Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 31:Terjumpa

I was so broken before. I used to cry alone at night. I thought I would never be happy and you probably feel the same way too. Sometimes for no reason at all.

🙤 · ┈┈┈┈┈┈ · ꕥ · ┈┈┈┈┈┈ · 🙦

Lenaku terjaga apabila dingin subuh mencengkam kulit. Dengan mata yang masih terpejam, tangan laju saja menggagau mencari selimut. Setelah puas mencari, mata ini terpaksa dicelikkan. Aku bingkas bangun dari pembaringan. Lampu tidur di tepi katil dibuka.

Kepala dijengukkan ke tepi bahagian katil.

'Dah agak! Mesti terjatuh.'

Selimut diambil kembali.

Ruangan ditepiku terasa kosong. Mata melilau ke segenap bilik bagi mencari kelibat umi.

Hampa.

Telefon diambil bagi melihat jam. Lagi beberapa minit sebelum masuk waktu Subuh. Selimut dilipat menjadi separuh bahagian sebelum dihamparkan pada katil, bantal ditepuk-tepuk sedikit sebelum memasuki tandas.

Kesan air wudhuk tadi dilapkan pada kain bersih. Badanku mula menggigil kesejukan. Kuku sendiri dilihat sekilas, dah tukar jadi kaler biru kot!

Tangan menggegam antara satu sama lain. Langkah diatur perlahan menuju ke bilik ibu dan abah.

Tak sempat ketuk pintu, abah membuka pintu dari dalam. Dirinya kelihatan kemas berjubah putih, sebelah tangannya meletakkan kopiah diatas kepala sambil dibetulkan sedikit. Sepertinya, abah kelihatan terkejut apabila melihat aku dihadapan biliknya.

"Ya?" Abah bertanya pelik.

"Baru je nak ketuk pintu." Aku tayang gigi.

"Kamu ni. Pergi kejut umi tu, solat sama-sama. Abah nak gi surau dulu."

Aku mengangguk.

Kami berdua solat berjemaah bersama-sama di musolla mini di bawah. Selesai saja bacaan doa, aku terus berbaring diatas sejadah sambil bertelekung.

"Apa kamu ni, Ya? Pergilah cabut telekung tu dulu kalau nak sambung tidur pun."

Bebelan umi seterusnya tidak berapa didengari kerana kantuk mula menguasai diri.

***

Pagi itu, umi menghidangkan nasi goreng cili padi. Nasib baik tahap kepedasan yang boleh diterima di tekak. Kalau tak, satu hal nak kena cari makanan bila balik nanti.

Aku menghabiskan nasi yang masih tersisa di dalam pinggan.

"Umi."

Umi memandangku.

"Ya rasa macam nak duduk dekat rumah ni balik." Nasi didalam mulut masih dikunyah.

"Lagi bagus."

Wajah umi kelihatan teruja.

"Tapi masih duk fikir-fikir. Jauh jugak nak kena ulang-alik dari sini." Tambahku lagi.

"Umi ni bukan apa, risau kamu sorang-sorang kat tempat orang. Kamu ni perempuan, jadi apa-apa susah. Dahla kamu ni sorang je anak umi."

Wajah teruja tadi bertukar risau. Taktahulah kenapa umi nak risau sangat. Bekerja dalam daerah yang sama jugak.

"Umi... kan kita dah bincang taknak cakap macam ni lagi." Pujukku.

Lagipun, kenapa baru nak risau sekarang. Banyak sangat benda yang dah berlaku tapi Ya tak pernah bagitahu umi.

Senyuman pahit ditampal pada bibir.

"Nanti Ya try cari kerja area rumah kita pulak."

***

Kereta diparkir bersebelahan dengan motor kawasaki bumble bee. Sama seksi macam si Bumble Bee.

Warnanya kuning cantik seperti kulit pisang emas.

Sepanjang tinggal di sini, lebih kurang hampir sebulan, aku tidak pernah melihat motor sebegitu secara dekat.

Ialah, harganya nak dekat sama macam membeli sebuah rumah mampu milik.

Mungkin habit semulajadi, kaki automatis membawa tubuh ke belakang bahagian lift. Mata yang dari tadi setia memandang skrin telefon pintar mula mengangkat kepala sedikit dari menunduk kearah skrin apabila pintu lift yang hampir tertutup rapat itu terbuka semula.

Bebola mataku mula membesar.

Fazel?

Ini kali kedua berada dalam situasi 'terserempak'. Biasanya, orang suka kata ini adalah jodoh. Tetapi ini bukan jodoh, juga bukan ajal apabila dadaku mula terasa terhimpit, nafas mula rasa berombak tidak teratur.

Cam benar dengan belakang tubuh lelaki itu. Bukaan badannya tidaklah terlalu lebar dan tidak juga terlalu kurus, cukup memadai dalam kategori orang-orang rupawan.

Aku menunduk dan berpura-pura seperti tidak perasan.

'Macam mana boleh ada sekali ni?'

Aku cuba menarik dan menghembus nafas secara tenang.

Pergerakan jarinya terbantut apabila butang lift sudah bertukar menjadi warna merah. Nampaknya, dia menuju ke tingkat yang sama.

Aku tak kira, aku kena juga keluar daripada perut lif sebelum apa-apa perkara buruk berlaku. Dan sekarang ini, aku sangat memerlukan oksigen segar tanpa perlu berkongsi ruang dengan lelaki itu.

Tanganku sengaja dihulurkan panjang. Sebelah tangan lagi menutup separuh wajah. Aku cepat-cepat tekan mana-mana butang yang ada. Sengaja tekan butang untuk ke tingkat lain.

"Eh, tersalah tekan pulak. Hehe." Kataku sedikit ketawa yang dibuat-buat. Aku menundukkan wajah, rambut terjatuh kedepan dan tanganku menghalang pandangan sendiri seperti berlindung daripada air hujan. Cukup untuk menutup identiti diri.

Ting!

Lift berhenti pada tingkat 19, satu aras dari bawah apartmentku. Aras yang tak sepatutnya aku turun.

Apapun, asalkan kami tidak berhenti pada tingkat yang sama.

Badanku mula terhuyung-hayang ke kiri dan ke kanan. Kakiku tidak lagi mampu menampung berat tubuh.

Sambil itu, beg kertas cuba dikeluarkan dari beg tangan dan terus dibawa ke mulut. Aku cuba bernafas beberapa kali. Pintu tangga kecemasan dibuka. Aku duduk di anak tangga bagi melepaskan lelah.

Kawasan tangga kecemasan ini mempunyai ruang yang membolehkan aku melihat setiap aras pada bangunan sebelah.

Kaki ringan mendaki anak-anak tangga. Moga-moga, aku tak perlu melihatnya lagi. Kedua tangan digenggam dan disatukan ke dada. Kepala terjengul keluar sebelum menoleh kearah kiri dan kanan sebelum keluar.

'Line clear!'

Langkah dibuka seluas yang boleh, pintu grill dibuka dan kunci automatik terus di swipe keatas. Nombor ditekan selaju yang mungkin.

Tinenenet!

Tombol pintu dipegang dan terus ditolak ke dalam.

"Kau mengelak dari aku ke?"

Pintu tertarik ke depan semula. Aku menoleh kearah belakang. Kelihatan Fazel berdiri diluar pintu grill.

"Eh, mana ada." Kepala digelengkan. Otak ligat mencari jawapan sebelum laju saja menyambung, "Aku... haa aku nak gi tandas lah. Kau kenapa?"

Kod akses ditekan semula. Selamat saja menjejakkan kaki ke dalam rumah, pintu segera ditutup namun Fazel berjaya memboloskan diri ke dalam rumah.

Tanpa pelawa, dia masuk gaya rumah sendiri.

Gila. Mana ada orang lain dalam rumah ni. Bukan mahram kot. Mana boleh orang yang takde pertalian darah masuk sesuka hati dalam rumah. Dia ni ilmu sesat ke apa.

I mean, walaupun diri sendiri macam Islam atas kad je. Takkanlah benda basic pun tak tahu?

Urghhh.

"Kau dah kenapa, gai?" Kemarahanku mula melonjak keluar.

Gai? Yes.
Panggilan terpaling khas untuknya semasa zaman persekolahan dulu.

Pintu di buka seluas yang boleh. Senang. Apa-apa jadi nanti boleh lari.

Lily dah pesan, malam ni kalau tak balik lambat dia memang tak balik rumah terus. Memang aku berseorangan la jawabnya. Dia pun satu, kenapalah malam ni jugak takde dekat rumah. Sekurangnya apa-apa jadi nanti senang!

"Lawa rumah."

"Haah, terima kasih. Encik boleh keluar ya."

"Sama-sama. Tapi kau ada sebut apa tadi. Boleh ulang balik tak?"

Hah what? Yang mana satu. Encik or gai tadi? Hatiku mula berdegup kencang kembali.

"Encik boleh keluar ya?" Ulangku lagi.

"Eh tak, bukan. Sebelum tu lagi."

Tangannya bergerak selari dengan soalannya tadi.

"Gai?" Ujarku dengan tanda tanya.

"Say it again then you will regret."

Dia tersenyum sinis.

"Ge, ge, ge, geee!" Aku meluru kearahnya sebelum menarik sekaki payung yang tersusun di tepi rak kasut. Badannya dipukul perlahan bagi memintanya untuk keluar dengan segera.

Tak semena-mena, dia menyentap payung, sesuai dengan hukum Inersia tubuhku terkedepan sedikit. Payung cantik itu dipegang kemas olehnya. Mulutku automatik terkunci. Mata terkebil-kebil memandangnya.

"Aik? Senyap pulak?"

Seakan berdiri di atmosfera angkasa, mata ini hanya terpaku pada mata sepet itu. Bilah matanya tajam hingga boleh menusuk ke dalam jiwa.

"Ingatkan berani sangat."

Wajahnya seakan didekatkan kepadaku. Tanpa sebarang amaran, dia meniup mataku dengan kuat.

Mata ini terpejam rapat dahulu sebelum angin sempat menyapa.

"Cute."

"But you are not my type."

Huh?

Mata dibuka semula apabila haba badannya mula terasa jauh.

"Kau fikir apa? Blue?"

Bibirnya menarik senyuman sinis.

What blue yellow green orange red colour-colour ni? Tengah belajar warna rainbow ke apa.

Hidungku hampir saja dicuit tetapi sambungan patahnya menusuk jiwa.

"Aku rasa macam nak pegang tapi haram."

2 strikes.

Apa ni?

"Lagi pun, siapa cakap aku gay?"

Gulp! Double pening.

3 strikes.

"Really? Aku ingat orang woke macam kau ni pandai beza."

Kepalanya digelengkan perlahan.

"Don't ever touch me. Or will call you a rape." Serentak dengan itu, payung ditarik sehingga terlepas daripada genggamannya. Aku sangat pasti, saat ini wajahku mula merona merah menahan malu.

Baru saja berniat untuk menghalaunya lagi dengan sekaki payung, dia beransur pergi tanpa sebarang kata.

Belakang tubuhnya dipandang sebelum menutup grill yang terbuka luas. Sepertinya, dia sedang meraup wajah atau rambutnya disebakkan gaya messy.

Bebola mata dijulingkan ke atas.

🙤 · ┈┈┈┈┈┈ · ꕥ · ┈┈┈┈┈┈ · 🙦


People say,

They has to be a reason behind it.

You can't feel low without a reason

But--

It's not true.


30/3/2021 Lepas ni jarang update tau, draft saya seperti dah lari. Fikir nak ending je kejenya. Em, sori kalau terbuat salah, kadang-kadang tak tersedar akan perkara yang cross the line. Salam Ramadhan semua, selamat berpuasa. Ramadhan Kareem <3

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro