04
"Hyung!"
Jimin menghentikan langkah. Sebelah kiri dan kanan dia pandang.
Tiada orang.
Dia meneruskan lagi langkahnya. Seram pula rasa. Sudahlah dia seorang diri saja di kawasan locker ni.
"Hyung!"
"Hantu mana pula panggil aku ni?" rungutnya perlahan. Langkahnya dilajukan. Sumpah seram!
"Hey Jimin hyung!" bahunya ditepuk dari belakang.
"WARGHH!!" jerit Jimin dengan kuat dek terkejut yang teramat. Mahu tak tercabut jantung dia sekarang.
"Kau ni kenapa hyung?" soal Seungkwan bila kakinya sudah terpacak betul-betul di hadapan Jimin.
"Kau ni! Boleh tak jangan buat aku terkejut? Aku ingat hantu dah tadi." Jimin melurut dada, lega. Bodo tol Seungkwan ni!
"Hahaha! Hyung yang Kingka ni pun takut hantu ke?" Seungkwan tergelak.
"Kau ingat semua Kingka ni berani ke?"
Jimin mula memandang pula ke sekelilingnya kot-kot ada orang lain selain mereka di sini.
"Kau ni boleh tak jangan panggil aku hyung?" soal Jimin lagi dengan geram.
"Alaa hyung ni.. Ada adik pun malu nak ngaku. Nak ngadu kat omma arr gini," kata Seungkwan sambil mencebik dan menghentak-hentak kaki. Gedik betul!
"Kau jangan nak ngadu kat omma lah setan!"
Berang pula Jimin dibuatnya. Memang dia sebenarnya malu nak mengaku yang Seungkwan itu adalah adik dia. Nak buat macam mana kalau abang dah Kingka paling legend takkan adik dia pula dak-dak noob abadi macam Seungkwan ni.
"Okay kalau macam tu, hyung bagi aku duit dulu kalau tak, aku sebar satu sekolah ni yang hyung tu sebenarnya ada adik noob macam aku MUAHAHAHA!"
Jimin mengeluh pasrah. Poket seluarnya diseluk dan dompetnya diambil. Nak tak nak dia kena bagi juga duit kepada budak noob abadi ni.
"Berapa kau nak?"
"1000"
"Kau ingat aku cetak duit ke? Nah ambillah. Ni pun sebab aku peras ugut budak form 1 tu." Jimin menghulurkan Seungkwan wang sebanyak 1000 won.
"Uuh yeah!"
"Dah pergi! Jangan memandai nak bocorkan hubungan kita sudah."
"Bayek hyung! Hehehe!" Seungkwan mencium duit itu sekilas sebelum pergi.
Untung jadi adik Kingka ni. Boleh turut merasa hasil peras ugut abangnya. Eloklah tu, Jimin peras ugut junior dan Seungkwan pula peras ugut Jimin. Keluarga bahagia!
***
•
•
•
Chaejun's pov
"Asal pengetua nak jumpa kau semalam?" soal Taeyong lalu mengambil di hadapan aku bila kami berada di kantin sekolah.
"Ha'ah weyh.. Pe citer? Ni mesti sebab Jungkook malaun tu kan?" Haerin pula turut bersungguh-sungguh nak tahu cerita. Maklumlah semalam aku langsung tak ceritakan apa-apa pada dia.
"Huh! Bukan setakat Jungkook, dengan Puan Jeon sekali ada! Aku ingat dia nak buang aku sekolah dah semalam," kata aku dengan bersungguh-sungguh.
"Ha lepas tu macam mana?" soal Seungkwan pula yang turut menyemak di sini. Yeash! Kami berempat memang geng keparat laut cina selatan. Maklumlah kami ni bespren.
"Memang berdebar gila aku semalam. Tapi yang peliknya, eh tiba-tiba Puan Jeon tu jadi baik pula siap tak kasi aku ganti rugi kereta anak dia," jelasku.
"Wah baguslah! At least Puan Jeon tu baik dengan kau." Haerin siap menepuk tangan.
"Tahu! Bersyukur sikit!" kata Taeyong pula.
"Memanglah aku bersyukur pun.. Tapi.. aku rasa macam ada yang tak kenalah. Sebab Puan Jeon tu tahu semua pasal asal usul aku. Aku rasa macam dia tu... hmm entahlah nak cakap macam mana."
"Alah.. dia kawan parents kau kot," kata Seungkwan yang semestinya tidak tahu siapa sebenarnya aku.
Ye lah dalam sekolah ni, cuma Haerin saja yang tahu aku ni cumalah anak yatim piatu dan hanya menumpang rumah dia.
Aku lihat pula Haerin yang sudahpun terdiam. Wajahnya juga kelihatan lain. Mungkin dia juga pelik dengan Puan Jeon.
Puan Jeon semalam memang seperti ada yang tak kena. Dia langsung tak marah. Setahu aku Puan Jeon tu jenis orang yang tegas dan garang. Itulah yang buat aku hairan sekarang.
Tiba-tiba, suasana di kantin yang biasanya bising seperti tadi kini menjadi sunyi sepi. Dah kenapa pula ni?
"Wey wey crush malaun kau datanglah, Chaejun!" kata Taeyong dengan wajah yang pucat sambil menggoncang-goncangkan bahu Seungkwan yang berada di sebelahnya.
"Kau kenapa ni, Taeyong? Kau ada buat salah ke dengan malaun tu?" soal Seungkwan dengan wajah yang turut pucat.
"Aku.. aku.. aku ada kacau adik dia pagi tadi, Jeon Somi. Huargh! Aku takut!" Taeyong terjerit-jerit macam pondan. Odo kau Taeyong! Tak ada orang lain dah ke nak kacau? Macamlah semua orang tak tahu yang Somi tu adik Jungkook.
Dari jauh, kami melihat Jungkook yang sedang berjalan ke arah meja ini dengan wajah yang kosong dan cool gitu. Kini dia seorang diri saja. Tiada lagi Taehyung mahupun Jimin.
"Aku tak rasa dia nak jumpa kau, Taeyong.." kata Haerin sambil meneguk liur. Memang semua orang takut pada Jungkook ke? Eh macamlah kau tu tak takut pada dia, Chaejun!
"Aku rasa dia cari kau, Chaejun," kata Seungkwan pula sambil memasukkan penumbuk tangan ke dalam mulutnya. Takut sangat dah ni.
Kini, aku pula yang terasa kecut perut. Jungkook semakin dekat dengan meja ini. Dia memang nak cari aku ke apa ni? Tanpa berfikir dengan lebih lama, aku terus bangun dari tempat duduk aku. It's time to run!
Belum sempat aku nak lari, lenganku tiba-tiba dipegang seseorang. Huargh! Jangan kata Jungkook! Tolonglah.. tolong sangat!
Aku perlahan-lahan menoleh belakang. Dan hey ya!!! Jeon Jungkook pegang lengan aku.
T-tapi.. dia pegang lengan aku? Waaa! Crush pegang lengan aku! Jap fangirling!
"Ikut aku," katanya dengan nada mendatar lalu segera menarik tangan aku pergi dari kantin ini. Semua orang yang berada di sini sudahpun memandang hairan kearah kami.
Ada yang terkejut, ada yang pelik dan ada juga yang jealous.
Tanpa banyak soal, aku hanya membuntuti saja Jungkook ni. Walaupun hati aku bahagia bila crush sendiri pegang lengan aku, tapi pada waktu yang sama juga aku kecut perut.
Dia nak bawa aku kemana dan kenapa dia tarik aku? Dia nak balas dendam pasal kereta dia hari tu ke?
Rip Chaejun 2k19!
***
Jungkook melepaskan lengan aku dengan kasar bila kami berdua tiba di dalam sebuah kelas kosong yang berada jauh dari kelas-kelas lain. Kelas ini memang sudah lama tiada orang guna membuatkan semua barang sekolah seperti meja-meja atau kerusi-kerusi yang telah rosak disumbat ke dalam kelas ini.
Aku menggosok lengan aku yang kelihatan sudah memerah. Punya kuat dia cengkam. Sakit tau?! Nasib baik crush, kalau tak dah lama aku bunuh dia!
"Su-sunbae kenapa n-nak jumpa saya? Sa-saya ingat pasal ke-kereta sunbae tu dah selesai," kata aku dengan tergagap sambil menundukkan wajah. Seram kot nak pandang muka dia.
"Siapa cakap dah selesai?" soal Jungkook dengan nada sinis.
"Kan omma sunbae kata nak hantar workshop."
Sesekali aku meneguk liur. Jungkook ni memang nak bunuh aku ke apa sebenarnya?
Tiba-tiba, aku terdengar Jungkook tergelak kecil. Sesekali dia mengflip hair ke belakang gitu. Auu tolonglah jangan goda aku sekarang! Aku rasa dah nak meliang lentok dah ni!
"Aku pelik. Kenapa omma aku boleh jadi baik dengan kau?" Aku hanya terdiam. Wajah masih ditundukkan lagi.
"Atau.. kau sebenarnya bodek omma biar jadi baik dengan kau?"
Aku terus mengangkat wajah dan mengeleng laju. Bila masa pula aku pergi jumpa Puan Jeon ha? Eii geram ni geram! Crush pun crush juga tapi kadang-kadang terasa nak bagi pelempang pun ada.
"Sorry eh sunbae? Saya nak dekat dengan awak pun tak berani. Ni apalagi saya nak bodek omma awak? Awak ingat saya ni kaki bodek orang ke? Ha awak tanyalah omma awak tu sendiri kenapa dia baik!" kata aku dengan berani. Berani ye kau ni, Chaejun?
Jungkook tersenyum sinis. Tapi.. tapi.. sinis-sinis dia tu yang buat aku melting! Arghhh handsome!
"Jadi kau tak berani nak dekat dengan aku? Kalau aniayai kereta aku berani pula?"
Jungkook mula berjalan mendekati aku dengan langkah yang perlahan. Aku pula? Terus berundur ke belakang. Dah kenapa ni?
Akhirnya langkah aku terhenti bila pinggang aku tersentuh sebuah meja buruk. Tetapi Jungkook ni pula masih lagi berjalan mendekati aku.
Eii kau ni Jungkook! Sudahlah kau dah roadblock hati aku. Jangan kau nak roadblock jasad aku pula boleh tak?
Aku hanya meneguk liur bila Jungkook menggenggam erat kedua-dua belak tapak tangan aku. Oleh kerana takut yang teramat, badanku kini sudahpun melentok ke belakang membuatkan belakang badan aku tercium meja buruk tadi.
Tetapi yang sadisnya, Jungkook pula yang membongkokkan badannya sehingga wajah kami semakin dekat.
Kau dah kenapa ni Jungkook? Aku sudahlah kurang iman jangan nak buat iman aku bertaburan lagi boleh tak?
"Su-sunbae ni d-dah ke-kenapa?" soalku tergagap. Mana tak gugur jantung aku. Sudahlah dia siap tersenyum sinis semacam saja.
"Hahaha!"
Tang mana celah lawaknya pula dia tiba-tiba tergelak. Jungkook ni sebenarnya ada masalah mental ke?
"Aku dah agak kau aniayai kereta aku bukan sebab dare. But, you want my attention, right?"
"Ha?" aku sudahpun ternganga hairan. Sejak bila pula aku nak pancing attention dia?
"Stop being innocent, kid! Kalau kau betul-betul takut dengan aku, mesti dah lama kau lari. But now, kau layankan saja apa aku buat kan? Nampak sangat kau sebenarnya nak attention, La Chaejun."
"Tch—" aku berdecit. Punya berengsek kau anak Jeon! Terus dadanya aku tolak dengan kasar. Tapi sayangnya, dia langsung tidak berganjak dari tempatnya. Aku sekali lagi meneguk liur. Kegilaan apakah ini?
"Tepilah!" aku menolak lagi dadanya tetap dia tetap sama.
"Sebab kau betul-betul nak attention aku, why not aku bagi attention aku sekarang?"
Tangannya mula membelai rambut aku dengan lembut. Wey wey apa ni! Kau nak buat apa dekat anak dara orang ni Jeon! Aku suci lagilah! Please.. jangan apa-apakan aku!
Perlu ke aku benci Jeon Jungkook sekarang?
++++
Aku nak bagitahu dari awal, perangai Jungkook memang hanat gila pada awal-awal ni.
Kepada pembaca LIK yang ada di sini, anggaplah Jungkook dalam ni lebih teruk dari Isyraf HAHAHAHA!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro