01
Anda tergoda? Maaf sekarang bukan masanya 🌚
—————☻☻☻—————
"Berengsek! Sedar diri sikit anak pungut!" Haerin menghalakan batang penyapu kearah Chaejun.
"Aku tahulah aku anak pungut! Kau ingat kau hebat sangat ke?" Chaejung menepis batang penyapu yang dipegang Haerin dengan batang penyapu miliknya pula.
"Then, let's fight!" Lalu mereka berdua mula berperang penyapu di dalam tandas sekolah Tun Dr. SiHyuk High School.
"Nah rasakan!" Haerin menyimbah sebaldi air kepada Chaejun. Damn shitteu! Habis basah kuyup!
"Kuang hajo kau Haerin! Mara kau sini! Ni dia bazooka dari nobita!" belum sempat Chaejun ingin menyimbah air kepada Haerin pula, tiba-tiba,
"Hey! Kamu berdua buat apa tu?" tegur Cikgu Baejin sambil mencekak pinggang di hadapan pintu tandas ini. Chaejun dan Haerin terus menundukkan wajah masing-masing dan memandang lantai yang dah basah.
"Cikgu suruh kamu berdua cuci toilet, bukan berperang. Haih! Apa nak jadilah dengan korang berdua ni? Dah lah tak siap homework. Bila cikgu suruh bersih tandas, kamu berdua pula yang nak berperang bagai."
Cikgu Baejin mengeluh berat bila melihat baju Chaejun yang sudahpun basah kuyup.
"Jwusuhamnida(maaf) seongsaengnim.." kata mereka berdua serentak sambil menunduk hormat.
"Maaf maaf! Dah dah pergi tukar baju awak, Chaejun! Habis basah! Macam budak-budak!" Cikgu Baejin mengeleng perlahan melihat kelakuan mereka berdua. Dari dulu lagi Chaejun dan Haerin selalu bergaduh. Kadang-kadang orang lain pun terfikir yang mereka berdua ni musuh ketat, padahal mereka berdualah bespren.
"Kami pergi dulu."
"Cepat! Lepas ni kemas meja saya pula!"
Eh eh damn shitteu juga Cikgu Baejin ni. Kalau mereka berdua buat salah, ada saja yang dia nampak. Tapi kalau anak dia si Suho tu yang selalu tak siap kerja rumah, tak ada pula dia nak marah-marah macam ni.
***
"Adui hahaha!" Chaejun tergelak lalu meletakkan tangannya di bahu Haerin sambil berjalan ke bilik persalinan.
"Wey kau tahu tak semalam Auntie Jung jatuh tangga? Sumpah aku tahan gelak. Bila masuk dalam bilik je aku terus gelak hahaha! Lucu gila dia jatuh sampai terselak kain sarong," kata Haerin sambil menutup mulut apabila ketawanya hampir terhambur keluar.
"Serious eh? Hahaha!" Sedang rancak mereka berdua berbual sambil berjalan, tiba-tiba,
"Wey wey sunbae malaun!" kata Haerin bila melihat Jungkook and the gang berjalan dengan penuh gaya dari arah yang bertentangan dengan mereka berdua. Kejap-kejap dia mengflip hair ke belakang. Fuh fuh mereciks!
Jungkook and the gang itu berjalan berselisihan dengan mereka berdua membuatkan Chaejun terkaku tak berkutik di sini. Alahai semnya..
"Wey Chaejun!" Haerin terus menarik tangan Chaejun sehingga mereka masuk ke dalam bilik persalinan yang sudah berada tidak jauh dari situ.
"Aduh aduh handsomenyaa!" jerit Chaejun setibanya mereka berdua di dalam bilik persalinan.
"Odo arr kau ni. Apasal kau terkaku dekat situ tadi ha? Tahu tak yang uniform kau sekarang ni basah dan melekat-lekat kat badan? Diaorang bertiga tu lelaki tahu tak?" Haerin menepuk dahi berkali-kali. Harap-harap Jungkook and the gang itu tidak perasan dengan Chaejun yang terkaku tadi.
"Ha'ah kan? Ya tuhan apa aku buat ni? Wey malu wey? Diaorang nampak aku ke tak tadi?" baru sekarang si Chaejun ni nak bergelabah.
"Hmm entahlah. Tu mata diaorang, bukan mata aku. Tapi aku rasa tak kot sebab kau kan halimunan dekat sekolah ni hahaha!"
Chaejun hanya menggulingkan mata mendengar lawak bodo Haerin.
"Tapi serious eh diaorang handsome tadi! Jimin aku ermm.." kini Haerin pula yang tergedik-gedik.
"Kan? Huargh! Crush aku macam bidadara syurga!" Chaejun mula melompat-lompat kegedikkan.
"Woi gedik!" Bahunya ditampar Haerin. Chaejun meletakkan tangannya ke dada pula.
"Duh Aduh aduh, aduh Aduh abang,
aduh Aduh aduh jangan—"
Sempat pula kau menyanyi Chaejun oi! Haerin sudahpun tergelak.
"Nak gedik pun gedik juga. Tapi ingat.. dare kau kena kiss Jungkook sunbae tu hahaha! Alang-alang tu bolehlah juga kau curi hati dia."
"Hahaha!" Chaejun hanya tergelak hambar. Kiss Jungkook wey kiss Jungkook! Gila apa punya dare! Kot ye pun, nak kiss kat mana?
Pipi? Hidung? Dahi? Mata? Bibir? Ke semuanya sekali?
***
•
•
•
"Kau pasti ke ni kereta Cikgu Baejin?" soal Haerin bila mereka tiba di hadapan sebuah kereta BMW berwarna putih berkilat-kilat.
"Pastilah! Hari tu aku nampak Cikgu Baejin bawa kereta macam ni. Aku pasti sangat ni memang kereta dia," kata Chaejun dengan yakin.
Dia memandang ke arah padang sana. Kelihatannya Cikgu Baejin sedang melatih bola sepak kepada sunbae-sunbae sekolah ini. Tidak terkecuali juga, sunbae-sunbae malaun kegilaan ramai itu pun turut ada sekali.
"Cepatlah, Chaejun! Dah pukul 6.15 ni. 15 minit lagi latihan tu habis," kata Haerin lalu membuka tin cat. Plastik spray juga turut dia buka.
"Ha ha ye." Dia mula membantu Haerin untuk membuka barang-barang yang mereka bawa itu.
Sekarang, mereka ada misi. Misi mencantikkan kereta kesayangan Cikgu Baejin. Ha suka sangat denda orang! Denda dibalas denda! Kali ini kereta milik Cikgu Baejin itu pula akan diberi denda.
"Nah rasakan!" Haerin mencurahkan cat berwarna hitam ke atas kereta putih itu. Tak lepas dari itu, Chaejun mengambil pula spray berwarna gold lalu disemburkan pada kereta itu.
"Bagus Chaejun! Buat lagi buat lagi!"
Chaejun mengeluarkan pula syiling 50sen dari poket bajunya lalu tersenyum jahat. Ngehehe! Kereta itu mula dia tores dengan duit syiling tadi. Habis calar balar kereta itu dibuatnya.
"We did it!" Haerin membuat high five dengan Chaejun.
***
"Aku balik dulu!" kata Jimin lalu bertumbuk tangan dengan Jungkook dan Taehyung.
"Jumpa malam ni di club!" jerit Taehyung kepada Jimin tanpa rasa segan.
"All right!" Jimin mengangkat sebelah tangan sebelum berjalan pergi.
Jungkook pula mula duduk di meja batu dan mengeluarkan air dari beg sandarnya. Tuala dicapai lalu mengelap peluh yang menitik di dahi.
"Bro! Lepas ni tolong hantar aku balik rumah boleh? Kereta aku duduk workshop," kata Taehyung dan Jungkook hanya mengangguk sambil meneguk air di tangannya.
"Dah jomlah! Aku nak balik ni." Jungkook terus bangun dari duduknya.
Mereka berdua mula berjalan menuju ke kereta Jungkook yang diparking di garaj. Sedang rancak mereka berbual sambil berjalan, langkah mereka terhenti bila tiba di garaj.
"Kereta aku ke ni?"
Jungkook melihat kereta BMW miliknya yang asalnya berwarna putih kini bertukar menjadi hitam. Kesan calar balar seperti ditores jelas terserlah di situ. Siap ada tulisan 'We hate you' dengan spray lagi.
Sesekali dia memandang nombor kereta itu. Ya memang itu dah kereta dia. Tapi kenapa jadi macam ni sekali?
"Shit! Shytan mana yang buat ni!" habis bergegar seluruh sekolah itu kerana suara Jungkook.
***
"Tadi kau cakap tu memang kereta Cikgu Baejin kan? Kenapa Jungkook pula yang jadi stress kat sana?"
Dari jauh Haerin dan Chaejun mengintai mereka berdua disebalik dinding sekolah. Chaejun sudahpun meneguk liur.
"Kereta Jungkook sunbae agaknya. Huargh macam mana ni? Aku tak nak mati lagi, Haerin!" Chaejun menarik kolar baju Haerin berkali-kali dengan gelisah.
"Apa ni tarik-tarik baju aku?" Haerin terus menolak Chaejun membuatkan gadis itu jatuh tertiarap di atas lantai, betul-betul dihadapan mata Jungkook dan Taehyung.
Jungkook yang masih berada di hadapan kereta tadi terpandang ke arahnya. Sekali lagi Chaejun meneguk liur. Haa sudah!
"Eh eh sorry.. Wey Chaejun! Cepat lari!" jerit Haerin lalu terus melarikan diri. Belum sempat Chaejun bangun dari meniarap untuk larikan diri,
"K-kau tunggu!"
Okay rip, Chaejun 2k19..
++++
Maaf sebab chapt 1 ni panjang dan membusankan. Berkali-kali aku cuba pendekkan tapi taabuleh 😭
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro