Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 34: Gaduh

"Kau ingat kau bagus sangat ke Afaaf?"

Suaranya bertanya lantang.

"Mentanglah dah bertutup sekarang, senang je kau nak sibuk hal dosa aku."

Dadanya turun naik.

"Kalau lah kau tahu masa zaman kita study dulu."

Bibirnya terjungkit sinis.

"Budak-budak ni ada je nak prank kau. Everytime dorang plan, mesti tak jadi sebab kau jenis suka cancel last minute. Suddenly, satu malam kita lepak. Aku terdengar X suruh waiter letak barang dalam air kau."

Teringat malam party farewell, di mana tiba-tiba Lily meminta air yang dipesan olehku.

"Cam sedap je. Nak rasa sikit boleh?"

Lily minum sampai habis.

"Pahal do kau. Kalau nak, order je la yang lain."

"Taknakkk."

Lidah dijelirkan kearahku.

"Kita tukar jela, kau pun minum jugak strawberry avocado?"

"Ye la, ye la."

Aku malas nak membahas panjang.

Sesi borak-borak dengan lawak masuk air dari Myn dan Syira terganggu apabila bunyi dentingan sudu dan garfu mengejutkan kami.

"Sorry, I have to go now." Badannya hampir saja menyembah bumi.

"Kau okay tak tu, Lily?"

Soalku prihatin. Dia mengangguk perlahan.

"Sakit kepala sikit. Korang tengok jela wayang. Aku nak rest."

Lily masih lagi sakit hati.

"Aku tahu, time tu bila-bila masa je boleh jadi. Kitorang berdua je that time. Dia siap tanya lagi, aku ada any relatives yang close tak? Pastu, dia minta tolong Reena. She help me that night. Their even used 2 bag of ice to cool me down."

"Meraung-raung aku dalam tu. Sakit. Tahu tak rasa macam terbakar--"

Nafas kasar dilepaskan.

"Kitorang bertiga je tahu what exactly happened that night." Dia berdiam seketika sebelum menyambung. "Mujur dia jenis simpan rahsia. Kau pulak senang je nak tuduh aku buat dosa dengan dia? At least, he loyal with me."

Dia tersenyum sinis.

"Lily, maksud aku--"

"Just. shut. your. rubbish. mouth."

Katanya tajam menusuk jiwa. Air yang masih berbaki didalam cawan diambil. Mataku terarah statik pada pergerakan arah cawan itu sebelum...

Dia minum beberapa teguk secara rakus.

Serentak dengan itu, dia meluru ke arah bilik.

Bam!

Bahuku terhinjut sama dengan bunyi hempasan pintu biliknya.

Nafas dihela berat.

Perbuatannya yang tidak disangka itu membuatku teringat dengan Sara. Sepanjang berkenalan dengan dia, kami tidak pernah bergaduh teruk kecuali satu. Semasa aku keluar dari madrasah. Hari ini, perkara yang sama berulang kembali.

Did I made a big mistake?

Semua barangan sudah selamat beralih di rumah keluargaku. Tak sampai sehari berlalu tanpa nampak kelibat Lily, aku berasa sunyi.

Bilik itu dipandang kosong. Kunci rumah diletakkan diatas island table. Gambar diambil sebelum di send ke pada Lily.

To: Si Bunga Lily
Kunci rumah ada atas ni.

Dia online sebentar sebelum offline semula.

"Takpelah, janji dah inform." Aku mengeluh perlahan.

Bukannya tak perasan, tengah malam semalam Lily keluar dari rumah. Sikit lagi kaki nak tersadung dengan selimut, punyalah nak kejar tapi hampeh.

Aku memandang sepi ke segenap ruangan. Senyuman kecil ditarik perlahan. Semoga suatu hari nanti, kau juga akan bertemu dengan hidayah dari Allah. Pintu utama ditutup.

Brek tangan diangkat. Lengan diletakkan di atas stereng kereta, diikuti dengan kepala yang bersandar pada bahagian lengan. Hanya bunyi dj radio yang sesekali ketawa sendiri itu mengisi suasana. Berdenyut rasa kepala. Berfikir pasal masalah lama pun tak habis lagi, bertambah-tambah masalah baru yang datang. Keluhan nafas berat dilepaskan.

Enjin kereta dimatikan.

Dengan keadaan emosi bercelaru begini, agak berbahaya untuk meneruskan perjalanan sekarang. Jam tangan dikerling seketika. Awal lagi. Orang pun tak berapa nak ramai sangat.

Bangku kosong dicari. Air tasik mengalir tenang. Sesekali ikan melompat keluar dari permukaan air, lalu terus disambar oleh burung yang terbang berhampiran. Mungkin inilah yang dikatakan bila masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau berjumpa dinosour.

Patutlah hati rasa resah, gelisah. Banyak tak berkat. Hilang keberkatan dalam pelbagai benda.

Kedua kaki digoyangkan ke depan dan ke belakang. Kepala menunduk sedikit memandang ayunan kaki.

"Fiya?"

Suara lunak menyapa halwa telinga. Kepala terus menoleh kearah suara itu.

"Sara..."

Iris mata laju saja menangkap wanita disebelahnya. Namun, anak matanya segera dilarikan sebaik menangkap pandanganku.

Hek eleh, pahal dengan dia ni? Ingat orang nak ngorat dia? Hati mencebir panas. Dahlah memang tengah panas.

"Kau..."

Kami berkata serentak.

"Okay, you first."

Aku memberi ruang kepada Sara untuk bercakap dahulu.

"Buat apa dekat sini sorang-sorang? Pucat semacam je muka. Are you okay?"

Aku tersenyum tawar sambil mengangguk perlahan. Cukuplah senyuman sebagai jawapan.

"Saja tengok pemandangan pagi. Tengok orang jogging." Pandangan dialihkan menghadap kearah tasik.

"Eh, duduklah!" Tempat kosong disebelahku ditepuk-tepuk perlahan. "Ajak kawan kau tu sekali." Aku memandang kearah mereka berdua.

"Apa kau ni?" Sara ketawa seraya melabuhkan punggung. "Kawan aku, kawan kau jugak." Lenganku disinggul lembut.

Hah? Aku kebingungan.

Mana tidaknya, manusia yang berkelubung macam ninja itu dari tadi belum bersuara.

Mataku berkelip saja memandang Sara. Sumpah. Blur betul sekarang ni. Sara memandang aku sebelum menegur ninja.

Ceh, suka hati je panggil ninja.

"Weh, Azyan. Asal kau diam je dari tadi?"

Azyan? Aku sedikit terkejut. Bukan apa, perubahannya amat ketara.

"Takkan dah tak kenal Fiya kot." Dia ketawa kuat, sebelum tangannya cepat-cepat menekup mulutnya sendiri. "Hehe, sori ye." Dia ketawa kecil.

Kesan urat putus masih belum hilang agaknya.

Azyan masih teragak-agak. Nak tegur ke tidak dia ni. Alah, bahasa badan tahu sangatlah. Well, I make the first move because it always be me.

"Azyan... lamanya tak jumpa kau." Tangannya cuba digapai.

Secara jujur, aku sekadar menghidupkan suasana.

"Em, tu la." Hambar betul jawapan.

"Sampai aku malu nak tegur kau." Wajahnya yang bertutup dengan purdah membuatkan matanya semakin mengecil.

"Mengadalah kau ni. I still the same person." Bahunya ditolak perlahan.

Memang mengada pun. Rasa menyampah pun ada. Bayangkan, bertahun tak jumpa tiba-tiba bila jumpa kena layan macam stranger. Pernah rapat pulak tu? Oh, Fiya. Why you like this? This sis want to cry.

"Korang berdua ni pun..." Sara menggelengkan kepala. "Bukannya tak pernah berkawan pun sebelum ni. Siap jadi geng lagi kan." Tangannya merengkuh leher kami berdua. Tudung aku juga tertarik ke belakang.

"Heyyy!"

"Ops, sorry again."

Dia tayang gigi.

Sara. Sara. Sabar jelah dengan perangai kau ni. Nak tak nak, my another ginjal sebelah jugak, kan?

"Weh, jom duduk dekat pondok sana. Sini panaslah." Tangannya refleks menutup sebahagian pandangan dari silauan sinar mentari.

Kepala sendiri di pegang.

"Betul jugak tu." Aku mengiakan sambil mengangguk laju.

"Alang-alang kita semua pun dah berdiri, aku nak beli air dekat situ kejap." Jarinya menunjuk kearah motorsikal yang menjual pelbagai jenis aneka pilihan.

Baba motor. Hanya lejen saja yang sempat merasa zaman kegemilangan berlari mengejar motorsikal ini semata-mata untuk membeli.

"Korang pergi la dulu."

"Eh, takpe-takpe. Biar aku je yang pergi." Azyan menawarkan diri tiba-tiba. Seakan tersedar, macam mana boleh terlupa akan kewujudannya itu.

Sara mengangguk.

Seolah-olah memahami situasi, Azyan memberikan ruang kepada kami berdua.

"Kenapa sebenarnya? Muka macam ada masalah je."

Sara ni dah boleh baca air muka orang ke sekarang. So kewl, babeh.

"Aku... aku bergaduh dengan one of my close friend. She is the one yang paling aku rapat, ngam, kamcheng semua tu lah after aku hilang kau." Hati mulai sebak. Kolam mata mula bergenang.

"I shared everything with her. Macam mana lama kau kenal aku, macam tu la we both know each other."

Hidung mula berair. Jari menggosok hidung laju-laju.

"Semalam dia marah aku. Sampai aku terfikir, yang aku ni dah lupa diri ke? I thought it just a soft reminder for us."

Aku memandang Sara.

"Kau tahu, aku cakap aku nak better place untuk berubah je. Takde niat nak sentapkan hati dia. Sumpah." Tangan kanan diangkat separas dada, gaya orang berikrar.

Sara menggosok-gosok belakang badanku perlahan.

"Biasalah, manusia. Adat berkawan." Sara cuba memujuk.

"Fiya, sorry but I have to say this. Kau tinggal dengan siapa sebenarnya sampai cakap rumah macam tempat pelacur."

"Hm, my course mate time study dulu."

Aku menjawab malas.

"Oh." Bicaranya terhenti seketika. "Kenapa tak keluar je dari situ?"

Soalannya berhati-hati.

"Dah keluar lama dah lah. Kalau tak, tak nampak la pulak aku kat sini. Now, I'm planning to live with my parents."

Aku menyedapkan hatinya. Lebih kepada hati sendiri sebenarnya.

Nafas baru, wajah baru.

Kini, aku sudah bertudung sepenuhnya.

"Aku banyak buat dosa. Aku berdosa, Sara." Suaraku mula serak.

"Fiya," bahuku digosok lembut. "Dalam banyak-banyak manusia, kau cukup bertuah." Esakanku terhenti. Hujung jari menyapu perlahan kesan tangisan tadi pada kelopak mata. Aku memerhatikannya.

"Iyalah, bertuah. Nak tahu tak kenapa?" Aku mengangguk kecil. "Kau masih diberi peluang untuk berubah. Agama Islam tak pernah tinggalkan kau, Fiya. Hanya kita, sebagai penganut je yang selalu lagha."

"Cuba kau tengok kedai dekat sana. Atas tu ada rumah orang tau."

Mata melihat pada arah yang ditunjuk.

"Ada kisah ni, seorang alim dengan seorang pembuat maksiat yang tinggal serumah. Orang alim tu tinggal level atas, pembuat maksiat pulak tinggal level bawah."

"Hari-hari pembuat maksiat tu buat maksiat. Ikutlah apa-apa pun. Orang alim tu selalu tegur, dah-dah la tu... Jom la naik atas, ikut aku beribadat."

"But then, pembuat maksiat tu tolak mentah-mentah. Lekluuu."

"One day, terdetik dalam hati masing-masing. Rasa nak jenguk apa yang berlaku dekat suasana jiran dorang. Yang diatas, nak turun ke bawah and vice versa."

"Diorang bertembung masa tergesa-gesa dekat tangga. Cuba teka apa yang jadi lepas tu?"

"Diorang... terkejut? Entahlah, dah lama sangat aku tinggal kisah macam ni."

"Nope. Diorang mati bergolek-golek dekat tangga."

Ok. Ini tragik.

"Kenapa orang alim tu termakan dengan hasutan syaitan?"

"Itu yang disifatkan dengan sifat manusia. Selalu alpa. Mudah terpedaya."

Kedua tanganku digenggam erat.

And suddenly,

I feel safe

and

love.


6 14am, 25/5/2021

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro