Bab 32 : Usrah
Minggu ini merupakan minggu terakhir aku bekerja disini. Dengarnya, Kak Mel akan mula lapor diri pada hari Isnin ini. Tak sampai esok lusa dia akan masuk kerja semula. Mujurlah tidak banyak mana barang yang perlu diangkut keluar.
Keychain kesukaanku ditenung sebentar.
Kerja-kerja diteruskan seperti biasa.
"Syasya, this is your task. Settle down by today."
"Sorry, Kak Hani. I have a lot work yang kena rush before pass dekat Kak Mel nanti."
Aku menolak sopan.
"How selfish you are? Kawan you EL tau harini, takkan you takleh nak buatkan untuk dia?"
Kak Hani mempersoalkan penolakanku tadi.
"Yes, kak. I knew it. Ini kan grouping task, you boleh mintak dekat siapa-siapa yang free."
Aku cuba menolak dengan sebaik mungkin. Sepertinya, she keep refusing to pass that to other people.
"Now you try teach me?" Sinis saja senyuman itu.
"Anna. Explain to me function of teammates?"
Kebil-kebil saja mata wanita itu sebelum memberikan jawapan spontan.
"Syasya?" Senyumannya sinis.
Aku menganguk malas.
***
"This Saturday you free or not?"
Hah kau, manglish terus perempuan ni sebat.
"Free je. Why?"
"Jom ikut aku esok."
Sara mengajakku mengikutnya pergi usrah. Tak nak join untuk next session pun takpe, saja buat teman untuk harini.
Aku okay je, boleh lupakan masalah yang ada sebelum ini. Masalah yang tidak pernah berkesudahan.
Usrah.
Satu perkumpulan untuk mengukuhkan kefahaman tentang Islam dan membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan isu semasa yang sedang berlaku.
Secara jujurnya, kali terakhir mengikuti usrah begini semasa berada pada Tahun 7.
Kelihatan Naqibah sedang sibuk mengisi borang kehadiran ahli masing-masing.
Naqibah, berperanan sebagai petani yang menyemai baja pada pokok-pokok yang bukan hanya bergantung pada air dan cahaya fotosentesis semata-mata. Pokok-pokok ini memerlukan baja yang molek untuk menjadi pokok yang kukuh serta membiakkan biji benih yang baru. Jika petani tidak cakna dengan pokoknya, maka pokok-pokok akan layu tanpa setuhan ajaib sang petani.
Begitulah dengan iman seseorang yang boleh diibaratkan seperti sepohon pokok.
Bermula dengan akar, ranting dan juga daun.
Katakanlah,
Seorang muslim diibaratkan seperti sebatang pokok berserta akar yang mewakili aqidah. Diikuti pula dengan dahan sebagai kepercayaan pada rukun islam dan rukun iman. Disebalik ranting yang menjalar, itulah amal berdasarkan lima perkara beserta enam perkara wajib percaya. Kini, pokok ini mula ditumbuhi dengan buah. Jika banyak melakukan amal, pasti ia berbuah lebat.
Perkara yang terakhir, perkara yang selalu dipandang remeh.
Daun.
Pada dahan tadi, terdapat dua dahan yang berbeza. Pada bahagian kanan mewakili dahan rukun islam dan pada bahagian kiri pula dahan rukun islam. Diantara dedaun kanan dan kiri, ada beberapa daun yang bila-bila masa boleh jadi kritikal.
Contoh mudah, solat 5 waktu.
Hanya beberapa orang sahaja yang memenuhi tuntutan 24434, berbanding yang tinggal sepenuhnya.
Kini, daun pada bahagian kanan tinggal 4 helai.
Adakah itu yang kita mahu?
Antara seorang muslim dan mukmin. Semua orang muslim tetapi tidak semua yang mampu menjadi mukmin.
Aku faham itu.
Oleh kerana itu, untuk mendapatkan daun yang sihat, diri ini harus mencari baja yang sesuai kerana bukan semua baja 'baik' untuk pokok.
Sekali lagi.
Atas muka bumi ini ramai yang muslim namun bukan semua yang mampu menjadi mukmin.
Topik hari ini, naqibah berkongsi tentang Biah Solehah. Good Vibes.
Kami duduk dalam satu bulatan yang besar. Wajah-wajah mereka yang dapat dilihat satu persatu. Selepas hampir semua ahli berkongsi pendapat, naqibah menyimpulkan perkongsian tadi dengan satu persoalan.
"Jadinya, untuk mengelakkan diri kita jatuh dalam kategori tak elok. Kenapa kita tak tinggalkan saja orang-orang yang begitu?"
Semua diam.
Dan aku, lagi terdiam.
Akal warasku pantas berfikir untuk mengemukakan persoalan yang logik.
"Kawan ibarat cerminan diri kita. Dia mampu memberi impak besar dalam kehidupan kita. Seeloknya, carilah orang lain yang mampu memberi manfaat kepada diri."
'Friend with benefit? Macam mempergunakan orang je. Why not we improve each other?' Aku berlawan kata didalam minda.
"Semua sudah jelas bukan? Ada apa-apa soalan? Orang baru? Nak tanya soalan?"
Ibu jarinya diunjukkan kepadaku.
Aku mengangguk yakin, sebelum mencapai mini mic.
"Bismillah, soalan ini mungkin bersifat peribadi tetapi jawapan dari naqibah mungkin berguna untuk saya di kemudian hari. Soalannya, saya mempunyai seorang kawan, freehair tetapi dia baik. dia selalu mengingatkan tentang solat. Adapun kawan yang bertudung, kekasihnya bukan islam dan mereka sedang berbincang tentang perkahwinan campur. Pandangan peribadi saya adalah bersifat neutral, selagi seseorang itu tidak melibatkan masalahnya dalam kehidupan saya. Saya tidak akan 'ok' kan situasi tersebut tetapi akan mengelak daripada tahu benda-benda yang sebegitu. Adakah betul tindakan saya buat ini?"
Dia tersenyum.
"Masih ingat hadis tentang lemah iman?"
"،مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ"
'Man ra a minkum mungkaran falyughairyiruhu biyadihi...'
Bibirku menyebut serentak, ingat-ingat lupa tetapi versi melayunya aku ingat. Tertanam kukuh dalam minda.
" فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ ، فَإِنَ لَـمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ ، وَذَلِكَ أَضْعَفُ اْلإِيْـمَـانِ"
'Fain lam yastathi' fabilisanihi, fain lam yastathi' fabiqolbihi, wa zalika adh'aful iman.'
Bibirku menyambung perlahan, mengikut Naqibah menyambung baki potongan hadis bahasa arab tadi.
"Bagus, tahu pun kamu."
Dia memuji. Matanya meliar kearah semua yang ada, sebelum menyambung.
"Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Apabila dia tidak mampu, maka dengan lisannya. Dan apabila dia tidak mampu lagi, maka dengan hatinya. Sesungguhnya itu adalah selemah-lemah iman." [Riwayat Muslim (78)]
Nafasnya ditarik tenang.
"Kamu semua ingat tak, kisah si tukang besi dan si pembuat minyak wangi?" Bola matanya bergerak pada setiap ahli, aku juga turut sama melihat kepada semua yang berada di situ. Ada yang mengangguk dan ada juga yang menggeleng.
"Pada zaman itu, tukang besi baunya busuk kerana kerja-kerja menimpa lalu datanglah pembuat minyak wangi..."
Kisahnya cukup masyhur. Aku selalu dengar semasa di madrasah dulu. Kali ini, hati nakal ini mula meneroka dengan bermacam soalan.
'Tidakkah pembuat minyak wangi itu sepatutnya bagi sample free gift, semburkan sedikit secebis wangi pada penimpa besi itu?'
"Adakah dengan ilmu dalam dada kita hari ini sudah cukup melayakkan kita untuk judge seseorang?"
Tanpa sedar, suara hati terbit di bibir.
"Sampai bila orang macam kami ni akan sesat jalan?"
Aku menambah lagi. Tiada niat untuk menjatuhkan seseorang dengan perbahasan kecil cuma diri ini harus mendapat jawapan yang tepat untuk persoalan ini.
Mukanya tegang. Tersentap mungkin barangkali.
Sara cepat-cepat meredakan bicara aku yang mula bertukar seperti kucing yang hendak bergaduh.
Elok-elok join usrah tambah pahala tiba-tiba jadi pusat berdebat. Siapa lagi power.
Dan berbalik pada perumpamaan pokok. Aku si bunga mawar, kelopaknya wangi namun kadang selalu gugur. Gugur kerana kecantikannya di sentuh oleh orang yang tidak bertangungjawab.
Gugur kerana setiap kali ingin mendekati, tetapi pada akhirnya disirami dengan toksik.
Tanpa sedar, adakah biji benih ini tersilap memilih tanah yang mempunyai kadar keasidan yang tinggi?
Masjid Kota menjadi saksi.
Sara, masih lagi seperti dahulu. My another ginjal sebelah. Gila-gilanya yang masih gila, membuatku teringat zaman childish dan 'hidup' seperti dahulu.
Subhanallah walhamdulillah wa la ilaha illallah allahuakbar.
Allahu Akbar Allahu Akbar.
Laungan azan bergema ke segenap ruang masjid.
Seluruh badanku meremang. Kesemua bulu roma seolah-olah sedang berdiri tegak. Ibarat sedang berkawad di bawah matahari yang panas terik.
Mungkin ini suatu petanda dari Allah, untuk menyedarkanku bahawa telah tiba saat untuk berubah.
Mungkin juga, panggilan Maha Agung tadi telah menjentik diri ini untuk kembali menjadi seperti dahulu.
'It's time to change.' Bisikku sendiri.
Dan juga mungkin, suara azan yang merdu itu telah membuatku lebih tertarik untuk mengenali dia, Yang Maha Esa.
"Sara, tolong ajarkan aku satu ilmu yang kita akan guna sampai mati."
Habis saja azan tadi, aku menggenggam tangannya erat. Pergerakannya yang mahu ke tempat persalinan telekung terhenti.
Mukanya penuh dengan tanda tanya.
"Maksudnya?"
"Tolong bimbing aku benda basic pasal agama balik. Ada banyak benda yang aku dah lupa."
'Aku tinggal sebab bagi aku masa tu kenapa, still jadi macam ni.'
Bungkam. Perasaan malu mula membuak dalam diri.
Telekung dicapai.
"Fiya, tu.. aurat."
Aurat?
Dirinya mendekatiku, tangan ligat membetulkan kedua anak rambut yang terkeluar dan menutup pada bahagian dagu.
Maka benarlah, Umi selalu berpesan, kalau nak keluar rumah, makesure pakaian itu boleh dibawa semasa solat.
And danggg,
I always.break.the.rules.
31/3/2021 sebenarnya nak touch up lagi tapi malas. Chap ni mahal siapa curi content mohon tercirit sampai berkurung dalam tandas.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro