Puisi Tak Jadi: Hutan Konkrit Di Tanah Tandus(PUISI ISTIMEWA)
Assalamualaikum dan Salam Satu Benua kepada para pembaca buku Puisi Hati: M1N3 ini. Di sini sekali lagi saya menyediakan puisi hasil kolabrasi saya bersama teman seperjuangan iaitu littleNorZack, aelhaiym dan SelarasIstinggar. Terima kasih saya ucapkan dengan berbesar hati kepada mereka bertiga kerana sudi menjemput saya dalam bersama-sama menjayakan kerjasama ini. Terima kasih sekali lagi.
**Nah, formal tak? Dah, itu je, selamat menikmati hasil tak seberapa dari kami. Trimas!
Tajuk: Hutan Konkrit Di Tanah Tandus
Kolabrasi Penulis: JustMine-V/littleNorZack/aelhaiym/SelarasIstinggar
****
Sebaris—
hutan konkrit berdiri megah,
di atas tanah tandus yang tak berbaja
berkawat duri berselirat noda
di baliknya sekeping jiwa mengetuk lemah(dinding nurani)...
"Apa khabar hatimu kini?"
Hutan konkrit mencakar bumbung langit
Menutup pandang pada hamparan biru
Habitat kera mencari makan nasi sesudu
Sepatutnya menghadap Raja dulu
Tapi ada yang ingkar hukum rimba
Sudah lah kera, sombong tak terkira
,dedahan simen
,reranting wayar
,dedaun plastik
ditabur hujah serapah
konon memberi nyawa
pada gumpalah sampah.
berharap bongkah merekah
meranap menadah serakah
Rimba ini keras
Kau akan jadi mangsa
Kalau kau tak reti jadi pemangsa
Dalam rimba ini
Ada haiwan
Ada insan
Ada haiwan seakan insan
Bahkan lebih baik lagi
Ada insan bagaikan haiwan
Bahkan lebih teruk lagi
Maka kenal-kenallah kekerasan
Agar kau tak kecundang
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro