Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

09

Malaun manapun perangai dia,
dia tetap Jeon Jungkook, idaman para manusia tak kira perempuan ke pondan 🌚

—————☻☻☻ —————

Chaejun's pov

Setelah keluar dari kereta Haerin, aku mendekati sungai Tun Dr. Sihyuk ini seperti yang dijanjikan oleh 'manusia misteri' yang mahu berjumpa aku tadi.

Tetapi tiada sesiapa pun selain aku di sini. Sempat aku mengangkat isyarat 'ok' dengan tangan kepada Haerin yang berada di dalam kereta hujung sana.

Aku mengambil tempat di bangku panjang berhadapan dengan sungai ini. Sesekali keluhan dilepaskan.

"Ish mana dia ni? Lambatlah!" aku merungut biarpun baru 10 minit saja aku kat sini. Tapi tu lah! Aku tak suka tunggu-tunggu orang!

Beberapa kali aku menghayunkan kaki kehadapan dan ke belakang. Bosan.. Kau tahu tak maksud bosan tu apa?

"Nah.."

Tiba-tiba, ada tangan yang menghulur telefon aku dari sebelah. Aku memandangnya.

"J-Jungkook su-sunbae?"

Membulat mata aku bila melihat Jungkook yang memakai jaket kulit berwarna hitam serta topi cap, sedang menghulurkan telefon kepada aku. Kejap.. Macam mana telefon ni boleh ada dengan dia?

Aku mengambilnya lalu Jungkook terus melabuhkan punggung di sebelah aku. Dan jarak kami.. tersangatlah dekat.

Aku mengesot ke tepi supaya berjauhan dari dia tapi dia ni pula semakin mengesot mendekati aku. Aku ke tepi lagi hinggalah tubuh aku terhalang dengan penghadang bangku. Begitu juga dengan Jungkook yang semakin mendekat.

"Awak ni kenapa?"

Dia tersenyum sinis.

"Boleh tahan juga gambar-gambar kau dalam tu," katanya membuatkan pipi aku membahang merah bak tomato, cili api, cili padi, cili giling, cili gelek.

Maknanya dia dah tengok gambar-gambar dalam telefon ni? Gambar-gambar bangang aku yang saja-saja pakai pakaian tak cukup kain? Gambar Fattah Amin? Video Bobo Dimana? Dan juga.. Gambar-gambar dia sendiri yang aku ambil secara haram? Huarghh!

"Sunbae jangan nak menggatal. Yang awak pergi tengok tu kenapa? Dah tepi tepi sana! Saya nak balik! Thanks sebab pulangkan balik telefon ni!"

Aku terus bangun dari bangku itu. Belum sempat aku hendak pergi, tanganku lantas dia tahan dan ditarik sehingga jatuh terduduk di sebelah dia semula.

"Awak ni kenapa? Aish lepaslah!" aku meronta bila tangan aku masih lagi dia pegang.

"Aku nak kau Whatsapp kawan kau yang duduk dalam kereta tu suruh dia balik sekarang. Jangan sampai dia datang sini kacau kita berdua sudah," kata Jungkook dengan nada serius.

"Heh! Kalau Haerin balik nanti saya nak balik naik apa? Ferri? Banyak teruk muka awak, ingat saya ni kuli batak awa—"

Jungkook terus menarik tangan aku sehingga aku terpeluk dia. Dan.. wajah kami tersangatlah dekat.

Jungkook tersenyum sinis bila melihat reaksi aku yang terkejut beruk ini. Aku membulatkan mata lalu meneguk liur.

"Buat apa yang aku suruh atau.. aku kiss kau sekarang?" soalnya sinis sambil ibu jari tangannya mengusap lembut bibir aku. Agagahasdvkbghcg!

Aku benci dia!

Tapi..

Kenapa hati aku masih cair bila dekat-dekat dengan dia sebegini? Dan jantung juga masih ber-dugeun dugeun! Agagadfhhufsrbktovzry!

Aku terkaku. Begitu juga dengan tangan aku yang masih memeluk belakangnya tadi turut terkaku, bukannya nak menolak.

Jungkook mendekatkan lagi wajah kami sehingga aku dapat merasa deruan nafasnya. Tinggal 0.01 cm saja lagi jarak antara bibir kami sebelum bersentuhan,

"Hei! Korang buat apa ni?"

Lantas aku menolak dada Jungkook sehingga dia terkebelakang sedikit. Aku memandang Haerin yang sudah mencekak pinggang di hadapan kami berdua. Kemudian aku memandang pula Jungkook yang sedang menggulingkan mata. Spoil betul!

Jungkook terus bangun dari duduknya dan menyilangkan tangan ke dada di hadapan Haerin.

"Dia yang minta aku kiss dia. Jangan salahkan aku," katanya selamba lalu terus pergi dari situ.

Berengsek lu Jeon Jungkook aka syaiton! Bila masa pula aku minta kiss dia! Eii eii! Setakat ni aku belum pernah bunuh orang lagi ni. Kan tak pasal-pasal kau orang first aku bunuh nanti kang! Eii geram ni geram!

"Chaejun, betul ke kau minta kiss dia?" Berkerut-kerut dahi Haerin.

"Eee tak lah! Kau percayakan dia dari aku yang sejak kecil lagi dah jadi kawan kau ni? Betapa teganya kau.." aku acah mengesat air mata walaupun tak ada air mata yang keluar pun. Sengaja mahu berdrama.

Haerin mengambil tempat disebelah aku dengan wajah yang serba salah.

"Wey sorrylah. Aku tak bermaksud pun nak tuduh kau macam tu. Tapi ermm.. macam mana Jungkook sunbae boleh ada dekat sini? Aku nampak korang berdua siap berpeluk-peluk bagai dah macam pasangan kekasih."

"Tak adalah.. Dia sebenarnya yang jumpa telefon aku. Lepastu, entahlah dia tiba-tiba nak kiss," jawab aku jujur. Haerin melepaskan keluhan berat.

"Aku syak ex-crush kau ni gilalah Chaejun. Kejap jahat pergi jual kau. Lepas tu nak menggatal kiss kau pula. Eii ingat sweet ke? Nanti aku tackle Jimin and buat yang lebih sweet dari tu haa tersungkurlah Jungkook malaun plus bad boy terlebih bad kau tu!" bebel Haerin membuatkan aku tergelak kecil.

"Tapi kan... kalau kau tak ada tadi. Ni mesti Jungkook dah.." aku tersenyum angau bila teringatkan perkara tadi.

"Eh kau ni! Jungkook ke kau yang gatal miang sekarang ni?" Haerin menolak sedikit bahu aku membuatkan aku terus tersedar dari lamunan. Aku memandang dia semula.

"Haa? Aku cakap apa tadi?"

Haerin tersenyum kecil.

"Hai Chaejun.. Aku rasa kau yang tak boleh move on dengan sunbae malaun tu sebenarnya kan? Iya bener kan? Bener kan? Bener kan?" Haerin menaikkan beberapa kali keningnya.

"Eh eh tak! Aku benci Jungkook! Benci!" aku terus bangun dari duduk dan berlari pergi kearah kereta yang diparkir tidak jauh dari situ. Malu odo!

End of Chaejun's pov

***

"Semalam kan, Auntie Jung mabuk teruk lagi. Aku nampak ada jantan manalah hantar dia dekat rumah. Eii teruk betul perangai."

Haerin mengeluh kecil sambil berjalan menuju ke pagar sekolah memandangkan waktu sekolah sudah tamat.

Chaejun yang berada bersamanya itu hanya mendiamkan diri. Sudah banyak kali dia melihat Puan Jung pulang rumah dengan mabuk-mabuk dan dihantar pula oleh lelaki yang berlainan. Hampir setiap minggu perkara ini terjadi.

"Aku tak suka dia..," kata Haerin dengan suara yang semakin mengendur.

Chaejun masih lagi terdiam. Mahu mengutuk Puan Jung banyak-banyak pun dia sedar hubungan Puan Jung itu dengan Haerin. Sedangkan dia? Hanya orang asing yang menumpang di situ. Itupun atas kehendak mendiang Tuan Oh, bapa Haerin dulu.

"Tapi walaupun kau tak suka dia sekalipun, dia tetap ibu sedara kau, Haerin."

"Tak! Aku tak ada ibu sedara yang perangai tak ubah macam pelacur!" Haerin terus berjalan mendahului Chaejun.

"Eh Haerin! Tunggulah! Takkanlah tu pun nak merajuk!" Chaejun mengejar dia dari belakang.

Haerin mula mengesat air mata bila matanya sudah mula berkaca.

"Aku tak suka kau anggap dia baik!"

Chaejun menghentikan langkah dan memandang saja Haerim yang sudah masuk ke dalam kereta mewahnya. Chaejun mencebik. Nampaknya budak Haerin ni nak kena pujuk teruklah lepas ni.

Belum sempat Chaejun memulakan langkah semula untuk menuju ke kereta itu, tiba-tiba,

"Eh kamu Chaejun," tegur Puan Jeon yang baru tiba di situ. Agak terkejut dia bila tiba-tiba saja dia ditegur Puan Jeon.

"Eh annyeong Puan Jeon.. Ehe—" Chaejun tersengih kekok. Rasa segan pula nak jumpa orang kaya seperti Puan Jeon ni.

"Puan Jeon cari Jungkook sunbae ke? Ermm.. Saya tak ada pula nampak dia tadi.."

"Tak. Saya memang nak jumpa kamu pun," kata Puan Jeon sambil tersenyum manis. Berkerut-kerut dahi Chaejun, hairan dengan wanita tua ini.

"Jumpa saya? Ehe— kenapa ye?"

Puan Jeon tidak menjawab sebaliknya hanya tersenyum manis tetapi bermakna. Kemudian, jarinya dipetik lalu dua orang lelaki berjaket hitam keluar dari keretanya yang diparkir tidak jauh dari situ.

"Puan kenapa ni?" soal Chaejun dengan gelisah bila kedua-dua orang lelaki berjaket hitam tadi memegang kedua-dua belah lengan gadis itu.

"Bawa dia ke kereta sekarang," kata Puan Jeon dengan dingin. Dua orang suruhannya itu mula menarik Chaejun menuju ke kereta mewahnya.

"Puan apa ni?" dia meronta sekuat hati untuk dilepaskan tetapi tidak berjaya. Akhirnya dia berjaya masuk ke dalam kereta itu dengan paksaan.

"Lepaslah!" dia meronta lagi lalu pintu kereta itu terus ditutup dengan kasar oleh orang suruhan Puan Jeon tadi.

***

"Auntie Jung! Apa ni? Kenapa diaorang tarik Chaejun?" Haerin cuba membuka pintu keretanya yang masih tidak bergerak lagi dari situ. Tetapi tangannya pula ditahan Puan Jung.

"Haerin tolong jangan pergi!"

"Auntie Jung tak nampak ke Chaejun dalam bahaya tu?"

"Encik Byun, cepat jalan!" arah Puan Jung kepada Encik Byun, pemandu kereta itu tanpa menghiraukan Haerin. Dengan segera, lelaki berumur itu menekan pedal minyak dan meluncur laju, takut-takut Haerin sempat keluar.

Tindakan Haerin yang mahu menyelamatkan Chaejun tadi terbatas. Dia memandang Puan Jung yang berada di sebelahnya. Matanya yang sedia berkaca itu mula mengalirkan air mata.

"Auntie Jung tahu tak yang Chaejun tu dah kena culik tu? Kenapa kita tak tolong? Auntie Jung kejam!" Haerin meninggikan suara. Geram dengan Puan Jung serta rasa bersalah dengan Chaejun semuanya ada!

"Haerin, listen here. Diaorang tak culik pun kawan baik kamu tu. Diaorang just jalankan tugas diaorang saja," jelas Puan Jung namun Haerin mengeleng perlahan tidak percaya.

"Tugas apa? Apa semua ni?"









++++

Marilah kita beramai-ramai mencepuk Puan Jeon dan Puan Jung 🌚

Masih ingat lagi ke dare Chaejun dulu? Dun worreh, dare itu akan ditunaikan tapi mungkin agak lambat 😌

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro