Melodi Angkasa(Special Collab)
Untuk julung kali aku dapat offer untuk collab dari author lain, fuhh... nervous pulak. Apapun puisi kali ni aku collab ngan fav author aku di bahagian puisi, aelhaiym. Biasanya balas puisi kat komen kali ni kita buat satu puisi khusus for Seinfinti Angkasa x Hati.
Apapun first part milik aelhaiym, yang selebihnya ke bawah aku sambung. Wokeyh!
Tajuk: Melodi Angkasa
Penulis: ael(aelhaiym) ft. M1N3(JustMine-V)
//Special collab//
kota sedang rancak berpesta
sedang aku mabuk kasih manusia
ke luar aku mendongak
meletakkan sejambak bunga
di sisi bingkai foto retak
dan terus menapak
sekujur angkasa menyambutku
dia menyentuh jemariku
kami bertari tango
gemini saling menggesek biola
dan koir ursa major bernyanyian
zuhal dan marikh berdiri sejajar
sambil mabuk teguk nebula
dan kejora, dia sedang
melepaskan aurora berkepul
dari bibir mungilnya
angkasa mendakap aku
membuatku asyik dengan lagu
bumi sedang memanggilku
tapi aku buat-buat tak tahu
Dia,
bebola gas berbahang,
bersiul halus berhembus haba,
sinarnya dipuja dari kejauhan,
namun dicela saat ia mendekat.
Dia pula,
kawah-kawah dingin didakap gelita angkasa,
sekadar diteman kejora dari kejauhan,
sedang suria yang setia cuba memberi cahaya,
hingga ia munculkan gerhana.
Dan dia,
iya, dia sebuah planet,
cuma sebuah planet—bernama bumi.
Isinya penuh dengan makhluk,
namun sayang; makhluknya sudah berubah sifat.
Manusia berlumba menjadi binatang,
sedang binatang makin takut(dengan kebuasan manusia),
bumi makin tenat,
dengan sikap serakah isi penduduknya.
Dan engkau...
Di saat semesta hening bersiul merdu,
mengapa engkau biarkan bumi dicemari suara-suara penipu?
Di saat semesta menari senang di atas paksinya,
mengapa engkau tega melihat bumi tenat menghirup pencemaran manusia?
Hilang malu dijaja murah,
hilang maruah menjaja diri tanpa sedar,
hanya kerana ingin terkenal,
namun lupa,
alam yang melihat sudah menggelegak; murka.
Engkau juga tiada kata berbicara; lucu.
Wahai penduduk semesta,
dengarkan kata aluanku ini,
alu-aluan menuju dunia yang kau tak impikan.
Selamat Datang Ke Bumi; planet indah yang kian tenat.
Bukan?
—*—
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro