Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

#2)68. Sebatas Bicara Memanjakan Pena

Aku;
bukan membenci kamu
yang seperti gerhana,
namun membenci aku
yang sepolos purnama.

Aku;
bukan membenci kamu yang seperti embun,
namun membenci aku yang hanya seutuh buih sabun.

Aku;
bukan membenci kamu yang seperti angin malam,
cuma membenci aku yang sesebu gerimis senja.

Bukan aku yang meminta menjadi pena,
cuma engkau yang terlanjur menjadi kertas,
bukan aku yang meminta menjadi pembaris,
namun kertasku tergores; saat engkau menjadi pemadam.

Kamu; aku cuba untuk mengerti.

Aku; sukar untuk kau fahami.

Kerana aku dan kamu; hanya sebatas air dan minyak...

Bukan?

—M1N3

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro