Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

#2)64. Aku, Dia Dan Hujan

Semalam...

Dia hadir hulurkan salam;
salam perkenalan dalam kedinginan.

Semalam...

Tika embun pagi dilitupi rintik gerimis,
hadir dia dalam kedinginan— minta dihangatkan.

Semalam...

Sosok kecil berwarna hijau itu berjaya mencuri perhatianku,
roman polos itu bagai minta dipeluk;
inginkan kehangatan dari kasih sesama makhluk.

Semalam...

Perlahan rasa sayang mula menjalar— dari sanubari ini,
seketika dia buat aku kenal,
memori indah di malam hujan.

Namun hari ini...

Tika fajar tersenyum indah dari ufuk timur,
aku dan dia terpaksa berpisah— tanpa kerelaan(ku).

Dia dibawa pergi,
aku dibiar nanar— tertunggu di sini.

Saat sayup suaranya terlintas di cuping telinga,
hati yang cuba untuk kuat kembali hancur— aku menunggunya dalam rawan cuma.

Tika gerimis petang kembali membasahi bumi,
setiap detik itu— pasti ku teringat akannya.

Kerana dia...
teman kecilku; meskipun sesaat cuma—
kami bersama.

—M1N3

*nota kaki:—

Nak dengar satu kisah menarik di sebalik puisi ni?

Puisi ini sebenarnya ditulis berdasarkan kisah kucing aku yang aku panggil Adik. Puisi ni aku buat tentang Adik yang bersungguh sayangkan anak ayam hijau sesat yang dia jaga di malam hujan( kali pertama dia jumpa ayam tu, mungkin). Tapi sayang, esoknya mak aku pergi hantar anak ayam sesat yang Adik dah mengasuh macam ayam sendiri ke tempat lain. Selepas mak aku bawa pergi anak ayam tu, Adik terus monyok seharian.

Makin lama keadaan Adik makin merosot. Aku dan family pada mulanya ingatkan Adik mogok sampai demam sebab anak ayam tu. Sampailah satu hari, Adik dah lemah sangat. Malam tu mak dan abang aku usaha juga beli anak ayam baru 2 ekor, untuk gantikan anak ayam hijau yang sesat tu kepada Adik. Tapi waktu Adik dapat pegang anak ayam baru tu, dia dah nazak sangat. Cuma sempat beberapa minit je Adik kuis dan sentuh anak ayam tu, bagi tidur tepi dia, sebelum sejam kemudian dia mati. Adik yang mati.(Tapi kemungkinan dia mati adalah sebab termakan tikus yang telah diracun).

Apapun Adik adalah seekor kucing, cuma nama dan perangai dia je macam manusia, sebab aku besarkan dia selepas mak dia mati. Dia punya ingat diri dia manusia, sampaikan menyusu pun guna botol susu bayi dan dia tak menyusu dengan mak kucing lain(yang ada dekat rumah aku). Dia tak tahan panas, dia suka naik kereta, dia suka mengekor aku nak pergi mana, ibarat aku pergi kedai naik kereta, dia pun nak ikut sekali. Dia juga ada kain busuk dia, semua... hampir separuh perangai dia macam manusia.

Sebab tu nama Adik sesuai sangat dengan dia. Sebab dia Adik bongsu kami, dan anak aku.

Nak tengok gambar Adik?

*ini Adik. Segakkan dia? Dengan hidung BlackPink nya lagi(tapi Adik bukan BLINK). Dia cerdik, kalah aku. Huhu... .


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro