33. Hina
Kadang kau perlukan lena,
untuk menutup hatimu yang gundah.
Kadang kau perlukan mimpi,
untuk hilangkan luka-luka kenyataan.
Kadang kau perlukan sepi,
untuk membiar sisa rasa hakis dalam hembusan bayu nan sebu.
Kadang yang kau perlu cumalah titik paksi hidup,
agar kau tahu jatuh bangunmu akan ke mana.
Kerana kau manusia,
hati seperti lalang,
fikiran seperti musim,
rasa seperti iklim,
namun engkau,
masih tak mengaku hina.
-M1N3
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro