Rumors
The rumors are terrible and cruel
But Honey, most of them are true
What was that? Is it true?
🙤 · ┈┈┈┈┈┈ · ꕥ · ┈┈┈┈┈┈ · 🙦
"Pphewiit, Hadif!"
Laungan suara daripada arah surau yang memisahkan antara laluan aspura di seberang sana kedengaran.
Aduh.
Serabut betul lah.
Semenjak daripada kes itu, banyak suara-suara sumbang mula shipkan aku dengan Hadif. Bagai cupid yang sentiasa menyibuk urusan cinta orang lain.
Panah ke sana, panah ke sini.
Ke sana, ke sini.
Jalan paling selamat, aku rela bergerak seawal atau selewat yang mungkin bagi mengelak daripada bertemu dengan orang ramai. Itupun masih ada makhluk yang tersedar tentang keberadaan aku. Lepastu mula lah buat bunyi tikus.
'Dalam seramai-ramai bani melayu dekat sini takkan lah mamat Petani tu jugak korang nak ship.' Aku berdesis perlahan.
Kau tahu, classmate akhwat yang memang terkenal dengan suara emas boleh pulak tiba-tiba jadi bontot ayam. Pot pet je kerjanya. Sengaja duk kenen-kenenkan aku dengan Petani tu lah.
Girls, where is principle of lower down your voice?
Bla, bla, bla...
Lebih-lebih lagi sekarang, kelas sudah bercampur antara ikhwan dan akhwat. Zaman kanak-kanak tak cukup sifat dulu takpe lagi. Orang-orang hanya mengenal pada nama. Perasaan malu mula menyerbu dalam diri.
Aku pressure. Buat-buat tak dengar.
Sampai satu tahap, nak berjalan seorang diri pun malu yak mat!
Ah, aku seorang Virgo kot.
Perasaan malu yang menebal dalam diri ku tepiskan, aku berjalan secara menundukkan pandangan. Mata setia terarah pada kaki yang tersarung dengan sandal berwarna-warni. Apapun, buat masa sekarang malas nak ambil tahu dengan apa-apa perkara.
"Piya."
Marwan mengamitku kemari.
Terdapat kesan peluh pada tepi sideburns lelaki itu. Mesti baru habis latihan memanah ni.
"Susu ada kirim pastry dekat kau." Marwan menghulurkan plastik jernih itu kepada aku.
Susu ialah nama panggilan ibu saudaraku yang bongsu. Merangkap juga ibu kepada Marwan. Jadi, wajar sajalah jika aku selalu meminta bantuan dengannya.
Aku menyambut hulurannya itu.
Untungkan, sekolah berasrama pun masih dapat merasa air tangan ibu sendiri. Walaupun bukan setiap kali aku mendapat makanan seperti ini, sekurang-kurangnya ada yang masih ingat padaku.
Sebab itulah aku paling suka hujung minggu.
"Sedapnya! Dah lama tak makan." Plastik di buka dan kepala menjenguk sedikit ke dalam.
"Buku yang aku mintak haritu bawa tak?"
"Ya, ya. Bawaklah."
"Nah." Huluran bertukar tangan.
"Jangan bagi rosak pula tau." Jari telunjuknya menegak di hadapanku.
"Tahu. Macam tak biasa pula bagi pinjam dekat orang." Tanganku mula membelek-belek buku tersebut.
"Dah lah, raklu."
"Eh, sabajap!" Pergerakan Marwan terbantut.
"Apa dia?" Dia berpaling semula ke arahku.
Aku masih berfikir-fikir.
"Takpelah tak jadi."
Mata mengikuti langkah dia yang mula menjauhi ruangan kantin.
Ah! Tempat paling strategik bila hendak berjumpa dengan jantina berlainan kalau bukan di kantin, mesti di surau. Alah, tiada apa yang nak di pelikkan sangat. Dah nama pun tempat biah solehah.
Dalam sibuk layan perasaan bagaimana nak mengatasi khabar angin ini, aku jadi teringat dengan desas-desus yang mengatakan ada akhwat cuba membuka langkah untuk kenal-kenal dengan si dia.
Aku buat biasa jelah sebab bukan aku yang bagi. Lagipun, gosip ini tersebar dikalangan kaki-kaki yang ambil tahu pasal gosip.
Sekali tersebar, fuh macam fitnah. Eh, gosip memang berita yang belum tentu betul kan?
Bahuku terasa dicuit oleh gadis bertelekung itu. Bacaanku terasa terganggu. Antara waktu maghrib dan isyak ini adalah waktu yang strategik untuk mengulang dan menghafal beberapa ayat baru sebelum tibanya hari esok.
Dan aku pun berada di sini, dalam bilik yang bersuhu tidak ubah seperti berada di rumah ratu Narnia. Aku tidak tahu samada remote yang rosak atau suhu penghawa dingin ini sengaja disetkan pada paras yang rendah.
Tak semena-mena kena panggil dengan warden. Beberapa biro disiplin al Quds turut berada di situ. Buat malu je, kes hari itu pun dah malu. Ini, bertambah pula yang lagi satu.
"Kamu semua boleh beredar sebentar dulu. Saya perlukan ruang antara saya dan dia sahaja."
Huh?
Aku memandang wanita muda dihadapanku ini.
"Syafiyyah." Dia berjeda seketika.
"Saya suka dengan nama kamu. Kamu tahu tak maksud nama kamu ini?"
Aku menggeleng perlahan. Tangan mula bermain dengan jari-jemariku.
"Syafiyyah bermaksud Penawar, Yang Indah, Yang Baik. Nama yang cantik, seperti tuan empunya nama."
Aku terkebil-kebil mendengarkan itu.
"Kenapa dengan kamu ni? Tak cukup ke dengan troublemaker yang telah kamu buat sebelum-sebelum ini?"
Dahiku berkerut. Automatik kening terangkat sebelah.
"Urm, saya tak faham puan cakap apa."
Dia membetulkan duduknya. Kedua tangannya disatukan dan diletakkan di atas meja.
"Syafiyyah, terus terang saya cakap. Kawan-kawan kamu buat report pasal kamu cuba mengorat pelajar daripada negara jiran. Rakan sekelas kamu sendiri."
"Saya tahu kamu ada rupa, cantik dan pandai pula orangnya. Jadi, tidak sepatutnya kamu berbuat begitu. Kejarlah cita-cita kamu dulu, sampai masa adalah jodohnya."
Panas. Panas hati. Badan rasa nak terbakar.
"Ini." Ditangannya terdapat sepucuk surat -- so called love letter. Aku tahu, dia sengaja melayang-layangkan surat tersebut di hadapanku.
Bagai menjawab persoalan yang bermain difikiranku, dia lantas menyambung.
"Hadif dapat coklat bar, surat ni terselit dekat situ sekali." Surat itu dihulurkan kepadaku.
Surat itu dibaca dengan teliti.
Nonsense.
Sumpah nonsense.
Tulisan yang berada di didalam surat tersebut seakan sama denganku jika dilihat dengan sekali imbas. Sehinggakan aku yang tidak terlibat ini pun terkejut pabila tengok tulisan sendiri.
Tinta pena yang tercatat pada surat itu sangat kemas.
A for effort.
Walaupun ayatnya pendek dan ringkas, ia tetap juga menggelikan aku. Monyet pun takut nak mengaku perkataan CINTA!
"Puan, bukan saya yang tulis surat ni." Ku suakan senyuman pahit kepada wanita ini.
Aku menghulurkan semula surat tersebut kepadanya.
"Puan pun tahu bukan saya bukan seorang falsafah bahasa? Lagi-lagi penggunaan bahasa melayunya tinggi macam ni." Automatik, senyuman tadi bertukar sinis.
"Penggunaan bahasa dekat sini pun saya tak lepas, ni kan pulak nak tulis ayat jiwang dekat seseorang yang konon sayang tu. Jadi, dekat sini terbukti puan atau orang yang report tu dah salah orang. Pelaku sebenar masih berada di luar sana." Bunyi geseran kerusi kedengaran.
Aku mula berdiri. Tidak sabar mahu beredar dari situ semakin membuak-buak dalam jiwa.
"Saya minta maaflah kalau macam rude, dah bukan saya. Takkan nak mengaku pulak. Lagipun bukan saya seorang yang tulisan macam ni, cubalah banding dengan siapa-siapa. Cuma kena gigih je."
Aku terus keluar daripada bilik itu tanpa berpaling lagi.
Itu, pada dua minggu yang lalu.
Pembacaanku terhenti.
Kali ini, lama pula aku mengambil masa untuk menghabiskan buku ini. Tapi sebab asyik ada halangan, pembacaanku selalu terbantut. Sehinggakan tiada mood nak membaca sampai habis.
Janji dengan Awan haritu seminggu dua je nak pinjam.
Jam di pergelangan tangan dibelek, lagi beberapa minit sebelum tamat waktu prep. Memandangkan kelas Marwan berada pada bangunan sebelah, aku segera mengemaskan apa-apa yang patut. Bangunan itu menempatkan pelajar-pelajar ikhwan sahaja jadi agak sukarlah untuk aku mendekati kawasan di sekitar itu.
Tangan mula melambai bilamana ternampak kelibat Marwan. Isyarat jumpa dekat surau segera dilayarkan pada pandangan. Dia mengangguk.
Aku dapat melihat di belakang Marwan ada seseorang. Dia jarang datang berdua. Eh? Ke sebab aku je yang kurang peka ni... entah lah..
"Ni buku" aku menghulurkan buku kepadanya.
Dia menyambut huluran itu.
"Hm... Dekat aspura ada orang cakap apa-apa tak pasal aku?" aku memulakan perbualan.
Perbualan yang dah lama aku nak tanya.
"Tah. Bukanlah takde langsung tapi dengar-dengar kau dengan hadif ada something. Betul ke?"
"Awan pun percaya?"
Wow. Aku membuat riak terkejut tidak percaya.
"Taklah tanya je."
"Penat tau cakap tak, semua orang tak percaya."
"Kau buat bodo je. Nanti lama-lama hilang lah."
Hm. Hilang lah sangat.
It just rumours.
"Eh kau sini jap." Suaranya mengarah tanpa nada.
Hah? Muka blur tertanya. Kepala tertoleh kepada empunya suara yang memanggil.
Tengok Khai dengan Hadif terus rasa badan semakin mengecil.
"Watch your attitude lah Sya, dont mess with budak baru. Dia tak tahu apa"
"Apa apa ni? Kau nak serang aku ke sekarang?"
Aku bertentang mata dengan dia.
BUK!
Khai menumbuk pintu yang berdekatan di tepi dia.
'Makkkkk, pick me up. Im skek!'
Aku takut. Jantungku berdegup kencang. Seakan memberi petanda.
"Jangan ingat kau boleh lepas."
Mataku berkelip-kelip memandang lelaki itu. Aku ditinggalkan dengan penuh persoalan yang bermain diminda.
Once a liar will be a liar always.
And,
A liar will forever having a pathetic and alone life.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro