya atau tidak. Boleh tentu lagi apa yang Puan Jung beritahu itu adalah betul.

"Ermm... Tak ada apa-apalah. Semalam tu sebab aku tak siap homework je sebab tu jadi bad mood semacam hahaha!" Haerin tergelak hambar.

***

Pintu tandas dibuka lalu Chaejun  menuju ke arah sinki. Pili air mula dibuka dan dia membasuh tangan sambil menatap wajah di cermin.

Tiba-tiba,

"GANG!"

Terhinjut bahu Chaejun bila pintu utama tandas itu ditutup dengan kasar. Dia membulatkan mata bila melihat Jungkook yang masuk ke sini. Dia terus mengunci pintu itu atas bawah.

"Hey! Awak buat apa kat sini? Ni tandas perempuanlah!"

Jungkook tidak mengendah sebaliknya mula mendekati Chaejun. Dia bercekak pinggang di hadapan gadis itu. Seram sejuk pula rasa. Sudahlah tiada orang lain selain mereka berdua di sini.

"Kau ni makin gedik eh?"

"Ha?" berkerut-kerut dahi Chaejun, bengang dengan Jungkook. Tiba-tiba cakap dia gedik!

Jungkook terus menyelak rambut panjangnya yang menutupi leher gadis itu. Dia tersenyum sinis bila melihat kesan lebam kecil di leher Chaejun.

"I'm warning you, jangan menggatal nak dekat dengan kawan-kawan lelaki kau. Kalau tak, aku boleh buat yang lebih teruk dari semalam."

"Buatlah kalau berani! Saya tampar lagi muka sunbae lagi!"

Jungkook tergelak kecil.

"Setakat tampar semut je budak kecik pun boleh."

Chaejun mencebik sambil mendengus geram memandang Jungkook. Kemudian, Jungkook memegang pula pipi Chaejun dan menilik wajahnya berkali-kali.

"Kau ni pergi sekolah pun pakai makeup. Kau nak suruh siapa tengok?"

Chaejun memandangnya tak puas hati. Eii suka hati dialah nak pakai makeup ke apa! Lagipun bukannya tebal sangat pun dia pakai. Cuma pakai bedak gitu-gitu je dengan secalit eyeliner sikit. Lepas tu, Nivea lipbalm. Haa tak ada dah lah!

"Yang sunbae nak busybody ni kenapa? Suka hati sayalah nak pakai apa! Saya tak minta duit sunbae pun!"

"Kau ni memang degil ye?"

"Saya tak degil tapi sunbae tu yang malaun sangat!"

Sekali lagi.., malaun? Jungkook mendengus geram.

Dia terus menyumbat penutup lubang ke dalam lubang sinki dalam tandas itu. Kemudian pili air dibuka dengan selaju mungkin.

"Heh sunbae nak buat apa ni?!"

"Diamlah!"

Pili air itu ditutup semula bila air sudah melimpah penuh hingga ke keluar.

"Lain kali, jangan panggil aku malaun," kata Jungkook lalu terus menggenggam lembut rambut Chaejun. Nasib baik genggam lembut! Kemudian, dia mula menyelamkan wajah gadis itu ke dalam air yang penuh dalam sinki tadi.

"Arg— gelu gelu gelup!" Chaejun hanya mampu meronta mencari nafas di dalam air.

"Biar tanggal makeup kau.."

Wajah Chaejun ditarik semula dan menghadap cermin sinki itu.

"Uhuk! Uhuk!"

Dia terbatuk-batuk kerana tertelan banyak air. Siallan ello Jungkook! Jungkook pula memandang wajah gadis itu melalui pantulan cermin.

"Tak hilang lagi.."

Dia menyelamkan lagi wajah gadis itu ke dalam air buat beberapa saat lalu menariknya semula.

"Gelu gelu gelup— Uhuk! Uhuk!"

Sekali lagi dia terbatuk-betuk sesak nafas. Boleh mati dia kalau hari-hari Jungkook layan dia seperti ini. Jungkook pula mula melepaskan rambut Chaejun setelah melihat wajah gadis itu yang sekarang.

"Hahaha!" terhambur gelaknya bila melihat wajah Chaejun yang kini sudah habis comot dengan kesan makeup yang bercampur air. Lagi-lagi dengan eyeliner yang dipakainya. Habis meleret ke bawah menampakkan wajah dia kelihatan seperti zombie.

Chaejun memandang wajahnya di pantulan cermin. Membulat mata dia bila melihat eyeliner yang dia pakai itu sudah habis meleret. Nasib baik dia pakai sedikit saja kalau tak, tak tahulah apa jadi.

"ARGHHHH JUNGKOOK MALAUN!!! MALAUN!!! MALAUN!!! MALAUN!!!!!!!!!!"











++++

Adakah anda masih sayangkan Jungkook dan ibu mertua kesayangan anda? 🌚

Marilah kita bersama-sama mendoakan Jeon Jungkook biar cepat-cepat insaf dan bertaubat ke jalan yang benar. Amin..

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro