Cry Baby
3017.
Beberapa dekad lalu, negara metropolitan ini begitu mengejar Gagasan 3000, dimana anak-anak digalakkan untuk mendapatkan pendidikan seawal yang boleh. Seawal 4 tahun, anak-anak yang masih berbau bayi ini akan dihantar ke tadika untuk belajar tentang perkara asas seperti attitude class. Secara ringkasnya, kelas semaian akhlak.
Melentur buluh, biarlah dari rebungnya.
Keluarga aku juga tidak terkecuali, apabila umi. Yang sedang membelai rambut ikal mayangku di atas ribanya mula menyuarakan, "Kalau umi hantar Ya masuk hostel nak tak?".
Dan kata-katanya disambut oleh abahku, yang berada pada sofa. Matanya tertumpu ke arah dinding putih yang memancarkan cahaya bergambar saiz hd -- lebih mesra dipanggil televisyen.
Teknologi canggih yang bersaing diantara satu sama lain dengan dasar yang manakah teknologi yang paling hebat sudah cukup membuktikan bahawa dunia yang aku hidup hari ini teramatlah mencabar. Namun begitu, tanpa perkembangan teknologi, agak sukar hendak menggerakkan satu bentuk revolusi industri. Dalam kehebatan penciptaan manusia, mesti ada kekurangannya. Kerana sebaik-baik kesempurnaan, hanyalah Dia. Dia yang maha sempurna.
Ingin saja ku bangkang pada mulanya, namun apabila mengenangkan aku seorang sahaja anak perempuan yang mereka boleh harapkan.. Aku terpaksa mengikut rentak mereka. Aku tidak mahu berjauhan dengan umi, walaupun umi suka berleter kepadaku. Aku juga tidak mahu berada jauh pada mata abah walaupun dia selalu sibuk dengan urusan kerjanya.
**
Setelah selesai bersarapan pagi tadi di rumah nenek, wanita tua itu membetulkan tudung labuhku yang menyenget sambil memesan sesuatu kepadaku.
"Paka ni biar molek sikit. Bagi kemas, kan nok duduk asrama nanti."
Lebih menarik, dia sempat membekalkan aku sebekas nasi putih berlaukkan rendang ayam. Aku tidak tahu mengapa harus diberikan bekal sedangkan di asrama nanti juga akan disediakan makanan tengahhari. Kata nenek lagi, aku mungkin akan lapar apabila berada disana.
Atap yang dipasangkan tabir layar sememangnya nampak gah apabila terkena pancaran matahari. Pada setiapnya pula, terukir corak yang berunsur tumbuhan seperti daun dan bunga. Tetiang yang ada di sekeliling dinding tepi juga berfungsi untuk mengelakkan terkena air bah pada musim tengkujuh. Ia turut memberi laluan angin agar penghuni didalamnya tidak berasa panas. Keunikan ini juga dibina tanpa menggunakan sebatang paku. Paku diganti dengan alat yang dipanggil tanggam untuk menguatkan sambungan pada bahagian yang tertentu. Binaan telah menjadi bukti bahawa tukang rumah pada zaman dahulu mahir dan kreatif dalam kebijaksanaan mengadaptasi ilmu bidang seni bina bersama agama, adat dan cuaca.
An Nuur Integrated Madrasah
Mata meliar di sekeliling binaan tersebut. Al maklumlah, orang moden seperti aku jarang melihatnya kerana binaan seperti ini kian pupus. Tempat ini tidak ubah seperti istana zaman kesultanan dahulu. Kagum dengan kecantikan tempat ini kerana ini adalah satu warisan melayu daripada orang-orang dahulu.
Klasik.
Perkataan yang sesuai untuk ku ungkapkan dalam penceritaan ini.
Daripada perspektif yang berbeza, klasik itulah yang menjadikan madrasah ini nampak menarik. Jika sekolah lain hanya mempunyai sebidang tanah untuk bermain bola sepak, madrasah ini mempunyai tanah tiga kali ganda yang juga seluas padang bola sepak. Dimana menempatkan kandang kuda di sebelah bahagian utara. Pada bahagian selatan pula terdapat tempat untuk melakukan aktiviti memanah.
Ini adalah sesuatu yang amat lain daripada yang lain kerana jarang sekolah agama persendirian mampu membina tempat-tempat seperti ini. Biasanya, orang-orang melayu kita tidak lari dari pandangan sekolah pondok itu miskin, dhaif dan tidak terjaga.
Hey, ini tahun 3000 okey. Dunia sudah meniti arus kemodenan tau.
Umi dan abah telah bertekad untuk menghantar aku ke sini. Kata mereka, tempat ini masih terjaga dengan tradisi dan adat. Paling penting sekali, bahasa melayu masih dikekalkan dengan pertuturan yang sebenar-benarnya seperti zaman orang-orang dahulu. Bukan penggunaan bahasa ringkas yang konon 'celik' itu.
Fail berwarna pink yang dikelek dari tadi di ambil. Isi didalamnya terkandung pelbagai panduan dan peraturan sebagai warga An Nuur. Disitu juga terdapat satu borang pendaftaran untuk aspuri. Aku membaca setiap perkataan yang ada pada borang tersebut.
Nama Pelajar: Afaaf Syafiyyah binti Khairul Hezan
Tahun: 1
Bilik: Mawar
Aspuri Tun Fatimah.
Rasanya, semua pelajar yang bergelar pelajar mahaad disini harus tinggal di asrama ini.
Selesai mengisi borang dan beberapa perkara yang berkaitan, umi menemani aku menyimpan barang-barang di asrama. Lebih kepada menunjukkan bagaimana aku harus berdikari tanpanya selepas ini. Usia sekecil ini telah berpisah jauh daripada ibubapa sedangkan aku hanyalah kanak-kanak yang berusia 10 tahun. Masih terlalu mentah untuk berjauhan dengan insan yang bergelar umi dan abah.
"Umi..." aku memegang hujung bajunya.
"I dont want to be here", wajah sudah penuh dengan deraian air mata.
"Sayang please dont cry. It's for your own good. Our own good. Also, you can improve your bahasa skill." Umi merapatkanku ketepinya, bahu digosok-gosokkan olehnya.
Apabila merasakan aku sedikit tenang, umi menyambung kerjanya yang terbantut tadi. Dia menggantungkan baju-baju aku dalam loker besi tersebut. Hari ini, umi menolong aku membuat bermacam-macam benda. Dari sekecil-kecil pasang cadar, kemas barang dalam loker sehinggalah menggantungkan baju-baju kurung dan jubah yang telah digosok siap daripada rumah. Boleh dikatakan semualah yang umi buatkan.
Tanpa sedar, sepasang mata memerhatikan gelagat Syafiyyah dengan wanita yang bergelar umi daripada tadi. Entah kenapa dia seperti berminat untuk berkawan dengan gadis itu.
"Hai. Awak janganlah nangis." Gadis itu berpaling kejap ke arah Puan Qalisya.
"Kenapa taknak sekolah sini? Sayakan ada, saya rasa kita mungkin sama umur." Tiap patah yang keluar dari bibir mugil gadis itu lebih kepada huluran sebuah persahabatan. Umi tersenyum kecil dan memandang ke arahku.
"Look Ya, you already get a new friend here."
Air mata yang menjejeh-jejeh keluar tadi, cepat-cepat di lap dengan sehelai sapu tangan.
"Really?" Aku mencari wajah umi sebelum melihat gadis yang seusia denganku itu.
"Hello, nice to meet you." Bahunya masih terhenjut-henjut kesan esakan tadi.
"My name is Syafiyyah but you can call me Fiya."
"Hi, Nice to meet you too. My name is Sara and you can call me anytime because i am your friend." Tangan dihulurkan dan mereka bersalaman.
***
Tanah Wakafan.
Habis sahaja kelas mengaji tadi, semua pelajar harus kembali ke kelas masing-masing seperti biasa. Kedua tangannya memeluk al quran rapat ke dada. Keadaan yang berpusu-pusu dengan manusia agak menyukarkan pencarianku mencari kelibat Sara. Lantas aku keluar daripada situ dan bergegas menuju ke surau bagi sesi pembelajaran yang berikutnya. Kelas kami lebih kepada belajar perkara-perkara asas seperti tawarikh, ilmu hisab, ilmu alam dan bahasa.
Hari ini merupakan tahun ke tujuh aku berada disini. Kini, aku bukan lagi seorang budak cengeng yang hanya menangis setiap masa. Aku tidak memerlukan Sara lagi untuk menemani aku berjumpa dengan Marwan sekiranya duit aku hilang.
Padah duduk asrama, cuai sikit hilang.
Perks of being the only one in the family.
Letak barang merata pun tidak akan hilang.
Kelas bahasa berakhir lebih awal daripada biasa. Kata muallim, dia ingin memberi laluan kepada kami untuk berpindah kelas. Tidak lain tidak bukan, hari ini juga akan menjadi hari pertama untuk kami mula belajar di dalam kelas, seperti pelajar-pelajar lain di luar sana.
Minggu pertama ni, tiada apa yang penting sangat berlaku. Lebih kepada sesi pengenalan dan warm up. Kami diperkenalkan dengan subjek-subjek baharu seperti:
Sejarah mengganti Tawarikh.
Matematik mengganti Ilmu Hisab.
Sains mengganti Ilmu Alam.
Bahasa Melayu mengganti Bahasa.
Serta satu subjek tambahan, yakni bahasa yang biasa aku guna di rumah, English.
"Kelas. Semua sudah jelas bukan? Faham tak?"
"Fahammm." Serentas pelajar di dalam kelas itu menjawab.
"Nampaknya, tahun ini kita mempunyai pelajar baru ye. Jarang orang baru boleh sampai level 7 ni." Muallim tengok senarai nama pelajar.
"Mana pelajar baharu tu? Mari perkenalkan diri anda." Muallim mengamit lelaki itu ke untuk berdiri di hadapan kelas.
"Hai, nama diberi Wan Fazel Hadif bin Wan Mustafa. Berasal dari Pattani."
"Oh wow"
"Ingatkan local"
"Patutlah tak nampak melayu sangat"
"Harap kawan-kawan semua boleh bantu sedikit sebanyak sepanjang saya belajar disini. Untuk makluman juga, bahasa melayu saya mungkin sedikit berbeza seperti kamu semua jadi.. mohon tunjuk ajar ye semua." Ucapannya yang terbantut tadi disambung. Lelaki itu seperti memaksa bibir untuk tersenyum dan menunduk sedikit sebelum duduk di tempatnya semula.
7/5/2020. Bismillah hai semua, ini saja nak maklum penulisan lepas-lepas ni mungkin agak berbeza sebab ni dari 2015-2017 after i habis baca Mulan and Davika. Penulisan pun ditambah baik tahun ini, musim mco huhui
Edited. 22/6/2020, 4.13 pm
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro