Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 33: Exit

Walaupun tidak bersetuju dengan topik usrah baru-baru ini, aku tidak menyalahkan Sara atau naqibah sepenuhnya. Dia hanya mengikut. Yang bertanggungjawab dalam hal ini mestilah orang yang menyediakan modul untuk membahaskan topik-topik begini.

Mana boleh hentam kromo je!

Sepatutnya, bergaul lah dengan mereka supaya lebih faham situasi yang menyebabkan mereka menjadi begitu.

Kan?

Bukan semua orang dibesarkan dengan suasana Islam. Sementara menunggu waktu antara maghrib dan isyak ada sedikit sesi usrah bersama keluarga.

Satu benda yang kena faham, bertuah sangat bila seseorang itu tahu perkara asas dalam agama.

Cuma atas diri masing-masing saja nak amal atau tak.

Kalau kita selalu bercerita, kita selalu nampak islam itu mudah di negara orang. Mengapa tidak jika permudahkan islam di negara sendiri?

Maksudnya lebih kurang begini, jangan sesuka hati menghukum seseorang.

Jangan jadi judgemental.

Sampai satu keadaan, berkawan dengan orang yang nampak jahil lagi seronok berbanding dengan orang yang tahu agama. Kalaulah mereka tahu, mulut-mulut yang berpakaian tertutup ini suka mengata, pasti mereka akan terasa hati.

Bukankah, berdakwah itu menggunakan akhlak?

Sedangkan apabila ditanya oleh Sahabat, Saiditina Aisyah akan berkata bahawa akhlak nabi seperti al Quran yang berjalan.

Dengan sesuka hati menghukum. Apakah itu yang agamamu ajar? Apa itu hasil yang dipelajari dari mendengar tazkirah? Dengan mengambil alih kerja Tuhan?

Kenapa? Kita ini sudah cukup hebat sampai mengganti tugas malaikat Raqib dan Atid?

Aku bingung.

Pagi tadi, semua orang memandangku pelik. Aku sendiri pelik, kenapa mereka melihatku sampai begitu sekali? Baju sendiri dibelek. Takde comot, takde kedut. Jauh sekali dengan memakai baju terbalik.

Posisi tubuh dibetulkan dengan gaya selesa. Tak sempat nak on laptop, Anna mendekati aku.

"Apa cerita ni? Tiba-tiba berkelubung macam perempuan arab."

Lelaki yang duduk dihadapanku menyapaku dahulu sebelum sempat Anna membuka suara.

"Ada-ada jelah you ni."

Mataku menjeling sekilas sambil berpura-pura ketawa.

"Eh, eh... Syasya! You look different today!"

Itu dia, kata-kata dari seketul Anna.

"Dah nak kahwin la tu."

Ini sorang lagi. Macam-macam pesen la manusia dalam muka bumi ni.

"Guys, cuba bawak bertenang sikit."

"I... pakai macam ni... sebab i suka. Yela, dulu tu cerita dulu la. Boleh?" Mata dikerdipkan secara gedik.

Tudung instant ditunjuk.

"Ni kawan I bagi, saja pakai. Nak ambik feel last day kerja sini."

Lagi beberapa minit nak masuk lunch hour, ingat nak stay dekat pejabat je bagi membersihkan mana-mana yang patut sebelum mengangkat kotak kertas A4.

"You okay ke angkat sorang?"

"Okay je, dont worry lah. Nampak je macam ni."

Aku percaya bahawa rezeki itu berada dimana-mana.

Bilik gym dituju. Aku sudah lama berniat untuk menyinggah sebentar di sini. Pernah juga berkira-kira sama ada mahu mengikuti kelas gym sebagai mempertahankan diri atau mengambil kelas renang.

Both? Maybe not. Not in the near future.

Dari luar, ruangan ini dipenuhi dengan pelbagai peralatan yang biasa dilihat di kaca tv. Ada juga beberapa peralatan lain yang tidak pernah dilihat. Hanya punching bag sahaja yang ku kenal. Cermin kaca ini bagai menarik minatku untuk menjenguk ke dalam.

Aku mendekati rupa bantal peluk berwarna merah itu dan menyentuhnya dengan hujung jari.

Cucuk dan cucuk. Geramnyaaaa! Kalau dapat tumbuk mesti lagi feel ni.

Namun perasaan seronok itu tidak lama apabila terasa bayangan manusia di belakang, aku segera berpaling.

Fazel?

Dia berwajah beku, tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Emotionless. Masih sama seperti dulu, sama seperti kejadian di kampung beberapa bulan yang lepas.

Ah, malas lah nak hadap muka dia lama-lama. Baik blah dulu. Bola mata dijulingkan keatas.

Aku ke kiri, dia ke kiri. Aku ke kanan, dia ke kanan. Akhirnya, aku terpaksa berhenti bagi melepaskan lelah yang ada.

"Excuse me, you blocking my way."

Gigiku digertap perlahan. Berat saja mulut ini mahu bercakap dengan lelaki dihadapan ini sekarang.

"I have something to talk to."

"Sorry, no. Maybe later."

Senyuman kecil kuberikan kepadanya.

"But i need to."

Tangannya menyimpulkan lengan.

Mataku dijulingkan keatas. Susah jugak kalau jenis tak faham dan tak reti nak mengalah ni.

"Kan aku dah cakap, nanti tu nantilah!" Suaraku agak sedikit meninggi. Lantas melepaskan keluhan, "Sorry, lain kali lah ya?" Suaraku masih sedikit tegang, cuma agak baik berbanding dengan yang tadi.

Aku terus berlalu dan dia cuba menghalang lagi.

"Kenapa kau asyik mengelat je?" Aku menjauhi dari merapati dada kekarnya itu. Hampir. Benda-benda haram kenalah jauh sikit. Social distancing.

"Nope. Takde elak-elak pun." Dalihku.

"Kau... still teringat? Kan?" Katanya seperti berharap.

"About what? Not sure." Aku mengangkat bahu.

"Why?"

Dia bertanya dengan jawapan yang telah diketahui.

Aku memandangnya. Iris ini merenung tepat ke irisnya yang hitam pekat itu.

"Sorry, I really mean it. Aku kesal, tu pun salah aku jugak. Aku memang nak minta maaf but you seem like lost from radar. It's hard for me. What should I do?"

Wajahnya kelihatan serabut.

"Listen here. At first, I really, literally really hate you. Even cant see your face. But, when reflected myself, think again, that's not true. Benda macam tu tak sepatutnya effect my life. It's my fault, for over reacting. I guess?"

"Syaf-"

Aku memotong kata-katanya lagi.

"My reaction buat orang nampak yang tu salah aku. Padahal tak. I..."

Kolam mata mula bergenang.

"Cant brain much. Everytime i see you, I will remembered on that day. That's why... hilang dari radar. Better... kita takyah jumpa lagi kot setakat ni." Aku merayu.

Like i said, i was okey.
Women good at their lies, right?

"I'm back."

Aku sekadar menyapa orang yang berada di dalam rumah. Suara pun lemau semacam. Dapur terus dituju. Tekak dibasahkan dengan air Cooler.

"Afaaf?"

Lily yang berada di balkoni terus masuk ke dalam rumah. Tegak saja gadis itu berdiri memandangku seperti melihat hantu.

"Em." Kening dijungkit sambil menelan air di dalam mulut.

"Kau nampak lainlah." Dia meluru kearahku.

"Yeay, i'm happy for you!"

Tubuhku dipeluk erat.

"Happy for me?"

"Yes, of course! I want be a good muslim too but yet. Insyallah. Pray for me lah."

"Okey Lilian, anything for you."

Kaki terus menuju ke pintu bilik.

Selepas solat Maghrib tadi, aku mengajak Lily order makanan menerusi talian. Jimat sikit masa untuk memasak. Tinggal suap ke dalam mulut saja.

Sementara menunggu, air soda vanila dibancuh. Rasanya seperti campuran pedas, panas dan masam manis. Entah kenapa, tiba-tiba terasa rajin hendak membancuh air ini. Alah, bukannya susah sangat nak buat. Letak ais, tuang air soda lepas tu letak aiskrim. Mantappp.

Atau juga mungkin kerana Lily menyukai minuman ini. Sangat.

Baru letak atas island bar, bunyi loceng bergema ke segenap ruang apartment.

Makanan dah sampai lah tu.

Lilian berlari ke pintu rumah.

"Jom makan!"

Tangannya lincah membuka penutup. Bauannya kuat menusuk hidung. Sungguh menjentik rasa lapar.

Sungguh menyelerakan.

"Why so sudden?" Soalnya secara tiba-tiba.

"It's not you."

Suapan pertamanya diselangi dengan percubaan mengorek cerita sebenar.

Air diteguk perlahan sambil memikirkan bait perkataan yang sesuai. Penggunaan ayat yang baik pasti akan menyampaikan kefahaman yang baik kepada pendengarnya.

"Aku kan, bukan nak berlagak alim ke apa tapi aku tak selesa. Tak selesa dengan semua ni. Yes, mungkin aku nampak open minded before this, tapi sebab too much open minded lah orang berani nak macam-macam dengan aku. Sooo I think... its the right time to start everything. Aku manusia biasa, banyak khilaf. Now, still learning to be a better Muslim. Baik duduk dengan circle yang baik-baik."

"Sooo, you telling me that i am not good enough for you?"

"No, Lily. Listen me."

Aku menarik nafas.

"Untuk dapatkan keberkatan dalam hidup, kita kena sacrifice macam-macam. Akhirat ni nampak macam susah tetapi sebenarnya mudah apabila kita tahu caranya. Lagipun, dunia ni kan tempat permainan. Dunia yang penuh dengan tipu daya. Salah satunya, aku kena dapatkan redha Allah. Like... did his bless on what i am doing right now?"

Aku menawarkan senyum.

"Alah, relaks lah. Nanti weekend aku lepak lah jugak rumah kau. Rumah kau kan rumah aku jugak." Bahunya ditolak perlahan.

Memang betul pun. Siapa lagi nak meriahkan rumah dia yang sunyi ni kalau tak tiga makhluk pelik selain kami ni? Okey, boyfriend dia boleh tolak tepi.

Badannya tertolak ke tepi sedikit. Namun tiada sebarang jawapan.

Sudu dan garfu diletakkan secara kasar.

"Kau ingat kau bagus sangat ke Afaaf?"

Aku tersentak.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro