Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

SE: Too loud




You cannot control your feelings but you can control your actions



🙤 · ┈┈┈┈┈┈ · ꕥ · ┈┈┈┈┈┈ · 🙦








Kepala masih teringatkan kejadian tadi. Tangan itu mengurut-urut kepala.

Migrain? Tak.

Penyakit kalau orang banyak berfikir.

Tch.

"Argh, serabutlah!" Khairzuran mendegus.

"Siapa? Syaf ke?" Nuaim macam biasa, mood mengusik.

Lelaki itu berlalu meninggalkan Nuaim.

"Emonya", Nuaim membaling bantal kearah lelaki itu.

"Kutip balik!"

Yelah. Nuaim pergi ambil balik bantal.

Khaizuran berjalan menuju ke kawasan ampaian berhampiran. Dia memandang kawasan di sekitar belakang asrama tersebut. Terdapat 3 tangki plastic bewarna hitam disitu.,

Port paling boek untuk dia melepak pada suatu ketika dahulu.

Kawasan itu masih berwajah sama seperti dulu. Lantainya dipenuhi dengan dedaun pokok yang mula mengering.

Hah, dia meraupkan rambutnya sendiri. Dari sini, dia dapat melihat seorang sahabatnya yang satu itu sedang melayan perasaan.

Ranting kayu pada tangan dimainkan ke tanah.

Haih, segundah gelana itu kah hati engkau?

"Bro."  Bahu sahabatnya itu disentuh.

"Hm?" Dia menoleh.

"Aku nak tanya jawab jujur."

"Yes, sure" Tangan dihulur ala gentleman.

"Aku selalu perasan syaf pandang kau, even kau pun kadang-kadang pandang dia balik. Korang ni memang ada something ke atau aku je yang rasa macam tu?"

Seraya itu, sebatang rokok dikeluarkan dari kotak. Kemudian, rokok itu diselitkan diantara kedua bibirnya itu.

"You want some?" Khai menghulurkan kotak kepada Hadif.

"Sokey, thanks." Hadif menggeleng.

Rokok disisip dan dihembus. Bimbang juga dengan sahabatnya yang seorang itu.

"Entahlah, aku tak pasti. Kalau ye pun aku tertengok. Aku tengok balik sebab nak tahu sebab. Tambah plak dgn coklat dgn surat tu.." dia berjeda

"Kenapa? Kan aku dah kata memang dia yang bagi surat tu dekat kau. Mesti tu berkait dgn dia peluk kau haritu."

"Tak. Aku tak rasa dia." Berat mulut itu berkata.

"Takpe, kita cuba siasat benda ni minggu depan. Lagipun, super senior takde, automatic kita yang conduct sekolah. And that day, hari kita."














You are being too loud

Can you stop?

Like.....

Can you just not step on our gowns?














Hari ini hari super senior buat program jelajah mahabbah ke penempatan orang-orang asli. Senior year, haruslah buat aktivti yang luar jangkaan bukan.

Lalu yang beberapa bulan bergelar senior diberikan amanat untuk menjaga junior di sekolah. Aku sendiri pun pelik, kalau tak cukup org nk jage suh ah dorg balik umah

Let them balik rumah. Yang mana duduk jauh je stay asrama kan senang tu?

Wal hamdulillahirabbi alamin

Amin.

Taqabbalullahuminnawaminkum. Suara imam bergema disebalik mikrofon itu. Lalu disambut dengan Jemaah.

Inna waminkum taqobbal ya kareem.

Telekung dicabut

"Perhatian kepada semua senior tahun tujuh, semua dikehendaki berada di kelas pada pukul 9 malam nanti. Anda diwajibkan untuk menghadirkan diri."

Aku yang tengah betulkan tudung depan cermin berhenti jap.

Ada apa sara?

Entah, sambil tangannya mengebas-ngebas stoking.

Setelah puas menelek kekemasan diri masing-masing. Kami segera menuju ke kelas. Kelas dah hampir penuh. ngam-ngam. Tak sempat kerusi dah panas terus kelas di conduct oleh lelaki berjubah hitam itu. Rasanya dia salah seorang daripada al quds. Lupa dah nama apa, orang tak penting ni tak perlu ingat nama pun kan?

"Pertama-tama kalinya sebelum memulakan agenda utama kita, mohon maaf kerana membuat perjumpaan ini secara mengejut". Lelaki itu menunduk membetulkan kaca matanya, seraya menyambung. "Pihak kami mendapat makluman daripada orang-orang kami bahawa terdapat dikalangan kamu yang membuat maksiat". Pandangan matanya memerhatikan ke setiap muka-muka yang ada di perjumpaan itu.

Kedudukan tirai jarang berwarna putih yang berada ditengah memisahkan kami kepada dua kelompok. Walaupun duduk disebalik tirai, aku dapat merasakan bahawa ada beberapa pasang mata sedang memerhatikan gerak-geriku.

"Baiklah,  jadi saya menyerahkan kepada ahli Al-Quds yang lain untuk berbincang mengenai agenda perjumpaan malam ini". Dia mengundurkan diri setapak ke belakang bagi memberikan laluan.

Lelaki berkaca mata itu duduk semula menyertai yang lain di hadapan. Mereka yang duduk dihadapan adalah orang-orang berpangkat tinggi sahaja. Kedudukan mereka seperti hendak bernasyid. Mereka seolah-olah masih lagi menentukan siapa yang bakal berucap nanti. Suasana mula riuh, namun itu tidak bertahan lama.

Aamir Al-Quds. Ketua biro Al-Quds itu tampil ke hadapan.

Bunyi bisikan manusia yang bercakap antara satu sama lain bertukar sepi. Hanya bunyi kipas berputar ligat  sahaja yang memenuhi ruangan ini.

Pelik.

Kenapa semua orang tiba-tiba senyap. Tadi punyalah bising, kalah penjual dekat pasar borong.

"Seperti yang kamu semua telah maklum tadi, terdapat dikalangan kita yang membuat maksiat dan telah membuat maksiat. Wahai pendosa, insaflah sebelum nyawamu ditarik. Bertaubatlah segera". Lelaki itu seakan menggertak. Bercakap macam takde point ni susah jugak.

"Mesti kalian tertanya-tanya, apakah kesalahan yang telah dilakukannya sehingga kamu semua perlu berkumpul disini? Betul bukan?"

"Betul", kami menjawab beramai-ramai. Suara-suara halus menyembang kedengaran semula.

"Semua diminta berdiam dan sila tenangkan diri masing-masing. Jika anda tidak bersalah, tiada apa yang perlu dirisaukan. Sebelum itu, izinkan saya bercakap menggunakan bahasa yang mudah difahami. Kekok pula nak bercakap perkara sebegini dalam keadaan yang tersangat formal". Kopiahnya dibetulkan sedikit.

"Eleh, dari tadi lagi ayat meleret. Straight to the point terus tak boleh ke?", aku berbisik ditelinga Sara. Tanganku menjadi penghadang daripada pandangan mata-mata di depan.

"Ingatkan semua fokus nak tahu. Ada lagi yang buat perkara ni main-main. Mentanglah duduk belakang, ingat saya kat depan ni tak nampak ke?".

LOL. Main sindir-sindir pulak.

"Isu ni bukan baru terjadi tahun ni je, malahan sebelum-sebelum ni pun ada. Cumanya, tak sangka benda ni tercetus daripada pihak akhawat". Dia berdehem membetulkan suara yang sedikit serak.

"Bagi kami, kesalahan antunna sangat melampau. Bukan dari pandangan peraturan disini je, dari sudut dosa pun salah tau. Ada ke patut, seorang wanita berjumpa dengan lelaki dekat tempat yang gelap? Macam perempuan lorong".

"Betul", suara-suara garau menyokong.

"Ada ke patut, seorang wanita berbalas surat dengan bukan mahramnya? Ni baru sikit, belum mention pasal couple lagi, flirt and so on. Para akhawat, tolonglah. Tolong sangat-sangat, jaga maruah diri korang tu. Jangan jadi murah dan nampak murah". Matanya memandang kearahku. Amenda ni pandang lama-lama. Kata jaga matalah, ikhtilatlah. Waklu. Aku sudah mula menyampah.

"Last but not least, perjumpaan ni habis dalam ni je. Takyah bawak keluar sampai orang lain tahu. Yang ada dalam ni, pegang amanah betul-betul." Nafasnya ditarik. Macam sedang mempunyai masalah besar.

"Boleh tahu siapa yang cuba-cuba flirt para ikhwan?" Dia berhenti beberapa ketika. Mungkin ingin 'orang' tersebut mengaku. Tetapi kalau dalam public macam ni memang takdenya orang nak mengaku. Kalau aku jadi dia pun taknak.

"Hm, takde sape nak mengaku kan. Tidak mengapalah, mungkin perkara ini kami akan usulkan kepada pihak atasan". Dia bercakap secara formal semula, bahasa yang sering digunakan semasa majlis-majlis rasmi.

Stress!

Kenapa semua ahli al-Quds pandang seperti kesalahan itu dilakukan olehku?

Bukan aku.


Unedited.

5.16 pm, 10/6/2020

SE, stand for Special Edition.
6/9/2020, 7.30pm

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro