Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Frame of Mind




[Kamus]

Ameer Ketua

Ameerah Ketua(perempuan)

Ikhwan Lelaki

Akhwat Perempuan

🙤 · ┈┈┈┈┈┈ · ꕥ · ┈┈┈┈┈┈ · 🙦








'Aku rasa group kita dah ready nak submit kerja ni.' Aku berdesis perlahan.

"Class i think my time is over now. So makesure you guys submit by today." Miss Zarina mula melangkah keluar daripada kelas itu. Fuh, nasib baik mood miss terkawal lepas kejadian tadi.

Memandangkan perbicangan kami masih belum selesai, masing-masing belum mengangkat punggung lagi. Semua sibuk bermain dengan pen dan kertas masing-masing padahal yang menyalin tadi Sara.

"Apa nama kau tadi?" Jari Hadif ditunjukkan antara aku dan Sara.

Tangan yang berada di bawah meja lekas-lekas dikuitkan pada paha rakan sebelah.

"Sara." Aku berbisik perlahan.

"Yes? Haa, Sara." Sara yang sedang berpura-pura mencantikkan nota terpinga-pinga apabila namanya disebut oleh crushnya itu.

"Hm Sara, kau ada tulis kan tadi? Nak pinjam boleh tak notes yang dah tulis-tulis tadi. Pastu akhwat, siapa tulisan yang cantik dan kemas tu jom lah buat sekali." Hadif sudah mula mengarahkan gerak kerja yang perlu dibuat oleh kami.

"Betul, kita bahagi-bahagikan kerja. Macam tadi Sara kan dan salin point-point yang kita dah bincang. Jadi, dia dah tak payah lah tulis lagi. Aku pun tak kot sebab tulisan aku tak cantik." Farhan macam biasa, jawapan mengelat dia berpisah tiada.

"Kalau camtu kau ngan Zila, aku ngan Hadif." Nuaim mengaturkan semula tugasan yang perlu dibuat nanti.

"Oh Hadi nama dia". Aku menganggukkan kepala sendiri.

"Rasa nama dia lain haritu." Aku bertanya. Lebih kepada bertanya kepada diri sendiri sebenarnya.

"Kau kalau nak panggil sayang pun boleh, boleh blah." Entah dari celah mana, Khairzuran datang mencelah. Tidak semena-mena


Khai.

Inilah sebab mengapa aku kurang suka dengan geng ini. Suka malukan orang. Perasan orang adore buat laki, semua lah perasantan!


Aku berdehem kecil membetulkan saluran anak tekak. "Khai, aku rasa cakap elok-elok je kot tadi. Takde pun nak masuk hal flirt orang bagai. Kau ingat aku hamak ke dengan orang kat sini?" Kening dijungkitkan sebelah. Tanpa menunggu jawapan, pandangan mata dikalihkan dari berhadapan dengan lelaki berkemeja hijau cair itu.

"Alright thats all, end of discussion. Kitorang buat dulu apa yang patut, later will pass the work dekat korang." Aku bagitahu Nuaim dan terus pergi ke loker belakang kelas untuk menyimpan buku-buku dan menggantikannya dengan buku pada subjek berikutnya.


Sejak daripada tahun pertama lagi, anak kesayangan al Quds ini sering menjadi perhatian orang ramai. Mungkin sebab ahli-ahlinya terdiri daripada mereka yang mempunyai rupa paras yang kena toleh dua kali pun tidak akan puas. Maka, nama mereka mula menjadi bualan orang ramai. Tidak kira dari sebelah pihak akhwat mahupun ikhwan.


Al Quds. Singkatan bagi Qudwah Hassanah.


Menjadi ahli yang terdiri daripada Ameer al Quds akan selalu dipandang tinggi oleh mereka yang berada disitu. Begitu juga dengan mereka yang hanya bergelar ahli jawatankuasa, asalkan ada perkataan al Quds semua seakan berbangga dengan nama gelaran yang disandang oleh mereka.

Iyalah, jawatan Ameer untuk mereka yang berpangkat tinggi seperti Ketua Pengawas dan Penolong Ketua Pengawas. Sesiapa sahaja pasti kagum dengan mereka yang menyandang gelaran sebegitu. Biasanya, calon yang terpilih mestilah pandai dari segi akademiknya, deeniahnya dan juga sahsiahnya. Wajar sahaja orang menjadi taksub, bukan?

Namun, tidak bagi seketul Syafiyyah. Dia merasakan semacam ada something wrong somewhere. Seolah-olah seperti ada satu kuasa brainwash yang telah lama bertapak di situ. Pernah juga diluahkan perkara itu kepada umi dan abahnya tetapi mereka buat endah tidak endah sahaja.

***


Sejak daripada bergaduh mulut tak-berapa-nak-jadi masa sesi grouping dan dah submit dah pun kerja tu, dimana-mana sahaja pasti terserempak dengan mereka berempat. Pergi dewan makan? Kami bertembung semasa ingin menuju ke sana. Surau? Pun terserempak juga malahan semasa melalui laluan yang memisahkan lorong antara laluan ke asrama akhwat dan ikhwan juga terserempak dengan mereka.

Sumpah, tak aman hidup kalau selalu nampak orang yang kita tak suka.

'Ish! Makin nak mengelak lah makin jumpa. Aaaquew murunk!'


Jodoh? Bodohlah namanya kalau percaya dengan perkara mengarut begitu.














Suatu malam, antara waktu maghrib dan isyak kami akan ada sesi tazkirah. Pemberi tazkirah telah dilantik awal-awal setiap minggu dan minggu-minggu berikutnya.

"Bismillah.. Testing, testing. One. Two. Three."

Ameerah al Quds membuka tirai yang memisahkan antara kami. Terpampang lah si Hadif sedang duduk di sana, di bahagian tempat imam itu.

Bisikan sesama makmum akhwat be like:

"Siapa mamat tu"

"Macam tak pernah nampak je"

"Penceramah ke?"

Para hadirin yang berada di dalam surau itu ditenangkan oleh Ameer al Quds. Tanpa melengahkan masa, mic dipasskan kepada Hadif.

"Malam ini saya telah diminta untuk menyampaikan tazkirah tentang keadaan saudara seagama kita di tempat lain. Untuk makluman, saya berasal dari negara sebelah iaitu Pattani."


Barisan saf akhwat mula berbisik sesama sendiri. Juga seperti tadi. Such a makcik onion!





{ إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ }

"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara" (Surah al-Hujuraat:10)


Dia membacakan potongan ayat tadi dengan penuh bertajwid. Sedapnya suara Hadif, aku mula terpesona.

"Berdasarkan ayat tadi, saya akan menceritakan sedikit sebanyak tentang keadaan dan perasaan saya sebagai rakyat disana." Dia memulakan bicaranya.

"Sepertimana umum telah ketahui, Pattani telah diambil oleh Siam (Thailand). Mereka bertindak secara radikal dengan menyerap 'Siamization' terhadap penduduk Islam disini. Antaranya ialah, tidak boleh menggunakan bahasa sebagai bahasa pengantara, orang melayu dipaksa berbahasa Thailand dalam dunia pendidikan malahan nama juga turut terpaksa ditukarkan jika mahu bekerja di pejabat-pejabat kerajaan."

"Paling teruk, tentera-tentera akan menyeksa orang islam dengan sangat zalim. Mereka yang tertangkap akan diseksa seperti binatang. Kami golongan minoriti islam yang hidup di negara Buddha. Banyak ulama dan anak muda yang syahid dalam mempertahankan tanah air sendiri. Hak sebagai seorang muslim dinafikan seratus peratus dan dipaksa untuk mengikut sebagai penganut budhha."

Aku mula fokus pada bait pembicaraannya. Buku nota kecil yang memang selalu kena ada semasa tazkirah ditulis.

"Nak solat dekat masjid? Bukan senang sebab nanti boleh timbulkan kecurigaan kepada mana-mana pihak pemerintah. Bersyukurlah kita duduk di negara yang aman damai, nak solat dekat mana-mana pun boleh je." Ada nada ketegasan padanya.

"Bercakap pasal Pattani ni kan, cara nak kenal macam bunyi dialek kelantan. Dari situ kita dah boleh cam diorang ni Melayu-Pattani ke tak atau orang-orang tanah siam. Kebanyakan mereka hari ini telah berkahwin dengan kaum thai dan tidak mampu lagi bertutur dalam bahasa." Dia berhenti seketika.


"Setakat ni ada apa-apa soalan tak?"


Mata Hadif memandang kepada seluruh pendengar yang berada depan dia. Saat mata kami bertembung, bola matanya seakan statik ke arahku. Sara tak habis-habis dengan 'dia pandang sape weh, pandang sape weh aku ke'. Pandangan itu.. Ah! aku tidak tahu mengapa setiap kali mata ini bertemu aku selalu menjadi kaku. Aku membuat muka bodo dan menjulingkan mata. Mampus lah kau nampak ke tak!

Dalam lautan barisan saf, seorang junior mengangkat tangan.

"Apa punca atau alasan tentera biasanya?"

"Saya ingat lagi, semasa saya berumur dalam 3 tahun. Saya sedang bermain basikal dengan teman sepermainan saya. Dalam fikiran, saya hanya menunggu kepulangan atuk, katanya dia ingin membawa pulang beberapa manisan setelah pulang daripada masjid nanti." Raut wajahnya kelihatan seperti... sedih? Dia meraupkan wajahnya itu.

"Dari Zohor hingga Asar, atuk masih lagi tidak kunjung tiba. Rupa-rupanya, para jemaah telah dikepung sebaik sahaja selesai menunaikan solat fardhu. Mereka ditahan berjam-jam disana sehinggalah bunyi tembakan mula kedengaran. Kubah masjid turut di bom dari helikopter Apache. Bayangkan, dalam sekelip mata kami kehilangan orang-orang yang tersayang. Walaupun telah lama berlalu, tragedi ini masih segar di ingatan." Helaan nafas berat dihembus.

"Antara alasan yang diberikan oleh pihak mereka ialah kecurian atau cetusan pengganas. Bagi saya ia amatlah mengarut dan tidak masuk akal. Pantang ada kesalahan yang berpunca dari mereka sendiri terus datang ke penduduk kampung untuk melakukan sportcheck dengan serta-merta."

Sesi tazkirah tamat sejurus beberapa minit sebelum masuknya waktu isyak.

Aku bingkas bangun untuk memperbaharui wudhu'. Tak pernah dengar ke kalau renew wudhu setiap kali masuk waktu nanti dosa kita tercabut dari kuku?

Tudung disidai pada penyangkut dinding, aku mengambil wudhuk dekat kawasan situ je sebab nanti orang ramai tak pasal tudung cium tanah. Selesai mengambil berwudhu, wajah dilap pada bawah baju kurung, diikuti pula dengan mengelap bahagian lengan.

Sambil mengelap, kedudukan posisi aku masih di belakang Sara. Dia dari tadi lagi membelakangiku semasa aku mula-mula masuk ke ruangan ini. Namun, takkanlah dari tadi tak siap-siap lagi?

Belum sempat bahunya disentuh dia berpaling....


Aaaaaaaaaaaaaaaa!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro