Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 35: Reunion

"Nah."

Azyan menghulurkan 2 beg plastik air ikat tepi kepada kami berdua. Lama jugak dia pergi tadi, ni beli air ke pergi tadah air untuk beli air.

Pagi-pagi dah teguk ais. Apa punya pesenlah. Persetankan, pesen ni jugak yang best. Sedap kot minum air kelapa muda tengah-tengah panas ni.

Isi kelapa digigit-gigit.

"Lepas ni kau nak gi mana?"

Kepala diangkat dari memandang plastik air ditangan.

Aku membuat isyarat "kau tanya aku ke?" dan dia mengangguk.

Baki di dalam mulut ditelan terus.

"Balik rumah terus kot. Takut umi dengan abah tunggu."

***

Tak ubah seperti burung, kini, aku kembali semula ke sarang. Sarang yang telah lama ditinggalkan olehku. Dari dalam kereta, kawasan sekitar rumahku kelihatan seperti sedang menerima tetamu.

Mata dikalihkan kearah garaj kereta. Sebelum mata terperasankan suatu kenderaan asing yang terletak elok di garaj.

'Siapa pulak yang datang ni.'

Aku menjenguk kecil sebelum ke dalam rumah.

Di ruangan keluarga, aku dapat melihat wajah-wajah yang tidak asing dalam keluargaku. Salam diberi. Secara tak langsung, perbualan mereka terhenti.

"Bila Ya sampai?"

"Baru je." Tangan dihulurkan bagi bersalaman dengan umi dan abah. Kemudian, beralih sedikit untuk bersalaman dengan ibubapa Marwan.

"Cantiknya anak dara sorang ni." Cici puji melambung.

"Apalah Cici ni, Cici pun sama. Makin elok sekarang, awet muda gitu orang panggil."

Balasku sopan. Rahsia nak duit raya? Pujilah your aunties and uncle, confirm 99.999% dapat ang pao.

Punggung dilabuhkan seketika sebelum meminta diri.

"Weh," Awan memanggilku.

"You are invited to join our madrasah reunion."

Never expect that.

Kening diangkat sebelah.

"This week."

Isyarat ok diberi kepadanya. Mulut menyebut "tq" tanpa suara sambil jari menunjuk kearah atas.

Senarai members yang akan hadir pada petang ini dilihat seimbas lalu. Folder softcopy ditutup semula. Telefon pintar diletakkan diatas riba.

Majlis yang akan bermula pada pukul 3 petang ini mulai diisi dengan pelajar Senior Year. Aku awal-awal ambik tempat duduk yang paling dekat dengan pintu keluar. Bukan apa, ramai-ramai dalam ni boleh jadi rimas jugak.

Apapun, seronok betul tengok suasana macam ni. Ada yang bawa keluarga, ada yang bawa pasangan juga ada yang bawa diri. Salah seorangnya, aku lah tu. Meriah betul tapi lagi meriah kalau tak sendiri la.

Orang lain dah ada anak bini, kita baru nak cari tujuan hidup. Nasib baik muda lagi. Dorang ni lain lah, dah nak masuk 30 series dah pun.

Notifikasi telefon berbunyi.

From: Sara

Duduk dekat mana?

Mata meliar mencari si penghantar mesej.

To: Sara

Belakang sekali, belah kanan.

From: Sara

Okey. copkan tempat duduk aku.

Emoji bertanda diberi. Beg tangan diletakkan diatas kerusi sebelah.

Duduk meja bulat besar ni padan kena conquer dengan geng-geng je ni. Mujur sempat isi form, dapat lah jugak duduk dengan geng single. Uhuks!

"Korang. Apa yang aku cakap nanti korang jangan marah tau."

"Ha, pasal apa?"

"Ingat tak nama budak hitam comot tu? Hari tu aku dengar, dia kena masuk lokap. Alah, apa tu orang panggil. Haa... haras. Niii, yang raba-raba orang tu. Memang mendapat lah."

"Teruklah dia tu. Dari sekolah tak pernah nak berubah, duk lagu tu lah."

"Eh takkan tak ingat, yang ketiga mula menyampuk. Bukan dia yang suka duk awek, awek. Kalau aku lah, dah lama makan pelempang."

Mereka semua rancak berborak. Mengalahkan maklumat bawang renjers betul, sampai tak sedar perbualan tersebut boleh didengari selain daripada mereka bertiga.

'Err, kosser aku.' Kad panjang yang diletakkan didalam pasu kaca diambil perlahan. Seingatku, setiap meja akan diletakkan senarai nama.

Nama-nama tadi dilihat kembali.

'Aduh, perempuan ni. Malas pulak nak tegur dia. Main je phone sambil buat bodo takleh ke?'

Bahuku ditepuk secara tiba-tiba.

Badan terhinjut sedikit ke depan.

"Kau ni." Aku menjengilkan mata. Pasu tadi diletakkan ketengah semula. Iyalah, sikit lagi jantung nak terkeluar. Elok majlis reunion jadi majlis arwah.

Yang disana masih lagi rancak bergosip. Langsung tidak terganggu dengan kekecohan kecil kami.

"Nasib baik tak kena serap dengan geng al Quds tau. Memang penunggang agama asli. Siapa eh masa tu? Nuaim, Khairzuran dengan budak pondok tu. Tu je yang aku ingat."

"Oh ni, Hadif. Budak seberang tu." Yang seorang lagi menyampuk sambil memetik jari.

"Hah! Hadif... Sepupu kak azyan kan?"

Aku yang baru nak warm up dengan Sara terus berpaling kepada mereka.

"Kenapa?" Serentak mereka bertanya sambil memandang kami berdua.

"Lah, tegur je kitaorang. Sorilah lama tak jumpa, camni lah. Macam takde hari esok. Fiya, Sara." Wajah kami dipandang silih berganti.

"Ha Zila, kau nak tengok fon lagi ke tu?"

Fon diletakkan diatas meja.

"Korang sembang pasal orang kenapa. Memang la aku malas nak join. Takde pekdah."

Aku perasan, raut wajahnya sedikit keruh. Kalau ada warna, mungkin sama keruh macam sungai tercemar. Anak mata dikalihkan kepada mereka bertiga, masing-masing diam membisu.

"Tuan-tuan dan puan-puan, abang adik kakak semua. Majlis akan bermula sebentar saja lagi." Pengerusi majlis mula bersuara.

Selepas selesai ucapan kenang-kenangan dan bacaan doa, acara diteruskan dengan makan-makan. Sambil itu diselitkan dengan ucapan santai dari mereka yang hebat-hebat.

"Eh, Fiya. Betul ke kau free hair dulu? Tak percayalah aku."

Makanan didalam mulut hampir saja terluah. Dalam banyak-banyak soalan, soalan ni jugak ditanya ye. Makanan tadi ditelan habis.

"Hm, gitulah kalau dah nama budak baru nak kenal hidup. Kenapa?" Balasku spontan. Tisu dilapkan secara lembut pada tepi bibir. Sebelum dikonyokkan ke bawah pinggan makanan.

"Lepas makan-makan nanti jom keluar. Ada benda nak cakap." Zila tiba-tiba mencelah dan dia senyum segaris.

***

"Syafiyyah, listen. Kau tak boleh nak salahkan orang."

Sara memecahkan suara. Dia tahu gamaknya yang aku memang tengah tahan marah. Kala ini, hanya kami berdua saja yang berada di luar dewan. Keadaan agak lenggang jadi tidak akan ada mata-mata yang memandang.

"Ini semua ujian, ujian yang Allah bagi untuk hambanya."

"Kalau betul lah Tuhan tu wujud. Kenapa dia jauhkan orang-orang yang aku sayang."

Air mineral diteguk perlahan.

"Sampai aku rasa tak guna solat. Last masa zaman madrasah dulu. Bagi aku, jiwa Syafiyyah hilang semua bila keluar je daripada situ." Mata dikerling kearah suasana didalam sana.

"That's mean you need Him. Kau perlukan Tuhan untuk kehidupan yang lebih baik."

Baik? Kening diangkat sebelah.

Masalahnya sekarang ni, kau tak bagitahu aku, Azyan dengan Fazel tu sepupu. No wonder she put the gap on me.

Malas nak berlama disitu, aku terus pergi ke tempat yang dijanjikan dengan Zila.

***

Pangkin luar dewan, menghadap sawah.

Zila.

"Aku tak macam kau. I even dissgust with myself."

Tak faham. What did she mean? Hati mula terbit jengkel. Namun tidak berniat untuk menyampuk.

"Aku... pernah terjadi benda tak elok masa dulu. Untuk tutup aib aku, aku tabur fitnah dekat kau supaya semua orang tak suka kau. Terutamanya Hadif." Suaranya mula kedengaran sebak. Kepala dipalingkan kearahnya.

"Aku jijik. Selayaknya di neraka." Tangan menekup pada wajah.

Siapa kita nak menghukum? Bukankah pintu taubat itu luas selagi tiupan sangkakala tidak berbunyi?

Bertaubatlah selagi masih sempat.

Aku juga seorang pendosa, menasihati kepada hamba yang berdosa. Hanya aib yang menyelamatkan diri dari terbuka pada pandangan luar kerana kita semua tidak lari dari membuat kesilapan yang bergelar dosa.

.

.

.

Zila.

"Mana kau tahu aku suka dia?" Wajahnya merah menahan amarah.

"Lawak apa, kami semua nampak. Cuma dia je tak sedar kewujudan kau. Your existant."

"Kau... kau nak aku buat apa untuk tutup mulut?" Bibir gadis itu mula menahan ketar.

"Okay. Aku nak kau letak ni."

Sekeping plastik sebesar saiz tapak tangan diletakkan pada telapak tangan secara bersalaman.

Paket berwarna merah hari itu merupakan tugasnya. Tanpa diketahui, ada bala yang lebih besar sedang menanti.

Dia memerhatikan paket sekejap sebelum bertanya.

"Apa kau cuba buat ni?"

"Alah, biasa-biasa je. Kan dah janji takkan bagitahu orang lain. In return, kau pun sama. Jangan bagitahu benda ni pada sesiapa."

Kepala diangguk perlahan. Gigilan badan dikawal mengikut rentak nafas.

"Bagus."

Dia menggosokkan kepala dan serentak itu, tudung di selak keatas bahu. Perbuatannya terhenti bila ada tangan yang menghalang.

"Aku tak buat apa-apa." Kedua tangganya diangkat ke udara gaya pesalah yang berundur diri.

"Aku cuma tak sangka, gadis secantik kau ni tak dapat notice by someone. Rugi-rugi." Kepala digelengkan.

"Kalau tak pakai tudung, mesti lagi cantik. Betul bukan?"

"Tapi ni semua salah. Aku taknak lah." Dia bangun seraya membetulkan kotoran pada baju.

"Takpe, Allah tu maha Pengampun. Dia pasti akan menerima taubat dari hambanya."

Gadis dihadapan ini diam membisu.

"Taklelah, baru je nak tolong satukan kau dengan si Hadif tu." Suaranya berura-ura merajuk.

Mendengarkan itu, matanya bercahaya.

"Aku nak. Aku suka dia. Rasa macam tak leh nak hidup kalau dia takde."

"Betul. Kau kena tonjolkan kau tu cantik. Barulah ada yang memandang bukan sampai takat mamat tu je. Semua lelaki dalam madrasah ni akan pandang."

Apabila diri sudah dikuasai dengan bisikan syaitan, tudungnya dicabut secara rela.

"Aku cantik. Lebih dari si Syafiyyah tu."

Cantik! Kedua belah tangannya ditepuk seperti kanak-kanak yang baru mendapat gula-gula.

"Cuba pusingkan badan."

"See? Kan aku dah cakap yang kau ni cantik."

Sepaket plastik gula-gula dikeluarkan daripada kocek.

"Kau nak?"

Dalam khayal ciptaan mereka, satu lagi paket berwarna merah hati dicarikkan mengunakan gigi.

"Let's play."

Syaitan mula bersorak pabila ada anak Adam yang tumpas. Kalah pada nafsu yang membinasakan.

.

.

.

Gadis ini meraung sekuat-kuatnya apabila teringatkan semula peristiwa itu.

"Aku trauma Fiya."

"Hidup aku dah takde makna. Masyarakat blame seratus peratus dekat aku padahal aku mangsa. Lelaki mana je nak isterinya tercemar?"

Itu sebab, benda basic yang kita perlu letak antara opposite gender is gap.

"Zila." Bahunya digosok lembut. 'Parah la. Masalah sendiri tak settle lagi.'

"Aku bukan minah bunga yang ayatnya berbunga indah lagi santun. Aku harap, apa yang aku cakap ni tak buat kau makin makan hati. I speak the truth. Aku tahu pasal ni, cuma tak sangka khabar angin lagi bahaya dari yang keluar dari mulut kau sendiri." Aku menyusun kata dengan berhati-hati.

"It's called grooming." Tangannya digenggam .

"Aku tahu kau budak baik sebenarnya. Jiwa remaja, macam-macam lah nak try. Cuma tak sangka akan sejauh ini. Kau tahu, betapa sesaknya dada aku bila kena hadap macam-macam? Bahaya fitnah. Kesalahan atas orang lain, jatuh dekat aku."

Nafas lelah dilepaskan, sebelum menyambung.

"Selagi masih bernafas atas muka bumi ni, selagi tau peluang masih terbuka untuk kau bertaubat. Taubat sungguh-sungguh. Kesalahan kau, dosa kau dekat aku sebagai manusia... kau anggap je dah settle. Yang penting, pohon ampun pada Pencipta."

Aku menutup bicara.

Entahlah, mungkin ada kalanya kita kena berhenti menunding jari pada orang lain. Kadang, mungkin ada kekhilafan pada diri kita tanpa sedar.

"Fiyaaa." Zila tiba-tiba saja menerpa kearahku dan memelukku erat.

"Aku mintak maaf tau, taktau kenapa aku boleh sampai macam tu sekali." Badannya mula tersedu-sedu.

"Dah lama aku pendam ni sorang diri, macam mana cerita tak betul kau tersebar. Macam tu jugak dengan aku. I try to fix this, but still got no solution." Hidungnya berair kemerah-merahan itu disedut sedikit.

"Macam ni kot apa yang kau rasa bila cerita pasal diri kita tersebar. Padahal benda tak betul pun."

"What do you mean dengan benda tak betul?" Aku bertanya kehairanan.

"Kami hampir terbabas masatu tapi al Quds buat rondaan mengejut. Allah selamatkan aku dari benda jijik tu. Walaupun kepala rasa khayal, aku gagahkan diri untuk keluar dari situ. Nothing happened bertween us."

Dan sekali lagi, keajaiban berlaku.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro