Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

SE: Fe-minist

Mulut orang kita tak boleh nak tutup,

Tapi boleh tampar.


Kill them with your pretty IQ


🙤 · ┈┈┈┈┈┈ · ꕥ · ┈┈┈┈┈┈ · 🙦


Sepanjang berpijak pada bumi yang tiada tiang yang memaku awan, aku tidak pernah melihat seseorang melepaskan kemarahan betul-betul tepat di hadapan muka aku.

It is fucking right into my innocent face!

Lampu pendaflour yang berkelip malu tak malu seperti kelab malam menambahkan lagi perasaan gerun dalam diri.

Nafasku masih lagi laju, sepertimana lajunya jantung mengepam salur darah.

Syafiyyah, tengah berdebar ceni pun boleh ek buat banyak fikir.

Walaupun Khai menumbuk pintu, terasa macam diri sendiri aje yang kena tumbuk.

Bayangan mereka telah lama hilang dari pandangan, namun begitu aku tetap saja takut. Dalam menahan gigilan, langkah dikuatkan untuk pulang ke aspuri.

Oh Sara si heroinku, bila aku perlukan kau lah kau takde.

Aquew lemah.




















Mata meliar pada luar kelas. Sekali sekala duduk tepi tingkap seronok jugak kan.

Petang-petang camni kalau tidur best gak. Angin pun cun je.

Aku bangun sekejap membetulkan postur badan yang mula lenguh.

Gila tak lenguh. Orang kerja 8 jam je sehari, yang jadi budak asrama ni dah macam overtime dah.

8 + 1.

Punggung dihenyakkan kembali diatas kerusi sendiri. Sejak orang-orang mula mengganti tugas cupid si malaikat cinta, aku terpaksa menyelitkan diri pada meja Sara. Boleh dikatakan meja Sara sekarang adalah mejaku juga. Kalau mula-mula dulu boleh lagi nak kongsi kerusi, ini macam dah setiap masa boleh kematu bontot!


Kadang-kadangkan, aku rasa tak selamat.

Unsecure.

Hm.


Kalaulah aku ni anak kangaroo, mesti doplohpatjam mama akan simpan aku dalam karungnya.


"Hei crybaby, apa yang kau menungkan tu?" suara Sara memecahkan lamunanku daripada menjadi si anak kangaro. Fuh, kus semangat! Aku menjulingkan mata padanya.

Tangan mula menyambung contengan yang entah apa-apa.

"Ke kau dah mula ada bunga— oww!"

Kaki menendang sedikit dari bawah meja.

Meja bergegar. Habis terconteng kerja sekolah Sara.

"Fiya!" dia memandangku tajam.


Eh rasain lo, macam tu lah aku hari-hari bila kena macam-macam tomohan.


Shhhhhh. Bunyi suara bayi shu, shu berbunyi.


Sikit je pun. Kecohlah Ikhwan ni.


Aku senyum senget kearah Sara.

"Hee, jangan marah. Nanti kena jual." Aku mengenyitkan mata kepadanya.

Sesekali, mata ini bergerak kearah Hadif yang sibuk dengan buku-bukunya itu. Aku tidak tahu ini sekadar mainan khayalanku sendiri atau realiti, mata nakalnya mengerling ke arah aku.

Pendek kata, pandangan kami kadang-kadang bersatu. Namun, pandangannya itu penuh dengan sesuatu. Sesuatu yang aku sendiri tidak pasti.

Hati kata tak mahu tapi perbuatan seperti mahu. Mata ini melawan tuan.

Aku ralit memerhatikan jari-jemarinya yang cantik itu. Kukunya bersih terjaga rapi dan dipotong pendek. Jarinya yang runcing mengalahkan perempuan.

So bae!

Ciri-ciri yang ada padanya tersangatlah seperti senarai yang aku mahukan. Tapi, nationality menjadi penghalang.

Eh?

Hailah, kalau ada yang lain tolong bungkus ikat tepi. Bawa menghadap saya ya. Kalau ikat mati nanti mati, kesian pulak baru tak kemana dah single balik.. uhuks!








Ehem. Dia berdehem.

Lelaki itu berdiri di tengah kelas.

Mata-mata yang fokus ke arahnya mungkin membuat rasa gugup.

"Bismillah" lelaki itu membaca perlahan.

"Hari ini saya nak buat sedikit pengisian beberapa minit sebelum tamatnya waktu prep petang ini. Teguran ini terbuka kepada siapa-siapa antara kita. Apa yang nak disampaikan adalah berkenaan dengan maruah. Tolong jaga maruah."

Nafasnya ditarik dalam dan dihembus perlahan.

"Kalau boleh semasa ikhwan berada di dalam kelas, sebelum roll call terutamanya.. Akhwat disarankan untuk tidak masuk kelas. Bukan sahaja tidak elok pada pandangan manusia, pandangan Dia di atas juga tidak elok. Sama-sama menjaga diri kita kearah kebaikan."

"Saya mohon sangat, tolonglah jaga maruah kamu terutamanya akhwat." Badannya terkalih sedikit pada kedudukan para akhwat.

"Janganlah selalu sangat berjumpa dengan bukan muhrim kita. Boleh mendatangkan fitnah, lagi-lagi dekat tempat yang orang tidak nampak, yang orang jarang lalu lalang."

"Ni mesti kes aku jumpa awan haritu, lampu pendaflour dia rosak siot. Duk liplap macam kelab malam" Aku mengabaikan lelaki itu.

"Akhirul kalam, pihak Ameerah Al Quds sendiri pernah pesan kot dekat kelas-kelas senior. Kalau boleh, jangan biasakan selak tudung semasa hendak  menulis atau semasa kami ada. Maaflah terpaksa cakap, bentuk badan kalian berlekuk. Ditambah pula dengan gelak masing-masing.. Tolong lah, tolong. Bantu kami dalam menjaga iman. Sekian, itu sahaja daripada saya."

Bila nampak je lelaki itu mula hendak meninggalkan meja guru, aku terus bangun.

Akulah orang yang paling marah dalam hal ini. Kalau berlekuk nak buat macam mana, dah kejadian kami memang begitu. Nak pakai kotak ke supaya tak melekat?


Heh.

Tall and skinny girl.

How lucky if every girl were born like this.


"Kalau seseorang itu kurus boleh diterima lagi untuk teguran pakaian longgar, tetapi bagaimana pula dengan yang bambam, semulajadi berisi?"

"Cik-cik bitterful gojes sekalian, saya bukan nak body shamming ke apa tapi we need to stand for our right." Aku berpaling kepada akhwat yang berada di belakangku.

Suaraku terlalu comel persis remaja yang belum dilanggar trak. Percayalah, aku tengah marah ni. Walaupun nada suara takde rupa tengah marah.

Nak hadang pakai kotak? Dari loose ke bawah jadi pat segi? Camtu?

Kau ingat bento nak comel dan duduk diam-diam dalam bekas.

"Kami kan... aku sendiri tak pernah pandang lelaki, lebih-lebih yang pakai seluar fit ikut bentuk kaki. Belum lagi jenis malam-malam masa waktu prep pakai jersi takpun baju melayu yang ikut body shape. Padahal, badan tu keping je. Trend what? Hipster?" Aku sengaja menyoal.

Like, we ain't horny for that right?

"Hah kenapa? Takde pulak ikhwan kena tegur public macam ni. Dah kalau Ameerah al Quds tegur then for us jelah." Jari telunjuk menunjuk-nunjuk keatas meja.

"Oh men, listen here. Not everyone... urgh!"

Bila geram sangat ni mula lah nak speaking. Bazir je air liur kalau diorang ni tak faham.

"Dengar ya, bukan semua orang dibesarkan dalam keluarga yang biah solehah. Ayah yang can lead imam solat. Bersyukurlah kami-kami ini sahaja yang dapat bawa imej selari dengan pakaian ini dengan sebaik mungkin. Kami ibarat manusia baru bertatih. Lagipun, nak dakwah tu kan macam feed baby? Kau tak boleh terus terjah dia ajar macam-macam."

Masing-masing terdiam bila aku mula bersuara. Dapat lihat wajah masing-masing dari sini.  Ada yang tergamam, yang tengah gentel hidung, da nada yang cuba menahan tawa.

Urgh. Suara shamming! Check!

Tapi tu semua tak penting sebab yang pasti..

Sebab..

Dari sini, aku dapat melihat, riak wajahnya berubah. Keruh kalah air sungai tercemar.


Syafiyyah 2 – 0 Khai


Mereka ni dah tahu sangat. Kalau seketul akhwat yang bernama Syafiyyah mula lantang bersuara, mesti bermacam fakta yang akan keluar daripada mulut dia. Tidak dinafikan, kata-kata gadis itu sebenarnya betul belaka.

Kerana itulah, tiada siapa yang berani memotong semasa aku bercakap.

Rasa macam nak mendabik dada je. Ni, juara debat daerah negeri tau.

Tambahan pula, dia memang terkenal dengan sifat memerhati.. Sejak-sejak bersara jadi troublemaker lah. Tambahan pula, ahli debat kan selalu baca buku. Uish, lagilah kepala otak geliga. Kalau boleh, kata-kata orang tu semua nak bidas. Macam guna pemukul lalat.

"Thank you for coming to my ted talk. Rasa dah boleh get ready Asar kot." jam ditangan dikerling seimbas lalu. Tangan terus menarik Sara keluar dari situ.

Beraninya kau cakap macam tu tadi. Salute lah babe!" Salah seorang dari akhwat berkata kepadaku.

Urgh.

Confirm. Confirm kena cop feminist nanti.

Inilah sebab mengapa aku kurang gemar dengan sikap pelajar di sini. Kuasa brainwash yang tertanam dalam diri seorang akhwat disini adalah menerima apa jua teguran daripada ikhwan. Tanpa bantahan.

Kerana apa?

Demi maruah diri. Demi menjadi solehah. Kata mereka.

Bukankah menjadi manusia ini harus saling melengkapi?





31/5/2020, 5.15 pm

9/6/2020 1.40 am

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro