Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

25 | P E R G I


Saat matahari melabuhkan tirai,
Purnama mengganti cahaya,
Asmaraloka bermadu kasih,
Hingga gapura awangan.

Sendiri aku bermadah,
Tiada kiri dan kanan menemani,
Tuhan,
Aku rindu kepadanya,
Rindu tawanya,
Rindu akan tangisannya.

Tuhan,
Kenapa harus kau hadirkan perpisahan,
Kenapa harus kau hadirkan perasaan,
Tak sanggup mahupun rela,
Aku tanggungnya.

Tiada yang berbeza,
Ditemukan tidak sengaja,
Namun dipisahkan bersama memori,
Tuhan,
Sampaikan kepadanya salam,
Bahwa aku tidak lupakannya.

Terima kasih,
Kerana menjadi cebisan memori,
Untuk gembirakan hari lalu aku,
Pergilah dikau,
Tanpaku.

-fiyaszly-

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro