05
Chaejun's pov
"Ke-kenapa dengan awak ni?" aku menolak lagi dada dia tetapi dia tetap juga tidak mahu bergerak. Sudahlah wajah dia tu sangat dekat dengan aku.
"You want my attention, right? Aku nak bagi attention ni kenapa takut pula?"
Dia mendekatkan lagi mukanya dengan muka aku sehingga aku dapat rasa deruan nafasnya. Oh shitteu! Jantungku..! Aku sedaya upaya mengundur ke belakang namun meja buruk ni menyusahkan aku pula!
Dasar Juon Bad Boy anak Bahenol!
Aku mengetap bibir sehabis mungkin. Mata juga aku pejam erat. Jangan kata dia nak curi first kiss aku! Arghh tolong!
"Su-sunbae.. tolong.. jangan.." kataku dengan nada seakan merayu.
Dia mengeleng perlahan sambil tersenyum sinis. What de fisheu! Okay! Sekarang aku benci Jungkook! Dia bukan crush aku lagi! Benci dengan perangai bad boy dia! Sudahlah malaun, bad boy pula tu! Harap muka saja handsome tapi perangai? Macam syaiton!
Semakin dia ingin mendekatkan wajah dia dengan aku, tiba-tiba,
"Apa korang berdua buat ni?" suara Taehyung di pintu kelas memeranjatkan kami. Jungkook teruas berundur ke belakang dan mula melepaskan aku. Fuh lega!
Ini bukan kali pertama Taehyung selamatkan aku tau?
Aku mula tersenyum. Adakah Taehyung hero aku yang sebenar? Sudah dua kali dia selamatkan aku.
Kalau macam tu, aku nak tukar crush lah! Tak nak Jungkook lagi. Nak Taehyung lah pulak..
Jungkook kelihatan terdiam. Dan yang peliknya pula, Taehyung pula yang tersengih. Dah kenapa herokurr?
"Bro, kalau nak buat pun, cari bilik laa.. Ini sekolah, bro.."
Kemudian, terletus gelak dari mereka berdua. Damn shitteu! Kurang ajar! Aku ingat kau baik Taehyung. Rupanya.. dua kali lima saja dengan Jungkook! Dua-dua syaiton!
Arghh benci!
Aku menarik muka cemberut sehabis mungkin. Suka hatilah nampak macam beruk sekalipun. Yang penting, aku benci diaorang! Arghh benci!
Tapi Jungkook handsome..
Tak tak tak! Benci! Benci! Benci! Dasar malaun tak guna!
Aku terus menolak dada Jungkook dengan sekuat hati membuatkan dia terkebelakang sedikit. Kemudian aku terus keluar dari kelas kosong itu.
Bila tiba saja di luar, telinga aku menangkap bunyi gelak tawa dari mereka berdua. Ia membuatkan aku... SEMAKIN BENCI!
Eii geram pulak!
End of Chaejun's pov
***
•
•
•
"Huarghh benci Jungkook! Benci! Benci! Benci! Benci! Benci!" Chaejun menggelupur di atas katil dalam biliknya.
Haerin yang berada di meja tulis itu hanya memandang simpati. Kesian pula si Chaejun ni. Tu lah lembap! Crushkan sangat malaun Jungkook tu. Macam ni lah jawapannya kalau kau ada crushing dengan malaun!
Tiba-tiba, Haerin mengukir senyuman jahat. Masa kenakan Chaejun lah!
"Kenapa kau tak biarkan saja dia kiss kau?"
"Kau gila ke? First kiss aku kot! Takkan aku senang hati nak bagi first kiss aku tanpa rela hati?" protes Chaejun.
"Kau kan suka dia."
"Dulu. Sekarang dah tak!"
"Ye ke? Lepas tu dare kau macam mana? Ke kau dah mengalah?" soal Haerin sambil menaikkan sebelah keningnya beberapa kali.
Chaejun terdiam seketika sambil duduk di atas katil. Kalau tak kiss Jungkook, si Haerin bodo ni pula akan sebarkan video dia menari bobo dimana tu. Haih! Tu lah Chaejun. Pandai sangat menari dulu tu kenapa?
"Argh! Aku tak kisah! Kau sebar je lah video tu kalau kau nak sebar sangat! Yang penting aku takkan kiss Jungkook!"
Dia kembali menggelupur di atas katil.
Haerin memandangnya pelik. Nampaknya Chaejun dah betul-betul menyerah kalah kali ini. Tapi.. takkanlah semudah itu dia nak bencikan Jungkook? Jungkook tu crush dia sejak mula-mula masuk sekolah ini lagi.
"Benci! Jungkook dengan Taehyung dua-dua aku benci!"
Chaejun tidak berhenti menggelupur sebaliknya terus meroyan kerana bencikan Jungkook.
***
•
•
•
Puan Jeon menyelak fail ditangannya sambil tersenyum puas.
"Macam mana, Jeon? Deal?" soal Puan Jung dengan tidak sabarnya menunggu jawapan dari Puan Jeon.
"Mendiang Tuan La ada banyak hutang dengan Jeon. Dia lesapkan duit syarikat Jeon sebanyak 3 juta. Walaupun dia dah tak ada, ingat semudah kicap ABC ke Jeon nak lepaskan dia?" kata Puan Jeon dengan nada tidak puas hati.
Senyuman tadi sudahpun hilang dari wajahnya sebaliknya wajah ketat pula dipamerkan. Puan Jung pula yang tersenyum puas kali ini.
"Lepas tu, Jeon nak buat apa dengan anak dia? Jadi orang gaji? Bunuh? Ataupun.. jual dekat Thailand?"
Puan Jeon kembali tersenyum tetapi kali ini dengan senyuman sinis. Dia memandang wajah Puan Jung.
"Semuanya tak! Tengok saja apa saya nak buat dekat anak dia."
"Kalau boleh, Jeon cepat-cepatlah ambil budak tu. Rimas pula saya tengok muka dia hari-hari," kata Puan Jung dengan nada rimas.
"Jangan risaulah, Jung! Tengok saja apa Jeon nak buat. Yang penting, Chaejun kena merana atas perbuatan mendiang appa dia sendiri."
Puan Jung bagai nak melompat bahagia. Bahagianya dia rasa sekiranya Chaejun tidak serumah lagi dengan dia dan Haerin. Senang dia nak buat Haerin bencikan gadis itu dan sayangkan dia. Senang jugalah dia nak tackle harta Haerin.
***
•
•
•
"Jimin tak boleh join kita sekarang. Dia nak sabotage markah exam hari tu. Haha! Nampak sangat dia takut mak dia marah kalau tahu markah maths dia 0%," kata Taehyung sambil tergelak besar.
Jungkook hanya menaikkan sebelah kening sambil tangannya lincah bermain dengan telefon pintar memandangkan mereka berdua kini berada di meja batu.
Taehyung yang seakan faham dengan sikap dingin Jungkook itu hanya tergelak hambar. Macamlah dia tidak kenal Jungkook. Bila lelaki itu dah main telefon, kau cakap dengan dia pun macam dah cakap dengan tunggul.
Dari jauh, mata Taehyung terpandang seorang perempuan yang sedang rehat di kantin sana bersama beberapa orang rakannya. Siapa lagi kalau bukan La Chaejun?
"Jungkook, apa nama budak tahun empat yang dengan kau semalam?"
"Chaejun.." jawab Jungkook ringkas sambil matanya langsung tidak beralih dari telefon pintarnya. Main PUBG ke bang?
Taehyung mengangguk sambil tersenyum sinis. Idea jahat mula tersumbat-sumbat dalam otaknya.
"Mr. Lee minta aku cari orang. Dia janji nak kasi aku 20k kalau aku dapat bawa orang yang meletop-letops gitu."
Jungkook yang sedang bermain telefon itu menjatuhkan telefonnya dengan perlahan-lahan.
"Maksudnya kau nak.." kata-kata Jungkook dipotong Taehyung,
"Pelayan. Nice kan? Aku tengok budak tu apa kurangnya. Cuma muka je nampak innocent."
Jungkook terdiam seketika dengan wajah dingin. Taehyung ini bukan calang-calang orangnya. Di sekolah pun sudah jahat, di luar sekolah? Lagi teruk adalah!
"Suka hati kaulah. Janji bagi aku 10% atas kenalkan dia."
"30% pun aku bagi lagilah!"
"Okay, deal!"
Mereka berdua tersenyum sinis sambil membuat high five. Pasal maruah Chaejun? Mereka kisah apa? Yang penting mereka berdua dapat duit. Itu saja!
Biarpun mereka berdua ni ialah anak orang-orang kaya dan berpengaruh. Tapi itulah bila ada sifat tamak. Mak bapak bagi elaun 10k sebulan pun belum cukup-cukup lagi. Entah manalah mereka berdua pergi labur duit-duit itu. Tahu membazir saja. Tak reti bersyukur langsung!
++++
Kalau anak dah malaun, mak dia apa? 🌚
Maaf atas kekejaman Jungkook dan Taehyung. Ni sementara je 😂
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro