Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Tangisan

If I am sensitive. 

Why I gotta stop being sensitive? 

Why can't you just be a little bit nicer?


🙤 · ┈┈┈┈┈┈ · ꕥ · ┈┈┈┈┈┈ · 🙦



Aku tersenyum sinis.


Mata sudah berkaca dengan air mata.


Tanganku digenggam dengan sekuat mungkin. Nafasku mula tidak teratur. Menggigil.

Panas. Itulah perasaan yang dirasakan sekarang ini.

"Syafiyyah, kau okey ke?" Sara cuba memegang bahuku.

BUMMM! Tangan yang menepis tadi mula bertukar menjadi sebuah tumbukan kearah loker besi yang berada di tepi.

Kesian loker tu, tak pasal-pasal jadi mangsa vandalisme.

Terdapat kesan lekukan kemik padanya.

Aku rasa, macam tu kot agaknya kalau kesan tumbukan itu mendapat pada lelaki itu.

"WOII, KALAU ADA MASALAH PUN JANGAN AH ROSAKKAN HARTA SEKOLAH!" Sayup-sayup suara itu kedengaran.

"Kau senyap lah bodoh. Tak tahu apa senyap." Hatiku mula bersuara memberontak. Air mata mula bergenang laju dan menitik satu persatu.

Aku menangis semahunya. Mengisi ruangan sepi di sini.

Sara dan Azyan tidak mampu berkata apa. Mereka hanya memerhatikan gadis dihadapan meluahkan isi perasaan yang ada. Tangisan yang mengusik jiwa. Hancurnya seketul Syafiyyah. Yang mula merangkak mengenal erti hijrah, namun begini pula jadinya.

Mereka boleh menjadi saksi, Syafiyyah telah banyak berubah pada tahun itu. Siapa je yang tidak terkejut dengan perubahan yang dibawa olehnya. Dari tudung sekadar melepas syarat sebagai seorang pelajar madrasah, dia datang dengan penampilan seratus peratus membawa imej sebagai seorang yang menjaga al quran. Ya, dahulu Syafiyyah masuk dengan aliran tahfiz dan keluar kerana tidak mahu dilabel sebagai fake dan penunggang agama. Walaupun hanya beberapa juzuk sahaja yang dihafal tapi sudah dikira bagus daripada yang tak hafal langsung. Masalah disiplin juga sudah berkurang atau boleh dikatakan hampir tiada. Tiba-tiba Al-Quds menuduhnya begini siapa saja yang tidak marah. Bahkan orang gila juga akan marah jika barangnya diusik.

Setelah agak lama memberikan ruang kepada Syafiyyah. Sara dan Azyan mengajaknya masuk kembali ke aspuri.

Sara menghulurkan kain muka yang telah dibasahkan untuk Syafiyyah lap. Langkah Syafiyyah lemah dan longlai ditambah pula dengan kesan ubat tidur yang telah dimakannya beberapa jam yang lepas.

Biarlah, malam ini mereka bertiga tidur sekatil.

Biar mereka berkongsi perasaan sedih ini.

Supaya dunia boleh tahu, ada manusia yang menjiwai peribahasa melayu yang berbunyi "cubit peha kanan, peha kiri terasa."

Pagi itu, aku berasa lemah dan letih. Entah, segala macam perasaan bercampur. Bintang yang bercahaya dipandang. Bintang yang tidak lagi menerangi hidupku. Tak sama macam malam-malam sebelum ini. Malam sebelum semalam.

'Aaaa boleh tak taknak pergi sekolah harini.'

Pantulan cermin dipandang. Wajah lesu kesan menangis semalam masih tersisa. Haih macam manalah nak hadap situasi dalam kelas nanti. Semua yang berada dalam bilik harini pun macam takde orang nak tegur aku. Semua tahu ke pasal semalam?

Aku pegang kepala. Pening.

"Fiya. Kau boleh ke gi kelas harini?"

"Tah, boleh je kot. Kalau mampus kat situ, mampus ah". Sara terdiam.

Bunyi bising macam pasar tiba-tiba senyap macam majlis kematian bila ternampak kelibat aku dan Sara. Atau lebih tepatnya aku sebenarnya.

Baru selangkah masuk kelas terdengar bunyi boo. Kipas al Quds. Entah dimana hebatnya jadi ahli al quds, jadi kipas pun jadilah janji ada nama al Quds ye dak?

Air mata mula bergenang dan aku mula menonong berjalan ke arah meja.

Gila. Meja yang telah dibalut rapi menunjukkan kesan retakan. Ditambah pula dengan kesan melekit air manis dan kata cacian yang ditulis halus.

Aku berdiri memandang mejaku. Mujur Sara dah minta tolong akhwat lain tolong bersihkan meja aku. Pasal meja tu nantilah tukar.

Sesi pembelajaran pada hari itu berjalan separuh hari sahaja kerana muallim mempunyai musyawwarah luar daerah. Kelas-kelas yang ada pula dijaga oleh al Quds dan ajk yang telah dilantik semasa awal tahun persekolahan.

Biasalah bila muallim tiada, lumrah mulut manusia akan menjadi pot pet pot pet.

Malang sekali bagiku, ajk yang bertanggungjawab menjaga kelas tidak membenarkan kami untuk pergi ke mana-mana. Biasanya, jika guru tiada kami dibenarkan untuk ke maktabah atau surau. Iyalah, siapa saja selesa jika kelas bercampur lelaki dan perempuan tapi suasana yang dirasakan seperti berada di atmosfera yang berbeza.

"Baiklah, kamu telah maklum bukan muallim Nazri ada meninggalkan tugasan untuk kamu semua?" Kelas sudah mula fokus kepada ahli ajk al Quds atau lebih tepatnya rakan sekelasku sendiri.

"Muallim pesan siapkan tugasan yang diberi. Minggu depan kita akan semak bersama-sama". Katanya lalu duduk di tempatnya semula.

Tirai jarang berwarna putih ditutup semula seperti biasa. Biasa yang apabila tiada pengawasan dari muallim atau mana-mana al Quds.

Kelas yang tadinya senyap kini mula diisi dengan bunyi suara manusia.

Ada yang bermain.

Ada yang membawang.

Ada yang membuat aktiviti tahi mata.

Ada yang membuat kerja sendiri.

Dan, ada yang bertungkus lumus menyiapkan tugasan yang diberi.

Tugasan yang diberi kali ini agak mudah. Kami hanya perlu menyalin beberapa isi penting yang terdapat didalam kitab dan terjemahkan megikut kefahaman sendiri. Kelas seterusnya baru diadakan sesi perbincangan dan soal jawab.

Sedang asyik menghias nota dengan pelbagai warna. Bunyi tentera bawang yang sedang membawang kedengaran dari arah sudut belakang. Bukan calang-calang bawangnya kerana namaku memang sengaja disebut dengan kuat.

Aku pekakkan telinga. Nak minta tolong Sara, kedudukan meja kami agak jauh dan tiada apa yang boleh dibantu sangat. Mulut manusia ni, boleh disenyapkan dengan tamparan je.

"Boo! Ingat baguslah tu".

"Tah, perasan lawa je lebih".

BOOOO! – mereka bookan aku secara beramai-ramai.

Apabila merasakan titisan hangat mula mengalir, aku terus melangkah keluar dari kelas. Tak sanggup hadap situasi macam tu.

Aku malu. Malu yang teramat sangat. Sedangkan kesalahfahaman yang berlaku ini boleh saja dibetulkan secara baik. Bukan melulu menuduh sembarangan orang tanpa bukti yang kukuh.


  (2:191) وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ

Ayat yang biasa kita dengar kan, tapi sebenarnya..

**

Istilah fitnah dalam konteks ayat di atas merujuk kepada penentangan kaum kafir musyrikin terhadap orang Mu'min dan kesyirikan mereka terhadap Allah SWT.

Sangkaan bahawa dosa memfitnah seperti menuduh seseorang adalah lebih besar dosanya berbanding membunuh adalah tidak tepat sama sekali dan tersasar daripada kehendak sebenar al-Qur'an.

Kefahaman terhadap al-Qur'an hendaklah bersumberkan daripada tafsiran para ulama' mu'tabar, dan bukan sekadar sangkaan (zhann) atau ikut-ikutan tanpa penelitian.

Wallahu a'lam. (sumber: web mufti wilayah)

**



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro