Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Histeria

Ulek mayang diulik,

Ulek sambil ikut irama,

Lenggok badan melentik,

Ikut rentak dendangan irama.


🙤 · ┈┈┈┈┈┈ · ꕥ · ┈┈┈┈┈┈ · 🙦


Tudung disidai pada penyangkut dinding, aku mengambil wuduk di sekitar kawasan itu sahaja. Nanti orang ramai tak pasal tudung cium tanah. Selesai mengambil berwuduk, wajah dilap pada bawah baju kurung, diikuti pula dengan mengelap bahagian lengan.

Sambil mengelap, kedudukan posisi aku masih di belakang Sara. Dia dari tadi lagi membelakangiku semasa aku mula-mula masuk ke ruangan ini lagi. Namun, takkanlah dari tadi tak siap-siap lagi?

Belum sempat bahunya disentuh, Sara berpaling....


Aaaaaaaaaaaaaaaa!


Aku menjerit.




Belakang badanku terasa sakit kerana hanya berlapikkan sejadah. Mata terkebil-kebil memandang ke arah siling. Orang di sekelilingku memegang kemas buku manzil. Masing-masing sibuk membaca dengan mulut terkumat-kamit. Sedar masih berada di dalam surau, aku menggagahkan diri daripada pembaringan dan mereka menahan dengan soalan:

Apa yang berlaku sebenarnya tadi?

Diam. Tidak tahu apakah jawapan yang tepat untuk ini.

Memori terakhir sebelum pandanganku berubah menjadi gelap bilamana aku mendekati Sara, dan dia menyeringai kearahku. Wajahnya menyeramkan, air liurnya menjejeh keluar dari mulut. Rambutnya yang panjang, kiri dan kanan bagai memainkan peranan. Bila teringat balik, bulu roma ku seakan menegak.

Meremang. Kenapa boleh jadi macam tu? Aku menyoal diriku sendiri. Dalam menahan kesakitan diri, aku bertanyakan keadaan rakan baikku.

Melihat gelengan dari salah seorang daripada mereka, fahamlah aku bahawa Sara masih belum pulih dari keadaan tadi. Jika aku berada di hujung penjuru sini, pasti dia akan berada di hujung penjuru sana. Aku.. aku terpisah dari dia. Mungkin disebabkan lemah semangat.


'Siapa je tak lemah jantung kalau nampak duck water depan mata?'


Patutlah semasa aku hendak meninggalkan dia tadi nampak lain. Nampak macam bukan sahabat yang aku pernah kenal.


Beberapa pelajar ikhwan mula mengintai di sebalik tirai untuk melihat keadaan yang berlaku di sebelah sana. Sedang menerima rawatan, tiba-tiba Sara berlari menerpa kearah aku. Dia seakan ingin mencekikku.

"Pegang kuat-kuat jangan bagi terlepas." Beberapa orang menjerit kerisauan. Mereka memegang tubuhku dari mendekati Sara. Sara juga

Apabila keadaan semakin tidak terkawal, mereka meminta ikhwan panggilkan muallim yang biasa merawat kes-kes begini. Semua pelajar diminta untuk mengosongkan surau, hanya mereka yang terlibat sahaja berada disitu.

"Tolong pakaikan telekung dan stoking mereka." Ameerah al Quds memberi arahan.

Dalam kekecohan itu, muallim tiba bersama tiga orang al Quds belah ikhwan. Muallim terus meminta seorang pelajar ikhwan ditepinya itu untuk melaungkan azan.

Sebaik sahaja azan dilaungkan, jeritan-jeritan bersahutan antara satu sama lain.


Aku nampak seorang lelaki duduk bertinggung di hadapan aku. Aku cuba mengecam wajah itu kerana aku tahu, dia bukan salah seorang daripada mereka. Tetapi mata tidak mahu memberikan kerjasama, aku hanya nampak bayangan sahaja.


Padanganku kabur.


Hanya kami bertiga disini, sambil diperhatikan oleh seorang biro dakwah al quds pihak perempuan.


Dia memulakan sesi rawatan dengan memegang hujung ibu jari kaki aku yang telah dipakaikan stoking. Aku menggelupur dan menjerit kesakitan.

Sakit.

Bagai roh yang meminta keluar dari jasad.

"Ssaakit"

"Berhentikan semua ini". Aku berbisik lemah.

Terlalu lemah. Kerongkongku terasa perit.

Apabila lelaki tadi melihat keadaan aku yang seakan pulih, dia meminta rakannya mendudukan aku. Disuakan secawan air yang telah dibacakan sesuatu.

"Panas." Aku menggosok-gosok leher. Menangis.

Aku memeluk dia, merayu untuk berhenti sakitkan badan aku.

Dunia seakan berhenti. Memberi ruang antara kami mencipta memori.

Kami seperti molekul pepejal yang memerlukan antara satu sama lain.

Aku tidak tahu sama ada dia ini manusia atau robot yang tidak berperasaan. Tubuhnya tenang sambil memisahkan aku yang melekat padanya.

Beberapa kalimah dibacakan pada pinna telinga.

Ini..

Suara yang biasa aku dengar dalam kelas.


Pelukanku mula melonggar. Terasa seperti badanku ditarik menjauhi dia. Aku didudukkan kembali. Bahuku dipegang kemas.

Jari telunjuknya bergerak membuat kalimah Alif, Lam, Lam, Ha pada dahi sambil membacakan ayatul kursi.

**




Aku dibawa pulang untuk berehat di rumah nenek. Sedar tak sedar, sudah seminggu meninggalkan madrasah. Rasa macam baru semalam pulang ke rumah.

Sejak dari sampai lagi, aku mendapat pandangan yang pelik setiap kali terserempak dengan mereka yang lalu-lalang. Apabila mata ini bertemu, bola mata mereka segera lari seolah iris mata ini mampu menembusi pandangan mereka. Entah, macam orang yang dah buat kesalahan.

Rupa-rupanya, kes semasa aku sakit hari itu tular dengan cerita aku memeluk seorang ikhwan.

Shit.

Aku tak sedar. Perkara ini pasti disebarkan antara mereka yang ada disitu.


Gila. Tempat ni sudahlah tiada pengasingan umur. Takkan lah aku nak suka-suka suka orang.

Idgaf.

And stay bitchy.


Seminggu berlalu sejak kes itu menyerang, tamat saja waktu prep tadi kami semua digesa untuk berada diam-diam di dalam bilik.

Semua diminta untuk mengira jumlah ahli yang berada di dalam bilik. Ketua Bilik mula menyemak keberadaan ahli-ahli bilik mereka. Sedar bahawa ada yang tiada dikalangan mereka, dia keluar melihat dari koridor aspuri itu.


Nun kejauhan, kelihatan seorang gadis berlari memeluk dada bidang itu.

Sekelip mata, pantas tangan kekar itu menepis gadis yang telah memeluknya. Baju melayunya terasa basah dengan air mata. Badannya yang terhuyung-hayang dicuba untuk menstabilkan diri.

"Kau dah kenapa?". Tanya lelaki itu menahan amarah.

"Aku, mahu menyesatkan anak Adam ini." Hilaian ketawanya meletus.

Tingkah laku abnormal gadis dihadapannya itu kelihatan amat menyakitkan hati. Seperti dibuat-buat. Apabila lelaki tadi mula berganjak menjauhkan diri darinya. Segera dia menyakiti dirinya dengan mencengkam lehernya sendiri.

Sengaja menyakiti diri sendiri supaya mereka percaya dengan lakonannya itu.

Seorang lelaki berkulit hitam manis yang melihat dari tadi bertindak untuk membacakan beberapa potongan kalimah kepada gadis tu. Tak menunggu lama, lelaki berbaju melayu itu segera menjauhkan diri dari kegilaan yang melanda.

Gadis itu telah berbaring tidak sedarkan diri diatas jalan tar. Sengaja membiarkan dia terbaring disitu.

Dari jauh, dia dapat seorang gadis bertudung labuh berjalan tergesa-gesa kearah mereka. Lalu, lelaki berkulit hitam manis tadi menyapa gadis bertudung labuh berkenaan. Berbincang mengenai perkara yang baru saja terjadi sebentar tadi.




"Please stop acting. You already won Oscar Awards."


Mata kecilnya dibuka perlahan-lahan. Wajahnya ditayangkan dengan riak terpinga-pinga

Apabila melihat riaksi serius berkenaan, sedarlah bahawa gadis bertudung labuh ini tidak bermain dengan kata-kata. Muka Azila bertukar menjadi pucat, tidak ubah seperti cicak tertelan kapur. Lantas bangun dari pembaringan, dia berdiri di hadapan Ketua Aspuri itu.

"Mmm... mmacam mana Kak Sameerah tahu?". Ada nada getar pada suaranya itu.

"Awak mungkin boleh tipu orang lain ya Zila, tapi bukan orang yang dah biasa handle kes-kes macam ni."

"Saya.. saya minta maaf. Saya janji perkara ini tidak akan berulang lagi."

"Jangan sebab perbuatan kita tadi menyusahkan orang lain. Kalau terjadi betul-betul nanti, tiada siapa yang mahu tolong lagi semasa itu." Sameerah berjalan melintasi bahu Azila, Azila memegang kejap lengan itu.

"Siapa lagi yang tahu pasal ni?" Suaranya lemah, Azila tertunduk malu.

"Entah." Sameerah menjungkitkan bahu, dia mendekati telinga Azila. "Yang tahu je tahu." Sameerah meninggalkan Azila dengan jawapan yang tergantung.

Sedarlah dia bahawa dia sudah memalukan dirinya sendiri.


(12/5/2020)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro