Persepsi
Edited. 22/6/2020, 4.17pm
Aku hanyalah seorang yang berjiwa puitis. Kerjaku hanyalah menghasilkan sebuah karya. Jika ada mengambil upah untuk menulis sepucuk surat cinta sekalipun, aku tetap saja ambil. "Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan", tidak tahukah mereka akan peribahasa melayu tersebut? Kata sayangkan negara, bahasa ibunda sendiri tidak mahir.
Marah. Aku sangat marah, apabila al-Quds sesuka hati menggelar perempuan lorong. Siapakah engkau, untuk melabel sehingga sebegitu sekali?
Aku juga geram, tidakkah dia tahu bahawa bukan semua orang datang daripada islamic background. Berbalas surat? Itu juga sama seperti penggunaan chat room di social media. Couple? Bukankah itu akan berlaku jika ada persetujuan daripada dua pihak. Kalau tak suka, rejectlah. Pakai ayat islamik yang selalu kau agungkan sangat tu. Tembak lah hadis sikit, nak dakwah sentap sangat kan? Flirt? Celah mana nak flirt kalau berlainan jantina pun susah nak terserempak. Berjumpa jauh sekali.
Konon, habis dalam ni je. Percaya? Korang pun percaya ke? Nope, they will talk about it sampailah engkau sendiri tahu mereka bercakap tentang perihal engkau. Sehingga orang lain tahu, engkau yang buat kesalahan itu. Sekiranya perkara itu betul, pandai-pandailah diri sendiri tanggung. Jika mereka tersalah tunding? Usah kata memohon maaf, tiada satu perkataan pun yang terbit daripada mulut mereka. Seolah-olah "Oh, kami juga manusia yang berbuat silap".
Tipulah, kalau tidak terasa jika dilabel perempuan murah dan tidak bermaruah. Lalu, mereka yang ada dalam al-Quds tidak bermaruah juga lah jika mereka melayan. Mengapa harus menyalahkan satu sisi sahaja? Bukankah malaikat Atid tidak memilih sama ada engkau orang agama atau pendosa, segala perbuatan pasti tercatat pada buku amalan. Salahkah untuk terasa, kerana tadi secara terang-terangan Aamir al-Quds menunding jari kearah perempuan. Lainlah kalau aku transgender, berupa seperti perempuan tetapi hakikatnya lelaki.
Inikah al-Quds yang selalu dikatakan orang tu? Biro Qudwah Hassanah. Sangat.
"Wei kau taknak balik lagi ke? Aku malas duduk dalam ni lama-lama". Bahuku dicuit. Sara mengipas mukanya, menandakan dirinya sedang menahan kepanasan. Aku tidak dapat meneka perbuatan Sara, memang betul kepanasan atau panas punggung.
"Eh, mestilah nak. Dah habis ek?" Aku bertanya Sara bagi mendapatkan kepastian. Bukan apa, biro Al-Quds masih lagi disitu.
"Dah la, baru je. Mengelamun ek tadi? Geng depan dah nak gerak tu". Sara menggesaku untuk segera mengikut mereka yang duduk di barisan hadapan.
Ah, serabutnya. Kami berjalan kearah mereka. Rasa macam itik bila sentiasa berjalan ramai-ramai. Walaupun berjalan berdua dengan Sara, tetap boleh menimbulkan fitnah. Alahai, mulut manusia kita tak boleh nak tutup tetapi boleh tampar.
Disebabkan kami agak terlambat daripada mereka, kami seakan berpisah walaupun masih lagi berjalan dalam kumpulan.
"Perasan tak, tadi masa perjumpaan rasa macam ada orang tengok kita. I dont know why instict tu macam kuat gila."
"Perasan gak sebab dengar-dengar diorang yang report dekat al-Quds. Aku tak sure la pulak siapa yang report". Sara bermain-main dengan kerongsang kecil di tudungnya.
Entah bagaimana, tali kasut BUNG Sara terburai.
"Tali kasut kau", aku menegurnya.
"Ah? Haa, jap". Sara menunduk bagi memudahkan dia mengikat tali kasut. Rajin dia pakai kasut malam-malam. Aku ni, sarung selipar crocs je itupun kadang-kadang jadi selipar jamban.
Sementara menunggu Sara mengikat tali kasutnya, aku melihat kawasan sekeliling. Kali ni, kami betul-betul terpisah daripada kumpulan tadi. Suara segerombolan lelaki menyebabkan aku melihat ke arah tempat perjumpaan tadi. Lampu yang masih menyala ditutup. Bukan perjumpaan dah lama habis?
"Dah, jom" Sara mengajakku apabila selesai dengan kasutnya itu.
"Cuba kau tengok. Al-Quds dengan yang lain baru keluar". Aku menyuruh Sara melihat ke arah sana.
"Eh? Ha ah do. Dahla semua Ikhwan yang ada masa perjumpaan tadi"
"Taktau kenapa tiba-tiba rasa tak sedap hati. Rasa macam ada benda buruk yang akan jadi dekat aku"
"Jangan cakap macam tu, risau pulak aku dengar. Insyaallah, nothing happen toward you"
"Yeah. I hope so"
***
"Jom pergi bilik hujung sana, dorang nak pasang cerita Chicken Little". Ajak Sara.
"Hm, macam malas pulak. Dari hujung sini ke hujung dunia. Apa kata kau pergi dulu, kalau aku larat aku join la pergi tengok sekali dengan kau" Aku menyuruh Sara pergi dahulu, takut movie dah start.
"Alaaaa tak best la kalau kau takde. Kau kan my another half. Macam mana aku nak pergi kalau ginjal aku sebelah je?"
"HAHAHAHA bodoe, another haktuih. Ingat aku taktau ke what is your mean about ginjal sebelah?"
Sara menyembunyikan sengihannya.
"Kalau aku takde means kau susah nak buat perangai troublemaker kau tu. Imma right? So, my function might be like your kidney, untuk menapis kenakalan kau". Aku menggoyang-goyangkan jari telunjukku dihadapannya.
"Woahh, brilliant", Sara menepuk tangan.
"Sejak bila kau pandai agak pasal diri aku ni? Hehehehe" Sara bertanya dengan muka yang memang mintak kaki.
"Don't know. Since kita rapat lah?"
"Serious ni kau taknak ikut? Aku pergi dulu ek?" Sara sudah mengajakku buat kali terakhir. Aku tetap juga menolak. Badan rasa macam tak larat semacam harini. Aku mengambil ubat tidur di dalam loker. I need some rest dengan sedikit ketenangan yang ada sekarang ni.
Aku berbaring memandang bintang-bintang bercahaya di syiling. Bilikky terasa sunyi sahaja kerana malam ini boleh membuat aktiviti bebas. Ada yang pergi ke bilik tayangan, study dan sebagainya. Walaupun boleh membuat aktiviti bebas, para akhawat hanya dibenarkan berada dalam kawasan asrama sahaja. Itupun Aamirah al-Quds baru memaklumkan kepada kami di dewan makan tadi.
.
.
.
"Fiya mana Fiya?" aku terdengar seperti seseorang memanggil namaku. Aku malas nak menyahut sebab tak larat.
"Fiya ada. Tapi dia dah tidur" kata salah seorang daripada ahli bilik Mawar.
"Aku tak tahu nak kejut ke tak dia, sian do. Muka dia nampak letih gila tapi ahh buat hal la. Kejut je la dia aci tak?" Sara cemas. Dia sudah berdiri di tepi katil, tinggal nak kejut je.
"Kejut je la dia. Takut dia tak percaya pulak". Azyan menyokong untuk meyakinkan tindakan Sara.
"Weh". Suaranya seakan berbisik.
Sara menepuk-nepuk lembut bahuku.
"Weh, bangun jap". Bahuku ditepuk lagi.
"Aah?" aku terjaga daripada tidur. Mamai. Suaraku sedikit serak. Kedudukan yang berbaring tadi kini bertukar kepada duduk bersila.
"Ada apa?" aku memandang Sara dan Azyan bersilih ganti.
"Aku nak ajak kau keluar sekejap. Tapi ni bukan fly tau" kata Azyan.
"Nak gi tandas jap", mukaku dibasuh supaya segar. Effect ubat tadi masih terasa.
'Kacau lah dorang ni', aku mendegus.
"Jom ikut aku", aku dan Sara mengikut langkah Azyan. Dia lagi mahir tentang selok belok asrama ini kerana dia pernah menjadi salah seorang daripada al-Quds namun perkara lama tidak perlulah diungkit kembali.
Ruangan ini sedikit lembap. Kolah didalam bilik cucian sudah penuh berisi dengan air. Rak yang menempatkan toiletries masing-masing tersusun rapi. Sampai sahaja di penghujung rak, Azyan mengalihkan loker besi.
"Korang? Kita nak buat apa ni?", tanyaku apabila melihat tangga yang ada disebalik loker besi tersebut.
"Shh, better kau ikut je". Sara merendahkan sedikit suaranya, risau tempat rahsia ini diketahui oleh orang ramai.
Tangga dipanjat. Kini, kami berada diatas bumbung. Dari sini, aku dapat melihat dengan jelas tempat-tempat untuk kami belajar setiap hari. Pandangan tu terhenti apabila melihat kelas yang masih menyala. Jam tangan dikeluarkan daripada kocek.
"Dah nak pukul 1? Diorang buat apa do ramai-ramai kat sana?"
"Aku harap kau sabar tau", Sara berkata.
"Hah?" Aku memandang kearah Sara lalu melihat kearah sana semula.
Jap. Itu... Itu bukan meja belajar aku kah? Aku sudah mula menangis, sedih kerana diperlakukan sedemikian rupa. Adakah mereka cuba untuk memalukanku?
Barang-barangku digeledah begitu saja. Habislah kalau ada barang yang hilang. Yang aku tahu, masalah besar pasti akan timbul. Patutlah akhir-akhir ini selalu rasa tidak sedap hati.
"Lekas, lekas, lekas. Tinggal lagi 5 minit", Saiful meminta biro dan beberapa orang al-Quds mempercepatkan proses gerak-gempur.
Barang-barang digeledah. Segala yang ada dicek satu per satu. Dikhuatiri jika bukti yang ada terlepas pandang.
"Korang, aku rasa kita sudah jumpa", Hadif mengutip sehelai kertas yang terjatuh daripada salah satu buku yang dibeleknya. Lantas, dia membuka kertas yang berlipat itu.
"Bro, jumpa apa?", Ismail yang sedang membelek fail pergi kearah Hadif.
"Surat? Aku dah agak budak ni. Tulah kau. Kalau nak tunggu pihak atasan, mesti bukti ni dah hilang". Kata Khairzuran.
"Tapi tak boleh buat begini. Isi kandungan surat ini tak sama dan tidak mention kepada sesiapa". Nuaim mencelah.
"Salah tetap salah. Apa kau lupa, isi kandungannya lebih kurang sama seperti yang Hadif dapat?" Ismail mengingatkan Nuaim.
Melihatkan tindakan mereka yang sibuk merebut sekeping kertas dari jauh ini. Buat aku terfikir sesuatu.
Aku kira, tahun ini merupakan peluang baru untuk berubah menjadi lebih baik.
Ternyata perkiraanku silap, mungkin belum tiba masanya lagi untuk berhijrah.
Perspektifku terhadap orang agama semacam kalian terus berubah. Kamu ingin orang mendekati agama tetapi kamu sendiri terlupa, kamu juga menjadi salah satu sebab orang semakin jauh daripada agama.
Percayalah, Syafiyyah sudah mati seperti mana jiwanya sudah hancur. Dirinya dahulu tidak akan pernah kembali. Aku ingin bebas dengan nama Afaaf, nama yang akan ku tonjolkan pada mata dunia.
Edited. 22/6/2020, 4.07pm
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro