Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

06

Crush yang seangkatan dengan malaun itu sebenarnya tiada beza dengan shyton di kubur 🌚

—————☻☻☻—————

"Haerin, kau dah siap ke kerja rumah maths yang cikgu Namjoon bagi tu semalam?" soal Chaejun sambil membuka buku tulisnya dengan gelisah.

"Siap.. Haa kau ni mesti tak siapkan? Bener kan? Bener kan? Bener kan?" Haerin tersengih.

"Ehe.. Semalam aku meroyan pasal Jungkook tu pasal tak sempat nak siap. Bak sini kau punya, aku nak tiru."

"Amboi senang! Haa ambillah. Tapi malam ni aku nak tiru kerja rumah biology kau pulak ye?"

"No prob!"

Sempat mereka berdua membuat high five sebelum Chaejun menyalin kerja rumah Haerin. Sekepala betul mereka berdua ni!

"Wei wei Cikgu Namjoon datang wei!" jerit Seungkwan selaku penolong ketua kelas. Semua murid mula duduk di tempat masing-masing.

"Macam mana ni? Dah lah aku tak siap lagi ni.." rungut Chaejun dengan perlahan dan gelabah.

"Kau buat dalam laci cepat!" Haerin mengambil buku-buku itu dan diletakkan ke dalam laci meja Chaejun.

Taeyong pula yang selaku ketua kelas itu mula berdiri tegak. Ribbon di kolar bajunya dia betulkan sedikit.

Seorang lelaki mula masuk melalui pintu depan kelas itu. Belum sempat Taeyong mahu mengucapkan selamat tengah hari cikgu, dia terkaku.

"Wey Jungkook sunbae wey!" dia terus menyorok ke bawah meja.

Semua orang yang berada dalam kelas ini terkejut beruk memandang Jungkook pula yang datang dan semestinya bukan Cikgu Namjoon.

"Kau kata tadi Cikgu Namjoon yang datang!" marah Taeyong dari bawah kepada Seungkwan yang berada di meja sebelahnya.

"Hmmn.. Sorrylah.. Aku ni rabun jauh sikit sebenarnya."

Jungkook hanya berjalan masuk ke dalam kelas itu tanpa menghiraukan Taeyong yang berada di bawah meja. Semua orang di sini memandangnya pelik. Ada yang sudah bercakap-cakap dan ada juga yang tengah meroyan dengan wajah kacaknya.

"Chaejun.. Crush kau datanglah.." Haerin menggongcangkan bahu Chaejun berkali-kali manakala perempuan itu pula sedaya upaya menutup wajahnya dengan buku teks matematik.

"Aku tahulah! Jangan bagi dia nampak aku!" Chaejun menekan kata-katanya tanpa meninggikan suara. Dia berharap sangat lelaki itu tidak akan nampak dia kali ini. Halah halah! Kenapa dia datang sini?

Tiba-tiba, buku teks matematiknya tadi ditarik kasar. Chaejun terus mengangkat wajah dan.. hmnn..

"Apa awak nak?" dengan beraninya Chaejun menyoal. Kelihatannya Haerin pula sudahpun berada di sudut sana memandangkan tempat Haerin tadi diambil Jungkook.

Jungkook langsung tidak berkata-kata sebaliknya tersenyum manis. Dah kenapa dia ni? Biasanya senyum sinis saja.

Sebelah tangan Chaejun ditarik lembut dan diletaknya sekeping nota kecil di situ. Semua murid dalam kelas ini memandang mereka berdua pelik. Dah kenapa Jungkook datang ke tempat Chaejun?

Chaejun memandang tapak tangannya yang menggenggam nota itu. Dia mendongak semula kearah Jungkook yang masih tersenyum. Tetapi senyuman kali ini sinis pula. Dah kenapa pula dia ni? Senyuman dia tu dah seperti menyimpan seribu satu makna.

Tanpa berkata apa-apa, Jungkook dengan selamba badaknya keluar dari kelas itu tanpa menghiraukan murid-murid dalam kelas itu, termasuk juga Taeyong yang masih menyorok di bawah meja.

"Chaejun! Apa dia bagi kat kau?" soal Hana, salah seorang pelajar yang paling cun dalam kelas itu.

Chaejun membuka nota yang diberi Jungkook tadi dalam laci meja.

Aku tunggu kau lepas tamat latihan bola sepak nanti.

Jangan tak datang, sayang <3

Chaejun terus menggumpal kertas itu tadi dan menyumbatnya ke dalam laci. Syial kau Jungkook! Sayang pale otak mung!

"Tak ada apa-apa.." jawab Chaejun bila semua orang dalam kelas ini menanti jawapannya.

"Tak payah nak tipu kitaoranglah! Aku nampak tadi dia bagi benda dekat kau," kata Rose, murid paling berlagak diva dalam kelas itu. Diva lavida gitu.

"Mana adalah!" protes Chaejun.

"Habistu kertas yang kau sumbat dalam laci tu apa?" soal Haerin pula sambil memuncungkan bibir ke arah laci meja Chaejun.

Chaejun mencebikkan mata geram kepada Haerin. Tak boleh nak backup member betul perempuan ni!

"Eh eh tak! Aku tahu tu kertas pembalut aiskrim je. Aku yang belanja aiskrim tadi hehe! Korang salah tengok je tu Jungkook mana bagi benda pun hohoho!"

Haerin tergelak hambar. Chaejun melepaskan keluhan lega. Nasib baik Haerin ni pandailah juga cover.

"Betul ke ni tak ada apa-apa?" soal Kunpimook pula, budak berketurunan Thailand mix Arab dalam kelas itu.

"Betul! Aku tak nampak apa-apa pun Jungkook bagi. Korang yang rabun agaknya hahaha!"

***

"Kau pasti ke nak pergi jumpa dia? Kau tak takut kalau dia buat benda yang sama dekat kau macam semalam?" soal Haerin dengan agak risau setelah mereka berdua tiba di gate sekolah. Mana tak risaunya bila Chaejun setuju untuk pergi berjumpa dengan Jungkook petang nanti.

"Aku takut jadi benda buruk pula kalau aku tak pergi. Lagipun dia dan Puan Jeon tu dahlah tahu semua latar belakang aku," jawab Chaejun sambil menunduk.

Berat saja dia untuk bertemu Jungkook kali ini. Entah mengapalah hati dia rasa tak sedap. Lagipun Jungkook nampak pelik tengah hari tadi. Biasanya tegang saja wajah dia tetapi hari ini dia senyum-senyum pula. Dia seperti ada makna lain.

"Hmn.. Okaylah kalau macam tu. Aku balik dululah ye? Kau betul nak balik jalan kaki nanti? Kalau tak aku minta Uncle Byun ambil kau petang nanti."

"Tak apalah. Aku balik jalan kaki je. Lagipun rumah kau bukannya jauh sangat pun dengan sekolah ni."

Haerin tersenyum kelat lalu menepuk bahu Chaejun berkali-kali.

"Aku pergi dulu. Take care!" Haerin mula melangkah pergi dari situ. Chaejun hanya melambai-lambaikan saja tangan ke arah Haerin.

"Woi, Chaejun!" bahu Chaejun ditepuk dari belakang. Agak terpanjat dia dibuatnya.

"Eii kau ni Taeyong! Buat sakit jantung aku saja!"

"Hahaha! Kenapa kau tak balik-balik lagi?" soal Taeyong.

"Tak adalah.. Saja nak tenangkan fikiran kat sekolah haha!" jawabnya sambil tergelak kecil.

"Haih! Kau ni! Kau tahu tak duduk kat sekolah ni makin stress adalah. Tapi sebab kau dah ada kat sini, haa teman aku ke rooftop boleh? Mak aku tak boleh ambil awal hari ni. Dia sibuk."

"Menyempat pula! Okaylah jom!"

***

"Shalalalala hiye hiye kontet!"

"Dah lah! Hahaha! Lawaklah cerita kau! Mak aku dah sampai dah ni!" Taeyong tergelak bila mendengar cerita-cerita bodo yang diceritakan oleh Chaejun.

"Hahaha! Okay okay! Pergi pergilah balik! Bye!" kata Chaejun lalu Taeyong hanya mengangkat sebelah tangannya saja sebelum pergi dengan gelabah dari situ. Mana tak gelabahnya bila mak dia membebel dia yang lambat turun pula.

Chaejun pula mula bangun dari duduk. Sepanjang beberapa jam selepas tamat kelas petang tadi, dia hanya menghabiskan masa dengan berkongsi cerita-cerita bodoh dengan Taeyong sebelum tamat latihan bola sepak oleh para senior.

Dia memandang jam di telefon bimbitnya.

"Okay dah pukul 6.30! Malaun tu dah habis latihan dah kot."

Chaejun mula berjalan pergi dari rooftop itu. Dia perlu bertemu dengan Kingka Malaun itu pula sekarang. Jungkook tu bukannya boleh percaya sangat, kan tak pepasal dia buat kerja gila pula nanti kalau Chaejun tak datang.

Hampir 10 minit dia berjalan, akhirnya dia tiba di padang bola. Tetapi yang menjadi hairannya bila tiada seorang pun di padang bola ini. Takkan baru 10 minit latihan itu tamat, semua orang sudah balik sampai dah jadi sunyi sepi begini?

"Hari ni bukan ke hari Jumaat kan? Hari Jumaat mana ada apa-apa latihan sukan. Tapi kenapa malaun tu cakap jumpa dia lepas tamat latihan bola sepak?" Berkerut-kerut dahi Chaejun seketika bila dia baru teringat yang hari ini tidak ada apa-apa latihan sukan.

"Apa kau panggil aku? Malaun?" terdengar suara garau seseorang dari belakang. Terus Chaejun berpaling ke belakang. Wajah Jungkook yang berkerut-kerut tak puas hati itu dia pandang.

"Ehee.. mana adalah. Awak salah dengar kot..," kata Chaejun sambil tersengih. Jungkook menggulingkan mata buat seketika lalu memegang sebelah tangan Chaejun.

"Ikut aku."

Dia terus menarik tangan gadis itu kearah sebuah kereta yang berwarna hitam dan bercermin gelap, yang terletak tidak jauh dari situ. Chaejun mula merasa tidak sedap hati.

"Awak nak bawa saya ke mana ni?" Dia sedaya upaya menarik tangannya semula, berdegil tidak mahu mengikut Jungkook.

"Kau jangan degil boleh tak?!" Jungkook menarik lagi tangannya tetapi dia tetap berkeras tidak mahu.

"Awak nak bawa saya pergi mana? Cakap dulu!" soal Chaejun dengan kasar lalu merentap tangannya sehingga terlepas. Jungkook melepaskan keluhan berat.

"Kau ni memang degil kan?"

"Awak tu yang degil tak nak bagitahu saya! Sekali lagi saya tanya awak nak bawa saya pergi mana?" soal Chaejun tak puas hati. Jungkook pula mula menggulingkan mata.

"Kemana-mana saja!" Dia sekali lagi menarik tangan Chaejun sehingga wajah gadis itu tersemban di dadanya. Belum sempat Chaejun nak meroyan bahagia, Jungkook terus mencempung tubuhnya menuju ke kereta hitam tadi.

"Jungkook! Lepas!"

Jeritan gadis itu langsung tidak diendah sebaliknya dia berjalan dengan kadar yang agak laju kearah kereta tadi.

Tubuh Chaejun yang sedang meronta-ronta itu dimasukkan ke dalam kereta hitam secara paksa lalu terus dia menutup pintu kereta itu dari luar dengan kasar.

"Jungkook tolong jangan!" Chaejun meronta-ronta minta dilepaskan tetapi langsung tidak diendah. Dia hanya mampu melihat Jungkook yang berada di luar kereta itu sedang tersenyum bahagia melalui cermin kereta. Ya! Tugas Jungkook hanya membawa Chaejun ke dalam kereta ini dan dia langsung tidak akan ikut bersama.

"Lepas!" Chaejun memukul cermin kereta ini berkali-kali. Tiba-tiba, kedua-dua belah bahunya ditarik kasar sehingga dia menyandar di kusyen kereta. Chaejun menoleh ke sebelah.

"Tae..Taehyung sunbae?"

Taehyung tersenyum sinis.

"Tuan Min, 10k for Jungkook," kata Taehyung kepada seorang lelaki yang memakai sut hitam yang berada di tempat duduk sebelah pemandu di hadapan.

Chaejun terdiam seketika. Matanya mula berkaca. Sampainya hati Jungkook menjual dia. Adakah ini selama ini yang dia anggap crush?

Benar, tiada malaun sehebat Jeon Jungkook!







++++

Jungkook kejam sangat ke weyh?

Sorry dah hampir dua minggu tak update. Masalah kesibukan harian 😢

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro