#2)75. Dia: Kamu[AKU]
Dia;
bersangkarkan kenyataan,
terkurung rapuh dalam anganan(cuma),
terdiam lesu suara yang cuba digema,
hanya kerana di luar sana—
suaranya umpama reriang tak berbayang.
Dia(kamu)—
Kamu(aku)—
Aku(dia)—
Kita sama saja,
suara yang tak terdengar,
hanya kerana kita tiada sebuah nama;
PESONA.
—M1N3
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro