10
Tuan Jeon menghantar chat ringkas melalui aplikasi Whatsapp kepada isterinya, Puan Jeon, untuk memberitahu bahawa dia perlu pergi outstation ke London selama sebulan.
Dia mengeluh kecil bila Puan Jeon cuma memberi bluetick sahaja. Tetapi ianya tidak menjadi masalah pun kepada Tuan Jeon memandangkan dia sedia maklum bahawa Puan Jeon sedang sibuk sekarang. Dia juga tahu isterinya itu sedang membawa Chaejun ke rumah mereka.
Tuan Jeon meletakkan telefon bimbit ke dalam poket seluar. Kenapalah dia perlu ada oustation ke luar negara? Sebulan pula tu. Bukannya sekejap. Baru saja dia nak hadap permainan gila keluarga Jeon dengan anak mendiang Tuan La tetapi dia tidak berkesempatan pula.
Setelah mendengar suara yang memberitahu pesawatnya akan berlepas itu, Tuan Jeon mula berjalan ke arah security bersama dua orang bodyguard yang setia bersama dengan dia sejak dari tadi lagi.
Namun, langkahnya tiba-tiba terbantut bila dia ternampak seseorang yang amat dia kenali, berada tidak jauh dari situ.
"Jung?"
Berkerut-kerut dahi Tuan Jeon apabila melihat Puan Jung yang berada tidak jauh dari situ. Pada waktu yang sama juga, wanita tua itu turut ternampak Tuan Jeon.
Lantas langkah Tuan Jeon dilajukan untuk mengejar Puan Jung yang baru saja hendak melarikan. Dua orang pengawalnya tadi dibiarkan saja di belakang.
"Jung, tunggu!" jerit Tuan Jeon membuatkan wanita tua itu menghentikan langkah. Kan Tuan Jeon menjerit lagi kan tak pepasal dia pula yang malu.
"Kau nak apa lagi, Tuan Jeon?" soal Puan Jung sambil mengeluh kecil. Niatnya datang ke sini hanya untuk menyambut kepulangan kawan lamanya yang baru pulang dari Amerika. Tapi tak sangkalah pula dia akan bertembung dengan Tuan Jeon di sini.
"Kau tanya aku nak apa? Mana anak kita?" soal Tuan Jeon dengan matanya tajam saja memandang Puan Jung.
"Kan aku dah cakap aku tak tahu!"
"Kau ni ibu jenis apa? Tahu mengikis saja. Anak kandung sendiri pun kau boleh jual. Sudah 18 tahun dah Jung aku tak jumpa dengan anak kita. Kalau dia ada sekarang, umur anak kita tu sama saja dengan Jungkook!"
Puan Jung melepaskan keluhan berat. Dia menyilangkan tangannya ke dada. Dia tahu Tuan Jeon tak pernah berhenti mencari anak lelaki mereka yang telah dia jual sewaktu budak itu masih kecil dulu.
"Ya memang! Aku jual dia. Sebab kau yang selalu lebihkan isteri kau dengan anak yang bersama bini kau tu!" Puan Jung menghambur geram.
"Kalau aku tak lebihkan isteri aku, mana aku nak dapat duit? Kau tu yang gila jual anak sendiri sesuka hati!" Tuan Jeon mengetap gigi kemarahan.
"Well, aku tak kisah janji aku dapat duit.." jawab Puan Jung dengan sinis.
"Kau—" belum sempat Tuan Jeon mahu bersuara,
"Tuan, flight dah nak berlepas ni," kata salah seorang dari pengawal Tuan Jeon yang baru tiba di situ. Tuan Jeon sekali lagi memandang tajam kearah Puan Jung.
"Aku cari kau lagi.." katanya sebelum pergi dari situ namun Puan Jung hanya menggulingkan mata. Tentang anaknya yang dia jual itu langsung dia tidak kisah. Yang penting, dia dapat duit!
***
•
•
•
"Omma, apa benda ni?" soal Jungkook dengan penuh rasa pasrah bila melihat Chaejun turut berada di situ. Kini, semua keluarganya berkumpul di bilik meeting dalam rumah ini bersama Chaejun. Cuma Tuan Jeon saja yang terkecuali kerana terpaksa pergi oustation hari ini juga.
"Tahu omma! Omma tak penat ke buat kerja gila?" soal Somi yang turut bengang lebih kurang Jungkook saja.
Chaejun pula hanya menunduk dan memandang genggaman tangannya di bawah meja meeting itu. Dia sendiri pun tak tahu apa motif Puan Jeon memaksa dia untuk datang ke sini.
"Mulai hari ini, Chaejun akan tinggal di sini?"
"Bwoh?" terkejut Somi mendengar kata-kata ibunya. Jungkook pula hanya mencebik geram. Bukannya dia tak tahu bahawa Puan Jeon memang berniat mahu membawa Chaejun tinggal bersama dengan mereka.
Chaejun terus mengangkat wajah dengan mata yang sudah berkaca.
"Kenapa puan buat macam ni? Saya tahu saya tiada rumah, tapi hina sangat ke saya ni sampai puan paksa saya untuk tinggal di sini?" kata Chaejun dengan nada mendatar.
Puan Jeon hanya tersenyum sinis.
"Kamu tahu tak salah kamu apa?"
Chaejun mengeleng perlahan.
"Sebab kamu ni anak Tuan La! Saya benci appa kamu!"
Chaejun terdiam seketika. Apa salah mendiang appa dia? Setahu dia, Tuan La sangat baik dulu. Sama juga dengan ibunya, Puan La, yang juga baik orangnya. Mereka berdua meninggal dunia dulu pun disebabkan kemalangan jalan raya, bukannya kena bunuh dengan orang.
"Apa salah appa saya, Puan Jeon?"
"Kamu tanya salah? Salah appa kamu terlalu besar! Dan.. saya benci dia."
Tanpa dia sedar, dia mula mengalirkan air mata. Kalau ye pun, besar mana salah Tuan La? Mana lagi besar dengan dosa kau?
"Appa kamu dah lesapkan duit syarikat saya. Dan dia juga.." Puan Jeon tiba-tiba terdiam. Kini matanya pula yang mula berkaca bila teringat semula semua kisah lama yang berlaku antara dia dengan mendiang Tuan La dahulu.
"Dia apa?"
"Lupakan! Yang penting saya benci anak dia!" kata Puan Jeon sambil mengetap gigi, geram.
"Omma! Kalau omma benci appa dia sekalipun, anak dia tak bersalah kan? Kenapa omma nak salahkan anak dia pula?" Somi yang dari tadi mendiamkan diri mula bertegas dengan ibunya. Puan Jeon ni bukannya boleh buat main.
Puan Jeon memandang tajam kearah Somi. Jungkook pula sudahpun menggulingkan mata.
"Kalau omma benci appa dia and tak suka anak dia, baik omma bunuh terus je anak dia. Tak perlu kot omma nak simpan dia kat rumah ni. Menyemak!" Jungkook turut bersuara.
"Kamu berdua diam!" arah Puan Jeon lalu memandang tepat kearah Chaejun semula.
"Kamu Chaejun, kamu boleh tinggal di sini dengan senang-lenang. Dan saya juga tak nak minta awak jadi maid. Kamu pun mesti happy tinggal dengan orang kaya yang jauh lebih kaya dari Haerin kan?"
Chaejun mengeleng perlahan, tidak bersetuju. Puan Jeon betul-betul menghina dia kali ini.
"Keluarga Jeon akan jaga kamu di sini sehingga kamu tamat persekolahan. Tapi sebelum tu, kamu kena lakukan tugas penting. Dan barulah saya boleh lepaskan kamu."
Puan Jeon menarik nafas panjang buat seketika lalu memandang pula Jungkook yang berada di sebelah Somi itu dengan sekilas.
"Tugas awak hanyalah lahirkan cucu saya..
tanpa jadikan anak saya, Jungkook, sebagai suami awak."
"Bwoh! Omma gila ke?" Jungkook menghentak meja dengan kasar lalu terus berdiri dari duduknya. Begitu juga dengan Chaejun dan Somi yang terkejut mendengar kata-kata Puan Jeon.
"Ma-maksud omma..?" soal Somi dengan tidak percaya.
"Yes, omma nak Chaejun lahirkan cucu omma. Lagipun keluarga kita ni perlukan pewaris harta Jeon."
Puan Jeon memandang Chaejun sekali lagi.
"Tapi ingat, La Chaejun. Selepas kamu lahirkan cucu kami, kamu langsung tak akan dibenarkan jumpa anak kamu. Kamu dengan Jungkook juga tidak dibenarkan ada perasaan suka atau cinta selama kamu di sini."
Chaejun menggigit bibir bawah bila air matanya mula mengalir. Ini bukan setakat menghina, tapi ini kejam!
Hina sangat ke dia hanya sebab dia adalah seorang anak yatim yang hidup menumpang? Teruk sangat ke dia sampai perlu menggadai maruah atas kesalahan mendiang appa dia?
"Omma.., you're a crazy woman!" Jungkook mengetap gigi geram lalu terus keluar dari bilik itu.
"Puan boleh hina saya, puan. Tapi... puan kena tahu saya bukannya perempuan murahan yang saja-saja lahirkan cucu puan lepastu kena pisahkan pula saya dengan anak saya. Puan kejam!" kata Chaejun dengan geram.
Air mata yang sudahpun mengalir laju itu dibiarkan saja. Chaejun mula bangun dari duduknya.
"Saya dah benci Jungkook. Jangan sampai saya benci Puan Jeon dan seluruh keluarga puan pula!"
Lantas Chaejun keluar dari bilik meeting itu. Kini hanya tinggal Somi dan Puan Jeon saja di sini.
"Kenapa omma nak seksa dia macam tu? Kalau appa dia lesapkan duit syarikat omma sekalipun, teruk sangat ke sampai omma kena buat anak dia macam ni sekali?" soal Somi.
Puan Jeon terdiam. Dia tidak boleh memaafkan mendiang Tuan La. Tuan La bukan sahaja melenyapkan duit syarikatnya tetapi lelaki itu juga turut membawa kisah lain. Kisah dimana membuatkan dia benci seluruh keluarga Chaejun.
Matanya bergenang sekali lagi. Terasa sebak saja bila dia mula teringatkan kisah lamanya yang berlaku dulu. Dimana hatinya dicarik teruk oleh insan yang bernama La Talilat.
***
•
•
•
"Haerin, mendiang Tuan La sendiri yang gadai anak dia pada keluarga Jeon. Nampak tak kat situ mendiang appa Chaejun ni teruk? Anak dia sendiri pun dia sanggup buat macam tu," kata Puan Jung dengan penuh... Fake!
Rancangannya sekarang ialah dia perlu buat Haerin percayakan dia dan membenci Chaejun.
"Auntie! Haerin sempat kenallah dengan Tuan La dulu. Dia baik! Takkanlah dia nak jual anak dia sendiri? Auntie jangan nak racun fikiran Haerin untuk bencikan Chaejun pula. Auntie ingat Haerin ni bodoh macam lipas ke?" tegas Haerin.
Sungguh dia tidak dapat menerima bila Puan Jung menahannya untuk membantu Chaejun petang tadi.
"For your information, Haerin. Chaejun sebenarnya bukannya anak Tuan La."
Haerin terus terdiam. Apa benda ni?
"Ketika Tuan La kahwin dengan Puan La, Puan La dah mengandung masa tu dengan entah jantan mana. Jadi Chaejun tu sebenarnya entah anak siapa."
Haerin mengeleng perlahan tidak percaya. Tak mungkin!
"Jadi.. Chaejun.."
"Ya.. Chaejun anak haram," jawab Puan Jung. Haerin mengetap bibir bila matanya mula berkaca. Kenapa baru sekarang dia tahu?
Sekarang baru dia sedar patutlah selama ini Puan Jung amat membenci Chaejun. Rupanya Chaejun tu bukannya anak Tuan La. Haerin mula berlari naik ke atas. Sungguh dia tidak dapat terima semua ini.
Puan Jung menyilangkan tangannya ke dada sambil tersenyum puas. Chaejun anak haram? Tak lah! Semua itu hanyalah cerita novelnya yang dia reka khas supaya Haerin membenci gadis itu.
++++
Memandangkan baru ch10, korang nak aku teruskan ff ni atau unpublish saja?
Bukan apa, ff ni sangat complicated, keling dan kejam. Ianya juga akan menyeksakan jiwa raga para manusia yang baca ff tak guna ni 😂
Kang tak pasal-pasal korang pula yang jadi keling lepas ni macam mana? Aku tak nak tanggung HAHAHAHA
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro